ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, May 31, 2012

Saya kan gedix! Photo from Family Times- Poh Kong

 Saya tengok kat blog Yumie so saya pun gedix nak buat jugak kiki
Dapat free cuci gambar
Sebenarnya poskad nie patut send kat umah mak dengan ucapan kasih kita pada mak
tapi saya nak simpan  so saya send kat umh saya
Bijakkk sifir haha

Ini slogan puitis saya.. Nampak ke?

YOUR TEARS BRING MY HAPPINESS
MY TEARS BRING YOUR SADNESS
ALWAYS PRAY FOR YOUR HEALTH & SMILE
ALWAYS WANT YOU TO REMEMBER THAT I NEVER REGRET
HAVE MOTHER LIKE YOU 
I LOVE U TODAY, TOMMOROW & FUTURE
&
MY KIDS WILL CONTINUE ALL MY LOVE TO YOU


Review: Hotel Equatorial Putrajaya-Bangi

Apa yang mula-mula anda tengok bila sampai hotel?
Mestila LOBBYkan?
Pada saya hotel nie berkonsep open air.
 Lobby hotel takde aircond pun tapi siling tinggi & udara bebas keluar masuk.
Ada kipas.. Suka konsep macam nie. Nampak luas & nyaman

Then mesti bilik hotel yang mengamit untuk direviewkan?
Selesa kalau nak bawak anak-anak jugakkan?
 Part ada verandah tue yg suka tue..
Tapi bila tinggal sensorang dah takut pulak
Takut ada cik ponti..


Kalau tinggal sorang sila sepahkan semua baju kat katil sebelah ye
So takle rasa ada yang lain menumpang tdo sama
Tips dari si penakut

 Hish ada lagi satu kerusi lagi.
So apa nak buat?
Letak segala dokument kat kerusi
Satu lagi tips dari si penakut


 Dia pun sibuk nak posing. Dahla makan dalam bilik air. Ank sapa nie.
Hsbd & ank-anak hantar saya je.. Malam dah takut tidur sensorang.
So rogerla sesiapa yg berkenaan utk teman haha

 Pemandangan luar. Sungguh cantik di waktu siang

 Malam? Dok diam-diam jer tak bukak pun tingkap..

Antara kawasan yg saya suka di hotel ini tapi tak berkesempatan pun nak duduk


Kolam yang mengamit anak-anak kecil & mak-mak yang besar kiki

 Kawasan makan utk lunch yg selesa

 Orang kurus makan macam niela :)

RATING
(1-Tak Best Sangat-Sangat ; 5-Sangat-sangat Best)
Bilik - 4
Makan- 3
Kebersihan - 5
Staff - 5
Keseluruhan - 4

Wednesday, May 30, 2012

Kata hati kecil

Baru sehari tak jumpa anak dah macam apa jer.. Asikla nak citer hal anak. Beruntungla masih mampu bekerja dan tinggal bersama suami & anak-anak. Ada sesetengah yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga untuk kerjaya dan ada juga yang terpaksa mengorbankan kerjaya untuk anak-anak. Camana pun Allah lebih tahu setakat mana seseorang itu mampu menghadapi segala dugaan. Dugaan diberi setara dengan kemampuan seseorang..

Bila kita dah jadi ibu/bapa nie anak-anak diletakkan di hadapan berbanding pasangan kita betul tak? Tak payah tengok jauh; tengok diri sendiri pun tau. Kalau call mesti nak cakap dengan anak dulu then baru cakap dengan En.Papa. Kalau En.Papa  angkat terus cakap "Nak cakap dengan Amana. / AmanArief buat apa? Lepas tue baru la tanya En.Papa. En.Papa pun sama jugak :(

Setakat 3 hari pegi meting apalah sangat nak rindu kat En.Papa. Tapi ingatan kat anak-anak tue memang tak boleh hilang. Tapi masuk je hari kedua dah teringat pulak kat En.Papa. haha.. (berlagak ye? Kononnya outstation seminggu pun tak kesah kalau En.Papa takde. Anak-anak je takleh pisah walau sehari. Tapi rupanya sama je.. rindu jugakla.. cuma anak-anak tue kadar kerinduaan tue cepat sikit dari rindu kat En.Papa kiki)

