ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, April 23, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 2

meh sambung novel maid penipu . dah ramai yg tunggu sambungannya kan? :)

HARI KEDUA- MALAM (ALA LEPAS BALIK KEJA TUE)

-terus call agency. en papa yang call.  katanya akan uruskan. dalam hati saya masih ada rasa percaya pada agency ne. macam agency dulu mmg tak boleh pakai. tapi dgn wanita indon separuh umur ne saya panggil  ibu syarifah jela.. saya ada rsa sedikit percaya. harap2nya..

-agency call en papa semula & agency ne nampak gayanya macam tak mo hantar dia balik. katanya anak maid ne dah mati sejak kelmarin, diorang call org kat sana. perjalanan nak balik je dah makan 7/8 jam bukannya dekat. takkan nak tunggu kebumi sampai 2/3 hari. busukla mayatkan? saya terdiam.. anak dia mati sejak kelmarin? eh kan maid ne kata baru hari ini/semalam. ibu syarifah   kata anak maid ne meninggal sebab demam panas. eh maid tue kata sakit telinga... walau saya kepenatan balik meting; saya masih dengar dengan jelas ye. tapi saya ne jenis dengar je dulu.. saya serap semua maklumat..pastu saya dok diam2 memikir. haha..ini ikut perangai mak saya. kalau dilanda masalah lebih suka diam dari pok pek sana sini.  masalah takkan selesai masa tue & buat keputusana masa masalah tue timbul adalah tindakan yg sangat tak bijak. baik duduk diam pikir dulu apa patut buat.

-dan kenyataannya malam tue saya mmg tak boleh tidur. anak dalam perut asik mengeras. apa yg saya rasa mestilah baby rasa. saya tidur2 ayam.sikit2 terjaga.. mmg hati saya tak tenang. saya rasa ada sesuatu. saya tak percaya maid ne. gerak hati saya kuat. saya isteri.saya ibu. macam mak kata bila kita dikurniakan anak; Allah dah naikkan darjat kita. Doa kita pun tiada hijab kalau tentang anak2. Allah akan beri kita rasa.. Rasa supaya keluarga&anak2 kita selalu selamat. Sudahhhh.. hati saya mmg tak tenang sampai ke pagi. pura2 tidur sedangkan saya asik bangun & menatap anak2 dan suami saya satu persatu. mendoakan mereka selalu selamat.. sedih hati saya sedih sangat.. saya nak pembantu bukan letakkan anak2 dan suami dalam keadaan macam ne..

HARI KE TIGA-PAGI

-en papa kejut pg opis. saya tak nak pegi.. dan saya memang lupa langsung yang saya ada mesyuarat dengan big boss. tiap2 hari khamis. dengan hp yang tak on lagi la saya tak ingat. saya nak setel hal maid ne hari ne. saya rasa semacam. saya nak cakap dgn ibu syarifah tue. belum sempat tunggu cerah hp en papa berbunyi. itupun lepas en papa bukak tepon. bateri weak pulak. ibu syarifah msg sejak jam 6 pagi rupanya. semata2 nak bagitau ANAK MAID NE MASIH HIDUP! dia hantar orang dia sendiri siasat kat rumah maid ne..dia pun sama tak percaya maid ne agaknya..

-saya terdiam & rasa macam blur....tapi dalam blur cepat je saya terfikir..  THATS IT!! INI BANGSA PENIPU! SAYA KENA LEBIH HATI2.JANGAN INGAT SAYA BODOH YE! sedang takde satu pun anak buah saya menipu saya kat opis dengan maid tak guna ne dia nak menipu saya! kat umah saya pulak tue! anak buah saya kat opis kekadang diorang sendiri mengaku kalau nak "tipu". nak  "tipu" pun mtk kebenaran sebab diorang takkan boleh tipu saya. kadang2 saya tahu anak buah saya tipu tapi saya lepaskan kalau penipuan tue masih boleh consider. setakat hal kecik2 saya paham diorang segan nak mengaku.. ok saya lepaskan.. saya boleh baca mata diorang &muka diorang yg tunduk tak berani nak tatap mata saya. kalau hal kecik saya pura2 je diamkan silap diorang. tapi kalau saya rasa melampau..saya bukak satu2 sampi lepas tue tak berani nak buat lagi.. ini pulak dengan maid.. sakit betul hati saya! eh bukan sakit ati dgn anak buah yek . sakit ati dengan maid.. anak2 buah saya baik2 belaka :)  nakal sikit jer..

- saya turun ke bawah. en papa tanya itu ini. saya tengok je. saya dengar dan saya tahu itu semua tipu. dan masa sesi soal-selidik ne  kesabaran saya memang diuji dengan satu perkara. tak perlu saya cerita tapi memang saya rasa ...mmm.. tak boleh nak describe.. ALLAH je yang faham rasa hati saya.. ALLAH je tahu rasa hati saya...

-THATS IT! Saya akan buktikan semuanya. tapi saya bukan jenis pung pang sana sini.. saya akan buktikan dan masa dah terbongkar tue jangan nak argue dengan saya lagi! SAYA AKAN BUKTIKAN SAMPAI BIBIK NE  TAK BOLEH PUSING CERITA TUE WALAU SATU SEN PUN! SAYA HALAU MALAM NIE JUGAK! INI RUMAH SAYA. SAYA YANG SUSAH PAYAH BINA. DIA SAPA NAK TUNJUK BELANG KAT SINI! mata saya pun dia tak berani tentang. alasan bodoh yg saya pun nak gelak dalam hati.. org yg call dia bagitau anak dia mati tue (malas nak guna perkataan meninggal sebab tipu je kan?) adalah  jiran dia yg saja2 call sebab dengki dia berjaya keja di malaysia. mak ayah kakak miskin. takde tepon. hello gaya miskin ko tue aku tak nampak sejak mula2 jejak rumah mak saya.

