ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, December 18, 2013

Hello KIDZANIA!!!


Sebelum kita teruskan pengembaraan KIDZANIA meh kita borak kejap ye... masa family kecik kami dilanda dugaan dengan keadaan khairy..satu nasihat dari adik bongsu saya membuatkan saya terjaga dari lena....

ANGAH,WALAU ANGAH SEDIH DENGAN KEADAAN KHAIRY TAPI ANGAH KENA INGAT ANGAH ADA DUA ANAK LAGI YANG PERLU DISAYANGI DAN DIBERI PERHATIAN. ANGAH MASIH ADA AMANA..ANGAH MASIH ADA ARIEF.. JANGAN SAMPAI DIORANG TERABAI.. DIORANG PUN PERLUKAN MAMA DIORANG BUKAN KHAIRY JE..

Lebih kurang gitu isi kandungan wasap adik bongsu saya.masa baca wasap tue saya macam baru tersedar. Saya masih ada amana arief.masa tue mereka ada depan mata tapi bukan dalam jiwa saya.mereka berlari..bergaduh.bergurau..bermain tapi saya hanya memandang.. hanya khairy  dimata dan dijiwa saya ketika itu... memandang khairy dengan air mata yang tak putus mengalir..bibirnya yang lebam kerana tak cukup oksigen.. meletak jari dihidung khairy boleh kata setiap minit nak pastikan dia masih bernafas.. asik meletak telinga di dada khairy untuk memastikan denyut jantungnya normal atau tidak..sedangkan saya tak tahu nak mengukur kenormalan denyut jantung dengan hanya mendengar... makan minum hanya untuk kelangsungan hidup sahaja.. bila diingatkan semula masa awal2 dugaan menimpa serasa tak percaya kini rumahtangga kami mula bersinar sedikit demi sedikit..

Khairy yang makin keletah..makin stabil nampaknya..insya allah.. urusan persekolahan amana arief yang seperti dipermudahkan (nanti kita cerita taska trasit bus sekolah etc etc kat.lain entry ek) 

Ketika itu rumah kami   walau baru tapi terasa sungguh kesuramannya.. kelam dan tertutup sentiasa..pintu jarang dibuka kerana tiada beza malam dan siang kerana kami berjaga sentiasa.. malam jadi siang..siang jadi malam.. kadang2 rasa mcm duduk dalam gua yang penuh dengan kelawar..

Tapi kini cahaya seolah2 menerangi setiap sudut rumah kami. tiap2 jam 5/6 pagi khairy bangun mengejutkan saya subuh.. dan melalak minta dibawa turun ke tingkat bawah.. saya akan buka pintu dan tingkap.. cahaya pagi menerjah masuk ke rumah..khairy meminta dimandikan.. dan selepas itu lena tersenyum di dalam buaian di waktu cerah duha.. alhamdulilah.. 

Semoga dugaan ini hanya sementara.. senyum gelak tawa anak-anak kini membuatkan saya rasa bernyawa kembali..alhamdulilah..

Kerana wasap adik bongsu saya dan kerana voucer free maka sampailah kami ke KIDZANIA.   dapat 2 tiket free.hihi.. menang saguhati contest oreo.saya hantar gambar en papa cium arief. Saguhati pun saguhati janji dapat tiket free..mihmihmih.. tiket free tue open tiket.maksudnya boleh untuk dewasa atau kanak2. Sila tahu ye.. tiket KZ untuk kanak2 adalah lebih mahal dari untuk org dewasa. Kanak2 rm68 dan dewasa hanya rm35. Mentang2la syurga kanak-kanak ;) dan kamu2 yang dewasa tak boleh masuk ke sini tanpa budak2 tau.. kalau yang.lum kawin tue sila culik anak buah memasing kalau teringin nak ke sini yeeeee.. so saya tambah rm35 sahaja untuk diri saya. Yg dua tiket lagi untuk amana &arief. En papa? Dia kena jaga khairy..muahahaha..masa nie khairy masih tidak diexpose kepada public lagi.. ayat macamla ada orang nak culik khairy ;) tak mo khairy rimas lemas etc etc ditempat ramai orang..

Suka tengok gambar nie. Nie kat entrance. Amana paling happy sebab dia faham apa erti KZ. Arief asal mama ada cukupla haha

Akak tue cakap..dik baik2 kat dalam ada dinasor haha..

Proses tukar duit.. arief tue macam paham je..

Amboi amana siap cium2 duit lagi.. hikhikhik.. bukan boleh buat apa pun nak oiii..

Tag ajaib yang membolehkan anda explore dunia kanak-kanak!!

Haha buruk tul boarding pass nie jadinya. Tertumpah milo..meh saya bagi sikit tip.. korang pempahamlah kidzania nie memang famos terutamanya masa cuti sekolah.. kalau korang jenis bersiap lambat ..kul 11-12 baru nak terpacak kat KZ baik toksah datang.. bazir waktu je.. saya ada terbaca kat satu blog katanya kalau dah tulis full pun masih boleh masuk jugak.hampehh!! Mana boleh! kami dapat masuk nie kali kedua datang tau..en papa tak sangup tgok muka masam kelat amana yang tak dapat masuk tue.. saya dengan arief rilek je tapi dua beranak tue monyok..yang amana tensen tak dapat masuk ..yang en papa menensenkan diri bila tgok muka moyok anak dara kesayangan dia frust.

So en papa reedem voucer yg menang tue terus untuk hari berikutnya. kiranya.kami dah ada dalam senarai untuk hari berikutnya.lantak pilah kami nak datang kul 2 petang ke apa ke kami tetap boleh masuk sebab kami dah ada BOARDING PASS ini.

 so tipsnya adalah:kalau jenis siap lambat . ada anak kecik memang yg cepat pun boleh jadi lambat..kan?kan?kan?..datang je sini dulu beli tiket aka boarding pass untuk keesokan harinya atau bila2 hari yang korang plan nak datanglah.so korang confirm boleh masuk.tak yah nak beratur panjang2 beli tiket atau tak dibenarkan masuk dengan alasan dah FULL.

Homeinyeeee tiket niekan? 

Ok bye nanti sambung lagi.. type intro pun dah penat..nak update guna hp mmg lambat..nak scroll gambar2 lagi.. tapi syukurlah hp nelah penyelamat utk update blog bila internet conection ke lautttt.. 

6 comments:

dear anies said...

tu la..ada yg kt org tua yg lerlebey eksited bla msk ke sini ;-)

Unknown said...

ala you, please update more!
i baru nak baca, eh dah habis?
hehe
hopefully ur internet cepat2 pulih ye :)

Looking forward to read more

msredcheesecake said...

kelakar tengok bebudak gi keje n dpt gaji...hheee

Wonderful Life with Mary Kay said...

wAH.. Happt la dua beradik tu kt dalam. Hehe..

norryabby said...

Seronok sangat budak2 kan kalau gi kidzania, my son memang excited sgt pegi kat sini.

zareliqa afiqa said...

Mcm seronok jek nie.. kecik2 dulu takde pulak benda cengini. haha