ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, April 24, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 3

adehhh penat nak menaip tapi nak jugak citer supaya kawan2 belajar dari citer nie. jadikan pedoman utk lindungi anak2 dan keluarga kita

HARI KE 3-sambungan

-saya memasak sendiri kat dapur. saya izinkan dia tidur tengahari tue.kengkonon dah penat buat keja sangatkan? saja je saya nak tengok dia akan masuk tidur atau tak.. ehhhhhhh betul2 tidur haha.. tak macam maid yg first. maid 1st  takkan tidur kalau bukan malam.  bangun pun jam 6.00 pagi. macam2 keja dia buat. tak berenti2. yang ini.. haiiiiiiiiiiiiiii... time pagi maid ne dah makan ye.. ok kenapa saya nak bagitau dia dah makan ? sebab .... berkaitan lakonan seterusnya...

-penat gile saya memasak sensorang. lepas masak saya terus naik atas. dengan tak makannya.walau saya lapar. sebab badan saya tak leh tahan lagi berdiri lama2.memasak lama2. lagipun saya tak cukup tidur malam sebelum tue akibat kes bohong anak maid mati .. saya terus mandi & baringkan diri atas katil. tetiba amana masuk "mama kakak tue nangis" saya senyum dan cakap "sapa kat bawah?" amana jawab "mak tok ada kat bawah" hikhik.. saya ketawa dalam hati ne mesti nak start lagi berlakon.. "ok biarlah.. meh amana tido dgn mama ye" saya peluk dan tido dengan amana.. penat seh.. ko nak berlakon melalak aku peduli apa.. tido lagi best :)

-baru nak terlelap en papa dah kejutkan saya.. "bangun2..budak tue pengsan..apa lagi ne?" saya yang mamai2 ne bangun.. en papa tanya "dia tak makan ke? awak tak suruh dia makan ke?" dalam mamai tue saya menjawab "pagi dah makan. takkan setiap masa saya nak tanya. dia ingat dia siapa?tuan puteri?"  tapi saya turun ke bawah. tgok jugak dia yg terbaring. saya mintak en papa call ejen. dan masa yg sama bawak jugak ke doktor. hihi.. saya pun panik jugak. tapi bila mengingatkan saya perlu bukti saya ok je bawak dia g hospital.. saya akan buktikan yg  ini bukan mainan perasaan saya.. kuar duit pun kuarlah... aku halau kau lepas ne.. ko cabar aku sangat kan?

-sampai je klinik.angkat kat whell chair dan doktor start cek. doktor lelaki cina. dia tanya sapa ne. saya jawab maid. your first maid? yes.. dipendekkan citer doktor cek & buat sikit ujian. doktor pandang mata saya. tepat. walau doktor tak cakap lagi  saya boleh tahu apa yg doktor ne nak sampaikan. DIA PENIPU!!

-doktor cakap -"dia ok, jantung ok, pernafasan ok.pendek kata semua ok" terus saya cakap "napa dia pengsan?dia cakap dia period,maybe ke sebab tue dia pengsan?" doktor pandang lagi mata saya. seolah2 cakap "you are women too.dont you know? shes lying" doktor senyum je & geleng. "no,no bukan sebab period. meh sini you tengok ye.." doktor amik tangan maid ne and angkat ke atas dan lepaskan.. tangan tue jatuh perlahan & tangan tue tak menyentuh muka... doktor pandang saya & cakap "u nampak? kalau betul dia pengsan. bila saya lepaskan tangan dia.. tangan dia akan jatuh laju dan terus langgar muka dia. u nampak tak dia cuba elak tangan dia dari kena muka dia?dia boleh bangun tapi dia yang tak nak bangun" ne saya colorkan & bold merah. kawan2 pun boleh test kalau maid kawan2 pura2 pengsan.ingat tau kawan2 ku sayang . kalau maid buat macam ne..test ikut cara doktor ne.. kalau sama keputusannya  jirus je dengan air sebaldi.. air panas lagi bagus kot haha. adik perempuan saya lagi best -  lain kali cucuk dengan jarum dulu tak payah susah2 doktor nak bagi drip :)

-haha.. ko belum cukup primadona MAID PENIPU! terus saya cakap "shes pretend?" doktor antara nak mengangguk dengan tidak tapi saya faham ada benda lagi doktor ne nak buat. doktor cakap kat saya "u pegi makan dululah ye. i will handle this. i will drip her.nak bagi badan dia kuat sikit" muahahaha..padan muka. amikla ko kena drip tak pasal2.hasil lakonan cemerlang. doktor senyum sumbing jer... eh hensem plak doktor ne senyum macam tue. antara serius & nak tergelak gaya senyuman tue..

