ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 26, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 5

final episod..jeng je jeng... ikut color ye kalau nak tau sapa yg bercakap...

saya
ibu syarifah aka agen maid
maid penipu
en papa
amana

masa ne mil saya dah bawak arief naik atas.melalak2 si arief. ariefkan suka jadi penyibuk hihi.. si amana dah banyak kali suruh naik atas pun tak nak. dia berteleku kat tangga.. nak tengok sinetron maid ne kot :)  ibu syarifah sampai dalam kul 10 mlm dgn 2 maid lagi.. pakai baju kelawar je haha..nampak sangat dia pun penat & memang datang dari rumah. en papa bagitau maid tue ada dalm bilik& bagi kebenaran ibu syarifah masuk bilik utk bincang sendiri. tapi ibu syarifah menolak cara baik & mintak panggil ke depan utk semua dengar penipuan maid ne & saya pun faham dia sakit ati sebab imej dia pun tercalar depan kami. bagus jugak.. saya boleh tengok sapa yg menipu sekarang.. kalau ejen yg first dia tak bagi saya & en papa dengar perbincangan diorang.. maid tue bersimpuh depan semua, depan dia ibu syarifah.. saya tepi ibu syaraifah & en papa  sebelah saya..

sekarang aina.. bagitau apa masalah kamu?
saya sakit bu...
apa sakit kamu! kamu tak ada sakit langsung! jangan kamu nak menipu..
saya ini sedari kecik ada sakit bu.. sakit paru2. sepatutnya saya dioperate di singapura. tapi saya masih kecil tak boleh naik flight..

(kahkahkah.. ko datang malaysia naik flight tak pulak ko mati. tak pulak paru2 ko pecah?wah kaya ko ek nak operate sampai singapore? anak pelakon sinetron mana ko ne?)

kamu jangan nak menipu. saya dah buat medical kamu. semua ok.kamu fit utk bekerja.
medical itu hanya air kencing & luaran sahaja ibu syarifah ..bukan dalaman.
(cer korang tengok? tak padan dengan kecik.menjawab bukan main! muka ibu sayarifah masa ne dah merah padam!)

en khairul. rumah ini ada internet?
(alamak rumah ne kan baru. baru duduk berapa hari je. tapi sebelum tue ibu syarifah bagi saya tengok biodata maid penipu ne. sebab ibu syarifah dah janji nak bagi kat saya.konon dalam biodata pandai masak. konon kata belajar tinggi.. cettt )

internet takde tapi nanti saya buat hotspot guna hp saya..
( hotspot.. tapi terkial2lah.. lembab connection internet.. kesian pulak tengok agen nie terkial2..  ok ko nak aku bersuara sekarang kan? ko tunggu!)

jangan nak menipu kamu sakit ye!
iya ibu.. saya ada sakit paru2..
SUDAH! kamu boleh tipu semua orang dalam rumah ne. tapi kamu jangan nak menipu saya!  kamu boleh tipu semua orang tapi bukan doktor! doktor cakap ini semua lakonan kamu! kamu sihat! jantung ok, pernafasan ok, paru2 ok.apa yg tak ok? jangan nak berlakon lagi! doktor itu pun berlakon saja depan kamu... doktor sendiri cakap kamu nie pura2 pengsan!

apa yg kamu mau tipu lgi?  ibu ini sudah bawak kamu jumpa doktor dan dokter bilang  kamu sihat. kenapa kamu menipu. kamu ingat semua org bodoh macam kamu ya. kamu mengaku kamu belajar sampai sekolah tinggi.kamu ingat kamu hebat dari maid2 yang lain?!! kenapa kamu menipu? kamu mau saya lempang kamu  depan ibu ini dan tuan? saya ini nampak lembut tapi kalau saya marah tangan saya berjalan ya!!

(terus tunduk. saya nak tunggu apa lagi skrip baru yang keluar dari mulut dia)

kamu ini mak jenis apa? sanggup kamu kata anak kamu mati? seorang ibu yang mengandung 9 bulan takkan sanggup kata anak mati utk menipu! kamu relex je bila tau anak kamu sebenarnya tidak mati. kamu ingat saya tak tahu semua ne menipu? seorang ibu takkan relex macam kamu! dari situ saya sudah tahu ini semua rancangan kamu! dasar penipu!
siapa yang bagitau anak kamu mati?
jiran
dia kata mak ayah kakak dia semua takde telefon.
menipu! ibunya ada telefon!huh..kamu jangan menipu ya aina! suami saya ada sakit darah tinggi. bila dapat panggilan tuan ini (en papa)   bagitau anak kamu mati. suami saya terus mengigil2. terus darah tingginya naik! kematian bukan utk dibuat main. kalau apa2 jadi pada suami saya. kamu saya bunuh sebelum saya bunuh kamu; saya seksa sampai mati!!!
(diam je si maid penipu tue.buat muka kejung)

