ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, September 28, 2012

khas untuk para suami yang mencintai isterinya

semogaa kita semua adalah isteri2 yang bertuah itu.
isteri hanya pembantu bukannya ketua keluarga. jangan sehingga "memaksa"steri menjadi ketua nanti pincangla rumahtangga. 
suami adalah pilot, isteri hanya stewerdess... hihi...  so isteri kena berhiasla ye?

p/s: gbr amik kat fb. pedoman di hari jumaat utk kita bersama.


Hai!! Cerialah sempena pembentangan budget!

HAI.. HAI.. HAI..
Ala-ala YB tak?
Baju dah YB, ceria dah macam YB.. poket je tak YB!
sebab masih harapkan mama punya budget

Pagi-pagi dalam keta baca status FB kawan

"org gomen mahsyukla masa pembentangan budjet"
jeles ka?esok lusa dalam FB banyaklah komplen pasal bonus gomen
tak caya sila register FB kiki  :)

Dalam radio di tengah jem
(nasib sempat)
"kakitangan kerajaan boleh mengharapkan khabar yang baik sempena pembentangan budget"
Alhamdulilah..kalau radio dah cakap ada harapan..

bonus kakitangan kerajaan selalunya sebulan
belum penah cecah tiga bulan pun
kadang2 akan tolak bonus yang diumumkan tue
dengan bantuan yg telah diberi sebelum tue
to be specific bantuan masa masa raya

tahukah anda keja swasta ada yang dapat 6,9 dan 11 bulan?
nak2 yang keja bank..
perghhhhh kalau bonus berdesap-desup
cleark swasta  punya bonus pun ribu-riban tinggalkan bonus Kumpulan A gomen
senyap je kan?

I got friend ok
I bukan katak bawah tempurung
bersyukurlah dgn apa yg dapat
jangan salahkan itu ini
jangan jeleskan itu ini
ok?

eh yg i sibuk2 gomen bonus nie kenapa?
i bukan gomen sangat pun..
tp bonus gomen tue akan dijadikan kayu pengukur utk bonus di sini..
sini tue kat mana? entah..Biarlah rahsia ... muahaha




Thursday, September 27, 2012

Pernah nampak gelongsor panjang macam nie kat taman?


Haaa? Panjang tak? Kalau kat taman tema biasalah kan? Tapi kalau kat taman-taman permainan kawasan perumahan mana ada. Amana pun tak berani nak masuk tau. Tapi Arief selamba je masuk sebab dia ingat gelongsor tue saiz macam biasa. Budak macam Arief mana pandai agak lagi.  Hampir setengah Arief masuk dalam gelongsor tue dah dengar suara dia pangil "Mama". Bunyi macam nak nangis... kiki.  Keluar je dari gelongsor muka dah cuak..haha.. Pandai Amana. Arief kuar je dia tanya "TAKUT TAK DIK? PANJANGKAN?" Oooo..pandai ek..jadikan adik dia bahan eksperimen?


Siap ada ala-ala castle kat kepala gelongsor tue. Memang akan jadi tumpuan budak2la.. Saya ada perasan ada satu taman permainan kat bahagian lain dibuat ala-ala tema cartoon. Nanti kalau kitaorg pergi lagi tengok rumah; saya mintak En.Papa bawak kat situ. Banyak betul taman permainan kat sini. Ini taman permainan untuk Fasa 1. Rumah saya tue Fasa 2. Kat rumah saya tue je dah ada dua padang permainan yang berdekatan. Hadoii puasla saya nak carik budak-budak nie nanti. Kat padang mana satula diorang akan main nanti?


Surat hadiah yang tidak diduga

Rasa dah lama saya tak beli majalah kecantikan. so takla sibuk nak jenguk post box. smlm saya dapat surat dari BluInc. Dalam hati make up apa la pulak bakal saya dapat? Tiba2 taraaaa... voucher Hush Pupies worth RM200! suka sangat. alhamdulilah. kasut hush pupies pricey . so en papa akan tambah sikitla.

saya hadiahkan voucer nie kepada En.Papa sempena besday oktober nie. dengan harapan en papa beli kasut or sandal yg cun2 utk dating event opis or family.hikhik. da lama en papa tak beli kasut baru. kiranya dua hadiahla saya bagi sempena besday en papa tahun nie. sebelum nie beg alien delon. semuanya tajaan contest.

contest oh contest selain jimatkan barangan dapur, baby, rumah malah boleh juga dihadiah pada yg tersayang ;) ;) ;)


Wednesday, September 26, 2012

Rumah kami dah 90% siap!!