Walau sesuatau tempat tue cantik atau hebat camana pun tak bermakna tanpa En.Papa atau anak-anak kat sisi. Dahla hari pertama tidur asik terbangun sejam sekali. Tersedar teringat Arief. Terbangun lagi teringat Amana. Terbangun lagi teringat En.Papa. Sudahnya kepala jadi weng AKA pening . haha

Walau hotel cantik giler manakan sama dengan umah yg super sepah. Walau hotel aman& tenang manakan sama dengan bingit suara AmanArief bergaduh & menjerit + suara En.Papa yang mcm pakai microphone tue. mmm.. Kesimpulan --> hidup tak best tanpa En.Papa yang garang + anak-anak yang nakal!

Entry nie ada kaitan ke dengan gambar? Takde pun..haha. Tapi gambar kat atas tue Amana yang lukis tau. Amana yang bagi penerangan tentang gambar-gambar tue. Yang saya nak tergelak:
a) Ada itik. Amana nak bela itik ke?
b) Itik ada tiga kaki? Bukan dua?
c) kenapa rambut saya 5 helai je? Rambut saya lebat ye
d) kenapa ada adik kecik? Amana nak adik lagi ke? Tak cukup ke Arief yang buat hidup dia miserable?

Sekarang Amana dah pandai lukis love, rumah ada matahari& awan.. Nanti kalau ada yang menarik lagi saya kongsi ek. Chow chin chow..


Cerita Stroller & Baby Car Seat

Meh sapa yang tengah carik stroller & baby car seat
Baru lagi
My friend menang contest
mmm.. kalau dalam perut nie ada baby nak jugak beli :)

Brand Annaku
Kalau tengok kat Anakku butik RM499 (wow alomost RM500)
So my friend nak jual RM350 jerr
Stroller nie boleh lipat2.So senang nak masuk keta


Inilah benda yang i tak penah ada
tapi now Amana & Arief dah besar
Dah pakai seatbelt dah
Kalau ila mengandung lagi, MZ menang banyak2 barang baby tau
senang ila borong haha
Kat Anakku Butik RM399
Tapi my friend nak let go RM280
Oh lagi sekali ; ia masih baru & hasil menang contest

Nak beli or discuss anything; pls call:

suzie284@yahoo.com
or
sms : 012-9741376

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!

Tuesday, May 29, 2012

Julie's + Amana - A Love Letter Story

 Anak-anak bergaduh tiada batasan
Mama jadi sumber rujukan
Tetapi apabila biskut  Julie's kehabisan
Tiada siapa makan pujukan

Amana merajuk seharian
Mama mula tidak keruan
Akhirnya mama membuat keputusan
Untuk mencari Julie's idaman

  Amana ingin memilih sendiri
Mama tidak sendirian lagi
Julie's punya pelbagai variety
Yang mana satu pilihan hati?
(Picture Credit To FB Julie's)

Apabila tiba di Pasaraya Hana
Amana mula terkulat-kulat
Yang mana satu pilihan hati Amana?
Tentulah biskut belanda perisa coklat!

Mama sentiasa di sisi
Tetapi Amana anak yang berani
Kerana biskut Julie's sentiasa menemani
Ketika Amana ingin study

Tidak kira masa dan ketika
Julie's tidak dilupa dengan mudah
Julie's sentiasa menjadi juadah
Ketika bermain atau beriadah

Inilah pantun seloka kami
Sebagai tanda sokongan rasmi
Semoga Julie's sentiasa di hati
Dari dulu hingga kini

Bacalah seloka dengan hati
Pasti dapat merasai
Apa yang tersirat di lubuk hati
Julie's adalah idaman hati

 Terima kasih kami ucapkan
Kerana Julie's mengadakan peraduan
Untuk kami memainkan peranan
Sebagai blogger untuk pengiklanan

Sunday, May 27, 2012

Sekaki payung dan sebotol ribena saksi kasih sayang

 Amirul Arief yang semakin besar dan bijak. Tahun ini bulan Oktober genapla usianya tiga tahun. Anak yang tidak banyak kerenah, anak yang tidak mudah jatuh sakit (kecuali kulitnya sensetif) tapi anak yang amat manja. Tidunya mesti di celah ketiak mamanya. Kalau dia terjaga tidak cukup dengan hanya tepukan di punggung. Ia perlu diselimutkan. Selepas itu dipeluk erat. Jangn sesekali dilepaskan kecuali dia telah nyenyak.


