ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, April 30, 2012

TUDUNG LABUH MENGHADKAN PELUANG PEKERJAAN?

Ini kisah benar ye. Takde yang benar melainkan benar-benar belaka.

Saya dan sahabat saya dah bersahabat sejak sekolah rendah. Tapi sebab dia bijak so dia masuk sekolah teknik dalam line engineering. akak yang pandai nie tersadai kat sekolah lama amik sc tulen. tulen mak... bukan LGBT :) Kitaorg selalu jumpa masa cuti sekolah. Masa sekolah- sekolah da namanya budak-budak. Kejap pakai tudung kejap idak.. Dalam sekolah bertudung, masa jenjalan tidak.. lepas tue saya masuk matrik sains and sahabat saya nie amik course line2 construction. dah dia memang sekolah teknik ye tak?

Satu hari mcm hari2 yang selalu dia datang umah saya masa cuti semester universiti. Kitaorg nak jenjalan pg kedai area umah je rasanya. Saya nampak perubahan dia.. Bertudung labuh. Tapi tahla kenapa takde hati nak jadi polis pencen... soal or tanya memacam..  Saya buat macam biasa je.. Dia pulak jadi polis pencen .. 

oh kitaorg bahasakan diri ko=awak dan kita=saya
pink- sahabat saya
biru-saya

eh ko tak nak tanya kita apa2 ke?
tanya apa?
ko tak nampak ke kita pakai apa ne?
nampak, tudungla.. habis tue?
kita pakai tudung labuh nie!
yela habis tue?
takde komen ke?
nak komen apa? baguslah ko pakai mcm nie.. perubahan yang baik.apa yang pelik?
bagusla ko ne. takde pun komen apa2. Bila kita pakai macam nie mcm2 komen kita dapat.
ada yg kata kita susah dapt keja sebab pakai macam nie lagi2 kita line construction
allah yang bagi rezeki. ko jangan risaulah..
mmm..yelah

Lebih kurang macam tuelah perbualan dua sahabat sejak kecik. Dari budak hingusan sampai anak dah dua kami masih rapat dan saling menyokong antara satu sama lain. berbalik kepada tajuk entry... Alhamdulilah sahabat saya belum pernah sukar nak dapat keja. Walau dia keja line construction dan swasta pulak tue yg mana syarikatnya didominasi kaum chayanunalif dia berjaya pegang jawatan sbg asistant manager n ada ura2 dipromote naik ke jawatan manager. Umur macam saya ye gaji dah .... kang kalau sebut kene bebel pulak sebab dia hari2 baca belog saya.auwwww...ekeke.. org kata kalau chayanunalif nie suka dengan cara kita keja diorang memang promote kita habis-habisan itulah yang berlaku pada sahabat saya. Bos dia nie bawa dia pindah dari company lama ke company baru dan fight berapa salary yg patut sahabat saya dapat sesuai dgn kelayakan dan experiancenya..Bestkan?so kepada yang nak bertudung labuh atau memasang niat nak bertudung labuh jangan gusar kerana janji dan rezeki Allah ada dimana2.

Walau sahabat saya nie dah berubah penampilannya; tak pulak saya terlintas nak hindarkan diri. Sahabat saya nie tak pulak nak berdakwah berlebih-lebihan atau menegur tak pasal2 sehingga saya rasa tak selesa. Dia tetap sahabat yang saya kenal dari zaman kecik. Tak ada yang berubah kecuali penampilannya. malah dia penah teman saya shoping masa zaman bujang-bujang dulu. Dia pun tolong pilihkan baju utk saya dengan statment  "ko beli baju nie.kan ko pakai baju2 macam nie". Ala baju saya pun bukannye  baju nampak ketiak T___T. Amana pakaila baju nampak ketiak haha.. Dia pun tak susah hati nak pilihkan..

Alhamdulilah sekarang nie saya dah mula rasa sesuatu.. Bukan nak tujuk baik ok. Kalau dulu saya selamba badak je pg swiming pool pakai suar pendek & tak bertudung. Sekarang saya malu gilerr nak buat peel macam tue.Saya mesti pakai suar panjang & pakai tutup kepala ala2 skaft. Tak penah sahabat saya nie tegur atau jauhkan diri sebab saya dan dia dah tak sama penampilan.NEVER!

