ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 3, 2013

Seharian di HUKMSc

Sambungan entry sebelum nie.
Payah betullah nk edit guna hp.. nk guna lappy setting blog pulak dah lain macam

Siap angkut kerusi dr tempat mainan lagi 

Eh kerusi je ke? Milo takde ke? Nescafe? Kudap2 takde ke?

Msa nie orang dah takde.tiap kali datang kami jd org terakhir yg jpa doc khairy..kihkih.bgusla boleh tanya mcm2. Selalunya lepas magrib baru kuar dari sini. Itu yg ank2 buat mcm rumah sendiri sementara sy dgn en papa jumpa doc.kalau diorg msuk sekali habis segala mainan doktor tue diangkut buat main.doktor khairy nie pakar pediatrik + specialize utk kes2 mcm khairy.

Arief nie demam sebenarnye.. jatuh terhentak kt dagu. Lebam terus demam seminggu

Papa nie kan asik main game je.mcmla boleh dapat hadiah.buat habis bateri hp jerlaaa. Tak dapat arief tgok ultraman kat youtube


Amana yg sgt sayangkan khairy.asikla gomol khairy sampai menengoknye pun naik rimas.. 
Yg chomelnya khairy pun balas bila amana cium.. 

Bil kali nie RM146++
Khairy datang injek yang monthly tue.kalau ank2 sebelum nie sy buat je kt klinik2 dekat umah lagi senang . Ingat dekat ke hukmsc dengan tempoh jem tuee..tapi khairy bukan dtg untuk monthly checkup sahaja  doktor yang kami jumpa nie juga adalah doktor untuk kes khairy.lebih baikla doktor yang sama jugak sebab dia yg tahu kes khairy dari lahir.. dia sambut, dia yg monitor masa kat wad, dia yang aturkan jumpa dengan doktor-doktor lain eh pendek kata doktor nie yg tahu history khairy dari awal.. tak payah nak susah pyh story.. baby saya nie gini gini gini.. semua ubat untuk khairy mesti dia tau mana yg sesuai..kalau g klinik lain kang mcm2 kena story..

Saya juga dah buat appoiment semula utk jumpa doktor bersalin- Prof Azurah. Sepatutnya lepas 44 hari lebih kurang kena jumpa Prof Azurah tapi biasalah ibukan..kesihatan anak lebih utama dari kesihatan sendiri.masa tue tengah kelam-kabut uruskan khairy.. sekarang dah lega sikit baru set appoiment balik.itupun sebab ada rasa tak kena kat diri sendiri..mcm2la jadi perempuan nie..haishhhhh... kang wat donno kita jgak yg menanggungnya.sekian.

3 comments:

Anonymous said...

salam maal hijrah... semoga dilipat gandakan keberkatan buat puan sekeluarga. khairy jumpa prof. bilkis banu ke?

Mama Zharfan said...

moga segalanya ok dan dipermudahkan :)

eim said...

Ni tinggal korang je yg menunggu jumpa doktor.. Dah Jadi ini hospital amanaarif yg punya hahah..