ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, November 30, 2013

Ekstrak Kacip Fatimah (EKF - UTM) Review




Seperti yang dijanjikan di entry supplement-supplement saya, yang saya janji untuk review produk EKF nie kalau saya gunakan bagus. kalau tak bagus nak diam-diam je haha.. Boleh pulak gitu ye? Kalau dah buat entry nie apa maksudnya? Ye pandaiiii maksudnya berkesan untuk saya.. Tapi sebelum baca entry nie baca dulu entry supplement-supplement saya tue baru paham kenapa saya carik supplement tambahan. sedangkan sebelum nie masa bersalin amana & arief rilekkkkkkkkk je tak makan supplement kecuali jamu mak bidan.itupun masa pantang je.lepas pantang yang adoooooooo haha..langsung tak makan.. perasan kuatla katakan...

Lorrr malas nak klik entry sebelum nie? yelah yelah to make it short saya carik supplement tambahan sebab selepas lahir khairy; anak ke 3 nie saya rasa tenaga saya cepat sangat habis..buat keja sikit eh banyak laaaaaa (i rajin tau) selalunya tengahari je saya dah mula rasa nak pitam-pitam & berpusing2.. penah bawak keta dari kajang ke bangi je..alahai dekat gile. itupun pegi saya bawak & time balik adik saya pulak drive. sampai umah berpusing nak pitam.. hurmmm... bahaya ne kang pitam caner khairy yang masih bayi ne..takkan dia nak bangun buat susu sendiri and tukar lampin sendiri.. amana & arief budak lagi bukan boleh tolong sangat.. so saya kenalah carik alternative. lagipun saya tengok kawan-kawan saya bersalin anak sulung  je dah rajin makan supplement tapi i jugakkkkkkkk yang berlagak kuat sedangkan i lah yang paling lembek &asik nak pitam huwaaaa.

anak-anak saya yang sebelum nie lahir normal tapi bersalinkan khairy saya melalui proses pembedahan dan for me pembedahan tue mengambil masa yang panjang untuk sembuh ditambah dengan saya yang ada sakit tulang belakang nie ha.. proses pembedahan yang patutnya kejap je jadi lama sebab nak bius separuh badan tak jumpa rongga nak masuk ubat bius tue.. . lebih-lebih lagi ketika pantang kali ini saya tak menjaga pantang seperti sebelum ini akibat keadaan khairy. sudahla bersalin ceser..time pantang tak macam orang pantang.. lepas dua minggu en papa takde ..saya jaga anak sorang2 time malam..khairy melalak non stop dari kul 11mlm - 6pagi..ulang alik hospital untuk treatment khairy lagi.. bukan mengeluh ye..khairy anak saya..saya sanggup apa sahaja asal dia selamat..nantila kalau ada kekuatan and semuanya dah selamat,  insya allah saya akan kongsi keadaan sebenar khairy. mmm..gambar khairy pun takde yang clearkan? memang saya lum sedia nak share..nanti ye kawan2.. bila semua selamat saya share gambar khairy dari lahir sampai sekarang khairy nak masuk 5 bulan dah pun..

opsss panjang pulak intro tapi kiranya serba sedikit dah pahamkan kenapa saya carik supplement tambahan? 1) cepat penat 2) proses bersalin ceser tapi tak dapat jaga pantang due to my baby condition ada lagi tapi nantilah saya buat entry lain..panjang lebar sangat pulak nak story..




 ok now dah paham kenapa saya cepat penat. kurang sel darah merah ek?