Saya respect pada mereka-mereka yang bertudung labuh di luar sana yang fight dgn enviroment zaman sekarang nie utk buktikan potensi mereka. Sekarang pun dah banyak baju-baju muslimah yang trendy. Cantik-cantik pulak tue. For my lovely sahabat- I adore you in and out! Muahhhhh

Quote Of The Day:
Hidayah itu milik Allah. Tapi hidayah itu perlu dicari juga.
Janganla tunggu sehingga ajal dah tiba.

p/s: Mulai hari nie gatal-gatallah nak buat quote of the day.

12 comments:

ReramaBiru said...

~nice sharing..betul tue..sesetengah pikirkan reaksi orang lain n kesan negatif..

transformed housewife said...

betul tu. kalau cakap nak tunggu hidayah tak berapa betul sbb alhamdulillah dah dilahirkan dlm Islam tapi kita yg kena cari lg satakat mana kita praktikkan Islam.

Mama Zharfan said...

thanks for sharing :) :)

Ayuni said...

hm, pendapat sye, baik kita pakai tudung yang menutup dada, itu yang terdapat di dalam Quran, bertudung labuh adalah salah satu caranya....

AyuArjuna BiGoshh said...

ada member ayu citer dulu die keje kat company suami dato' sharizat...dan memang die tak kasi wanita bertudung labuh as staff....hmmmm...tapi sekarang ni company bukan melayu pun lebih memahami tanggungjawab org islam...cthnya company husband ayu...klu time zohor die suh berhenti meeting coz nak kasi laluan staff islam pergi solat :)

Dkna Abza said...

alhamdulilah! yang baik itu datang dari-Nya

Wonderful Life with Mary Kay said...

Yerla, rezeki tu drp Allah. Jgn disebabkan pemakaian menjadi alasan utk kita tidak menunaikan berusaha gigih atau menjadi penghalang utk berjaya...

emarieys said...

ALhamdulillah..semua yang berlaku adalah dari ALLAH...

Kujie said...

kata orang - kita ada pilihan utk memilih persekitaran mcm mana yang sesuai dan baik - salah satunya adalah memilih sahabat yang baik.

dear anies said...

yap..situasi sebegini dr dulu dah berlaku (pengalaman mak cik sy)

laaaa akak mai booth AM ya? bila? kalu sabtu sy mmg x de tp ari lain sy ada... tak tanya ke staf2 AM kt mn sy? sy punya la tertunggu2 blogger ada mai ke x waaaaaaa (majuk ni)

Anonymous said...

Sahabat.... banyaknya benda ko masih ingat!

Terharu sangat2 ko buat entry macam ni untuk kita. Sampai terdiam kita berhari2 tak tau nak kata apa.

Tapi, seriously kita tak layak.... Siapalah kita kalau bukan Dia yang aturkan hidup kita macam ni. Kita baaaanyak lagi nak baiki.

Alhamdulillah ko rasa sesuatu tu. Kita doakan ko istiqamah. :)

Semoga ko selalu berada di samping kita untuk berkongsi suka duka, bila kita perlukan bahu untuk menangis, perlukan telinga untuk mendengar dan perlukan kawan untuk pergi spa. Hehe.

Kita saaaayang ko.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sahabat,
ceh org lain dah komen tuan punya badan komen last sekali..

persahabatn bukan amik masa sehari tapi bertahun2.. dan kita ne benda yg org tak ingta kita ingat tp yg org lain ingat kita pulak tak ingat haha

kita da makin tua.. org lain mungkin tak rasa lg.masa mkin kjear kita. kita cuma nak hidup yg tenang. rumahtangga yg penuh dgn rasa cintakan agama. itu je.. bila kita rasa mcm tue kita mesti ingat ko.. mmm.. berharap kalau masa rasa nak mengaji pg surau or masjid tue datang ko ada kat situ itu je..

tak ada org betul2 kenal kita selain mak kita kecuali ko..betul tak?

eh ko ingta tak kita tgh makan nasi lemak n sampul nasi lemak tue ada gambar awie.ko simpan sampul nasik
lemak tue. fanatik habis.tah apapa2 tah.haha

org spa asik call kita. diorang call ko tak? bila nak pg nie. dah bayr 5 kali nieee