ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, April 22, 2012

Usaha untuk mendapatkan anak meh baca citer kawan saya.

Saya pernah bagitau kenapa saya suka berbelogkan? kalau tak penah baca boleh baca kat sini. Salah satu yang saya suka menerusi belog saya kenal ramai orang di luar lingkup hidup saya sekarang. kalau tidak kawan2 opis & kawan sekolah&uniersiti . Saya memang suka berkawan. kalau org lain tak suka tak pe.. PEACE...  Kenapa? Bila kita ramai kawan kita tahu pelbagai cerita baru di sekeliling hidup kita. Kalau kita cuma berada dalam lingkungan yang sama sahaja ; asik2 citer yang sama jer. kalau kawan pejabat; citer pejabat, pejabat, pejabat. Kalau kawan universiti; sc komputer, sc komputer, sc komputer. kalau kawan satu kondo; citer maintance, maintanance, maintanance (hai kinna!! muahh! tapi dgn kina ne memacam kitaorg citer dari kes anak, cloth dipers, air takde, citer akta, citer event opis ) Haha nampak benor mama suka ada ramai kawan ye?Bila ramai kawan makin luas pandangan kita. macam-macam pengalaman mereka kita boleh jadikan iktibar. Kita akan lebih bersyukur tentang kehidupan. Insya Allah.

Melalutla i nie, ok tengok tajuk ye. Saya kenal Atiqah nie masa Hi-Tea Jacob. Baik budaknya. Atiqah nie pemenang minggu ketiga Ibuku Inspirasiku. Dapat IPAD jugak macam saya. Walau pestime jumpa adalah calling2 & msg jugak. Apa lagi citer contest le haha. Masa borak-borak kat hi-tea tue nampak dia seronok citer tentang anak-anak. tanya saya tentang anak-anak. Dia ada bagitau dia baru dapat baby. Takde pulak dia citer tentang masalah untuk dapat bayi. Tapi semalam saya baca kat Harian Metro ada cerita tentang dia. pada yang tak tau, Jacob akan masukkan salah seorang  GP prize pada setiap minggu dalam Harian Metro sempena Hari Ibu. Sebab tue Atiqah terpilih. baca dulu citer bawah nie dulu ye..



Dalam citer nie Atiqah ceritakan dia mengidap PCOS(Sindrom Polisistik Ovari) yang membuatkan Atiqah tidak dapat mengandung. So Atiqah buat rawatan dengan semangat dari ibu tersayang. Hasil rawatan dan of course dgn ketentuan Allah Atiqah pregnant. Pada kawan-kawan yang sukar mengandung dapatkanlah rawatan ye. Doktor pun sarankan lepas setahun tak mengandung agar jalani rawatan. kadang-kadang kita tak sedar kita ada sakit. Isu anak nie memang isu yang sensetif, saya pernah merasakannya. Anak adalah pinjam-pinjaman jadi janganlah kita menghina bila ada keluarga/kawan/kenalan kita yang tak dapat anak. Berikan sokongan bukan memalukan mereka especialy dengan perkataan "mandul". Please ye.. Jangan sakitkan hati kawan2/adikberadik atau sesiapa yang lambat dapat anak. benci orang-orang macam nie! Serius!

Masa tengah amik gambar nie. Mak atiqah cakap.."eh muka macam samalah" haha.
Bila balik umah Amana tengok gambar "eh macam muka mamalah"

Mak pun suka sebab dapat kenal Mak Atiqah .
 Siap ajak datang kenduri kawin adik bongsu nanti hehe.
Mak pun mcm saya suka berkawan.

Alhamdulilah
menerusi belog tau tentang contest
dari contest dapat kawan baru

11 comments:

ummiarissa said...

bestlah dapat berkawan ngan Ila ni..bila banyak baca citer2 kat blog Ila ni rasa macam dah kenal je...kalau ada peluang bolehlah kita jumpa satu hari nanti ye...

Mama Zharfan said...

berkawan biar seribu :)

AyuArjuna BiGoshh said...

ila...ayu ingat atiqah tu bujang muka nampak cam anak dara..wah,.....aa nampak ila ada iras dengan atiqah hehehe

Jue AbdRahman said...

setuju sgt ngan akak... tak patut kite tuduh org takleh pregnant tu mandul.. mungkin lom rezeki org tu..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kak ayu-dia muda lag. tak lebih 30 pun

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

umi-blh!! nti ada rzki kita jpa

amna said...

assalam, kak :)
seronok baca cerita ni..

kinna said...

hai kembali!!!

asalnya saya adalah customer ila :)) pastu baru jd jiran (dh kenal lama2 baru leh gosip psl rumah, anak2 etc)

nurbeena said...

betul tu Ila. Jangan sesedap jer ckp tak mou beranak..tak mou tambah anak...luka perasaan..

Mama Gee said...

makin bersemangat nk dptkan rawatan :)

madammondoq said...

yerlah.. muka u all macam sama... adik beradik pun org caya ni...