Dalia Amana; tahun ini usianya genap lima tahun. Kadangkala timbul rasa bersalah kerana sering didenda kerana Arief. Kami ingin terapkan sikap tanggungjawab padanya. Dia mesti menjadi seorang kakak yang sentiasa memerhati kelakuan adiknya dan memimpin adiknya melakukan perkara-perkara yang betul dan baik. Jangan mementingkan tv dan cartoon sahaja. Tetapi sering kali kami terlepas pandang.. Dia hanya anak kecil dan hanya berusia lima tahun! Maafkan mama.Maafkan papa..

Panas terik. Amana memayung diri. Arief membasahkan tekak. Tak pasti kenapa En.Papa suka sangat belikan air ribena untuk anak-anak. Anak-anak pulak boleh minum air ribena yang masam nie. Saya minum sampai tertutup2 mata menahan kemasaman.. Ke saya je yang rasa masam?


Dik, panas ye.Meh kakak payungkan..

 Mama, papa dah pergi kat sana! 
Biarlah mama memang teringin nak tengok progress rumah kita 
tapi bila dah sampai sini mama tak tahan bahangnya.. GRRR

p/s: Rumah baru kami progressnya amat baik. Kalau ikutkan dah mula kena installment rumah sebab progress dah 60/70% siap tapi sebab masalah dengan bank sampai kini belum lagi bayaran dibuat. Nanti saya citerkan di lain entry ye. Report telah dibuat pada bank; kecuaian org lain kami yang terima padahnya. Sakit hati betul.Kesian En.Papa dahla sibuk; kena pulak asik follow up hal bank nie. Saya? Saya senyum & tolong bagi semangat :)

Quote Of The Day
Kasih ibu sehidup semati
Kasih pada suami sentiasa di  hati
Kasih pada anak-anak tiada galang ganti



Amana di mana?

 Alamak terseksila Amana posing. Dah pesan duduk rapat-rapat

 Haha.. posing macam nie yang dia beri

 Mama. nie kertasla.. Bukan daun..

 Amana takut ikan nie. Ikan nie jinak betul

Welcoming drink. Pop corn tue tak de sebenarnya tapi dah Amana dok memekak. 
MAMA , POP CORN!! MAMA POP CORN
Bagus! Mama dia pulak melenggang bawak hp je. 
Tetiba je abang tue baik je bagi Amana sebekas.
Ada hati Amana nak tambah sebekas lagi..
Manyak cantik
Terus seret Amana kuar..


Saturday, May 26, 2012

harap- harap masih ada rezeki

smlm saya sibuk buat preparation sebab ahad nie saya ada meting kat luar sampai hari selasa. so tepon saya terbiar atas meja n saya berjalan ke sana kemari. kat umah baru sempat belek2 phone.. no yang pelik no pangkal 039.. hati dah tak sedap n letak post kat wall fb.. ada kawan kata astro.. pelikla pulak sbb astro en papa bayar.. dalam hati dah tak rasa apa myb astro nak promote mcm biasala tue...

tiba2 mz kata itu no contest yg saya juga sertai. mz pun dapat pangilan tue petang yg sama hari saya dapat panggilan. mz menang conso.. memang tepat call semalam tue adalah waktu petang..waktu2 nak balik dah tapi saya tegah serabut uruskan nak prepare brg2 nak bawak pg meting..

harap2 sangat hari isnin mereeka akan call balik atau bila saya call masih ada peluang dan tak disqualified.. harap2 masih ada rezeki.. cash tue ... walau tak banyak pada sesetengah org tapi pada saya banyak sbb saya nak buat add on utk beli meja makan idaman saya kat umh baru..

kwn2 doakan utk saya boleh?

Thursday, May 24, 2012

BURP! PASSPORT

Sekarang time lunch kan? Hari nie BFF posa jadi kebosananla pulak takde geng. Kalau dah sarapan boleh jugak tak lunch tapi dah tak sarapan mengigil2 perut nie. Tepon En.Papa..

