ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, March 26, 2018

Sesi Mama-Mama Penyayang DUGRO

  
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya nak share "me time" saya baru-baru ini
Hampir bertahun menyepi dari sebarang event kerana menjaga anak ketiga saya si Khairy Magic

Horeyyy at last I got my "ME TIME"
Ahad lepas 18 Mac 2018  saya telah menghadiri event Sesi Mama-Mama Penyayang Dugro di Cooking House, Bangsar.
 
 
Pendaftaran diuruskan oleh Nuffnang staff yang jelita dan tampan nie.  
 
Sebelum event bermula disediakan light refreshtment
Saya dah breakfast dahulu di Old Time White Coffe di UOA Bangsar
Untuk ke event nie saya naik dari MRT Kajang ke MRT Pasar seni. Tukar dengan train LRT dan naik teksi ke Cooking House Bangsar.
Bukan main gigih saya saya nak hadiri event untuk ber "me time" dengan mama-mama penyayang Dugro yang lain ;)
 
Sesi belum mula tapi blogger dah start amik gambar
 
Sempat ambil gambar dengan Diana Amir
Cantik dan sopan
 
 
Yana Samsuddin sebagai MC memang sangat happening.
Meriah sangat suasana dengan celoteh beliau.
Start dia mula bercakap sampai tamat event memang kelakar
Walaupun kelakar tapi info-info tentang pemakanan nutrisi tetap sampai kepada kami semua.
 
 
Chef Lin pula telah dijemput untuk demo cara-cara memasak makanan yang mudah tetapi penuh nutrisi kepada kami semua. Chef Lin atau nama sebenarnya Chef Norzailina Nordin telah menghasilkan pelbagai buku masakan . Selain itu beliau juga aktif menjadi juri masakan dan sering muncul di kaca televisyen dalam program-program masakan.
 
 
Yana Samsudin betul-betul memeriahkan suasana.
Memek muka , celoteh keletah dan lawak spontan beliau sangat mencuit hati,
Kalau Yana Samsudin takde ;  majlis tak meriah agaknya
 
Cantikkan Diana Amir?
 
Bersemangat Chef Lin memasak
Mama-mama semua khusyuk tengok sebab lepas nie ada "ujian" menanti kami  haha
 
 
 Siap ada nama lagi
Tau tak apa dalam plastic nie?
Apron!!
 
Taraaaaaa
Workstation dah ada
Jadi apa patut buat?
Ujian masakan bermula!!
 
 
 Inilah group masakan yang happening
Kami berkerjasama menyediakan bahan supaya masakan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan
 
Kami kena buat dua masakan
Quiche Ayam + cendawan dan juga kebab ikan
Saya share dulu gambar yang dah siap
 
Close up Quiche Ayam
Sedap betul!
Tak sangka saya pandai buat resepi mudah dan ringkas nie
 
Dalam tue ada hirisan carrot,cendawan,bawang dan potongan ayam
Gorengkan semuanya
Mudah sangat
Masa goreng bahan-bahan nie ..semerbak harum baunya!!
 
 Lepas tue letak chesse
 
Letak campuran susu dan telur then bakar 
 
Yana Samsudin kat dapur pun sempat mengacau kami mama-mama Dugro yang penyayang nie :p
 
 Ini masakan kedua Kebab Ikan
 
 Bukan main cucuk kat lidi je tau
Campur dulu dengan plum sos dan kicap soya
Brokoli tue celur dulu
Then baru cucuk dan panggang
   Hilang make up saya sibuk memasak haha
 
Kemain seronok memasing bila berjaya siapkan cabaran memasak
 
 Lepas puas memasak kami dijamu lagi
Horey
Betul-betul best event nie!
 