Sebenarnya dah lama gambar2 nie terperap dalam hp..
Biasalah bila dah terlama maka gambar tue makin ke belakang, ke belakang,
 ke belakang dan terus lupa.
Tapi ok hari nie dah ingat balik..

Meh kita kongsi progress rumah..
Bila beli umah dalam pembinaan nie mmg dapatla tengok progress
Rumah yang kami duduk sekarang memang beli2 amik kunci terus masuk
Bagus jugak tak yah pening2 sebenarnya beli umah siap

Ok nampak banyak jugak progress selepas hampir sebulan tak jenguk
Sebulan yang lepas ada gambar2nya disini
Alhamdulilah nampak gaya memang hujung tahun nie memangla akan masuk umah baru
Baguslah masuk cepat
Cepatla umah sekarang boleh di sewa
Takla "sangap" macam sekarang bayar dua bijik umah :(
 Saya pun tak perasan ada worker dalam rumah nie
Bila WassUp kat adik saya yang beli umah kat sini jugak
Beza lorong je.. nyibukkan?
Terus adik reply "ada hantu kat bilik angah"
Mengada betul.

 Ini bahagian belakang umah kami
Sebulan yang lepas penuh dengan segala mak nenek besi
Nak lalu pun kecik2kan badan yang tak berapa kecik nie
Sekarang dah kemas & kalau nak main lari2 pun bolehkan?

Pandangan dari bilik saya
Kalaulah umah saya tak de langsir atau saya terlupa nak tutup langsir
Orang umah hujunggggg tue boleh nampak ke saya ek?
Pa, buat tinted nak? muahaha

Dalam kawasan perumahan pun ada round a bout
Ok bagus mesti diorang akan tanam bunga kat dalam bulatan tue kan?
Takkan nak buat kolam renang pulak.. Eh?
Bagusla lawa sikit bila banyak bunga, pokok2
Aman suasana kejiranan ku..
I letih tau keja masuk KL semua bangunan
Okla tempat tinggal banyak pokok

p/s: Apasal tak amik gambar dalam umah ek? Tahla.. terpegun tgok umah sendiri yang hampir siap sampaikan lupa nak amik gambar dalam umah..kiki.. Alhamdulilah atas rezeki mu ya Allah. Moga2 semuanya selamat dan teratur sehingga akhirnya..

perbuatan melambangkan kasih sayang.

mama,meh meh meh
what meh?
kiki..

arief senyum manja menyorokkan sesuatu di belakangnya. duduk di hadapan saya. menarik kaki dan taraaaaa... menunjukkan ketip kuku.

nak buat apa nie?
ketip kuku mama.
ala nanti sakitla..
cikit je.. cikit je.. pelan.. pelan

lepas kuku kaki, kuku tangan pulak. baru saya tersedar kuku saya dah panjang. tapi belum jadi kutilanak lagi haha. arief pun sedar kuku mama dia dah panjang dari biasa.walaupun bukanla ketip kuku betul2 tp saya gembira dengan perbuatan arief. perhatiannya pada mamanya dalam keinginannya utk bermain. banyak benda yg boleh dimain tp memilih utk mengetip kuku mamanya. sya high ranking dalam hatinya!!!

sila belajar dari anak kecil ini. bukan sukar menzahirkan kasih sayang. tidak perlukan wang ringgit pun hati tertawan. perbuatan sedikit yang dizahirkan membuatkan hati gembira dan bersemangat utk membuat pelbagai perkara utk menggembirakan hatinya pula.. kasih sayang adalah sesuatu perkara timbal balik. jangan ambil mudah perkara ini kerana impaknya sangat besar dalam kehidupan.




