ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, April 3, 2013

UKMSc 1st Checkup & Charges

OTW nak ke UKMSC. Terpaksa bawak budak2 ne sebab takde sapa nak jaga.
Haha.. stress sgt muka amana. Arief cam biasa sangatla mesra camera.
Ada yang cakap "asik-asik Arief"
Amana pun baik jugak cumanya dah besar & keperihatinannya berbeza.
Kalau dah namanya perempuan mestila aspek kecantikan yang dia akan amik berat

"Mama, kuku kaki mama dah panjang macam hantu,  nak Amana potongkan?"

"Perut mama dah besarlah sakitla nak tunduk2 potong kuku. Amana pun tak boleh potongkan sebab kuku kakikan keras.Amana bagitau papa mintak potongkan kuku mama. Dulu masa mengandung Amana papa yang potongkan. sekarang ne papa buat2 tak nampak jeeee. Amana tolong remaindkan papa"

"Ok, nanti Amana cakapkan"

muahaha.. ye mak2 sekalian gunakan anak anda sepenuhnya :)


Kat sini ada tempat untuk bagi anak2 main. Masa ne saya naik sendiri ke UKMSc. En Papa pergi parking. Masuk je klinik ne budak2 ne dah pandai explore sendiri. Saya g kaunter tengok2 dah lesap.. Rupanya diorang dah jumpa sudut mainan. Bagus!
sampai2 terus amik air kencing& dapat tau result masa tue jugak. Result tue nanti bawak kat doktor sendiri.  Ukur berat (hihi dah naik banyak..)

Gambar terbalik. Ini ubat2 yg saya dapat. Biskut tue anak2 yg dapat. Sebab doktor nak diamkan diorang. Tobat lepas ne tak mo bawak diorang. Kacau je. Doktor tak kisah tapi saya yang hangin. Dengan Amana yg sibuk usik barang2 doktor. Bila saya cakap barang2 tue dia boleh pegang kalau jadi doktor & jawapan spontan dari Amana "EHHH...AMANA TAK MO JADI DOKTOR BABYLAH. AMANA NAK JADI DOKTOR LAIN" tergelak2 doktor tue dengar.. Arief yang anak omak tue siap mengadu kat doktor "DOKTOR, ADIK NE NAKAL DIA SUKA TENDANG MAMA SAMPAI SAKIT". Budak2 berebut2 nak tgok baby dalam skrin & doktor printkan 3 gambar akhirnya. 2 utk Amana &Arief & 1 untuk simpanan doktor.


Ok ini yang nak tau kan? Charges RM293. Sebenarnya tak semahal ne tapi ubat tue yang mahal. Doktor memang dah bagitau awal2 ubat Probiotik (tgok gambar atas) tue mahal- RM161. Kena makan sebulan.  Saya alami keputihan yg teruk. Selalunya doktor akan bagi ubat peluru-Canesten (tgok gambar atas) sahaja  tapi rupanya doktor siap check saluran peranakan.Huwaaaaaaaaaa dah mula rasa ketakutan nak beranak tue..  Ubat tue kena masukan ke salur peranakan 3 hari berturut2. Consultation doktor tak mahal mana cuma RM50 je. Klinik charges RM70  tue saya tak tahu untuk apa. Mungkin documentation kot.. Laboratory tue maybe pemeriksaan air kencing RM11.60 je so total up RM293.40. Tongokla bil kat atas tue ye..

Kiranya saya jumpa ne saya bukak bukulah & confirmkan yang saya nak bersalin dgn Prof Azurah ne. Orangnya nampak lembut sangat. Prof Azurah benarkan saya buat checkup dengan doktor lain kat klinik berhampiran rumah yang selalu saya buat checkup tapi dengan syarat masuk minggu ke 36 saya kena jumpa Prof Azurah semula sehingga bersalin.

Walaubagaimanapun selepas sesi interview .. Prof Azurah dapat tahu saya ada desicated disck & Prof cadangkan saya jumpa pakar tulang di UKMSc juga supaya Prof Azurah tahu situasi tulang saya ne. Katanya baik dia tahu situasi nie awal2 sebab kemungkinan untuk epidural / bius etc etc tue ada so kena tahu di bahagian tulang mana yg bermasalah. Saya memang dah jangka.. Saya ada terangkan di sini kenapa saya pilih UKMSc dan ini salah satu sebabnya yang saya tahu akan terjadi. So next month saya kena jumpa pakar tulang & Prof Azurah semula utk clarify masalah desicated disc ne dan selepas tue boleh continue dengan doktor di klinik berhampiran rumah. Minggu ke 36 dan seterusnya baru jumpa Prof Azurah semula..

Mudahkan? doktornya flexible. Prof  tahu agak sukar untuk pesakit2 ulangalik ke UKMSc setiap bulan. 
Ubat & vitamin kalau masih ada Prof Azurah tak kisah kalau kita tak mo pun.
Ok next month saya update lagi.
Adios

5 comments:

Mooniqueen said...

MQ haritu pun kena pakai ubat discharge selama 3 hari..
lepas mcm xselesa kan ada discharge tu.. lepas tu ada balik.. tanya jugak knp dtg blk? doc ckp biasanya preggy mom ni hormon dia lain sikit.. xpe psl discharge tu selagi xgatal, berbau, xde color pelik2 its ok katanya..kita kita dah pre caution dgn ubat tu..

ieja amieja said...

assalam..sonok nya amana n arief nk dpt bby..huhu
bila tgk bby org terasa nak preggy..tp bila mengenangkan umo n len2 problem..hurmm x pe la cukup la tiga org ni..

dear anies said...

agk nyer kalu kt hosp yg sy keje dulu lg mahal dr yg ni...sekali check up je da hmpr RM500.. tp yg dtg tu kebanyakan org2 kaya..

echa takashimaya said...

take a good care of yourself ok :)

norhidana said...

probiotik tu yg bakteria dlm yakult tu kn? takpe2 jnji utk bby kn...