ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 5, 2013

Amana The First eh... SOFIA THE FIRST!

Ada satu hari  tue saya sibuk kat dapur.. Haiii..dah membuyong 8 bulan pun sibuk kat dapur.. mama & isteri mithalilah katakan.. mithali sangatlah.. Tapi serius kalau prgnant ne mmg kuderat cepat sangat jadi sifar tau... Kalau dulu tak kisahla masak berjam2 tapi time prgnant ne baru siap satu lauk dah berputar2 kepala.. Dahla tengah melayan kepala yang berpusing tetiba Amana jerit!!


Mama,mama.. Amana nampak Sofia!!

Sofia, mana pulak?

Ala, dia tue princess..

Princess? Puteri? Memang dia puteri raja ke?

Dulu bukan princess sekarang dah jadi princess..

Pulak dah... Tak pahamla mama...

Ala sebab mama dia kawin dengan raja, bila mama dia jadi permaisuri , Sofia jadila puteri..

Suka tak kalau mama jadi permaisuri?

Suke!!!!

Tapi mama kenalah kawin dengan raja. tak boleh dah jadi isteri papa Amana lagi :)
(kihkih.. nak test ne)

Oh ye ke? Tak payahla macam tue.. Kesianlah papa..

Haha.. Tapi Sejak bila pulak Amana kawan dengan princess ne?

Tueeee.. dalam tv tue!!
(sambil heret tangan mama tgok tv)

Lorrrr.. Sofia tue ke?
(buang karan je...nak tau Sofia mana?)
Nak tau ke Sofia ne siapa?

Korang boleh ajak anak2 tengok kat :

DISNEY MEMPERSEMBAHKAN PUTERI KECILNYA YANG PERTAMA DALAM “SOFIA THE FIRST: ONCE UPON A PRINCESS,” TAYANGAN PERDANA FILEM ANIMASI TELEVISYEN PADA AHAD 19 MEI DI DISNEY CHANNEL DAN ISNIN 27 MEI DI DISNEY JUNIOR

Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.


Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.

Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.    

OK CER BAYANGKAN KALAU TIBA2 MAMA AMANA KAWIN DGN RAJA & AMANA JADI PUTERI RAJA? HAHAHA.. GELAK PANJANG PAPA AMANA DENGAR STATMENT NAK KAWIN DENGAN RAJA.. OKLA.. TAK JADILAH...
 
BAYANGKAN AMANA JADI PUTERI RAJA JELAH..  TAK YAH BAYANG ..MAMA DAH SIAP PAKAIKAN COSTUME PUN.. CER TENGOK LAWA TAK AMANA JADI PUTERI RAJA?    

CUTEKAN?
(isk sibukla gambar makcu ina & pak cu pian kat meja tue)
NAK GAMBAR LAGI?
 
 
 
 AMANA THE FIRST!!

9 comments:

suwara entertainment said...

comelnya amana!!!
bijak sungguh dia
akak dah 8 bulan ye? due bila?
saya dah 34 minggu skang ni, due 17.07 insyaAllah

dear anies said...

kena tambah nampa la Puteri Dalia Amana ;-)

AyuArjuna BiGoshh said...

alololo comey betul amana ni

Rosmawani♥ said...

Sukalah tgk anak2 berbaju gaun ni..hheheh...like a princess :)

Wonderful Life with Mary Kay said...

Comelnya Amana!!

cik pu fairuz said...

akak saya silent reader akak...saya skrg pun dah stay hillpark..kebetulan semalam bawak anak pergi playground pastu terserempak dengan 2 anak akak...comel betul si arief tu.....!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Cik Pu- alamak terjumpa anak2 akak ke? sorry ye kalau anak2 tue ternakal & terkasar dengan anak awak.. anak akak si arief tue mmg ligat kemain.. akak nak jenguk blog awak tak boleh pulak..

cik pu fairuz said...

ish mana ada diorang kacau anak saya kak...smlm Nampak arief naik buai pastu dia jatuh...saya Tanya dia sakit ke..dia kata tak sakit...sikit je...comel jer...pastu amana panggil arief balik...umah saya kat blkg umah akak je...dari umah saya Nampak belakang umah akak..tak sangka dekat jer...bleh g tuition dengan akak ni biar menang contest..hehehe...
blog saya tak best la kak...saya memain jer blog tu..hehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cik pu- alhamdulilah.. ingatkan arief kacau anak awak.. hihi.. yela tau anak kita caman so akak mintakla maaf dulu haha..

ye ke belakang umah je.. wah boleh main lambai2 ne..

akak sesekali je menang.. joinnya pun sesekali.. tgok mood kata org.. tapi alhamdulilah ada jugak rezeki.. Allah nk bagi.. syukur sangat..