Pa jom kita pegi makan kat tempat yang kita
terserempak dengan Tony Fernandes Air Asia tue
Ahhhhhhhhhh!! Malas lah saya! Jap lagi saya ada meting!

Ok fine.. Berlagak. Tak pe. Turun bawah beli makanan kat akak bawah payung. Pusing banyak2 kali. Tak tau nak makan apa. Tapi sedar2 dah kena cas RM6. Itu pun kira murah ikan tongkol sambal kering, labu lemak + pucuk manis(mak masak dulu terangkat tau. dulu pucuk manis nie ada belakang umh kitaorg.mak tanam. caya tak?), pastu ikan bilis besar, petola goreng (yg akhirnya tak makan sebab makan labu jer).

Pastu ngadap belog. Nak hapdet apa nie? Bukak-bukak folder .. Eh ada gambarlah kat tempat yg i ajak en papa makan. Tempat nie korang mesti ada pasport baru boleh masuk yerrrr...

 Kelakarlah nama pasport nie.
Nampak sangat tempat untuk sendawa kuat-kuat 

 Baca arahan tue
Yang last tue yang tak tahan
PLEASE LEAVE YOUR HP NO FOR SMS FOOD PICK UP
Mana tau korang amik no hp pastu ngorat?
Bukan sayala .. yg bujang-bujang tue..

Ya Allah. Serius bila tengok gambar nie teringat sayur pucuk paku tue sedap gile. Sambal tue sedap. Kuah lemak tue pun sedap. Nasi memang sedap lembut. Apa En.Papa makan tue? Tahla.. Memang sambal je yang dia makan. Bagus cepatla kita lakibini jadi kaya kalau macam tue gaya makan laki kitakan?

Tempatnya bersih. Masa niela nampak Tony Fernandes dgn anak dia. En Papa dah sakat2 pegila amik gambar pastu masuk belog awak. HAHA. Perli ke apa? Dato Tony tue pun senyum2 jer. Asal pandang dia; dia senyum. Mcm tak sombong. Anak dia kot dalam umur bawah 12 tahun sibuk main IPAD.

 Ayam penyet dia sedap ke? Boleh lawan ke ayam penyet kat Sunway?

Tempat nie saya pun dah lupa. Confirm kat Bangsar! Tapi Bangsar Village ke Bangsar South ke tahla.. Saya nie mmg rely sangat dengan En.Papa. Kalau saya nak pegi mana-mana bukan saya sebut nama tempat tapi saya sebut kenangan kat tempat tue. Contohnya:

Pa jom kita makan kat  tempat yang awak kantoi tue.
Alaaa takkan tak ingat?
Tempat  yang awak kata awak penah bawak saya makan kat situ 
sedangkan itulah pestime saya datang situ. Ingat tak tempat tue?

HAHA.
Sampai sekarang tak penah pun jejak tempat tue lagi.
Muahaha
Kantoi

Arief sila jangan kantoi macam tue ye nanti.
Seumur hidup wife Arief  buat jadi bahan lawak
Macam yang mama buat sekarang nie :)


Quote Of The Day
Perempuan memang kamus segala kejadian

Wednesday, May 23, 2012

My 2nd Photobook T____T

 Cover depan--> raya aidilfitri tahun lepas. Umah mak saya. Arief buat taik mata je kejanya

 Keseronokan punya BFF sungguh jujur bercakap tanpa tapis2
"huh pantun ko langsung tak kena"

 Pantai mana ko pegi nie?
Aikkk nie pantai negeri ko la.Melaka!
(nasib dia belum sempat kutuk pantai tue buruk kalau tidak mesti dia menyesal..kiki)

 Lagi sekali jujur betul..
"haaa.. masa nie ko kurus lagi. tengok dagu runcing lagi. 
Nak tau ko kurus dagu ko runcing.
Maksudnya ko gemuk lepas bersalin Arieflakan?"
nasibla yang cakap tue BFF

Ko tengok Amana sayang papa dia. Tak sayang mama dia.. 
Gambar dengan ko Amana takde perasaan pun..

