ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, April 22, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 1

Salam semua.. sebenarnya citer ini hampir2 reda di rumah saya tetapi saya ingin coretkan di sini supaya kawan2 berhati2 juga.. bukan tak ada maid yang baik tetapi nak berjumpa yg baik tue payahla kot.. maid yg baik yang pernah saya sendiri jumpa adalah kak mar. maid di rumah ibu saya. jujur orangnya.hampir 4 tahun jugak dia asik berulangalik mengemas umah mak.. umah saya pun pernah dan umah adik2 saya.. bayangkan kalau jumpa emas pun pulangkan balik. pernah satu ketika saya boleh tinggalkan rantai kawin, cincin & jam kawin semua masa dia sibuk mengemas. wahhhhhhhh cepat2 saya call mak. mak dengan yakin " mak percaya kak mar takkan amik. kejap mak tengok. kat mana angah simpan" dan benar bagai dikata.. kat mana saya letak kat situlah kedudukan tanpa berubah.. kak mar siap lap lagi atas rak tue..mustahil tak jumpa barang2 kemas tue.. kalau jumpa duit berpuluh2/beratus2 pun pulang balik.. dah bnyak kali mak saya test :)

maid yg penipu ne hanya 3 hari di rumah saya.. senang citer tak sampailah 3 hari sebab malam ke 3 tue dah hantar semula kepada agency. dia dipulangkan bukan isu tak reti masak tak reti jaga anak atau bla bala bla.. tapi isu PENIPU!

HARI 1
-perjumpaan dibuat di rumah mak saya. agency nie adalah wanita indonesia. lebih tua dari saya.mungkin sebaya emak. orangnya nampak educated.datang pun naik honda hokey... di akhir pertemuaan speking london sbb dia tak mo maid dia paham apa kami cakap. suami dia pun ala2 indon yg belanda tue.. yg hensem2.. LOL.. walau tua nampak hensem haha..

-masa mula2 nampak maid ne sebenarnya hati saya tak sedap. kenapa? yes sebab dia tersangat muda.malah muda dari adik bongsu saya! 21 tahun! dah kawin anak sorang. ini bukan seorang cemburu atau tidak tapi kalau saya nak cemburu pun apa salahnya. itukan rumah saya itukan istana saya. sebelum benda buruk jadi lebih baik kita berhati2. betul tak? saya nak org yg membantu saya bukan membawa masalah dalam rumahtangga saya. maid ne akan duduk setiap hari di rumah saya bukan jumpa sesekali dalam seminggu, bukan sehari dalam sebulan. setiap hari! dan saya ne kerap juga keja luar. adakah elok meninggalkan suami dan anak2 dengan maid yang muda? maniskah begitu? tak timbul fitnah ke? syaitan ada di mana2. tak kira masa.  setiap isteri pun akan fikir begitu. kalau ada isteri yang tak fikir seperti mana saya berfikir  maksudnya isteri itu tidak sayangkan suaminya dan suami itu  hanya sekadar patung di rumah. untuk perhiasan je.. ada ke takde sama je..  DAN SAYA ADALAH ISTERI YANG SANGAT SAYANGKAN SUAMI SAYA. KALAU SAYA TAK SAYANG BAIK SAYA KAWIN DENGAN LELAKI LAIN.. KAN BANYAK PILIHAN DULU..ekeke.. muahaha.. heppp... bukan sikit yang kami tempuh utk jadi suamiisteri dan kekalkan rumahtangga selama 7/8 tahun ne.. mustahil saya nak biar rumah tangga saya tergadai macam tue je kan? langkah mayat saya dulu..eh silap..lawan ARIEF dulu haha..

-kalau saya suarakan hati saya..suami akan gelak besar punyalah ..kiki.. saya pun nak gelak jugak kalau nak cakap "bang takmolah..muda sangat.nanti awak suka dia pulak.lupa kat b nanti " muahaha memang kelakar.. jeles dgn indon.. .. mesti en papa pun akan cakap "la..itu indon je.. tak payahla nak jeles sangat" HAHA.. gelak..gelak jugak ye.. realiti is realiti.. kalau maid tue lelaki lainla.. kalau pondan saya risau gak sebab dua alam haha... oh pada yang tak tau.. saya & hsbd satu opis. isu cemburu ne tak penah timbul untuk saya. lagila depan mata keja dgn ofiser muda ke, cleark muda ke.. dah namanya keja.. tak logik la nak cemburu buta tapi entah kenapa kali ini hati ne lain macam..    pernah dengar pepatah "kalau pasal perempuan tok imam pun tanggal songkok/kopiah" jangan gelak ek.. masa mula2 saya dengar ayat ne saya pun gelak habis. itulah perumpamaan sikap lelaki yang "kalah" dengan perempuan. sedangkan yang beriman pun ada yg tersungkur inikan pulak hanya lelaki biasa.. TAPI walau ketika itu hati dah rasa tak sedap (tak sedar ne Allah dah beri petunjuk ada sesuatu nak jadi)

