ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, September 26, 2012

perbuatan melambangkan kasih sayang.

mama,meh meh meh
what meh?
kiki..

arief senyum manja menyorokkan sesuatu di belakangnya. duduk di hadapan saya. menarik kaki dan taraaaaa... menunjukkan ketip kuku.

nak buat apa nie?
ketip kuku mama.
ala nanti sakitla..
cikit je.. cikit je.. pelan.. pelan

lepas kuku kaki, kuku tangan pulak. baru saya tersedar kuku saya dah panjang. tapi belum jadi kutilanak lagi haha. arief pun sedar kuku mama dia dah panjang dari biasa.walaupun bukanla ketip kuku betul2 tp saya gembira dengan perbuatan arief. perhatiannya pada mamanya dalam keinginannya utk bermain. banyak benda yg boleh dimain tp memilih utk mengetip kuku mamanya. sya high ranking dalam hatinya!!!

sila belajar dari anak kecil ini. bukan sukar menzahirkan kasih sayang. tidak perlukan wang ringgit pun hati tertawan. perbuatan sedikit yang dizahirkan membuatkan hati gembira dan bersemangat utk membuat pelbagai perkara utk menggembirakan hatinya pula.. kasih sayang adalah sesuatu perkara timbal balik. jangan ambil mudah perkara ini kerana impaknya sangat besar dalam kehidupan.




7 comments:

Norhaizan said...

Semoga arief membesar menjadi anak yg soleh.

AyuArjuna BiGoshh said...

alolo bagusnya ariefff

suwara entertainment said...

wahhhh..baguslah anak mama ni. tp x sakit ke ur boy ketipkan kuku tu? ehehehe

Ummu Madihah said...

wah, baguslah anak mama ni! Sejuk perut mamanya mengandungkannya dulu!

Anonymous said...

comeynyer dia, sejuk perut mengandungkan dia kan

AdaM Hawa said...

makin kacak arief ni.. good boy arief.. menjadi kebanggaan mama nanti kan.. suka tgk senyuman arief.. cute!

|| NaFiRaa || said...

alahaiii.. sweetnye dia.. tolong ketip kuku mama dia yer~