Ok dahla..dahla..
Tak jadi nak tunjuk semua gambar
Semua BFF-Linda bagi komen super jujur..
Malas nak layan
:(


Quote Of The Day
Gambar menjadi bukti pelbagai ceritera

Tuesday, May 22, 2012

Terima kasih kawan-kawan FB & Blog

Alhamdulilah hari nie dah diumumkan yang adik saya berjaya masuk akhir untuk contest yang saya minta jasa baik kawan-kawan untuk like entry semalam. sehingga saya buat entry nie yang dah like adalah seramai 87 orang sebenarnya. Untuk masuk akhir kena cukupkan vote & selepas itu akan dinilai dari segi kreativiti. Selain daripada adik hantar gambar yang  seperti di atas nie adik ada buat pdf seloka dan dua lagi keping gambar. Nak baca tak? Lagipun dah ada kat wall Fruitale mehla kita kongsi ye..
SARINA TELAH PUNYA PACAR,
SUFIAN KERAP DATANG MENGANGGU,
“I HANYA INGIN BELAJAR” ,
ALASAN SUFIAN SETIAP MINGGU.

DI DALAM KELAS ASYIK MENYEMPIT,
HINGGA SARINA RASA TERSEPIT,
SARINA CUCUK MATANYA DENGAN PENYEPIT,
HINGGA SUFIAN MENJERIT SAKIT .

TIBA MASANYA MERINTIH SAYU,
SARINA DITINGGAL KEKASIH HATI
BADAN KURUS UMPAMA KAYU,
KERANA KECEWA MAKAN HATI .

SUFIAN MULA HADIR DI MATA,
DATANG BERSAMA PENAWAR MULIA,
RUPANYA SUFIAN PUNYA SEGALA,
HATI BERSIH JIWA CERIA.

SARINA MULA RASA TERIKAT,
HATI MULA MEMBUKA RUANG,
JIWA JUGA RASA TERPIKAT,
HATI YANG KOSONG MEMBERI PELUANG.

SUFIAN PANDAI MENGAMBIL HATI,
BILA MENJEJAK KAKI DALAM FAMILY,
KAKAK GEMBIRA , ABANG MEMERHATI,
AYAH SUKA, IBU LEBIH HAPPY.

DUA TAHUN TEMPOH PERKENALAN,
SEGALANYA DITIMBANG AKAL DAN HATI,
30 JUN 2012 BAKAL DISANDINGKAN,
SEBAGAI TANDA JANJI DIMETRI.

MAJLIS KAMI MAKIN DEKAT,
TIDAK SANGKA ADA PERADUAN MENARIK HATI,
KAMI INGIN MENCUBA BAKAT ,
DALAM “FRUITALE BUAH HATIKU EDISI CINTA SEJATI”.

JIKA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG ,
HADIAHNYA NANTI SEBAGAI HANTARAN,
JASA TEAM FRUITALE PASTI KAMI KENANG,
NASI MINYAK SEBAGAI PERTUKARAN .

SAMPAI DI SINI SELOKA HATI
KAMI MENGHARAP HANYA YANG BAHAGIA
TERIMA KASIH “FRUITALE BUAH HATIKU EDISI CINTA SEJATI”
KERANA MEMBUATKAN BAKAL PENGANTIN RASA CERIA
Seloka nie cerita betul 100%. haha. Mestilah berharap nak menangkan? Sebab nak buat hantaran kahwin hehe. Tapi saya dah cakap dengan adik contest nie dah ada pro comper yang join siap buat video lagi iaitu Hdayat yang sentiasa murah rezeki. ekeke..Boleh ke seloka nie beat video????

Quote Of The Day
Tak cuba tak tahu

Monday, May 21, 2012

Saya adalah contoh terbaik untuk adik bongsu!

Baca tajuk perasan habis. Apalah yang ada pada saya sampaikan saya jadi contoh terbaik pada adik bongsu ek? ekeke. Tak lain tak bukan dalam contestla. Adik-beradik yang lain manalah ada join contest-montest nie. Adik saya insya allah akan naik pelamin hujung bulan Jun, kebetulan ada satu contest untuk bakal-bakal pengantin. Saya suruh adik masuk. Contest nie bukanlah berkonsep vote sepenuhnya tapi untuk sampai ke akhir perlu cukupkan bilangan vote. Boleh tak kawan-kawan yang baik tolong vote untuk bakal pengantin nie?
1. LIKE Fruitale page https://www.facebook.com/Fruitale
2. LIKE this picture : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150902601692908&set=o.112622025422118&type=1&theater
 
 Terima kasih kerana sporting vote untuk dua bakal pengantin.
 Kalau menang bolehla jadikan hantaran 
Antaranya hadiah "berkat" untuk tetamu tau..
Harap2 adalah rezeki mereka berdua. Amin
 
Quote Of The Day 
Siapa yang tak sayang adik?