sekarang ne dah nak habis sebotol saya makan.. alhamdulilah..sebenarnya saya dah rasa perubahan lepas 3/4 hari makan.. cepat jugak kesannya ek?saya sangat puas hati sebab tenaga tue rasa bertambahla sekali ganda. kalau sebelum ne tengahari je saya dah rasa penat gile. dah penat mulalah nak jadi mak lampir kat anak-anak. tapi lepas makan EKF nie kalau nak rasa penat pun bila nak magrib baru terasa penat. itupun masih ada sisa2 tenaga lagi. khairy pulak tak mo sangat dengan en papa walau lepas en papa dah balik keja. dia tetap nak saya yang layan dia. kalau kat tangan en papa melalak jelah kejanya. kalau anak-anak sebelum nie ok je.maybe sebab khairy nie dari celik mata sampai tido si khairy;  saya lah yang uruskan dia so dia tak molah kat en papa.. syokla awak ye en papa. memang rehat habis-habisan sejak saya cuti separuh gaji nekan? :p :p tapiiiiiiiiiiiii janganlah ingat saya ne bertenaga macam superman pulak. saya pun tau penat jugak.tapi lambat sikit lah nak rasa penat berbanding dulu.kalau dulu jadi mak lampir sekarang dah turun jawatan jadi pocong je hihi.. bila penat mesti asik marah anak-anakkan? tak molah gitu.. jadi bila kurang penat kuranglah marah anak-anak. pastu banyak tenaga  boleh layan anak-anak macam-macam.. kalau tidak asal penat je nak dok diam2 jangan sapa2 berani dekat kang ada je yang kena marah nanti haha..oh amana dah hafal niat sembahyang subuh, zohor,magrib tau? hikmah cuti tanpa gaji..

pastu saya ada jugak masalah kewanitaan (ecehceh skema pulak tetiba) malulah nak cakap sebab ada reader lelaki jugak..macam i tak tau..muahaha..mekacih ye baca tapi ne entry untuk perempuan je..haha.. takpe baca utk pengetahuan bersama..so sebab segan saya tak mo citer to detail.. masalah tenaga cepat habis dah ada perubahan. alhamdulilah.. tapi yg masalah kewanitaan tue tak pulak setel. hai manusia memang tak penyabor..baru makan kurang seminggu je masa tue; dah nak baik cepat..haha..masa tue baru makan satu kapsul je sehari. dah tulis kat botol makan satu kapsul je sehari.. tak beranilah makan lebih-lebih kang jadi lain pulak.. tetiba tergerak hati nak tanya kakak yang jual tue.. kalau makan ekf nie  lebih satu kapsul sehari boleh ke kak?  apa jawapan dia "ye dik kalau ada masalah kewanitaan disyorkan makan 2 kapsul sehari. satu pagi & satu lagi untuk petang/malam" GRRRR apasalah tak cakap awal-awal... nantilah sambung entry yang masalah kewanitaan tue.. kalau i tak seganlah... lagipun ayat kena pikir betul-betul kang sampaikan lain tapi maksud jadi lain pulak kihkih.. okla ..penat nak menaip . lagipun nak subuh nie. tadi terjaga menyusukan khairy. bye

p/s: saya search uncle google; memang tak ada sesiapa lagi yang buat entry review untuk EKF-UTM nie.so kalau sesiapa nak amik entry nie sila tanya i dulu ek & credit to my blog. mekasih daun keladi.

p/s/s: saya makan EKF nie dengan habbatusauda juga. habatussauda makanan sunnah so saya takkan berenti makan. saya pun ada buat review untuk habatusauda. boleh klik sini. susah jugak nak beli habatusauda nie kat kedai2. asik habis stok je. ada sekali carik kat pkns bangi ..kebanyakan stall & kedai cakap habis stok. oh saya makan yang jenis habbatussauda minsyam. 


  Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)




Thursday, November 28, 2013

Mama & anak-anaknyeee


Dah berhari-hari budak-budak request nak pegi taman.kalau sebut padang anak-anak saya tak paham tau.kena sebut tamannnn.. so bandar punya budak-budak.. walau taman basah saya angkut jugakla budak-budak ne kesian.. siap bawak kain buruk untuk diorang lap buaian yang basah dek hujan malam tadi.

Arief buat muka tension sebab mama asik amik gambar.eh mama nak amik gambar padang yang banjir tuela..