Sedap tak?
Yumss sangat kan? 
Selepas makan tue kami ada sharing session bersama Chef Lin, Diana Amir , Pengurus Pemasaran Dumex Dugro Mrs Quah Ye Vian dan Mrs Yan Horng -Careline Dumex Dugro
 
Event ini diadakan adalah khas "dari ibu kepada ibu" untuk menyediakan ibu-ibu Dugro dengan pengetahuan berkenaan nutrisi dan kekeluargaan kerana Dugro sangat menyokong perjalanan seorang ibu untuk membesarkan anak-anak. Event ini juga untuk menggalakan perkongsian ilmu untuk membesarkan anak-anak dikalangan ibu-ibu Dugro.
 
Sharing session ini sangat bermanfaat kerana kami berbincang pelbagai perkara yang kelihatan mudah tetapi seringkali dipandang ringan antaranya  tentang nutrisi yang terbaik untuk anak-anak kecil kami, cara penyimpanan susu yang terbaik ketika travel, cara penyediaan susu yang enak tetapi masih mengekalkan nutrisi  secara optimum , tips-tips mengekalkan nutisi masakan dan juga cabaran sebagai ibu dalam mendidk anak-anak di zaman serba mencabar ini.
 
Walaupun saya telah ada 4 orang anak tetapi info yang diberikan oleh Mrs Yan Horng dari Careline Dumex Dugro membuatkan saya tersedar kesilapan saya. Selama ini saya sendiri tidak tahu yang  "mengoncangkan susu fomula sehingga berbuih boleh menyebabkan bayi kembung perut"
Buih-buih itu boleh menyebabkan anak kembung dan menangis sepanjang hari!
Adohaiii adakah sebab itu anak sulung saya selalu menangis masa kecil dahulu?
 
Jika ibu-ibu ada masalah mengenai bayi  anda boleh hubungi Dumex Dugro Careline
di talian 1800 38 1038 . Beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu!
Hebatkan?
 
Tips dari Chef Lin pula makanan yang tidak habis dimakan sebagai contoh ayam goreng boleh disimpan semula untuk dijadikan rencah di dalam nasi goreng tetapi isi ayam dan tulang perlu diasingkan sebelum disimpan untuk memudahkan proses penyediaan masakan keesokan hari.
Jika ia tidak diasingkan ayam akan menjadi keras.
 
 
Balik sahaja kerumah saya terus hidangkan Quiche Ayam kepada anak-anak dan anak jiran
Habis sekelip mata!
 
Antara goodies yang saya Dumex Dugro berikan kepada mama-mam penyayang di event tersebut.
Yang paling saya suka pastilah "Slap &Chop"
 
 

Dugro® mengandungi kandungan DHA tertinggi*. DHA adalah komponen utama otak dan retina mata.

Dugro® juga mengandungi dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 & Omega 6 adalah acid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula. Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja.
 
Dugro® merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides), sejenis serat untuk meningkatkan pergerakan dan fungsi usus,Meningkatkan kandungan air dalam najis dan Merangsang pembuangan air besar
 
Promosi terkini dengan belian Dugro anda akan dapat playmat + storage Bag
Playmat tue boleh kita jadikan "accessories" ketika bermain bersama anak-anak
 
 
 
1. Dengan pembelian 900g (mana-mana perisa), ibu-ibu akan dapat hadiah percuma iaitu 2+1 playmat dan storage bag. **sementara stok masih ada**
 
2. Terdapat di pasar raya terkemuka di seluruh Malaysia, untuk info jemput layari https://www.dugro.com.my atau Dumex Dugro Facebook
 
 
Secara jujurnya event ini sangat seronok & happening
Padat dengan info dan gelak ketawa  sepanjang event.
"Me time" untuk saya dan saya sangat hargainya.
Saya juga berpeluang berjumpa dengan blogger-blogger yang sporting  
dan berjumpa kembali dengan blogger yang telah lama tidak bersua muka.
Insya Allah jika dijemput lagi saya pasti akan menghadiri event Dumex Dugro yang happening lagi!
 
 
 
 

2 comments:

Jueliza Jamani said...

wah datang dari kajang. kalo tahu boleh tumpang jje ritu. 😊 bestkan event mcm ni. bukan selalu dpt join

Linda said...

wow! quiche ayam korang nampak sangat lazat!Rasa lapar balik dah perut ni :)