Sunday, May 20, 2012

entry sebelum tido

esok keja.. sekejap je cuti dua hari habiskan? masa sekarang semakin cepat berputar. puasa dah nak dekat. tapi posa ganti lum habis. and yg paling best tak ingat berapa hari yg tertinggal. grrrrr....seperti biasa saya ganti je sebanyak yg boleh..

hari nie mmg penat yg amat. celik je mata en papa dah takde. dah pegi keja. ahad pun keja? ada event kat opis. katanya akan cuba balik awal sbb nak amik report card amana. tapi sampai rumah jam 5 petang jugak. en papa takde jawapnya mmg sayalah buat semua. selalunya kurangla kepenatan sbb anak2 en papa uruskan. saya masak n uruskan kain baju. dah en papa takde anak2 pun saya uruskan. mmg penat. saya buat 3 keja dalam satu masa. dah mcm bibik je. masak+kainbaju+siapkannbdak2.

en papa sampai umh dlm jam 5 lebih. lagi 15 minit taska nak tutup kami sampai. keputusan amana ada yg dapat 100, 90++,80++.. ok je utk bdk tadika. saya dah cukup puas hati. janji dia pandai membaca cukupla utk bdk tadika. paling saya happy bila ustazah kata dia pandai jawi. pandai alifbata. itu yg pentimg utk saya utk usiatadika nie..

tapi yg nak tgelak cikgu kata amana suka tdo dalam kelas. sampaikan exam pun dia tdo. tapi yg pelik cikgu cakap bila bangun tdo dia boleh buat semua yg cikgu suruh. bila nampak dia ngantuk cikgu suruh dia main. elok pulak tak ngantuk.kiki. pastu sibuk berborak.. hishh mcm makcu dia masa tadika jer.. tapi cikgu kata amana menurut perintah. apa cikgu suruh dia buat. tapi kekadang dia nak buat apa yg dia nak je. dia nak baca mukasurat 2 janganla suruh dia baca ms lain..

saya ada meting luar dari 27-29. ingat nak amik cuti lepas tue. nk bawak amana jalan. cuti sekolahkan? tak kisahla mana2. genting lagi ker? takpun cameron. takpunjanda baik.. tak pun kolam bawah umah je haha..

ok bye. slmt malam semua. jumpa esok.insya allah..

Saturday, May 19, 2012

kenangan itu...

bangun pagi2 lepas solat sibuh gajah..mmg tak sedar. teringat mak cakap kalau dah telepas subuh pun mesti jugak sembayang!! semayang jugak..dah tua bangka pun masih lewat bagun subuh. takkan nak jadi mcm masa matrik.. ada kawan yg smyg subuh jam 12. adehhhh.. ingat mcm brekfast dgn lunch ke blh jadi brunch.. so subuh dgn zohor jadi apa? no no no..jgn amalkan ye..

pastu tgok anak2 yg sanggup berhimpit2 tido kat bawahn dgn papa diorang. si arief tdo sampai nak termasuk bawah katil yg penuh dgn habuk n mainan tue...sah2 diorang bertiga termasuk papa anak2 tdo lambat. mak tdo awal... yelaaaa mak penat buat keja tak habis2... anak2? sah2 la bergurau n main je? papa anak2? sah2 main game, tgok tv aje.. so mak yg buat semua keja mestila penat.. ingat mak nie robot ke? robot pun kena charge bateri jugak. so kalau mak tdo tue mak pg charge bateri yg dah nak kong la tue.. yg bagusnya bila mak nak tdo anak2 n papa anak2 tak kacau pun. siap bagi sokongan lagi. anak2 tutup pintu and main kat luar. papa anak2 bukak aircond. sedar2 da bgun n terleppas subuh adoiiii...