Tuesday, September 25, 2012

Mama, bila nak belanja kek? @ Secret Recipe, Alamanda

Anak dara sapalah yang cute. Dah la cute rambut serabai + bersepah .. Tapi serius saya memang suka tengok Amana buat raut muka gini.. Nampak cute sangat. Dah terjanji dengan budak nie nak belanja kek.. So kenalah belanja. Kalau tak janji lainlah.. Selagi tak dapat anak2 nie akan sebut ..

 Arief dah debab kan?
Pipi dia dah labuh balik kan? Dah ada double chin 
Muka dia macam kena cakar rimau tue hasil menyibuk kat kek Amana..

 Bakal pengganti Chef Wan. Muka annoying sungguh.
 Ala2 test eskrim tue sedap ke tak.. beracun ke tak..haha.. Arief.. Arief..

 Kalau dengan En.Papa tak mo bukak mulut pun akan jadi bukak sebesar2 alam.
Kalau dengan mama "nak pegang ..nak pegang " "arief punya , arief punya"

 Fruit punch.
Saya je boleh minum. Anak2 terus buat muka tercekik bila rasa air nie.
 Masamla katakan

Ke tepi... ke tepi. Jangan kacau. Mak korang lapar giler. Eh saya sorang je makan berat. Nak belanja En.Papa kat Manhattan Fish Market tapi tak sudi.. Alasan.. "Saya kenyangla makan awak masak kat umah tadi"  Bagusssnyeeeeeee.. Hihi

RM60.80. 2 slice kek, satu set nasi kat atas tue, 1 ais blended, 1 fruit punch.. Secret Recipe kat Alamanda nie very cosy tau. Kalau mahal sikit tapi tempatnya cosy & aman tak kisah. tapi kalau bayar mahal tapi kebisingannya kalah  kedai mamak...DIEEE.. Baik makan kat kedai mamak. Bising pun btak kisah sangat  sebab harganya tak mahal mana..

p/s: HP tertinggal.Percayalahla bila hp tertinggal banyakla misscall yang ditunggu.. Huwaaaaa



Monday, September 24, 2012

sotong masak kicap

mama..bestnyeeee.. amana sampai tunjuk thumbs up.. msk kicap pun ank2 suka.. asal mama yg masak ye.. tak salah beli lauk luar tp kdg2 air tgn ibu tue kan lain rasanya.. klau tidak takkan asik teringat lauk mak msk. btul tak? sy suka klau mak msk telur itik cili api, gulai nangka hati ayam, gulai udang nenas.. perghhhh..  mmg thumbs up! klau tya amana? mama grg telur pun sodap!! okla meh tgok resepi plg mudah abad ini
bwg merah, bwg putih, halia dihiris
panaskan api
masuk bhn2 hirisan tmasuk sotong
masukan bunga cengkih + kulit kayu manis
masak sehingga sotong kecut
masukan air asam jawa
masukkan kicap manis
sedikit sos tiram
masukan hirisan cili merah utk meriahkan suasana..
mmg sedap mkn dgn ikn bilis sambal keringgggg... entry nie dibuat di tengah mlm. hri nie quite busy. sy lunch td utk kali terakhir dgn bff. so takla dpt buat entry time lunch..
ok bye kwn2. sy nk tdo awal.kepala weng. belakang sakit. tak msk beli je hri nie. lauk sotong kicap nie msk last weekend.. nitee

Saturday, September 22, 2012

Hampir 10 tahun bersama, berakhir sudah jodoh kami @Delicious, Bangsar menjadi saksi

 Sebelum sampai opis WhatsApp BFF
 "lunch nie makan kat Delicious nak?"

Naik atas call BFF lagi
ko baca tak Wassap aku?
Apa dia?
Baca jelah..
Eh.. ko dah call nie ko tak boleh cakap terus ke?
Baca jelah.. Malaslah nak cakap sebab dah type.. kiki
Pemalas! Ok dah baca.. Ko nie pagi2 buta dah teringat makan je.. caner ko nak kurus?


 Sambung lagi borak

Nie hujung bulan nie, ko ada duit ke?
Ada.. kan aku baru dapat payment novel tue.
Okeylah gitu..