selepas saya call, kemudian ibu syarifah call semula dan bagitau anaknya mati kelmarinkan? siapa yang ibu syarifah call di indonesia?
saya call satu nombor ini..
siapa yang bagi no itu?
(ibu sayarifah tanya bibik yang ikut sekali dengan ibu syarifah dan jawap bibik pengiring ibu syarifah ialah..  bibik penipu ne yang bagi no itu jika berlaku kecemasan.. saya terus tersenyum..komplotlah ne dengan orang kat indon tue)
ibu syarifah.. sebab itu ada sesetengah majikan tidak benarkan maid pegang hp. indon bukannya dekat pun diaorang boleh buat komplot sampai begini dan semuanya hampir percayakan?

kenapa kamu menipu? kenapa? apa kamu nak?!!!
(panggg.. kena sepak.. kuat pulak ibu syarifah ne menjerit . terkejut baby dalam perut saya dengar.. bergema satu rumah.  kalau saya dah lama tumbang. tapi budak ne masih keras kat situ & tak menitik langsung air mata.menunjukkan betapa keras hati dia & sanggup buat apa sahaja.. seram pulak..hish..)

apa kamu nak? cakap!!
saya mau pulang ke indon..
(see? betul tak firasat saya? semua hanya  lakonan utk dihantar pulang.. saya sorang je ke yang sedar semua ne? haiyaaaaaaaaaa.. mak mehla tolong lempang sekali budak ne.. )

boleh! kamu bayar gantirugi saya! bayar! kamu ingat kamu artis!! nak naik turun flight?!
saya pernah cakap kalau kamu tidak mahu kerja di rumah ini. cakap sahaja terus terang. jangan nak berlakon sampai kata anak mati. berlakon pengsan macam ini. saya boleh bincang sama ibu syarifah. saya tahu bekas suami kamu call suruh kamu pulang ke indon kan?

(diam je.. pandang lantai..  tak yahla nak bohong. ko saja nak buat2 lari dari indon tue. ko ingat rumah aku ne persingahan ke?)

kamu boleh tipu ibu mertua saya ya. tapi bukan saya! berani kamu gunakan ibu mertua saya ya!! kenapa kamu tak pengsan depan saya sedangkan saya ada lama di dapur? kenapa kamu tunggu saya naik atas baru kamu mau pengsan? depan ibu mertua saya kamu pengsan pulak? sebab kamu takut mahu berlakon depan saya kan? sebab saya sahaja dalam rumah ini yang  tahu kamu nie PENIPU!!
(sebab semua dah terbongkarkan? diam je tak menjawab langsung)

satu lagi berani kamu bilang saya yang ajar kamu menipu tentang status kamu?
bila masa saya suruh bilang kamu ini isteri orang kerana takut kamu tidak dapat kerja? bila saya suruh begitu! dasar penipu! kamu tidak pernah cakap kamu sudah bercerai. kalau begini perangai kamu memang patut kamu kena cerai dengan suami kamu!! BODOH!

saya masih tak percaya kamu bohong anak kamu mati.. sampai begitu sekali kamu menipu ..
kalau anak kamu mati betul2. apa raeksi kamu hah? CAKAP!
kau nak sangat anak engkau matikan. engkau balik ne aku doakan anak engkau mati terus!
(terus nangis dengar en papa cakap.. eh maid gedik ne.. kena tampar kuat2 dgn ibu syarifah tak nangis, kena marah dengan saya tak nangis, kena sumpah sikit dengan suami saya terus nangis. dasar gedik. ko memang kena berambus cepat dari rumah ne. memang ada harapan dengan laki aku sekali ko seret  balik indon nanti . GRRR )

ibu, saya bawak dia balik dulu.. lepas 3 hari kita tengok macam mana?
(lepas 3 hari? no way!! saya cakap dengan tegas)

IBU SYARIFAH, SAYA TIDAK MAHU MAID INI JEJAK RUMAH SAYA LAGI. DASAR PENIPU! IBU INGAT SAYA BERANI NAK TINGGALKAN ANAK2 SAYA DENGAN MAID NE? BERAPA HARI LAGI SAYA KENA CUTI KECEMASAN UNTUK HAL2 MACAM NE. BOS DI PEJABAT PASTI MARAH. HARI INI SAYA DAH TERLEPAS SATU METING DENGAN BIG BOS SAYA. SIAPA YANG NAK JAWAB?

