ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 18, 2013

Iklan rumah untuk di sewa di MUDAH.COM pun ditiru?

Hari ne buat entry sampai dua.. bacalah kalau rajin.. tak rajin pun baca jugak..

Sebagaimana comper marah kalau orang tiru idea entry mereka;

Sebagaimana blogger marah kalau orang tiru entry/ gambar mereka tanpa credit pada blog mereka;

Sebagaimana jurugambar marah kalau orang cakap gambar yang diorang ambil tapi org lain mengaku copyright orang lain;

Sebagaimana penulis marah kalau penulis lain ciplak karya mereka;

Macam tuela saya nak marah bila iklan rumah saya utk disewa di MUDAH.COM DITIRU SEBIJIK-SEBIJIK! PEMALAS PUNYA EJEN! Ingat senang ke saya nak buat iklan tue dengan internet yang lambat  kat umah nie..senang2 je tiru ek? Pastu entah2 rumah untuk disewa pun ejen nie takde sebenarnya..saya dah suruh en papa simpan no ejen nie..entah2 nanti call en papa kununya ada penyewa..

En papa dah banyak kali ejen call konon2 ada bakal penyewa. Sedangkan ejen2 nie kebanyakannya nak rickyline je.ada sorang ejen dah kena sound.

Citernye begini: ejen tue call time raya korban.nak jumpa hari tue jugak.takkan tak tau satu dunia sambut raya korban! So en papa kata jumpa hari kedua raya korban.ejen setuju.tapi en papa mintak call semula utk confirm.tak call and nasib baik tak buta2 je pergi kat umah masa raya ke dua tue. Itu takpe lagi..hari nie ejen yg sama call en papa and silap besar dia salah ricky line sebab en papa save no dia... pastu call seolah2 tak penah call and tanya sama ada rumah kami nie masih kosong lagi tak? Memang kena bahasa terus..bila en papa sound dia blh tanya "eh i pernah call u ke?" Sakit ati tak sakit ati? Baru 3 hari dia berjanji boleh lupa?  Nampak sangat ricky line. Agaknya tak tahan nak dengar kena bebel terus ejen tue letak tepon. Suka2 ati je nak paksa jumpa time raya, tak call semula walau dah janji then berlakon macam tak penah call.. nak ricky line pg carik org lain! Nak pura2 ada penyewa pun pg carik org lain! Ejen rumah nie banyak yang penipu. Ada kes tuan rumah tak mintak pun duit kat penyewa tapi si ejen pegi mintak. Pastu masuk poket ejen. Tq Kinna. Iladah baca kat blog Kina buat ila selective sikit dengan ejen rumah nie.

Berbalik kepada iklan saya yang kena tiru boleh tgok kat gambar.. yg khairul fadzli tue nama en papa posted date 30/9..saya pun ada buat entry kat blog jugak. dan gambar yg lagi satu ejen rumah peniru posted date 13/10.. nampak sangat meniru..kalau nak meniru pun tolong jadi bijak sikit..jangan nak tiru sebijik sebijun! Menyampah sungguh bila effort kita org tiru tanpa sikit pun dipinda

3 comments:

Mama Zharfan said...

kena hati2 dgn ejen2 yg penipu tu...

kinna said...

nk ambil kesempatan la tu..gmbr saya yg dah sy edit pun ejen amek jugak...huhu

JunAina said...

Akak belum ada pengalaman macam ni walaupun pernah iklan cari penyewa kat Mudah.Com sebaik ada penyewa akak terus delete iklan.