- masa mula2 lagi saya nampak ini semua penipuan. masa en papa bagitau pada maid ne anak dia masih hidup. dia sangat relex.hello!! ini soal mati anak hokey. anak yg dikandung 9 bulan dengan susah payah! anak kita demam panas kat nursery pun kta dah tak tentu arah. ini pulak berita anak mati. dia kata ibu syarifah dah call bagitau anak dia masih hidup.relexxxxxxxxxxx yg amat masa citer tue..  belum cukup primadona lagi nak menipu2 saya ne.. pg masuk kelas wayang dulu..  kalau kita sbg ibu pasti kita sedaya upaya akan usaha nak dengar suara baby tue merengek walau hanya kat hujung tepon. betul ke anak kita ne hidup? betul ke memang hidup lagi & berita pertama tue cuma mainan orang?  betul tak? bila saya tanya masa kat dapur selepas sesi tue .. dah dapat cakap dgn mak/sapa2 yg dapat sahkan anak dia masih hidup ..  maybe pinjam tepon sapa2.. dengan selamba "belum. lain kali saja pun boleh ibu.." FINE! AKU NAMPAK KO MENIPU! Orang lain mungkin tertipu tapi bukan saya yang seorang ibu.. ko boleh tipu suami aku ye tapi bukan aku yg dah dua kali beranak ne! hishhhhhhhhhhhh!! aku tampar jugak kang!

-saya buat selamba tapi otak ne memikir je. saya masih menunggu apa lagi lakonan dia.. saya ke dapur. nak masak. saya tengok bilik dia. oh lupa nak bagitau. masa hari pertama dia datang  dia tabur tasbih depan bilik &kain sembahyang depan bilik. masa tue saya dah rasa.. kalau org jenis solat tak perlu tabur tasbih & kain sembahyang depan ne... apa tujuan dia.. nak menunjuk dia baik? dia patuh pada agama? masa tue hati dah berdetik-detik..tik ..tik..tik.. dan saya tanyalah dia untuk hari ke 3 di rumah saya "kamu dah solat.kalau belum; pg solat zohor sebelum buat keja" ..jawapan "tak boleh buk. datang bulan" saya gelak dalam hati.. mil mencelah "oh sebab tue ke kamu pening semlam" hihi.. ok tipulah semua dalam umah ne.. bukan aku! nak je cakap pgla belajar dulu dgn biduanita indon yang tersohor baru menipu depan saya!

-RULE 1 YANG SAYA CAKAP BILA DIA NAK JEJAK RUMAH SAYA: BILIK TIDUR SAYA ADALAH KAWASAN LARANGAN! SAYA SAHAJA YANG AKAN KEMAS DAN URUSKAN BILIK SAYA. tapi dia cabar saya! saya suruh dia gosok baju sebab dia kan pemalas. buat apa pun tak reti.melongo je. lepas gosok baju dia boleh masuk bilik saya dan nak bukak almari saya! sedang saya depan pintu bilik!!! memang melampau! sebelum dia bukak almari saya. saya tanya dengan tegas tapi terkawal "nak buat apa tue?" buat muka selamba bagitau "nak simpan baju" . terus saya cakap "tak payah!pegi gosok yang lain" wahhhhhhhh... ini sudah lebih.. ko memang nak tengok aku tampar muka ko kot! masa gosok baju kat bawah ..baju bukan banyak tapi lembab gile menggosok. pulak tue siap bukak lagu2 dari hp dengan senang hati. ITU KE GAYA ORANG YANG BARU TERIMA BERITA  ANAK MATI?

-serius saya tahu semua ne permainan dia. tapi macam mana saya nak cakap yang semua ne lakonana dia. alasan ikut instinc seorang ibu memang langsung tak kuat. oh lupa nak bagitau dia ne tak penah jejak malaysia kata agen. tengok pasport pun baru sekali cop je. masa kengkonon kes anak dia mati tue. dia cakap dia sebenarnya dah bercerai dengan suami dia tapi ejen suruh menipu sebab kata agen nanti takde org nak amik dia bekerja kalau tau dia ne janda muda. dia jugak cakap dia paham bahasa ingeris sebab dia belajar sampai ala2 kat malaysia ne taraf spm. saya dengar je.. semua yang dia cakap saya tak percaya ye.. saya nak tengok siapa yang tengah mainkan siapa. agency ne menipu atau budak mentah ne menipu. tapi hati saya ne memang tak percaya maid penipu ne...

nanti sambung ek.. novel banyak episod walau hanya 3 hari  :)


6 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Ila,

Tak sabar nak baca sambungan kisah maid penipu ni! Boleh jadi penglipur lara pulak awak dengan kisah maid ni! Takpa, ada profesion alternatif!

Mama Zharfan said...

me baca pun rasa emo...memang me tak pernah terpikir nak amik maid pun...sbb susah nak percaya org luar...

norhidana miswan said...

aduh ingtkan dh abis novel tajuk `amahku penipu` nih... tak sbr lak nk tunggu sambungang

selamba badak tul ek dh la menipu,nsb lah cpt dpt tangkap penipuan nih n ila tak percaya langsung cite tipu nyer

Syazana Zainn said...

jahatnya maid tu.

berani dia masuk bilik majikan.

ish kite pulak yg geram ni

mamaRIFQY said...

mak aii...sampai mcm tu skali menipunyerrr.....sambung lagi ilaaa

Ummiarissa Mahdi said...

makin menarik...