ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, December 5, 2013

Perjuangan khairy untuk hidup


Baru tidokan khairy. Lum isyak lagi.jap lagi dalam kul 12 konfirm khairy bangun nak menyusu. Dah tau jadual khairy.. plus minus lebih kurang sama je waktu bangun minum tidur.jam loceng yang tepat! Lately khairy lebih suka bf.tapi susu sy tak meriah mana..mmm.. nampaknya khairy makin manja.kadang2 dia cuma nak sentiasa mama dia peluk.pastu borak2 & mengadu mcm2.

Khairy da mula belajar meniarap.alhamdulilah
Kali pertama tengok khairy meniarap nak menitik air mata.. betul ke baby ini perlu dikeluarkan secara pembedahan untuk selamatkannya? Betul ke  baby ini yg kena tahan di high depency unit hampir 2 minggu? Betul ke  baby ini yang berselirat dengan wayar sampai saya tak tau macam mana nak susukan khairy. Ini ke baby yang melalak sampai nurse beri macam2 bantuan untuk redakan tangisan sebab khairy tak boleh dibiarkan menangis? ada 3 jenis wayar. Satu wayar suhu..satu wayar degupan jantung kat dada dan satu lagi degupan jantung kat ibu jari. 

Ada satu masa saya tak boleh nak pandang langsung mesin tepi khairy tue. Buat saya rasa stress sangat.. bacaan tak pernah turun.. akhirnya lepas mandi saya cabut semua wayar. Rasa lega tengok anak saya tak dibelit dengan wayar semua tue.. saya nak mesin kat tepi khairy diam sekejap.asik berbunyi sebab bacaan melebihi paras normal. sampaila nurSe datang tegur... saya cuma cakap tak reti nak pasang semula sedangkan saya boleh kata dah mahir sebab selalu tengok nurse betulkan tiapkali wayar2 tue tercabut.. kekadang saya lekatkan balik. Bukan susah pun..kalau mesin tue melenting2 bunyi then ada bacaan yg tinggi2 tue..kira betullah kedudukan wayar tue..


Melihat khairy da boleh meniarap sikit2.. dah pegang2 botol.. syukur tak terkata.. khairy nie tak boleh lewat.waktu mandi terutamanya kena tepat.kalau tidak dia akan melalak non stop. Walau time tue saya ngantuk atau penat yg amat saya akan buat jugak. Kepenatan/ mengantuk yang lebih penting atau peluang menguruskan anak yg utama?

Ketika seolah2 Allah ingin ambil anak ini kita meratap pilu..berdoa setiap masa.. dahi tak lepas dari sujud.. sejadah dan yassin sentiasa jd peneman.. ingin ditepinya selalu.. merenung dia tiap kali tidur bimbang dia tidak buka mata..merenung mesin berharap angka itu tidak semakin tinggi.. tiap ksli dia mula menangis berbagai cara kita cuba redakan... 

Maka perlukah kini setelah dia kelihatannya makin sihat kita mengambil sikap "ala kadar"? 

semua ibu memang emo macam niekan? saya yang jerih mengandungkannya.. saya yang sakit melahirkannya.. saya yang jenuh berpantang bersamanya dengan setiap malam dia menangis sehingga putus nafas.. Allah sahaja yang tahu seksanya khairy.. sedang saya ketika itu menyangka hanya sawan tangis seperti amana..sebulan khairy menanggung sendiri sehinggalah appoiment vaksin kali pertama.. keadaannya dikenalpasti tidak normal. Kalau boleh doktor ingin khairy masuk wad hari itu juga. syukur dalam tempoh sebulan berpantang khairy masih mampu bertahan..walau  kesakitan.. mujur khairy masih bertahan.. 

 saya dah berjanji dengan khairy.. hanya senyuman dan ketawa yang akan saya beri padanya setelah dia "sengsara" ketika dalam kandungan.. khairy berjuang untuk lahir dan khairy berjuang untuk hidup di sisi mama.. terima kasih khairy.. walau penat walau ngantuk walau tak sihat ..mama akan utamakan khairy.. insya allah..amin..moga allah permudahkan perjuangan khairy untuk hidup.. 

mama belum putus berdoa walau khairy semakin sihat..mama tidak mahu leka..mama tidak mahu hanya berdoa ketika ujian tiba dan apabila semuanya reda DIA dilupakan.. jika Allah kita lupakan setelah ujian ini berakhir.. jangan diratap..jangan ditanya.. jangan menyesal.. jika ujian lain pula hadir.. semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama.. 

jangan kerana dosa ibubapa yang leka dengan duniawi sehingga melupakan solat, quran,sedekah etc etc anak-anak pula  jadi galang-gantinya.. kesihatan/keadaan anak-anak pula dijadikan "reminder" untuk kita mengingatinya..  peringatan untuk semua parents dan khasnya untuk diri sendiri.semoga anak2 kita sentiasa di dalam kasih sayang dan perlindungan  Allah. 

Satu hari nanti ..panjang umur kita..kita akan jumpa DIA di sana.mama bawak khairy..insya allah.moga murah rezeki mama.. moga panjang umur kita bersama ke sana..aminnn


8 comments:

Mama Zharfan said...

amiin...ila is a strong mommy..my prayers are always with u

Rizziela said...

Kenapa dengan Khairy? dia sakit ker?

Sorry saya bertanya

norhidana miswan said...

moga ila n khairy kuat... dana penah merasa mcm ila rasa masa tau aiyan ada jantung berlubang masa tu dia baru 2bln... siang mlm nngis tp skrg alhamdulillah aiyan dh membesar mcm anak2 lain walau belum sepenuhnya sihat mcm anak2 lain...

moga doa, pengorbanan ila akan di balas nnti... moga khairy sembuh n jd anak yg sihat ye

Liza Yati said...

Tersentuh hati baca entri khairy. Insha Allah, khairy dipanjangkan umur okehNya. Doa dan terus berdoa.

transformed housewife said...

utk anak seorg ibu sanggup buat apa saja. Knur doakan keadaan Khairy akan bertambah baik.

anak Wan Salleh said...

Kasih ibu sampai ke syurga

Khai♥Rin : anies said...

Waaaahhhh da meniarap...dr sisi pn khairi nmpk mcm amana

suzie said...

insyaallah...hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang tersirat..beruntung khairy ada ibu yang amat menyayanginya...doa auntie moga dirimu dikurniakan kesihatan yang baik ye nak..aminn..