ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, June 11, 2013

Antara DETAIL SCAN dan 3D/4D

Saya ingin berkongsi sedikit nasihat daripada seorang kakitangan hospital... katanya 

" adik bagilah tahu kawan2 ...dari habiskan duit buat 3D/4D baik buat detail scan. 3D/4D tue setakat nak tgok muka baby je ...ala macam kita tengok gambar dalam album tapi dengan DETAIL SCAN segala struktur organ baby dapat dilihat dan dikesan"

Bukan bermakna bila kita melihat ada yang tak kena pada baby kita menerusi detail scan kita akan buat perkara yang buruk2 contohnya gugurkan baby dan sebagainya tapi apabila kita tahu sesuatu "masalah" yang ada pada baby kita, pakar perubatan boleh membuat tindakan selanjutnya untuk selamatkan ibu dan pastinya bayi. Pakar perubatan pun akan buat ujian-uijian yang selanjutnya untuk mengetahui punca masalah dan mencari penyelesaiannya.

Sebagaimana 3D/4D ..detail scan pun bukan satu kemestian/paksaan untuk dibuat tapi ada dalam beberapa situasi bakal mama  "dipaksa"  untuk buat detail scan supaya pakar dapat sit down sekali & duduk sama2 lihat struktur dalaman bayi untuk mengenal pasti punca masalah. Bukan semua doktor pakar boleh buat detail scan dan menurut doktor; detail scan ne kena practis selalu. And detail scan almost sejam.. takkan setiap pesakit doktor nak ngadap sejam even uools jumpa pakar pun.. so doktor akan sub pada kakitangan hospital yg memang tugasnya hanya buat "detail scan". Pakar pun akan duduk sekali masa detail scan tue untuk write down opinion dalam rekod pesakit. Detail scan pun ada jugak muka baby mcm 4D cuma lebih detail sehingga tulang temulang & darah kuar masuk ke jantung pun dapat dilihat.

Kita bukan tuhan tetapi sebagai hamba-hambanya tidak salah kita berusaha, berdoa dan bertawakal padanya. Bukankah itu yang dituntut oleh Allah.

Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini. Doakan yang baik2 untuk saya dan bayi ini. Insya Allah dengar berkat doa suami, ibubapa dan rakan-rakan yang ikhlas semuanya akan going smoothly. INSYA ALLAH! Till then kita jumpa di lain entry ya..

Dari,
Mama Amana & Arief


p/s: Pada kawan-kawan comper yang menang contest Joyful Spring, Slurpee  & Tea Pot yang baru kuar result. Tahniah saya ucapkan. banyak contest yang saya skip sepanjang pregnant ne.. Seronok tengok kawan-kawan menang dan moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki olehnya.. AMIN



11 comments:

dear anies said...

mungkin jg depa wat tu utk suka2 kot..

Mizz ErMa said...

0o, yeke..xpenah dgr la pulak psl detail scan nie..hajat di hati nk jgk scan yg 3d/4d tu..

Cik Anita said...

baru je kawan seopis ni buat scan 3d & 4d sebabnya nak tau jantina anak. So buat dua kali kat tempat yang berbeza. Tak puas hati jantina anak perempuan, nak jugak anak lelaki. Sedih rasanya. Kesian baby gurl tu.. hmmm

Deq's Qienz said...

heheee sy pon nk gi scan 4D juga nih..tapi ingt 28w kot..hehee suke simpan pic kenangan 4D anak² nih..

transformed housewife said...

masa mengandungkan Husna je buat scan 3D/4D tu pun tempat yg paling murah. Bayar RM90 dpt CD gambar2 scan.

Gieyana said...

Sy check up both Kk n swasta..pd sy both ada pro n cons nyer..mcm kt swasta mmg buat 3/4D scan..n Alhamdullilah doc tu not only thk muka bb..dia tgk overall kndungan mcm Ila says..in details..keadaan tulang bb, jantung bb secara details whether berlubang or tak, then lips bb tkut sumbing n pembesaran bb dlm kndungan..Alhamdulillah bb sihat n sempurna..:)

N hope semuanya nnt yg baik2 ja kn psl kita x tau keesokksnnya nnt..:)

Tp bkn nk kondem KK bila buat scan..tu pon cuma 2D ja n x print pon ms sy scan br2 ni..doc cuma tgk ukuran bb n rahim ja..:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

giena- myb sbb KK tue tak berbayar.. kalau buat 3D/4D dgn pesakit yang sangatla ramai.. entah berapa lama pesakit nak menunggu :)

MamaZie said...

Assalam...tak bahaya ke kalau buat detail scan..maksud saya technology yg digunakan tu kalau terlalu detail tk bg kesan sampingan ke..

MamaZie said...

Assalam...tak bahaya ke kalau buat detail scan..maksud saya technology yg digunakan tu kalau terlalu detail tk bg kesan sampingan ke..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nozi- ada gak tanya puan tue masa buat detail scan tue.. dia kata its ok takde effect pun.lagipun dalam kes saya.. saya terpaksa buat.. so memandangkan doctor lebih tahu dari kita yg takde basic utk medic ne batter follow. kalau tidak camana doctor nak buat furthur action ..camana doktor nak write down report?

Anonymous said...

Salam Ila,

Nak tya berapa kos utk detail scan tu? Memandangkan gap yg agak lama dgn kandungan terdahulu dan sekarang serta faktor usia, rasanya mcm berminat utk buat detail scan ni. Terima kasih.

k long