-saya lapar gile. saya order roti bakar kat kedai mamak. pastu lapar lagi order lagi roti canai. lepas makan baru saya cakap dengan en papa.. "pa, maid ne dia tak mo keja sini. dia menipu. dia buat alasan nak kita hantar dia balik" en papa diam je & dengar je saya cakap..saya sambung lagi " dari awal dia menipu. anak dia mati tue pun dia yg create story.  ada kita dengar org kat dalam tepon tue yg cakap direct dgn kita anak dia mati. takkan? mama je yg sampaikan kan? pastu tau anak hidup balik nampak relex  je. macam tue ke seorang ibu? b pun tak mo maid penipu ne. dahla penipu. buat keja tak reti. urus arief tak reti, masak tak reti. buat keja lembab! berani dia masuk bilik tido b tanpa kebenaran! apa yang nak diharap sanagt. b nak deal dengan ibu syarifah b tak mo dia kat umah kita lagi. percayalah cakap b. kalau papa tak caya. kejap lagi b akan tanya doktor tue..maid ne bangun sebelum kena drip atau lepas kena drip. kalau sebelum maksudnya dia tipu. kalau selepas b yang prasangka"

- en papa pandang saya tepat. caya tak wife awak bijak? sampai ke situ saya boleh kesan taktik dia menipu.. saya bukan bijak tapi ini semua anugerah khas  Allah untuk setiap isteri yang akan sedaya upaya lindungi keluarga .. rasa macam CSI pulak...  haha.. tinggal takde cukup peralatan je.. hello ne budak sains biologi hokey.. tapi tah camana tersesat masuk amik komputer lepas matrix.. setakat penipuan biologi ne..haiyaaa... tikus pun mati kat makmal dulu tau.. erkk sebenarnya geli kat tikus tue tersalah potong terus mati tikus tue.. itu yang saya tobat & tukar bidang..  banggg oiii.. b bukan budak sekolah kay. b ne mak dah didik macam2.. nampak b ne manja tapi papa takkan tahu apa yg b dah lalui sejak kecik. setakat penipuan macam ne.. hurmmmm... saya takat manja berhantar beramik je tapi kalau benda lain memang saya tak manja ye.. mak penah cakap "angah ne semua boleh harap.otak cepat berjalan tapi part bawak keta hafal jalan..hurmmm fail habis" kiki dan paling penting ayat2 keramat mak yang saya ingat sampai sekarang "dalam banyak2 anak mak, angahla yg mak tak bagi duit sangat  sebab angah pandai uruskan diri sendiri dan rezeki angah murah .tapi angah kena tau doa mak selalu iringi angah supaya angah selamat selalu"  ingat ye doa ibu yang tak putus membuatkan instinc saya lebih kuat. saya akan sentiasa selamat hasil doa mak saya.. dan pastinya dengan izin ALLAH jugak.

-lps makan call ibu syarifah. saya cerita semuanya. mengucap panjang ibu syarifah termasuk tuduhan maid ne yg ibu syarifah suruh dia menipu tentang status dia.. mengamok sakan ejen nie. saya jugak tanya tahap pendidikan maid ne. ibu syrifah mati2 cakap dia level ala2 pmr sahaja. saya jugak cakap saya tak percaya anak dia mati sejak mula sebab dia relex dan ibu syarifah jugak bagitau yang masa dia call bagitau maid ne yg  anaknya masih hidup, maid ne baru bangun tido dan selamba je. tak macam susah hati pun. dan agaknya sakit ati ibu syarifah sampai cakap "stupit punya budak!" dan diakhirnya ibu syarifah cakap akan datang malam ne jugak tapi jangan bagitau yang dia nak datang umah saya..