BUAT KEJA SIKIT PENGSAN. SAYA YANG MEMASAK..IBU MERTUA SAYA YANG URUSKAN ANAK2.. BUAT KEJA SIKIT BOLEH PENGSAN! LAMA2 SAYA&IBU MERTUA SAYA YANG JADI BIBIK DIA JADI MEM DALAM RUMAH NE!

 KALAU LAMA LAGI DIA DI SINI ..PENIPU MACAM NE .. LAMA2 DIA AKAN TUDUH SUAMI SAYA SUKA DIA!

kalau maid macam ne. saya mahu bagi sama majikan lain pun saya malu..

silap besarlah saya nak bagi dia jejak rumah saya. agen tue pun dah malu dengan saya. katanya akan carikan maid yg matang sebagai gantinya. belum lagi saya bukak citer berlakon tasbih & kain sembahyang. belum lagi saya citer kes goreng telur tak reti & masak nasi lembek.. dalam biodata konon boleh masak.. cett.. telur pun tak boleh goreng? kalau anak indon susah.. setakat goreng telur tue kacang je.. indon2 yg susah lagila muda2 dah pandai macam2.. tak taula maid ne angkut dari mana..

ibu syarifah suruh dia amik kain baju. siap ugut nak tinggalkan tepi jalan tanpa pasport & kain baju. takut pulak. iyela sebab tak pernah masuk Malaysia. kalau dah pernah masuk Malaysia memang dia suka kot ditinggalkan tepi jalan. boleh dia merewang kemana2.. dia bawak kain baju dia & lalu depan amana yg kat tangga. saya tengok je dengan ekor mata. sekali dia sentuh Amana memang saya baling cawan ke apa2 kat situ biar berdarah muka dia!

keluar dari situ..ibu syarifah sempat lagi cakap "kamu niekan tak payah jadi maid. jadi pelakon sinetron lagi bagus sebab kamu pintar berlakon menangis & pengsan"

en papa pun keluar dengan ejen untuk tunjuk jalan keluar dari area umah kami. saya tutup pagar dengan amana sambil borak2 dengan princess kecik ne..

amana.. mama dah halau orang jahat tue keluar dari rumah kita.kalau mama lambat tak taulah apa jadi dekat anak2 mama & papa & mak tok (mil saya)

tak pe..takpe..  mama tak payah cakap. amana dah dengar semua. amana tau dia jahat. amana pun tak suka dia. tak macam bibik yati!

saya terus naik bilik . saya rasa satu beban & iblis dah keluar dari rumah saya. saya peluk amana erat2. saya cium arief yang dah tertidur. saya lega anak2 saya selamat. saya lega mil saya tak diapa2kan.. kalau apa2 jadi kat mil saya apa saya nak jawab dengan adik2 ipar saya? saya tunggu en papa balik. bila kereta en papa sampai saya rasa lega yang amat dan saya sambung baring sebelah Amana yang dah tido2 ayam.... tetiba en papa masuk bilik & cakap

LA( singkatan nama saya -ila) ada PISAU kat bawah tilam dia. kalau saya jumpa awal sebelum dia pergi ; saya hiris tangan dia dengan pisau ne. biar dia tau rasa sakit kena hiris pisau. nasib budak2 tak apa2..

b tak risau pun kat anak2.. risaula jugak, tapi takkan papa tak nampak anak2 mana ada duduk dekat dia. tak macam bibik yati. amana siap request nak tidur kat bilik bibik yati. ada nampak amanaarief duduk dekat2 penipu tue? anak pun tahu lah dia tue jahat. b risau mama je.. 24 jam dengan bibik tue..

en papa terus msg ibu syarifah.. kot2 dia nak bunuh agen tue peulak ke? sapa tahukan? entah bila dia amik pisau tue agaknya. dia memang dah rancang dari awal.. en papa dah amik semua pisau sebelum magrib dan sepanjang lepas pegi klinik memang dia takde kuar bilik. cuma keluar sekali sahaja masa mintak pinjam tepon kat saya. cuba kawan2 bayang kalau lambat lagi apa jadi kat saya & family? maid penipu ne memang dah rancang semuanya! memang macam IBLIS!

alhamdulilah keluarga kami selamat & semua ne memang jadi pengajaran..
banyak yang saya dapat dari cerita 3 hari nie..
dan banyak rule yang kena dipraktikkan kalau ada ganti maid lain.
saya rasa hati saya memang keras lepas ne..












13 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Ila,

Suspens betul kisah umpama sinetron ni. Alhamdulillah semua selamat, apalagi bila terjumpa pisau kat bawah tilam dia tu, seram!! Harap maid selepas ini yang elok sahaja, insya-Allah, apalagi dgn awaknya nak bersalin!