BFF sahabatku.. i belanja bukan sebab dapat  payment novel,
 i belanja sebab ini farewell utk BFF yang nak tinggalkan i je ..huwaaa

Air tue macam sama color kan? Sedangkan BFF mintak root beer float & saya mintak manggo smootie. BFF kata air dia tak sedap.. Ala taktik nak habiskan air kita..macamlah tak tau.. taktik budak2 tue.. pirahhh

Tak ingat nama apa.. sebab panjang benor namanya.. nama pendek burger grill chicken.. BFF makan beef burger.. sepanjang namanya sebanyak tuela makanannya dan semahal tuelah harganya.. RM26.50. BFF punya pun sama jugak.. BFF kata ala2 burger bakar..

 sayur nie macam selalu makan kat hotel2.. time nak sumbat kat mulut sempat lagi.."eh ko pg mintak thousand island sos".. jawapan yang buat tetiba nak sepuk je BFF "ko ingat nie rumah ko ke?" 

 tue ha dalam dia.. mmg tak leh nak makan burger dengan sekali nganga.. tak sopan langsung kan? walau i dah anak dua.. ayu kena jaga tau.. hikhik

sebab gambar nie terbalik.. biar kan saiznye large je.. tak payah nak gatal2 tukar extra large punya size.. i potong dua.. senang nak makan.. BFF huduh sikit perangai dia.. dia sumbat je & nganga besar2 masuk mulut dia.. pastu dah habis satu burger boleh buat statment "iskkk aku tak biasalah. aku selalu makan selapis2 kalau dengan laki aku" chaitttt.. laki takde ko pun buat buruk perangai ek?

 inila pavlova yang i terngidammm nak makan sangat..
 BFF punya komen "so and so' maksudnya? 
eleh tekak ngada..kalau sendiri masak tak sedap pun cakap sedap 
pastu dok mengomel nak red velvet.. perut dah nak meletup2 lagi mau makan macam2

 RM102.90.. rasanya inilah pertama kali kitaorg makan mahal macam nie. we all kan kedekut :) sesekali  apa salahnya.. farewell utk BFF yang lepas nie tah bila boleh dok gosip & makan sama2 lagi.. Amboi dalam menu sikit punya panjang nama food ye.. saja nak buat weolls confused tp dalam resit cenonet je namanya.. haha. Okla makanannya.. boleh buat kenyang & ngantuk bila nak balik opis..haha..lain kali beli satu set je pastu kongsi pun cukup sebab portion sepinggan tue besar

Buat muka sedih sebab tengah pikir sapa nak teman makan lepas nie  nanti. siapa nak buat morning call bagi arahan makan potluck, nak call sapa kalau microsoft xcell tue buat hal, siapa nak drive kalau nak g ikea hari jumaat, sapa nak teman shoping utk raya next year, sapa nak teman g ampang park pastu ngomel semua benda mahal,  kalau prgnant sapa nak belikan makanan, siapa itu siapa ini..paling penting kalau i tengah stress sapa nak tadah telinga?

Buat BFF, terima kasih kerana menjadi BFF yang sentiasa di sisi, membantu apa2 yang patut, menasihati apa2 yang patut, berkongsi apa2 yang patut, bagi makan apa2 yang patut sampai i emok2. Semoga penghijrahan ke office baru memberi khabar yang paling bahagia untukmu & keluarga.. Percayalah aturan Allah adalah paling "manis" untuk hamba2nya yang bersyukur..  Kadangkala kita pergi dengan hati yang "perit" tetapi yang menanti disana adalah "cahaya sinar yang sangat bahagia" ..Pepatah mengatakan "SOMETIMES WE MUST MOVED TO PROOF THAT WE ARE WORTH..

kenangan terakhir dan selepas ini kita tak boleh lagi cakap .."nie officemate saya" 
tapi kita masih boleh cakap "nie BFF saya"