pg dapur n termenung.. tak tau nak masak apa.. tiba2 nak msk mehun. teringat mehun mak yg sedap tue.tapi mak takde mak pg hatnyai ( betul ke eje nie? mcm salah je) selongkar dapur carik bahan. mehun, fishball,cili blend,daun kucai,ayam..cukup semua bahan.. blh masak nie.. tgh masak2 teringat masa belum kawin kalau saya masak mehun/ mee grg adik saya no 3- ADA mesti cakap " eeee..angah masak mehun tak sabarnye..mesti sedap..ee tengok rencah tue.kuah dia pekat..." pastu dah siap masak adik lelaki pulak tanya "ngah mehun ko nie taruk ayam tak?" along je tak banyak cakap. dia makan je.makan pakai pinggan kecik kengkonon makan sikit pastu tambah banyak kali.hahaha pastu kalau makan mehun mesti buat ayam kfc sendiri guna tepung adabi.. habis seekor ayam.kekadang dua ekor ayam.wah berkecah2 rumah. masa tuela mak rehat and dapat tgok tv.kitaorg adik beradik sepahkan dapur... pastu siap hidangkan utk mak " mak nie mak punya"..

tak lama lagi adik da kawin.. mmmm.. tak sangka da besar budak kurus tue. sekarang tak kurus dah.. gemok adalah.. lepas kawin tak taulah.. ekekek..gelakakn diri sendiri jugak.. tapi sedikit seronok sebab adik beli umh dekat dgn umah saya. kiranya dapatla tengok2 dia jugak time pg jogging.. joging? geli je dengar haha.. blh jgak msg2 "dik jum jumpa depan padang. 10 minit je. ada gosip nie" pastu yg 10 minit jadi sejam.. balik umah kena marah dgn amana haha...

bila makin tua nie makin kita sayangkan hubungan adik beradik tue. masa kecik asikla nak bercakar, bergaduh, jeles menjelas.. tgok amana n arief nie selalau terbayang kenangan kat rumah serdang 1245 tue.. adik nak kawin nie lagi teringat2.. harap2 dia masih jadi kesayangan di dalam keluarga baru seperti dalam keluarga kami.. yela adik bomgsu kan? eh baru teringat bakal hsbd dia pun bongsu..elokla.. haha..

entry membebel di hari sabtu.. btw tak mandi lagi pun tapi anak2 da mandi.. kenapa tak mandi sekali? anak2 en papala mandikan.. sebab? mak rehat pulak..

Friday, May 18, 2012

Baking class? With Handsome Chef@Hilton? Sponsored by Naturel Organic


Pa, B ingat B nak belajar buat roti ke kek ke tiramisu ke boleh?
Tak payahlah! Bukan saya hari-hari nak makan kek!
(sabar jelah bukan nak support isteri nie, kang dia jugak yang makan)
Ala, awak masak je sambal sardin pun dah cukup. Tak payah awak penat-penat. 
Tepung penuh satu muka. Pastu kek awak keras.
 Baling kat dinding pun dinding boleh  pecah!
Lari masuk bilik.Mengadu dengan Amana pulak
Amana, Amana kan suka kek. Ok tak kalau mama masuk kelas buat kek?
Mahal ke masuk kelas buat kek tue mama?
Mama boleh jadi pandai  ke kalau masuk kelas tue?
Mama buat cekodok pun  kejap jadik kejap tak jadik.
Selalunya tak jadikkan?

SABAR JELAKAN? BAPAK DENGAN ANAK SAMA JE!
OK FINE MAMA NAK NGADU DENGAN ARIEF PULAK!

Bagai rezeki turun dari langit tau bila:
"I dapat nama you dari bla bla bla.. You nak join tak event baking
 tapi you kenalah review event nie dalam belog you. Nak?