Norlizayati Othman said...

Ya Allah...mmg mcm sinetron. Alhamdulillah ila dan keluarga xdak apa2

Jemarisuri said...

js byk citer ni penuh semangat tau..js doakan moga dpt maid yg baik2 lps ni..sebenarnya nasib dpt maid..setengah org dpt bagus je..js pun pernah tkr beberapa kali maid sbm jumpa yg serasi tp takde la smpi cam citer begini...scary plak ada pisau tu..

Ummiarissa Mahdi said...

Akhirnya ...berakhir juga kisah maid penipu ni...mujur dapt cepat kesan pembohongannya...Alhamdulillah tak jadi perkara tak elok terhadap family

Mama Zharfan said...

part jumpa pisau tu siyes scary...apa plan maid tu yer sebenarnya sampai amik pisau letak bwh tilam..tak tercapai dek akal me nak pikir...tapi me masih teringat2 part pura2 pengsan and kena drip dgn doc yg juga berlakon sambil bg isyarat mata kat ila heehhehe

transformed housewife said...

mmg mcm Sinetron betul. Knur baca dr first part sampai boleh imagine apa yg berlaku. mintak2 lps ni kalau dpt maid lain, Ila dpt yg elok sikit perangai.

norhidana miswan said...

baru 3 hari tp dia nyer lakonan mmg mantap,pastu berani menjawab lak tu... nsb lah ila ni susah di tipu, kalu tak.... tak tau lah apa jd...

puas hati dh abis episod maid penipu nih...mmg boleh jd pedoman kt org lain

Wan Amira said...

Alhamdulillah semuanya selamat.. mira bace dari part 1 sampai lah part 5 ni..

memang betul,kalau cerite pasal maid kadang2 sedih sebab depa ni tak tau dek untung.

nasib baik tak ada sape2 yang cedera dan alhamdulillah jugak ibu syarifah tu jenis yang bertanggungjawab. mira masa tengah bace macam suspen jugak kot2 maid ni komplot sama ejen jugak :D..

but anyway,alhamdulillah segalanya dah selesai, nasib baru berape hari je.. itupun dah buat pening.. nasib jugak dia tak start mengorat laki ila.. kalau tahap macam ni,next rasa tinggai dia nak hembus je kot kat laki ila tu..

hmm satu je... kenapa lah ila tak tampar dia hehehe.. rugi tau, orang macam tu patutnye kene sepak je :p

Pengobatan Nyeri Sendi said...

Wowwwww.... :)

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan rumah

Boleh tak nak tahu Dr tu di klinik mana? Kalaulah lain kali saya terkena cam ni, anto pemeriksaan emergency kat dr ni.

Bagaimanapun, syukur, Alhamdulillah!

Azian

Allene said...

fuhhh.... terbaik la kak... thanks for sharing... alhamdulillah.. nasib awal2 dia da tunjuk belang.. klu dia pura2 depan kita baik lg susah.

Nazayiena Ayiena said...

Settle jugak masalah maid penipu nie,kak Nurul baca dr part 1 hingga 5 nak tahu jln citenya.Nie masih tunggu maid yg lainlah ya,semoga maid pengganti tu akan spt apa yg kita harapkan.Memang susahkan nak dpt maid yg baik nie skrg.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

salam kawan2-terima kasih sebab ikuti siri maid penipu ne.. semoga jadi tauladan pada kita dan keluarga.. banyak betul taktik menipunya.. tapi kebiasannya isteri nie menggunakan naluri utk menilai.. gunakanlah kelebihan yg ada dalam diri kita utk lindungi keluarga kita..

mira- apa yg mira cakap tue memang betul.. sebanarnya 3 hari dia kat rumah ila..ila rasa semuanay dalam kawalan dia.. kenapa semua org tak nampak penipuan dia? kenapa ila sahaja yang nampak.. ila tengok semua org akur je dengan semua penipuan dia walau sangat tak logik.. .. pelik..pelik..

anak2 nampak maybe sebab masih kecil mungkin Allah beri rasa tue juga pada mereka.. kalau lama lagi dia kat situ memang rumahtangga ila pun porak-peranda.. esok malamnya amana menangis macam kena histeria melalak2 sampai la tak boleh nak kawal dia.. arief yg biasanya cool pun sama.. nak kata ila ne percaya benda2 sihir ne takla.. tapi kena ada simpan sikit percaya tapi yg nyatanya ila yakin & percaya semua ne kita kena balik semua apda yang Esa. Jangan lupakan dia kalau nak selamat. Jnagan tinggal solat supaya kita ada pendidnding diri..