ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, September 27, 2012

Pernah nampak gelongsor panjang macam nie kat taman?


Haaa? Panjang tak? Kalau kat taman tema biasalah kan? Tapi kalau kat taman-taman permainan kawasan perumahan mana ada. Amana pun tak berani nak masuk tau. Tapi Arief selamba je masuk sebab dia ingat gelongsor tue saiz macam biasa. Budak macam Arief mana pandai agak lagi.  Hampir setengah Arief masuk dalam gelongsor tue dah dengar suara dia pangil "Mama". Bunyi macam nak nangis... kiki.  Keluar je dari gelongsor muka dah cuak..haha.. Pandai Amana. Arief kuar je dia tanya "TAKUT TAK DIK? PANJANGKAN?" Oooo..pandai ek..jadikan adik dia bahan eksperimen?


Siap ada ala-ala castle kat kepala gelongsor tue. Memang akan jadi tumpuan budak2la.. Saya ada perasan ada satu taman permainan kat bahagian lain dibuat ala-ala tema cartoon. Nanti kalau kitaorg pergi lagi tengok rumah; saya mintak En.Papa bawak kat situ. Banyak betul taman permainan kat sini. Ini taman permainan untuk Fasa 1. Rumah saya tue Fasa 2. Kat rumah saya tue je dah ada dua padang permainan yang berdekatan. Hadoii puasla saya nak carik budak-budak nie nanti. Kat padang mana satula diorang akan main nanti?


10 comments:

norhidana said...

bestnyer... tp mmg panjang seram la bdk2 sbb dh msk tu lambat bebeno nk kuar nyuer hhehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Best tu kalau nabil anak akak tengok... kalau pergi taman permainan nak naik gelongsor yang panjang jer.. tak tau takut pun..

p/s Ila temankan lah masuk dalam tu.. jangan ila tak keluar sudah ehe ..

Sue-Rya Qistina said...

mmg panjang pun. x pernah lg tgk playground yg ade gelongsor yg cmni. tapi nape playground dia x bnyk mainan eh? ke ade lg? hehehe

Liza said...

Weh, pestime nampak ni. Panjangnya....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sue. ada lagi.. padangnya luas. permainannya jauh -jauh. puasla budak berlari

transformed housewife said...

mungkin lg sesuai utk budak dah bersekolah kot gelongsor tu.

AdaM Hawa said...

best la byk taman.. kanak2 la suka.. mama pulak jenuh memerhati.. hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

seram tgk klu pjg gini

Fauz Blues said...

Ni kat Hilpark ni kan??

mama aryan said...

tak penah lak gelongsor yg mcm ni kat tmn permainan