Ya allah amana tinggi bukan main.kang tercampak jugak masuk terus dalam gelongsor tue.. Khairy sabar ye..tunggu besar baru boleh naik buaian..eh kan tiap2 hari naik buai ;)

Balik je basuh stroller dulu. Stroller simpan dalam umah. so kena bersih sebelum masuk dalam umah.. kesan pasir taman banyak kat tayar.. Tak senonoh betul mama nie..khairy ada dalam stroller lagi hihi. Stroller nie beli khas untuk khairy. Itupun guna duit menang contest hihi.. dapat cash RM500 yang menang Contest drypers. Stroller lama dah selamat dikerjakan amana arief. Stroller lama tue dah banyak berjasa.tong gas pun stroller tue angkut masa kat umah puchong..mana tak hancur ;) 

Khairy sekarang macam budak sekolah. Nak mandi pagi-pagi.kalau boleh kul 6.30 pagi dia nak mandi agaknya. Cer tengok tempat mandi tue ada alas.kalau takde alas tue memang saya hadapi masalah nak mandikan khairy.mesti terkial-kial.en papa memang teror mandikan anak-anak. Baby baru kuar hospital pun en papa boleh mandikan. Saya? Ehhh mana boleh..kan pantang? Haha alasan tak reti cakap tak reti muahaha

Bernasib baik sungguh dapat lipat kain sebakul hari nie.  Khairy nie nak berdukung je.mana boleh letak bawah..melalak je nanti. itu yang berbakul-bakul kain tak lipat.  eh dulu time keja bukan memang biar je ke? Bila nak pakai baju korek je dalam bakul. Kadang jumpa kadang tak jumpa bajunya haha..

Sebab khairy saya terlupa yang saya ada sakit desicated disc.gagah jugak dukung dia.takkan nak biar je.tapi alhamdulilah sejak amalkan habbatusauda saya rasa kurang sikit sakit belakang tue. ada jugak kekadang rasa mencucuk tue datang tapi tak sekerap dulu.. sekurang-kurangnya tak payah rely pada ubat hospitalkan? Effect buah pinggang nanti kalau makan ubat hospital berpanjangan. 

Hikhik korang jangan gelak tengok tv tue. Dahla tv zaman tok kaduk.kecik pulak tue kihkih.. tapi astro pakai beyond kihkih.. tv kitaorg rosak masa pindah kajang. Tv kecik nie untuk bilik game en papa sebenarnya. en papa ajak beli tau apa saya cakap "TAK MO BELI!NAK TV MENANG CONTEST JUGAK! haha teruk betul kan? Caner nak menang kalau join contest pun sesekali je? Rindunya nak menang contest.. tak kisahla menang apa pun..menang senduk pun tak kisah . Janji menang. Rindu nak menangggggg..


Waive annual fees citybank gold card

Slm kengkawan..mlm2 nk membebel jugak kan? Bru lepas tidokan khairy..melalak je kt tangan en papa.. sy ada keja sikit so en papala jaga..boleh dia bantai melalak je... nk mama jugak.. eh mcm dengar khairy dah sebut mama lah..hihi...

Aircond kt bilik masterbedroom ne mcm rosak je.air menitik2.. sianla si khairy.dia mana boleh tido takde aircond.pernah tutup aircond senyap2 terus dia terjaga & melalak.. hishhh anak raja sungguh.. bertuah anak mamakan????

Lor nie cite khairy ke cite aircond ke citer credit card? Lari tajuk sungguh.. kan dah gaji.. so apa lagi transferla sana sini..walau saya hanya dapat separuh gaji sehingga bln april sob sob sob   tapi komitmen credit card (CC) mesti bayar tiap2 bulan.alhamdulilah walaupun cuti separuh gaji ne saya tak pernah rancang tapi ada jugak simpanan untuk survive selama 6 bulan.. insya allah.. rezeki khairy kat tangan Allah..

Eh lari tajuk lagiiii.. sambung balik.. nasibla masa dok sibuk transfer tue saya check jugak citybank e-statement. Apasal tak guna pun CC ne tapi amount mcm tak kurang je? Dahla saya tak guna CC sangat dah.. lorrr dah time annual fees rupanya.. banyak tau utk master goldcard citibank punya annual fee.. almost rm200.. tapiiii boleh kata tiap2 tahun saya dapat waive annual fees ne. Caranya? Senang je call service centre and inform nak waive annual fee tue. Citybank ada certain kriteria utk pemegang card layak waive annual fee tue.. kalau tak call jangan harapla dapat waive walaupun tahun2 sebelumnya memang korang dapat waive. Ia bukan secara automatik tetapi based on request korang and sama ada korang meet the criteria..saya pun lupa caner saya tau boleh waive annual fee ne..kiki.. selamat mencuba... nite kawan2.. zzzzz

Tuesday, November 26, 2013

FUHHH!!