-SATU PETUA DARI KENALAN yang dah banyak pakai maid "pesan kat suami tak payah nak bercakap dengan maid, biar semuanya isteri yang uruskan sebab maid ne akan naik lemak bila suami banyak berbual dgn mereka. tengoklah arahan dari isteri tak akan diendahkan kalau suami mua2kan mereka.suami cuma perlu berbunyi bila nak mengamok je kat maid" ye ke? siapa boleh sahkan petua ne?

lagi satu.. mereka datang sikit punya jauh takkanlah takde bawak "bekal" sebab tue suami2 tolonglah jangan "bermulut manis" dengan maid. mungkin anda tak ada apa2 tetapi sekali diorang pulak jatuh hati..anda yang tersungkur kena guna2..  ini kisah benar dari mak saya. kawan mak saya chinese lady. pakai maid jugak. saya pun penah tgok maid ne. sorry tue say bukan nak menghina ciptaan tuhan tapi bezanya langit dengan bumi dengan si isteri. mula2 ok lama2 si suami dah lain macam. yg mula2 sedar adalah abang chinese lady ne bila si suami memuji maid tue cantik. bayangkan tetiba puji maid tue cantik kat meja makan. depan family tue. rasional tak rasional.   menyirap darah si abang.. tak lama lepas tue chinese lady ne menangis2 cerita dengan mak. mak cakap perkara pertama hantar maid ne balik sebab mak pernah dengar "ilmu tue akan tawar jika merentas lautan" hantar balik dan dipendekkan citer rumahtangga kawan mak tue kembali aman. so tolonglah ye suami2 jangan nak bermulut manis sangat seperti petua kawan dan citer mak saya.

-tapi i kan menidak kan deria rasa ke 6 ? saya masih terima. saya tak bolehla nak dengar hasutan hati jekan? saya kena rasional... saya tanya direct je . muda sangat ne reti ke buat keja. anak2 boleh jaga ke? baby boleh jaga ke? cakap sikit punya lembut. saya pun ada anak.. ok ... kita tengok.

-bawak balik rumah. saya tengok je dia buat keja. tengok cara dia keja. saya cuma bagi arahan. kali pertama je saya dah tak suka. salin pakaian utk buat keja rumah diganti dengan seluar pendek. dan seluar pendek itu jarang ye kawan2. boleh nampak underwear. mil saya pun cakap benda yang sama. bukan perasaan saya sahaja... apa tujuan dia ye?  sakit mata tengok! oh masa datang umah mak tue pakai tudung. tapi gaya pakaian tak pulak macam org susah. up to date jugak. macam budak2 kita pulak.. iye ke nak keja ne? tapi ok fine rasional lagi. budak ne miskin kot .. seluar panjang  pun takde nanti saya belikan. tapi saya tak tegur (lepas ne kalau maid masuk umah saya; on the spot saya tegur kalau saya tak suka dari apa segi pun. tak boleh bagi muka diorang ne). keesokan hari dah pakai suar panjang. rupa2nya mil saya dah tegur dulu.

-dia memang cakap tak tau masak. tapi saya kata yg simple2 utk anak tau ke tak? katanya boleh. so takpe saya pikir takkan goreng telur pun tak reti.mesti reti. tak reti bukak gas api nak masak  saya pahamla.. rupanya goreng telur pun failll! saya tengok dia pecahkan telur atas kuali(masa ne api dah pasang.saya ajarla cara pasang gas masak ) tak semena2 dia pegi tabur garam atas telur yg tgh mengelegak atas minyak. rupa2nya mil saya kata kalau goreng dua bijik telur kena campur garam , maksud mil saya  telur dadar . dan kocak dalam mangkuk atau pinggan then baru goreng. tapi dah gaya macam ne nampak sangat tak reti masak langsung! nasik guna periuk leterik pun jadi bubur..lembek.. astargfirullah.. ok pasal masak ne ok lagi..boleh diajar .. hari itu saya yang masak & dia jadi tukang makan! cuma kopek bawang dgn terkial2!

-uruskan arief. nak handle arief pun tak reti. "arief tak nak buk..arief tak nak" saya tengok je.. memang arief melawan dengan dia. tak bagi sentuh (anak pun tak sukakan? instinc anak lebih cepat dari mamapapa dia rupanya.  sedang masa bibik first arief yg berlari kat bibik tue. en papa nak mandikan arief pun arief lebih prefer dimandikan dgn bibik first tue)   .  pada mata saya dia yang tak nak uruskan / berusaha amik ati arief.. dia nak mil saya yang tengah memandang tue uruskan.. tak payahla dia buat. boleh bersenang lenang. last2 sebab sakit ati mil saya yang mandi & siapkan arief. haiiiiiii ini nampak gaya mil saya & saya yang jadi bibik! fail lagi!

HARI KE DUA
-seharian mil kat umah dengan bibik. saya & en papa pulak keja sampai malam. dah nak 12 malam baru balik umah.  sampai je umah dengan badan yg penat. jejak je umah mil bagitau bibik cakap anak dia meninggal. ehhh? tapi naluri saya yg juga ibu mmg jatuh kesian. melalak2 melutut nak balik indon. mata dah bengkak2 kengkonon menangis dari siangnya. dalam naluri kesian tue saya teringan kat agency jugak. saya cakap nanti saya akan contac agency. melalak2 lagi cakap "jangan bagitau ibu syarifah nanati saya dimarahi. saya janji akan kembali lepas 5 hari.org di sana menunggu saya utk kebumi. tolong ibu tolong pak. " aku sepak jugak kang! kihkih.. masa nelah baru  terpikir nak sepak..masa tue kesiannnn sangat. saya kata nantilah saya fikir terus saya naik ke bilik.

