ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, December 3, 2012

SAMUDRA IKAN BAKAR, MEDAN IKAN BAKAR, MAJLIS PERBANDARAN PORD DICKSON

Memandangkan saya tak makan lunch hari ie sebab dah makan berat pagi tadi meh kita citer pasal makan2 jugak.. teringat makan kat sini memang kecur air liur. kalau pg PD korang goggle je cari ikan bakar best di PD.. haaa kuarlah macam2 blog buat review.. saya bagitau nak makan kat sini & en papa gunalah samsung note dia yang hebat tue carik tempat nie haha..

kalau datang sini janganla tercengang pulak sebab cuma ada 2 gerai sahaja & satu restaurant yang eksklusif D'Terapung. Tapi saya tak pegi kat situ sebab dari review rata2nya kata mahal & tak bape sedap.. (eh jangan plak ANON komen kat sini macam kena kat  kawan blogger saya . kawan saya buat review mahal.. boleh plak anon komen "kalau nak murah makan kat umah" kiki..kalau sorang je cakap okla..tapi kalau ramai blogger cakap mahal & tak best ..so uolls pun baikila mana yang kurang..peace yaw!!) bukan sebab kawan blogger saya cakap mahal saya tak makan kat situ ye.. saya tak makan kat situ sebab baca kat blog2 lain haha.. kuat betul kuasa blog kan?

Selepas tercengang beberapa saat.. tak tau nak pilih antara dua gerai kat situ . saya tengok abang pakai kopiah yang mulus je mukanya terus terpilih kedai nie..haha.. pastu tengok pulak ada pepahat terus cakap.. pa nak makan sini.. layannn.. kang i majuk kang.. masa tue memang tak ramai orang.. dalam kul 10mlm baru sampai sini.. dengan happynya tengok tak ramai orang..gerenti cepat masakkan? dalam hati berdoa "janganla sebab tak sedap sebab tue tak ramai orang"  yela tempat kita tak biasa makankan?

kata blogger. anak dengan udang pun nak amik gambar haha.. rambut Amana ya allah.. muka mulus je kan? jangan tertipu itu edit guna camera 360' muahaha

sementara tunggu lauk siap anak2 melompat sana-sini. diorang ne takpe dah makan dulu tadi. kalau jadi mak nie perut anak kena pk dulu. lagi2 si arief nie memang perut sensetif.. kalau tak on time..habislah muntah seminggu.. perut tak boleh masuk angin.. amana kuat lagi.. eh  rambut arief dah panjangla.. tutup mata lagi..

udang butterprawn.
memang rupa gini ek?  SEDAPPPPP.. penah makan dgn MIL kat restaurant sg duyong kat melaka.. mmg fail. korang janganla pegi restaurant tue. kalau kat sungai duyong tue ada dua restaurant. jangan pg kat yg ke dalam & tak ramai org tue.. tak sedap langsung! nak masuk kat anak tekak pun tak boleh. macam udang tabur dgn sos tiram+kicap masin! GRRRRR. elehhhh kalau mcm tue amana pun boleh masakla!!  tapi udang nie memang best.. yg serbuk2 tue rasa manis.. udang pun manis..isk semua manisla..sedappp

yahooo pepahat idaman hatiku!
Kalau kat KL.. alahai pepahat kecik2 .. dahla mahal.. pastu tak tau nak masak apa..haha..
tak tau nama masakan nie..pepahat pedas kot sebab pedas.. yang pasti sedappppp...
cukup semua rasa..

eh tetiba je ada lagi gambar si kenit nie dengan segala isi laut

ikan siakap bakar
komen pertama adalah ikan siakap ini sangat fresh dan segar.
komen ke dua adalah tuan punya restaurant mungkin kena cari resepi istimewa untuk sos ikan bakar nie. sos tue sedap gak. cili potong campur dengan kicap manis. tapi kan lagi lazat kalau ada sos istimewa macam kat ikan bakar Tang Ling. oh perasan tak cili merah atas ikan tue? kalau yg tak makan petai sila request awal2 "BANG, JANGAN TARUK PETAI YE" saya ok je.. saya makan petai tapi en papa.. hurmmm.. org bandar sangatkan? muahaha

Secara keseluruhan:
Tak menghampakan, masakan sedap, servise cepat dan paling penting reasonable price. 3 lauk yg awsome di atas, nasi 3 pinggan, air sirap bandung 2, limau panas 1, teh ais 1 dan total  semuanya hanya RM78.
BERBALOI & SEDAP!


8 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

test moderation

mama amana said...

test

Anonymous said...

test

Mrs Lurve said...

pepahat nmpk sedap sgt, xpernah try mkn

sarina saleh said...

angah! PORT DICKSON la bukan PORD dickson. Pord macam bunyi kentut ja

Lizayati said...

Byk tul test test test.. Hehehe..

hazman aka species1980 said...

udang tu memang sedap kalau ratah begitu sahaja....yummy

eeyet said...

Terima kasih utk ulasan saudara....
Memang benar pada pendapat saudara mengenai sos ikan bakar.... Sebenarnya kami punya sos yg lain... Cuma kena minta. Aje....
Kami juga menitik beratkan soal kesegaran dan rasa
Sebarang pertanyaan atau tempahan
Hj Fared Masrom 0177475010