Kata-kata terakhir untuk BFF:
TOLONG JAGA ADIK KESAYANGANKU DI SANA,
SEBAGAIMANA KAU MENJAGA KU DI SINI,
TEGUR DIA SEBAGAIMANA KAU  MENEGURKU,
SAYANGINYA DIA  SEBAGAIMANA KAU MENYAYANGIKU,
TERIMA KELEMAHANNYA SEBAGAIMANA KAU MENERIMA KELEMAHANKU,
HARGAI KEKUATANNYA SEPERTIMANA KAU MENGHARGAI KEKUATANKU,
BERTOLAK-ANSUR DENGANNYA KERANA DIA MASIH MUDA
 SEPERTIMANA KITA MULA2 BERKERJASAMA DI USIA MUDA DULU.
ADIKKU DAN DIRIKU TIDAK SAMA
TETAPI PERCAYALAH DALAM DIRINYA MASIH ADA BAYANG DIRIKU
JADI KAU TAK AKAN TERLALU RINDU

"THANKS FOR BEING SUCH LOVELY BFF"

*Sungguh tak sangka cepat sungguh 10 tahun berlalu begitu saja*


Thursday, September 20, 2012

Alhamdulilah.. Payment pertama yang ditunggu..


Alhamdulilah. Apa lagi yang boleh diucap. memangla apa yang saya dapat nie tidak sebanyak monthly payment tapi apabila hobi menjadi satu bentuk income pasti kita berpuas hati. Untuk permulaan saya puas hati dengan bayaran yang diterima. Tak tau nak buat apa lagi sama ada disimpan atau untuk menjelaskan liabiliti yang tertangguh atau yang bakal ditambah hihi

Next project boleh saya teruskan selepas ini. Draf dah siap pun.. Beberapa bab pun dah ada.. Publisher pun dah tanya.. Nak dapat nie bukannya mudah dan bukanlah sesukar mana. Cuma azam yang kuat dan minat sahaja yang membuatkan saya menulis. Masa satu constraint yang saya kena tangani dengan bijak..

Kebiasannya hujung minggu saya menaip dengan netbook comel saya. Bayangkan pagi2 saya bangun ketika anak2 masih tidur. Memangla kena bangun pagi..subuh..mak selalu pesan bangunlah subuh..bangunlah pagi kerana ia buka pintu rezeki. sedang burung pun bangun awal untuk beribadat. Tak malukah kita pada haiwan sekecil itu? *malu.. tapi kadang2 terlajak jugak. BERDOSA* Dan percaya tak.. Setiap kali subuh akan ada burung kecil kejutkan saya. Burung kecil tue buat sarang ke kat tepi tingkap rumah saya ek? Saya paling suka hujung minggu sebab saya kerap dengar kicauan masa tue. Masa time hari keja takde pulak.. kiki

Sebelum anak2 bangun saya akan menaip sepuas2nya. Masa tue idea memang datang tak berhenti2. Kadang2 hujung minggu saya akan bawak anak ke taman. tapi kalau tengok diorang nyenyak sangat tidur & saya pun tgh banyak idea saya tak bawakla anak2 ke taman. Saya continue menulis sampai anak2 bangun. Kadangkala saya menaip jugak bila waktu malam lepas bagi anak makan. Dengan anak2 yang melompat kat keliling saya, saya menaip atas katil. Ya Allah... kejap Arief datang mintak cium. kejap2 Amana melompat atas katil..kejap2 Arief main mouse. Asal saya tinggal je netbook dia pun datang delete segala benda.. Perghhhh..  Nasib En.Papa tak join sekaki mengacau haha.. Caya tak? Kadang2 siap bergaduh manja dengan anak. Jujurnya saya cuba elak menaip aka menulis bila anak2 ada sebab mereka lebih perlukan saya. Kadang-kala saya akan cakap "Pa, tolong jaga budak2 , B nak buat keja" So En.Papa akan entertainla anak-anak.. En. Papa pun confused kot kerja saya tue menulis atau join contest haha.. Saya tahu En.Papa sokong apa yang saya buat walaupun tak dizahirkan dengan kata2 sokongan. Asalkan berbaloi dan saya tak kena tipu. Kesian kot dengan bini dia yang asik join memacam nie haha. Dulu masa first time joint contest pun En.Papa tak percaya sangat. Tapi selepas beberapa kali menang En.Papa senyum jelah.. Eh join contest pun kena melabur tau.. Melabur effort, masa & wang tau..