I blur okey..I blur ... OMG...
I dapat join tanpa sebarang bayaran?
Ok akan kubuktikan daku adalah bakal MasterChef Malaysia
Muahahaha

  Alamak macam mana i ada kat event nie?
Nasibla yang jaga registration nie suweet-suweet semuanya :)


Ada 6 sesi:
1.Bread & Breakfast with Naturel Organic
2. Experience making Naturel Organic bread recipes
3. Talk With Dietitian
4. Easy breakfast sides cooking demo
5. Bread Baking & tasting
6.Hi-Tea

1.Bread & Breakfast with Naturel Organic
Cik Tania Lee (Brand Manager)  sedang memberi penerangan tentang produk
 Naturel Organic. 
Kempen 'Join the Naturel Living" mendukung 3 konsep utama:
Eat Healthily, exercise regularly, enough rest &relexation 

 Iklan kejap:
Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik Naturel diperbuat dari buah zaiton yang ditanam secara organik dan melalui proses tekanan untuk mendapatkan pati minyaknya. 
Minyak ini bermutu tinggi kerana melalui proses tekanan yang pertama.
 Ini untuk memastikan ciri berkhasiat seperti polifenal (sumber antioksida)
 dan Vitamin E dikekalkan sebanyak mungkin.
Sumber antioksida mencegah keradangan dalam sel-sel arteri 
dan memperlahankan proses pembentukan plak.
 Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik mengandungi asid lemak monotidak tepu yang tidak akan menyumbatkan arteri jantung.
Ok reader memang tak suka baca fakta kan?

Senang citer Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik adalah sesuai untuk penjagaan jantung.

2. Experience making Naturel Organic bread recipes
Amana! Arief! Mama dah jadi chef tau!
 Tengok mama pakai topi tinggi!

 Semua peserta dibahagi kepad group masing-masing.
 I dengan writer dari HerWorld Magzine.
 Walau dia dok pintal rambut dia dengan macam-macam gaya i rasa dia ala-ala model.
 Chef kat Hilton memang hensem-hensom ek? 
Hai Papa.. Papa nak tau asistant chef pun dah hendsome; apatah  lagi Chef :)

Ok I bagi tengok gambar Chef sikit ye...

Percaya tak? I yang buat nie? tak caya?
Ok fine. I kena perli dengan Chef
'I tengok tangan you pun i tau u cucuk-cucuk doh nie guna hujung jarikan?
 Bukan tapak tangan kan?
Chef Michael Elfwing yang hendsome! I nie baru pestime uli-uli tepung tau.. 

Untuk buat pastry nie digalakkan guna; Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik Naturel
Nak tau tak bau minyak zaiton nie macam bau pisang.Wangi!


3. Talk With Dietitian

Niela pakar diet I cantik tak? Miss Indra Balaratnam. I suka sangat talk yang dia present and most  important thing barulah i tahu sarapan pagi tue dikategorikan setengah jam hingga satu jam bila kita bangun pagi. Haha. Selama nie I ingat sarapan pagi tue sampai jam 10.00 pagi. Siapalah yang bagi i ajaran sesat selama nie?

4. Easy breakfast sides cooking demo
 Murid-murid jangan asik amik gambar je ye. Meh belajar masak cepat

kalau nak jadi Chef the important thing kena hendsome. Eh ye ke?


 Nasibla panas; kalau tak dah lama amik satu
 Tak sampai sejam, Chef dapat masak 3jenis masakan yang berkhasiat!
Semua masakan nie menggunakan Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik Naturel
 yang diperbuat daripada buah zaiton Sepanyol yang bermutu tingi tau.
So kalau anak-anak makan makanan dari sumber-sumber berkhasiat
di samping mengamalkan cara hidup yang sihat
insya-allah anak-anak tiada msalah kesihatan terutamanya obesiti.
Kat Malaysia nie ramai org obesiti...
opss sat i check i punya BMI (Body Mass Index)

5. Bread Baking & tasting
Alamak part nie yang teruja nie, camanlah rupa hasil baking kami ek?
 Ini kawan-kawan punya hasil tangan

Hello! Where my En. Papa? Ada berani  nak test makan?


6.Hi-Tea
Sila telan air liur masing-masing sekarang jugak!





Last but not least
Gambar cun lagi jelita bersama
Team Naturel Organic, wartawan & blogger
TAPIIIIII rasanya dah tahu kenapa En.Papa tak bagi saya join baking class.
hurm..hurm..hurm..
Me with Chef Michael Elfwing
Lelaki pandai masak nampak seksi kan?
Ekeke..Habis gue lepas nie