-lepas cakap dengan ejen saya ke klinik balik. en papa terus tanya kat nurse kat klinik yg maid ne sedar sebelum drip ke lepas drip. si nurse jawab tak tau sebab doktor yang uruskan. saya tanya doktor dan doktor cakap "DIA SEDAR SEBELUM CUCUK DRIP!" hihih.. tau ko takut dengan jarum ye.. tapi nasibla drip tetap drip.. saya asenyum je .. so sekarang dah terbukti. bukan saya yang prasangka melebih2. hati isteri dan ibu ne memang kuat. dari hati pertama lagi saya boleh rasa bahayanya maid ne pada keluarga saya..

saya tengok maid tue dah sedar & tangan pasang drip. en papa tengok air drip & cakap "alaaaa lama lagi nak tunggu habis air drip ne" saya senyum "ye ke?kejap ek b tanya doktor lagi " saya jumpa doktor & doktor tue senyum je siap tanya "dah makan ke? dah call agen?" saya angguk je.. "so doc bila nak bukak drip tue?" doktor tue selamba "kalau u nak i bukak sekarang.sekarangla i bukak" muahahah.. haiii nakal betul doktor cina ne tau..

-masa doktor tue bukak drip  saya ada kat situ. dia pura2 lemah & buat2 tekan dada.. berlakon  sakit paru2 pulakkkkkkkkkk... saya masa tue nak gelak habis.. senyum je pandang lakonan dia. yg doktor ne pun  berlakon sama "sakit ye? pelahan2 ye" muahaha.. doktor pandang saya & pura2 buat serius.. hebat lagi lakonan doktor ne.. doktor cakap kat saya.. i dah biasalah dengan semua ne.lakonan maid macam ne..macam2... i pun penah kena..

ok nanti kita sambung story ejen datang mengamok kat umah saya pulak ye..












13 comments:

Unknown said...

alahai..pandai yer bibik tu berlakon...hehehehe...tapi yg best doctor tu pun lagiiiii pandai berlakon..hahaha

mamaRIFQY said...

hahhaa..kelakar pulak maid yang menipuu ni...menipu tak pandai sangatt kan? alst2 kene cucuk.padan muke die...bagus ilaa..leh jadikan pedoman utk yang lain

MOMMYLIN said...

sambung lg ker.. adoi... cpt sikit bukk... enggak sabar ni... hahahah

yumielufya said...

wahhh...makn hebat maid berlkn,tapi doktor tabik kat doktor sangat pndai berlakon...frasat kak ila betul maid ni kaki tipu..ta sabar nak trnggu episod setrusnya..padm muka dia kna drip..

Rasp said...

ada lak watak extra doktor ni ek hahahahahah....
isk maid2...jgn nak verangan menang oscar lah hahahahah...

Ujie Othman said...

Adohai...elok jd pelakon sinetron dia ni..

By the way, mmg elok share cite ni utk panduan bersama.

Mama Balqis BluePinkBaby said...

wah!!!doktor pun jadi pelakon yg hebat!!!...hahhaaha...padan muka maid tu!!! cepat la sambung tak sabar lak nak baca...hihihi

Mama Zharfan said...

sakit perut gelak part maid berlakon pengsan ni hehhe
touching part doa ibu tu...kita serupa..memang apa yg kita nikmati hari ini adalah berkat doa ibu dan kurniaanNya :) alhamdulillah

umiawadah said...

makin makin makin menarik...takde apa nak komen,sebab tak pernah alami sebegini...maid pun takdak..

sal-nurbeena said...

boleh dapat award nih. terbaekk sungguh lakonan maid

Anonymous said...

aduhai bikin fening la dpt bibik camni...nasib dpt tau awal2..lama2 agak bahaya jugak kan...

Unknown said...

uiks
scary nyer baca cite u ni.
boleh la plak blakon pengsan??

norhidana said...

diva betul maid tuh, kalu belakon blh menang abpbh versi indon nih hahahha...

tak sbr nk tunggu smbungan... kasi abis lah ila..