ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, November 28, 2013

Mama & anak-anaknyeee


Dah berhari-hari budak-budak request nak pegi taman.kalau sebut padang anak-anak saya tak paham tau.kena sebut tamannnn.. so bandar punya budak-budak.. walau taman basah saya angkut jugakla budak-budak ne kesian.. siap bawak kain buruk untuk diorang lap buaian yang basah dek hujan malam tadi.

Arief buat muka tension sebab mama asik amik gambar.eh mama nak amik gambar padang yang banjir tuela..

Ya allah amana tinggi bukan main.kang tercampak jugak masuk terus dalam gelongsor tue.. Khairy sabar ye..tunggu besar baru boleh naik buaian..eh kan tiap2 hari naik buai ;)

Balik je basuh stroller dulu. Stroller simpan dalam umah. so kena bersih sebelum masuk dalam umah.. kesan pasir taman banyak kat tayar.. Tak senonoh betul mama nie..khairy ada dalam stroller lagi hihi. Stroller nie beli khas untuk khairy. Itupun guna duit menang contest hihi.. dapat cash RM500 yang menang Contest drypers. Stroller lama dah selamat dikerjakan amana arief. Stroller lama tue dah banyak berjasa.tong gas pun stroller tue angkut masa kat umah puchong..mana tak hancur ;) 

Khairy sekarang macam budak sekolah. Nak mandi pagi-pagi.kalau boleh kul 6.30 pagi dia nak mandi agaknya. Cer tengok tempat mandi tue ada alas.kalau takde alas tue memang saya hadapi masalah nak mandikan khairy.mesti terkial-kial.en papa memang teror mandikan anak-anak. Baby baru kuar hospital pun en papa boleh mandikan. Saya? Ehhh mana boleh..kan pantang? Haha alasan tak reti cakap tak reti muahaha

Bernasib baik sungguh dapat lipat kain sebakul hari nie.  Khairy nie nak berdukung je.mana boleh letak bawah..melalak je nanti. itu yang berbakul-bakul kain tak lipat.  eh dulu time keja bukan memang biar je ke? Bila nak pakai baju korek je dalam bakul. Kadang jumpa kadang tak jumpa bajunya haha..

Sebab khairy saya terlupa yang saya ada sakit desicated disc.gagah jugak dukung dia.takkan nak biar je.tapi alhamdulilah sejak amalkan habbatusauda saya rasa kurang sikit sakit belakang tue. ada jugak kekadang rasa mencucuk tue datang tapi tak sekerap dulu.. sekurang-kurangnya tak payah rely pada ubat hospitalkan? Effect buah pinggang nanti kalau makan ubat hospital berpanjangan. 

Hikhik korang jangan gelak tengok tv tue. Dahla tv zaman tok kaduk.kecik pulak tue kihkih.. tapi astro pakai beyond kihkih.. tv kitaorg rosak masa pindah kajang. Tv kecik nie untuk bilik game en papa sebenarnya. en papa ajak beli tau apa saya cakap "TAK MO BELI!NAK TV MENANG CONTEST JUGAK! haha teruk betul kan? Caner nak menang kalau join contest pun sesekali je? Rindunya nak menang contest.. tak kisahla menang apa pun..menang senduk pun tak kisah . Janji menang. Rindu nak menangggggg..


5 comments:

Mak Wardah said...

Meriahnya anak2 u, u r gud mama

Liza Yati said...

Hahahaha. Kalau dah kakicontest tu, kakicontest jugak. Liza xsampai seru pun nak join contest haaa..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

anak-anak memang suka ketaman permainan kakak. Seronok bila tengok mereka bermain.

norhidana miswan said...

geram nengok rambut kerinting khairy, udahla sama ngn kakak amana... tv tu tak kisah ila, jnji dpt tgk sudah

» NAJA « said...

eh comel je dia pose sexy dalam tub tu hahaha..fefelings segar mandi pagi2 la tu..super cute!!