Untuk novel nie saya tak join contest, untuk novel nie saya kurangkan masa senggang saya, untuk novel ini saya merebut segala masa rehat yang ada dan berbaloi bila saya mendapat bayaran permulaan yang saya quite happy with it. Alhamdulilah..

p/s: Saya sendiri tak sedar payment masuk. Cuma bila macam banyak je kat account di hujung bulan nie saya confused sikit. Notification pun takde. Saya call balik PIC and memang betul. takde notification sebab diorang tak perasan emel saya & diorang transfer je duit dalam account... Saya tak nakla guna kalau bukan hak saya. Kalau opis termasukkan duit kena pulangkan balik. Alhamdulilah rezeki anak2.. Rezeki nak masuk umah.. :)

Quote Of The Day
Ibu penyokong sejati
Ayah merestui di dalam hati
Sokongan suami ikhlas di hati 
Adik-beradik sentiasa di sisi
Anak-anak penyejuk hati
Alhamdulilah, i'm bless

Wednesday, September 19, 2012

CHAMPS WITH LYSINE

kalau korang baca entry yang sebelum nie mesti nampak arief jadi kurus kering. dengan cirit birit, muntah tak selera makan. tak sampai seminggu arief jadi anak somalia. mak bapak gemok anak malaysia tapi anak kering anak somalia apa cer?mil bising. mak pun bising.. wahh pitam mama ko dengar. blum lagi makcik budak2 nie berwitir bagai risaukan arief.. oittttt mana tisu nie nk sumbat kat telinga?tak sanggup nk dengar..
kami dah bawak klinik. setiap kali bagi susu arief muntah n berak. so stop susu. dia merengek mcm apa pun booooo layan!! tapi ada sekali tue lepas beberapa hari kesian sangat. dia sibuk hisap jari sampai berbunyi.agaknya arief harap jari dia tue boleh kuarkan susu kot? ngeh ngeh ngeh.. tak sampai ati ..bgla susu..amik ko effect dia berhari2.. tobat nasuha mama ko.. eh tak tobat lagi.. en papa try tukar susu.beli susu mahal kot2 budak nie gedik nak susu mahal.beli sustagen..mahal sikitla dari susu dutch lady. nk beli anmum tapi takde perisa coklat...kt kedai tue yg takde ke mmg takde? lps minum sustagen pun samaaaaa.. berak seharian.. tokey pampes pun gulung tikarlah! ohhh kali nie mmg tobat nasuha habisssss.. ketika entry nie ditype arief hanya minum milo sahaja!!! umh pengasuh pun bg milo n setin susu manis. petanda nk stop susu ke? tgula seminggu dua mungkin blh kot minum susu semula.. eh kata tobat nasuha? cuakkk nk bg tp sy tak mo stop susu di usia arief hanya 3 thn..
arief nie mmg payah nk mkn. klau suap dia mkn je berjam2. hilang sabar tau..  dia kemam je nsi dlm mulut... grrrr.. sy beli champs nie. tanya kt farmasi katanya klau nk tmbh selera ank kna beli vitamin dengan lysine. sy bru cuba beberapa hri mmg berkesan! sekarang penat plak nk tgu dia berenti mkn kiki.. smlm nasi dah hbis sepinggn penuh pun dia tak mo turun meja mkn.. MAMA NAK NASI..NASI.. dua hri lepas.. nsi da mkn. da cuci mulut..dia bukak tudung saji lagi. mkn pulak satu ekor peha aym.. lepas tue sy cuci mulut dia lagi. tak lma lepas tue sy msuk bilik terdengar en papa jerit " ARIEFFFFFF.. ITU AYAM KAKAKLA.. ARIEF KAN DA MKN TADI. NAK JADI GERGASI KERRRRRR" mls nk layan i bantai tdo.. penattttt


