ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 26, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 4

sori ye semalam takde update cite maid penipu.. saya sambung sikit lagi.. ini mungkin 2nd last episod. ada lagi satu final episod ye.. sinetron amukan agen tue utk final episod..

lepas si maid tue pura2 sakit. doktor bagi dua ubat. ubat pening dgn ubat apa tah. bil rm60. buat membazir je! baik mkn khepc dgn anak2.. selepas doktor sahkan semua nie lakonan saya memang tak nak satu ahli keluarga saya pun melayan maid penipu ne! tak payah nak gunakan air mata dia, sikap lembut manja dia tue  & lakonan  gedik dia utk raih simpati sesiapa. ada jugak yang kena tampar kang. saya yang langsung tak berbunyi dari hari pertama nie .. saya simpan2 dari hari pertama lagi.. ada jugak  pecah kaca kat umah kejap lagi dengar saya menjerit nanti...

balik je dia terus masuk bilik & merengkot. saya suruh dia makan ubat. tapi buat perangai degil dia merengkot jugak dalam selimut. saya tahu sangat sikap indon2 nie. diorang sanggup sakitkan diri sendiri supaya org percaya diorang ne sakit.. saya suruh en papa jerit suruh dia makan. tak payah nak cakap elok2. jangan bagi muka kat si penipu nie! tak padan dengan kecik.. en papa suruh makan dia tak nak makan. sampai en papa cakap "ada jugak yg mati kena paksa makan ubat ne"

bila mil masuk je bilik maid ne..ehhhhhhhhh dia terus bangun.. saya memang tahu dia akan gunakan mil saya.. org tuakan lembut.. saya dengar dia mengadu "ibu(mil saya) tolong saya.. saya sakit.. saya ada sakit bla bla bla.. masa ne saya tak dengar bijik butir sangat sebab sibuk makan nasik pulak+saya tak minat nak dengar penipuan dia yang pastinya ada skrip baru! lagipun saya  lapar mana cukup baby dalam perut makan roti canai & roti bakar je :) and ayat terakhir saya dengar "saya takut ibu syarifah marah.. nak pulang.. nak bayar ganti rugi.. bla bla bla"

masa ne saya dah tak tahan.. saya jerit dari meja makan "dah tak payah nak layan penipu tue. kalau dia tak nak makan biar je! tak payah nak bagi muka sangat! memang dasar penipu! satu rumah dia tipu!  biar je dia!"

saya terus naik atas. badan saya penat..penat sepenat2nya. smlm tak tido. hari nie pulak banyak sangat kejadian yg buat hati & otak penat. sakit ati dgn satu peristiwa yang saya takkan lupa sampai bila2... dalam hati memang tunggu saat nak meletup je... badan saya dengan usia kandungan yang dah 6 bulan memang rasa tak mampu nak layan semua nie.. saya mandi. asar dan terbaring penat menunggu magrib.. yang saya tahu malam kang ejen nak datang rumah selesaikan semua ne..

tiba2 en papa masuk bawak segala parang & pisau masuk bilik.. otak saya dah penat saya tak leh pikir apa pun.. "apa papa bawak pisau2 dalam bilik kita  ne? en papa cakap "bahaya..kang dibuatnya budak nie tikam sesiapa. buat naya je..  ada pisau lagi tak?" saya yang dah habis energy ne cuma jawab "ada kat tempat keringkan pinggan" terus saya flat & tertidur kejap.. tapi saya sempat dengar en papa cakap "lepas ne tugas awak, kira pisau dalam rumah ne ada berapa banyak.." HAAAA..KIRA PISAU PULAK KE? hikhik

saya dapatla tidur dalam setengah jam. en papa kejut. dia nak keluar tunggu agen tue. agen tue tak tau umah kami sebab dulu dia datang umah mak. en papa suruh saya duduk kat ruang tamu. en papa kata mesti ada sorang jaga kat ruang tamu.takut budak ne lari ke apa ke.. saya pun duduk la kat ruang tamu. mil & anak2 dah naik atas.. saya ne dudukla mengadap tv tak habis2 dengan citer politik.. bosan!

dalam saya terlelap2 sikit nie.. maid penipu  ne keluar & tanya "ibu boleh saya pinjam telepon" saya jeling & cakap "takde. tuan bawak keluar" masih berani lagi dia nak mintak pinjam tepon kat saya? aku sepuk jugak kang...

lamanya menunggu sampailah ke jam 10mlm baru en papa balik.. dengan ibu sayarifah (agen) dan 2 lagi maid...

to be continued...


9 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kenal.Mmg mcm2 kisah maid yg kita dengarkan?Mereka ni tak tau bersyukur dpt 'boss' yg baikhati.
.Klu pekerja indon llaki lain lak perangainya...asyik nak upah mahai jer..:(

Rai Ourkizuna said...

tak sabar nak tunggu episod last. serius macam sinetron..hahaha..

alhamdulillah awak terselamat dari jadi mangsa penipuan maid gila tu. hish!

Ummu Madihah said...

Salam Ila,

x sabar ni nak tunggu last episode!!

Ujie said...

saya yg baca pun terasa penat layan karenah pelakon sinetron ni..

Ummiarissa Mahdi said...

wah melampau-lampau ni maid ni....boleh buat cerpen ni..

yumielufya said...

episod bertambah menarik..tak sabar nak tunggu...episod seterusnya..

Mally said...

hai kak xpe kak banyakkan doa dan bersabar ye...
Ingatkan baby dlm perut tue...

norhidana miswan said...

makin pendek lak drama episod nih ila, dh tak sbr nk baca tang yg dia kene amuk ngn ibu sharifah nih....

Tihara said...

eei takut plak baca story ni..be careful yea..moga semuanya selamat