-saya termenung dalam bilik.istigfar banayk2. baby dalam perut pun terus mengeras. stress penat keja.stress dgn citer terkini.kesian pun ada. terbayang kalau anak2 kita hilang tiba2 di saat kita carik rezeki di tempat yang jauh. lama jugak saya menung & akhirnya saya terdetik.. "eh lum solat isyak.baik solat mintak petunjuk Allah" terus mandi & solat.

-Sebab itu kalau nk  buat apa2 keputusan lebih baik kita solat & dapatkan petunjuk Allah. Saya ne bukannya kuat sangat agamanya. banyak kekurangan. menutup aurat pun tak sempurna mana. baca quran pun entah betul ke tidak tajwidnya tapi satu yg saya diterapkan oleh mak saya dan saya sangat yakin. Kita mesti solat 5 waktu supaya kita dalam perlindungan Allah. Kita mungkin akan tersilap perbuatan/pilihan dalam kehidupan kita tapi Allah takkan biar kita jatuh tersungkur sampai tak boleh bangun balik & tebus kesilapan2 kita. Allah akan lorong kita.jaga kita. keselamatan kita dalam perhatian Allah. Allah tue penyelesaian segala masalah. Itu yang saya yakin.. Alhamdulilah ..  ajaib sungguh lepas je sembahyang saya terus buat satu keputusan. masa tue saya yakin anak dia memang meninggal .. situasi masa tue.. sebelum saya tahu itu semua kisah bohong si maid penipu!

-keputusan saya ialah "apapun yang jadi saya tak nak maid ne lagi. saya akan pulangkan dia ke agency. walau dia kata akan balik bekerja selepas 5 hari saya tak nak! sebabnya saya tak yakin seorang ibu yang kematian anak mampu menjaga anak2 org lain. ada harapan anak saya kena dera ne! lebih baik saya lindungi anak2 saya dari sibuk nak kesian pada org yang hanya baru satu hari jejak umh saya"
 AM I RIGHT? Siapa dia untuk saya kesian?dan tak semena2  saya teringat cerita mil camana mil saya suffer hampir berbulan2 selepas kematian aruah fil. camana nenek en papa menguatkan semangat mil saya..bukan senang..  eh takkan saya pulak nak menguatkan semangat org luar yg kematian anak ne. sapa yg jaga sapa nanti? lagipun dia siapa dalam kehidupan saya? bukan adik saya/kakak/mak. takde ikatan darah!

-saya pun sikit pelik dengan hati saya yang keras dan takde bolak balik lagi. sikit pun tak sedih. mungkin sebab dah bersedia sejak maid pertama yg bagus hilang tiba2. inikan maid yg buat hapah pun tak reti  ne.. apa yg nak sedih sangat?  apa yg saya nak kesian sangat & masih nak dia tinggal kat rumah ne? atas dasar apa? masak fail. uruskan anak fail. tambah dgn masalah anak meninggal lagi?  dalam satu hari sahaja apa yg dia reti buat & apa yg saya bergantung harap sangat pada dia? tak rasional langsung utk terus bertegas nak dia jadi maid dalam rumah ne.  masa maid pertama tue saya menangis bila medical maid ada problem dan tak boleh buat permit .mungkin juga  masa tue dah 2 minggu bibik first tue jaga anak2 & saya pun agak puas hati dengan kejanya & tingkahlakunya yang tak payah diarah, disuruh dan lain2lah.. tapi kali ini keputusan tue datang tiba2.. saya percaya Allah gerakkan hati saya untuk kali kedua bagitahu bahayanya maid ne pada rumahtangga&anak2  saya.. .. kali pertama yg hati saya rasa tak sedap bila tgok maid tue masa dia jejak umah mak saya..

SAMBUNG NANTI YEEE... LETIH MENAIP ..MCM BUAT NOVEL ANA MUSLIM PULAK HAHA...






8 comments:

Ann Ishak said...

tak sabar nak tau apa yang terjadi selepas ni, sah rasa seperti baca novel tau.

norhidana miswan said...

td udah komen tp error katanyer, ni try lg kot yg td tak dpt

ayoyoyo tgh sedap2 baca udah bersambung lg buk...

syukur diberi petunjuk Allah kt maid nih, kalu tak pyh jd nyer

Allene said...

tak sabar nak baca lg... cepat tau...

whitecappuccino said...

akak tunggu ni..nk tau apa jd seterusnya.

transformed housewife said...

petua mak Ila mmg betul.

Nafisa81 said...

nak terjojol mata baca ni...tak sabar nak tau next

Mama Zharfan said...

Siyes mcm novel

mamaRIFQY said...

cerita lagi ila.Nak tau gak apakah kesudahann...and ape yg blaku lagii