mickey mouse

rasa bersalah pulak.. itula kalau jadi mak nie nak blembut sangat pun payah.. nak berkeras pun susah. kalau berlembut sangat anak jadi manja sampai kita pulak susah nak didik. tapi kalau keras sangat mulala rasa bersalah tak sudah..lagi2 rupanya anak tue sakit..
smlm en papa tak sihat. keracunan makanan. pg kenduri.amana nampak ok je. arief lagila ok. 2 minggu arief tak sihat saya mmg jga dia habis2an. da berisi n aktif  semula.
smlm amana ada mgadu skit perut tp igt sakit perut mcm biasa. tak terfikir pulak dia pun sakit mcm en.papa.  smlm sy msk nsi aym. sbb en papa tak sihat masakla yg sup2. amana makan banyak.
pagi nie mcm biasa pg sekolah buat peel. ala2 mengantukla..lembekla..mmg pagi2 saya dah jadi mak lampir.. TAPI RASA BERDOSA BILA CIKGU TADIKA CALL BARU TADI BAGITAU AMANA DAH LEMBIK..CIRIT BIRIT.. RASA NK TEPUK DAHI SENDIRI.. otw amik amana dari tadika n bwk pg jumpa doktor..

Tuesday, September 18, 2012

Terapi diri di Gulatis Silk House Cawangan Bangi

Kalau perempuan terapi diri mesti shopping tak pun spa tak pun swimming..apa2lah asalkan dapat buat hati gembira walau poket rabak hikhik.. Yang penting kita shoping guna duit sendiri bukan susahkan sapa2.Kalau suami nak bagi alhamdulilah tapi kalau tak bagi pun kita ada duit sendirikan? Yang penting keperluan rumahtangga suami dah sediakan sehabis baik. Tapi bonus nie kena jugaklah mintak satu benda kat En.Papa. ada ke bonus? kalau ada bonus sila sediakan portion utk isteri ye :)) Oh kalaulah ada bonus memang semua duit akan di pump terus kat umah baru. Semalam dah tengok umah baru. Mode happy: progess sangatla baik... alhamdulilah.. next entry tentang rumah tue ye..

Sebenarnya adik ipar nak nikah bulan Oktober nie. So mil dah bagitau warna tema. Barulah tergedik2 beli kain semalam. Ada ke tailor yg dapat siapkan awal bulan Oktober. Mulala nak nangis haha.. Takpe usaha tangga kejayaan.. Mil kata tema masa nikah kena paai coklat satin. See i beli coklat satin.. Ala2 kain sari tapi licin..

Tema masa sanding biru.. Tak ingat biru camana tapi rasanya macam biru pengawas.hihi.. Main sambar je.. Mula2 masuk dah terpandang kain nie..Kelakar pulak rasa sebab baru perasan teramik dua kain yang lebih kurang je warna. Gasakla ye tak.. Gulatis nie memang baru sangat bukak kat area Bangi. Masa naik ke tingkat tiga & tingkat dua masih belum habis renovation pun lagi. En.Papa cuma tunggu kat dalam kereta sahaja. Arief tido masa nie. Amana sibuk nak ikut. Dah ikut buat hal pulak "MAMA NAK BISIK NIE..AMANA NAK BERAK!" EEEEE...

Seronok sangat sebab area belah2 Bangi & Kajang ada banyak dah tempat terapi diri yang best sekarang nie apalagi shopingla.. Ada Butik Mama, Ariani, Gulatis, barang baby tak usah cakapla merata2.. bestnyeee... Sediakan ongkosnye je ye.. Terus-terang saya  memang tak akan masuk KL kecuali pergi keja atau ada hal2 yg memaksa atau pergi umah mil.. En.Papa lagila sebut je SOGO macam nak pitam je.. Ohhh dulu jalan kaki dari Dayabumi ke Jalan TAR boleh pulak? ;)

Dapat boboy manja macam nielah ye. Abis kain pasang yang baru beli pun dia buat jadi tempat alas tidur & hisap jari dia.. Comel je.. Kita bentang je kain nie cepat2 dia lompat & baring terus hisap jari. Hishhh.. Oh total up sesi pembersihan poket semalam RM430. Harga sebenar RM490. Apa2lah dah beli last minute sambar jelah ye.. Yang tak tahan tue SA tue boleh tunjuk kain Versace yg mahal tue kat i yang tak berapa banyak duit ne hihi.. Cuma ada satu papan je. Eksklusifla kiranya .. RM1.6K ..dia boleh bagi kurang RM800 gitu..mak aiiii tunggu i jadi dot dot dot yang berjaya dulu ek... haha...


