ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, September 20, 2012

Alhamdulilah.. Payment pertama yang ditunggu..


Alhamdulilah. Apa lagi yang boleh diucap. memangla apa yang saya dapat nie tidak sebanyak monthly payment tapi apabila hobi menjadi satu bentuk income pasti kita berpuas hati. Untuk permulaan saya puas hati dengan bayaran yang diterima. Tak tau nak buat apa lagi sama ada disimpan atau untuk menjelaskan liabiliti yang tertangguh atau yang bakal ditambah hihi

Next project boleh saya teruskan selepas ini. Draf dah siap pun.. Beberapa bab pun dah ada.. Publisher pun dah tanya.. Nak dapat nie bukannya mudah dan bukanlah sesukar mana. Cuma azam yang kuat dan minat sahaja yang membuatkan saya menulis. Masa satu constraint yang saya kena tangani dengan bijak..

Kebiasannya hujung minggu saya menaip dengan netbook comel saya. Bayangkan pagi2 saya bangun ketika anak2 masih tidur. Memangla kena bangun pagi..subuh..mak selalu pesan bangunlah subuh..bangunlah pagi kerana ia buka pintu rezeki. sedang burung pun bangun awal untuk beribadat. Tak malukah kita pada haiwan sekecil itu? *malu.. tapi kadang2 terlajak jugak. BERDOSA* Dan percaya tak.. Setiap kali subuh akan ada burung kecil kejutkan saya. Burung kecil tue buat sarang ke kat tepi tingkap rumah saya ek? Saya paling suka hujung minggu sebab saya kerap dengar kicauan masa tue. Masa time hari keja takde pulak.. kiki

Sebelum anak2 bangun saya akan menaip sepuas2nya. Masa tue idea memang datang tak berhenti2. Kadang2 hujung minggu saya akan bawak anak ke taman. tapi kalau tengok diorang nyenyak sangat tidur & saya pun tgh banyak idea saya tak bawakla anak2 ke taman. Saya continue menulis sampai anak2 bangun. Kadangkala saya menaip jugak bila waktu malam lepas bagi anak makan. Dengan anak2 yang melompat kat keliling saya, saya menaip atas katil. Ya Allah... kejap Arief datang mintak cium. kejap2 Amana melompat atas katil..kejap2 Arief main mouse. Asal saya tinggal je netbook dia pun datang delete segala benda.. Perghhhh..  Nasib En.Papa tak join sekaki mengacau haha.. Caya tak? Kadang2 siap bergaduh manja dengan anak. Jujurnya saya cuba elak menaip aka menulis bila anak2 ada sebab mereka lebih perlukan saya. Kadang-kala saya akan cakap "Pa, tolong jaga budak2 , B nak buat keja" So En.Papa akan entertainla anak-anak.. En. Papa pun confused kot kerja saya tue menulis atau join contest haha.. Saya tahu En.Papa sokong apa yang saya buat walaupun tak dizahirkan dengan kata2 sokongan. Asalkan berbaloi dan saya tak kena tipu. Kesian kot dengan bini dia yang asik join memacam nie haha. Dulu masa first time joint contest pun En.Papa tak percaya sangat. Tapi selepas beberapa kali menang En.Papa senyum jelah.. Eh join contest pun kena melabur tau.. Melabur effort, masa & wang tau..

Untuk novel nie saya tak join contest, untuk novel nie saya kurangkan masa senggang saya, untuk novel ini saya merebut segala masa rehat yang ada dan berbaloi bila saya mendapat bayaran permulaan yang saya quite happy with it. Alhamdulilah..

p/s: Saya sendiri tak sedar payment masuk. Cuma bila macam banyak je kat account di hujung bulan nie saya confused sikit. Notification pun takde. Saya call balik PIC and memang betul. takde notification sebab diorang tak perasan emel saya & diorang transfer je duit dalam account... Saya tak nakla guna kalau bukan hak saya. Kalau opis termasukkan duit kena pulangkan balik. Alhamdulilah rezeki anak2.. Rezeki nak masuk umah.. :)

Quote Of The Day
Ibu penyokong sejati
Ayah merestui di dalam hati
Sokongan suami ikhlas di hati 
Adik-beradik sentiasa di sisi
Anak-anak penyejuk hati
Alhamdulilah, i'm bless

22 comments:

Acik Erna said...

Tahniah..rezeki..teruskan usaha.bukan semua orsng dikurniaksn bakat

Ummu Madihah said...

Wah, novelis rupanya ya. Tahniah atas usaha, pasti berbaloi. Yang paling mengujakan apabila novelnya terbit dengan nama terpampang pada kulit depan (kalau tak guna nama samaran).

awliya said...

Bestnya..ak yg cikgu bahasa ni pun x reti mak menulis novel..welldone.goodjib ila

Geng Borak said...

fuiyyoooooo.... 4 angka tu.. tahniah!!

Unknown said...

rezeki anak2

yumielufya said...

tahniah kakak ku syg! kak ila memang terhebat..teruskan dgn cita-cita akak..selamat maju jaya dan berjaya mnjadi penulis yang disegani nt..caya lah kak ila..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Tahniah Ila!! Teruja tgk 4 angka tuh. Novel apa Ila tulis? Mesti pasal anak-anak kan? Ila memang berbakat la. :)

Gieyana said...

bestnyer..tahniah dear..:)

Mama Zharfan said...

congrats!!!

AyuArjuna BiGoshh said...

hebatlah ila...jadi penulis sekarag ni :)

Teratak Hami said...

Apa tajuk novel? Nanti kami pakat2 beli :-)

Unknown said...

tahniah angah... moga dimurahkan rezeki lg...

Nur Sakinah Ahmad said...

congrats ila..sy rasa dgn mula menulis di blog lama2 bakat menulis tu akan diasah sendiri..tmbh2 lagi n3 ila dlm blog pon dh mcm satu chapter novel..hehe...nmpk sgt ila byk idea (ke bnyk ckp/tulis?)..muahaha

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah dan alhamdulillah rezeki untuk anak2 dan rumah baru tu :D

Apa tajuk Novel nya Ila, akak suka baca novel.. nanti akak beli :))

zahira said...

Wahhh...tulis novel rupanya. Apa tajuknya? Blh beli :)

Mak Jem said...

wahhh bestnye...congrats! leh blanje es krem ye...heee

Mally said...

Tahniah Mama Amana....
I nie pembaca novel tegar bolehlah sy beli novel karya anda juga...
hehehe
Gud Luck 4u....

|| NaFiRaa || said...

tahniah~

tidiey77 said...

moga2 rezeki utk ila dan family lebih murah lg lepas nih... :)

Fyda Adim said...

tahniah..wah penulis novel..nama novel boleh beli nie..sy suka baca novel.:D

Unknown said...

alhamdulillah, jeles dengan orang yang ada bakat menulis @ menaip nieh, dulu masa sekolah rendah ada gak cita2 nak jadi novelis, dah siap buat karangan 10 ms (masa tu gunamesin taip gedek2 kreekkkk) tapi x abis, last2 tinggal gitu jerk... haha

Fauz Blues said...

Wahh!! Padu!! Sejak 2 menjak ni aku pun rasa mcm nak tulis cerpen...cerpen mengarut je..isi masa lapang..nak selitkan kan blog sendri, at least xde la prngunjung blog aku tu bosan dgn entri pasal bola je..heheh..tapi sampai skang tak start.lagi...heheh