Salam
Lma tak updatekn? Busyyy le sgt walau kejanye berulang2 tapi tak habis.. pelik jugak ek? Hihi..

Ok meh cite hal surirumah berjaya hari nie. Korang dah daftar ke utk ank2 sekolah thn depan.thn depan amana darjah satu &kafa, arief tadika 5 tahun..khairy pulak dok umh babysitter.. 

Amana dah setel darjah satu kat mana. Confirmla sekolah kat kajang nie haa..tp kafa ada dua kt sini.lum finalize lg sebabnya mestila nk letak semua setempat kalau boleh. Setempat maksudnya utk transit atau daycare.klau khairy nk dok umah babysitter pun nk dok yg dekat2 dgn transit abg n kakaknya.baru la kurang sikit kelamkabut waktu pagi..

Utk tadika arief pulak en papa dah berkenan satu tadika yg ramai benor org kt sini syorkan.. dannnnn saya yg ditugaskan utk pg investigate!! Oh noooo.. dgn budak2 semua nie.. kang khairy melalak caner? kata nk sgt dok umahkan?? Nk sangat jd surirumahkan? OK!! JGN TAK CAYA I PEGI NIE DGN BUDAK2 NIE.. 

Siapkan semua pagi2 sebab kalau dah tengahari kirim salam nak pergi..khairy jenis tak tahan panas..kang dia buat amokan tiger..habissss.. satu benda tak jalan.. 

sampai kat tadika idaman en papa adala pulak sambutan besday budak kat situ.. saya tgh discuss dgn cikgu besau kat situ tau apa arief buat? Huwaaa lap air mata mama ko tengok peel ko arief.. nie besday orang lain..apasal ko pulak yg duduk depan kek & nak tiup lilin..siap duduk kat kerusi khas lagi.. dahla nie pestime ko datang tadika nie.. haiiila arief.. si amana bisik2  "MAMA ARIEF NIE BUAT MALU JE..ADA BUDAK TUE TANYA . EH ITU SAUDARA KWN KITA YG SAMBUT BESDAY KE?" 

Ok lupakan arief yg selamba.. sy discuss dgn cikgu besar.. cikgu2 yg baik ati kt situ amikla khairy msa sy isi borang pendaftaran..sedar2 nampak cikgu2 tue berganti2 amik gbr dengan khairy.. semua dok pakat suka kat rambut kitin khairy.. hihi.. rambut yg tak potong2 dr lahir..tah bila nk cukur.. lps kuar hospital bru cukurlah ye.. nanti admit lagi kalau rambut botak mudah masuk angin..kalau rambut byk ala2 filter . Angin tak masuk hihi..pandai je mamakan?

Pastu singgah tadika lama budak2 nie.amik gbr konvo amana..nti sempat wat entry konvo amana pulak ek.. cikgu bagi goodies n ada tabung untuk budak2 nie.. hasilnya???

Taraaaa..
Diorang korek "tabung kosovo" papa diorang then masukkan dalam tabung baru diorang kiki..  tabung biru tuela yg cikgu tadika lama bagi

Tengoklaaaaa sakit kepala mama diorang tengok sepah2 gini.patutla ting ting ting je bunyi kat depan.. saya Kat dapur kemas barang2 basah.. hebat jugakkan? Pergi reccce tadika arief, transit budak2, pg tadika lama budak2..beli barang basah.. memang berjaya sungguh jadi housewifekan? Tapiiiii semua cepat dan pantas.... sempat jugak menyusukan khairy kat tadika idaman en papa tue.. sabor jelahh..

Dah marah suruh kemas duit2 syiling arief wat havoc lagiii.. dia pegi basuh motor nie.. haiiila arief!! Motor nie mana boleh basuh.. hadoiiii 

Dah marah pasal duit syiling .. dah marah pasal motor  ... dah tak boleh nak marah bila dia naik walker nie keliling rumah.. urut dada tengok korang nie.. khairy je yang baikkkkk... nantila papa balik siap korang semua!!