Sunday, September 16, 2012

when you collabrate with sista.. debab!

opis adik saya ada buat open house.. so i followwwww...eeee tak malu tau bila opis adik buat open house; kakak tergedix2 ikut.. macamla kawan yg buat open house..mcmla zaman budak2 adik memgekor kakak ke mana saja ... kakak pulak jadi bodyguard adik sepenuh masa..

eh sori ye.. we all takde masa nak buat peel zaman budak2.. kitaorg keja di agensi yg berlainan dan ministry yg berlainan tapi selalu collabrte sama2.. saya datang nie pun bukan ajakan adik saya tapi di ats jemputan  bos adik saya dan arahan big bos saya.. so nak buat camana? angguk jela.. berani ke nak engkar arahan dari semasa ke semasa? arahan suruh makan apa salahnye.. best wooo..

entry nie dibuat sambil merehatkan diri diatas katil yg masih empok, menggunakan hp yg sedikit canggih, dgn pemandangan lukisan mural dinding hasil seni anak2... baru jugak balik dari open house.. kawan en papa.. dua tiga menjak nie takde selera nak makan sangat.. rasa kurus sikit haha.. tak selera konon.. gbr2 mkn nie semua i yg sebat hahaha...







Friday, September 14, 2012

Minah Rempit & Mamat Rempit

Siapa nak naik motor?? (En. papa tanya anak2)
Saya!!! (Arief jawab dengan comel sambil tepuk2 dada)
suweet tau anak i yang Arief nie bila dah pandai cakap "saya"  

 Papa, tunggula kenapa laju sangat nie!!

 Sori ye Amana tak boleh bagi tumpang sebab motor nie seat untuk sorang je.

Tetiba je nak emo. Masa saya bawak Amana&Arief naik motor nie ada sekumpulan budak tengok je anak2 saya naik motor nie. Jangan nak pk apa2 plak ye. Saya tak de niat apa2. Motor nie takla mahal mana; takla murah mana. Tapi pada sesetengah org mungkin mahal sangat dan pada sesetengah org alahiiiiiiiii harga celah gigi je. Group budak2 tue tengok je seolah2 kata "bestnye kalau dapat naik". Masa tue saya rasa berdosa yg amat membuatkan anak2 lain bersedih di saat2 anak2 saya rasa gembira malah mungkin bangga punya mainan yg org lain tak ada. Sebabnya saya pernah merasa duduk di tempat anak2 yg hanya melihat anak org lain bermain permainan yg boleh kata "mahal". Saya amat memahami perasaan anak2 itu. Tak sanggup tatap wajah anak2 tue.. Percayalah kalau auntie nie banyak duit ..auntie beli untuk kamu semua tau.. Apakan daya anak2 auntie pun auntie beli pakai duit raya anak2 sebenarnya. Insya Allah kamu semua tak merasa masa kecik tapi itu akan membuatkan kamu berazam nak capai kejayaan bila kamu dewasa. Kamu akan jadi lebih kuat, bersemangat, tak takut cabaran & sentiasa mencari peluang utk berjaya..#airmata menitik teringat zaman budak2 dulu#

Untuk anak2 yg dah punya "kesenangan" seharusnya bersyukur dan bersimpati dengan yang tiada. Kalau tiada usaha kesenangan tue tak kekal lama mana pun. Lebih-lebih lagi kalau kita senang; kita aniaya pulak orang .. kesenangan yang ada tujuh keturunan pun tinggal debu. Saya dah lihat contohnya. Dan org miskin yang kita aniya tue pulak yang akan senang nanti.. Hidup nie macam merry go round ye..

Kagum melihat camera  S3 yang boleh zoomm sejauh nie.Malah clear. Nampak tak Amana & Arief tengah race? Amana dah jauh kedepan.. Haha.. Tp Arief berjaya kejar tau.. Anak lelakilah katakan... Alasan Amana "Amana dah berat motor tak boleh bawak Amana.. Amana "berat" ye bukan "gemok" kiki.. .

Sakit ati pulak tgok S3 baru color merah.
Saya suka merah!!
Napa masa saya beli takde pun color merah?
 #sakit hati tahap tapir jerrrr#