ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, September 11, 2012

Bila anak umah atas langit jumpa tanah dan pokok

Okey sebelum citer panjang2 umah atas tanah yang kitaorg reramai serbu beraya adalah rumah ex-bos. Tahun lepas pun datang beraya juga kat entry nie. Isk rasa baru je beraya tahun lepas.. tahun nie dah datang lagi..  Dahulu Timbalan Ketua Pengarah di office saya. Lepas tue kembali semula bertugas sebagai pensyarah undang-undang di UiTM. Walau dah tak jadi bos saya tapi saya selalu jumpa sebab beliau masih memegang jawatan di dalam Lembaga yang mana saya adalah seketariatnya. Besar jasanya pada pejabat kami dan kalau office kami ada apa2 function mesti jemput beliau. 

Kitaorg panggil Prof. So saya sebut Prof kawan2 paham kan? hihi.. Rumah Prof nie memang luas. Takde pagar2. Ala2 umah kat Putrajaya pulak. Nak buah apa? Nangka, mangga, rambutan etc etc etc. Semua ada!  Saya dah banyak kali jugak  datang umah Prof sama ada urusan keja atau raya. Jadi kalau datang mesti dapat buah tangan.. Kekadang sendiri tanya "Prof, mangga tue saya amik ek" "Prof rambutan tue macam dah msak je" haha.. Prof memang sporting kat luar. Tapi masa jadi bos kenalah hormat ye tak? Amana sikit punya ayu dengan gaun ala2 princess..


 Tengokla budak2 ne sikit punya suka kejar mangga yang jatuh berderai
Uncle Azli(suami kawan saya) kait. Pandai pulak mengait hihi

 Rumah belakang tue ada orang tumpang duduk kat umah Prof.
So kalau Prof pegi overc atau ke mana2 adalah yang menjaga sekitar rumah

 Hasil tangkapan Uncle Azli

Dah puas main kat luar masuk pulak dalam rumah. Nampak organ. Arief sibuk ajar anak patung ketuk organ pastu siap cakap "pandai..pandai" Nak tergelak dengar. Sebelum tue  Arief jumpa  mercun pop-pop kat umah Prof. Habis dia main dalam umah. Tak pasal2 mama dia kena jadi bibik menyapu dalam umah Prof. Si Amana pulak lutut berdarah sebab sibuk kejar cicak kat luar rumah... haiiiiiiiiii.. itulah umah sendiri kecik dapat datang umah luas puaslah budak2 berlari..

Dalam kereta budak kenit nie terus pengsan! Nampak benor letihnya kan?


8 comments:

Gieyana said...

bestnyer...untung nya kalau da kwsan luas cmni kan..leh tanam mcm2..nasib baik kt kg sy still dpt merasai suasana cmni..:-)

maszmadi said...

umah kampung yerk, memang seronok kalu dok umah keliling ada pokok, nak makan main petik jerk.. haha

norhidana said...

seronok umah yg sebijik2 camni, tnh lak luas mcm2 pokok ada... mmg bkn anak2 je suke mak pak pun rasa takmo balik heheheh...

shark said...

MANGGA tu kelihatan amat sedappppp ;p

zahira said...

Betul betul...budak2 kalo umah sendiri sempit bila pegi umah luas kemain lari sana sini. Like my son :).

transformed housewife said...

mangga tu nampak menggiurkan. hehehe

ieja amieja said...

suasana mcm kat kg la plk kan..
syukurlah arief dah kembali sihat dan ceria skrg..

♥ ROS ♥ said...

Sonok dpt mkn buah fresh ni.. Ade kwasan best kan..anak2 pasti suka :)