Wednesday, November 20, 2013

Its a wonderful time!!

Sebersih dan setenang air di kolam ini..setenang itulah yang saya rasa di rumah bersama anak2... heppp kang ada yang cakap kat bos i yang i takmo keja lagi.. no no no..jangan kepoci tau.. hihi.. Dah ditakdirkan saya dapat jadi housewife selama 6 bulan so mestilah gunakan sebaik2nyakan? Menjaga khairy dari sejak lahir dan melihat progress khairy adalah sesuatu yang sangattt saya ingin lihat sejak jadi ibu pada amana.. kalau tidak ko dengar jelah babysitter cakap " ehh khairy dah boleh terbalikkan badanlah..eh khairy dah meniaaraplah..eh khairy dah pandai cakap assalamualaikummm... Nampak sangat menipu tang bagi salam tue..Kiki..

Tue duyong jantan kecik kenot hihi

Amboi amana..landing baik punya..kalau terbalik ke belakang mau berdarah..simen tue nakkk oiii bukannye pasir di pantai...

Anak2 asikla bergaduh sesama sendiri.. berebut remotela. Berebut mainanala..masing2 tak mau kalah..mau stress i dengar.. khairy lagila..dia bukan jenis orang boleh memekak2 kat telinga dia..nanti dia nangis tak berenti2.. dah nangis tak berenti2 kang ..kang..kang..kang.. mak diorang ne jadi hulk hogan pulak.. saya memang pantang dengar khairy nangis panjang2 & lama2..sebelum budak2 ne memonteng sekolah memang aman damai. Khairy dah biasa senyap & tenang..datang kakak & abang hilang semua ketenangan khairy..so saya sebagai ibu kena pikirle alternative supaya semuanya kembali aman..p
 nah amik korang mandilah 24 jam sampai kering air dalam kolam tue.. 

Saya perhati dari dalam rumah je..kang ada pulak yang culik budak2 ne.. zaman sekarang bukan boleh percaya.. eh tak yahla nak culik anak saya..saya takde duit riban2.. hutang riban2 adalah haha..

Wonderful timekan?
Anak2 mandi-manda sambil ibunya menyuap nasi lemak.. wah ayat skema.. siap berbungkus2 nak feeling piknik sangat ke? Haha..takla.. tiap2 hari en papa akan singgah mana2 gerai & beli sarapan berat untuk kami. En papa tau saya mesti masak lambat sebab saya uruskan khairy dulu.. selalunya saya memang masak lepas zohor .kekadang lepas asar..kalau en papa tak belikan sarapan memang kelaparanlah semua. Bukan tak boleh masak awal pagi.. ehh memang tak boleh.. kelamkabut tau.. khairy mesti didulukan.. yang lain dikemudiankan.. kalau dah dikemudiankan.. alamatnyeee.. mari lapar beramai2..

Camana perasaan duduk rumah?
Jawapannya.. kekadang k.o kekadang ok..haha jawapan malas..nantilah bagitau jawapan yang tulus ikhlas kat entry lain. Tapi kalau tgok tajuk entry nie pun pahamkan?

Tuesday, November 19, 2013

Berus gigi gajah

Cuti sekolah dah mula..amana pun dah mula ponteng2.. pastu appeal nk ponteng terus.. lepas bincang2 dengan en papa..en papa ckp berenti jelakan  lgpun takde belajar lagi.. mampu ke jaga semua.. hihi .. dah mcm mak tiri pun hokey..plg pantang bila diorg kacau khairy...

So apa plan korang nak mengembirakan hati anak2.. saya takdela nak vacation bagai.. serammm nak bawak khairy.. hukm tue jauh kalau nak pecut kalau jadi apa2.. so vacation kat umah sendiri je ye.. kalau kat umah puchong dulu selalu bawak mandi kolam..itupun diorang dah hapy sangat.. kat kajang ne..apa yang ada? Padang memang depan rumah tapi ya rabbi banyak anjing.. takut anak2 kena gigit anjing..

so mari kita cuci gigi gajah ne..muahah... dah lama dah beli ..masa mula2 pindah kajang lagi.. guna sekali pastu terbiar jadi tukun..

Haaa tue gigi gajahnye.. saya guna berus gigi special.. penat jugak nak cuci kolam buatan ne.. besar..mcm gigi gajah..kiki.. kolam ne orang dewasa pun boleh masuk ye..

 

Sembur dengan air pulak... dah lama terbiar..kotor gile.. baik cuci sebelum ternak Adessss


Cuci bersih-bersih ye arief..
Petang ne boleh main kalau tak hujan

Sunday, November 17, 2013

Puting

Dah lama tak hapdate.sedangkan banyak kali buat posting.. tak taula hp yang sakit atau  internet yang sakit hehe..

Anak2 korang hisap puting ke? Amana dulu hisap puting..lama jugak.. Arief bf bila stop bf dia hisap jari sampaila hari nie.. Khairy nie masa dia suka melalak bagi puting biasa..dia rejek.. & selepas tahu masalah dia asik melalak tue takle bagi puting2 ne..

Doc advise supaya tak bagi khairy berbuai.. dan sekarang berkat usaha keras.. khairy malam2 tdo atas katil dengan saya..alhamdulilah.. tapi mesti pakai aircond n berbedung ye.. siang masih gagal train utk tidur tanpa buai.. insya allah makin dia besar dia boleh kot tidur tanpa buai..

Ada sekali tue pg umah adik bongsu saya.. alah belakang umah je.. si khairy melalak tak hengat.. buai pulak takde..terus masukan puting anak adik saya.. haha..eh senyap? Terus tdo tanpa buai...

Esoknya sebab saya ne mmg payah nak kuar.. nak usung khairy dgn arief sekali? No no no..biarlah kejung dok dlm umah dari kuar bawak diorang.. tapi adik bongsu saya keluar dan belikan puting utk khairy.. ada hikmahnya adikberadik duduk dekat2.. ada tempat mengadu kalau nak beli apa2.. adik saya ne mmg rajin berjalan hihi..

Amboii khairy nak puting avent ye.. nak yg mahal je..mama dah try puting biasa2 tak mo.. puting ne sesuai dgn.mulut dia kot.. ntahla budak2 ne peel macam2..

Entah bila saya nak up post lagi hihi.. nanti saya story hidup jadi full time housewife ye..

Thursday, November 7, 2013

Suplement-Suplement Saya


Selamat pagi semuaaa
Mcm biasa overtime nyusukan khairy
Meh borak2 kejap je ye
Mata dah ngantuk
Korang makan apa ye masa pantang
Bila anak dah 3 ne mmg rasa tenaga mcm cepat sangat habis
Buat keja sikit je penat ..pastu mulalah jadi mak lampir hihi
Ye ke wat keja sikit?
Mandikan baby je 2x, mandikan arief 2x, sidai kain je 2/3x pusing mesin basuh tue,lipat kain lagi,vakum umah lagi..amik amana lagi,masak lagi.. keja2tambahan bila arief buat sepah, tumpahkan air, etc etc tak campur lagi
Itu rutin tiap2 hari kalau korang penat ke masih banyak tenaga... ke saya dah makin tua..huwaaa

Habbatusauda
Saya memang makan habatus sauda sejak sebelum pregnant. murah je sekotak nie baru 12 hinggit. Saya ada buat entry tentang nie.cuba klik label promosi. banyak kebaikannya salah satunya gejala PMS memang berkurangan.kalau tidak masya allah tuhan jelah tau..PMS tak tau? Cer try tanya pakcik google ;) Habbatusauda pun blh bykksn susu bdn..kira da bgus utk sya kalau khairy dpt menyusu susu bdn setiap kali sesi penyusuan n adakalanya xpyh top up dgn susu botol pun.. biasanya waktu pg ke time tue dia ngantuk sgt ek? Hurmm

susu utk bf
Nie kira supplement ke? :)
harga tak tau sbb free dr contest. Khairy punya pasal gigih telan susu nie.nak termuntah2 rasa sedangkan dah campur dalam milo..help..help.. nampak gambar kat luar gbr ibu peknen kan? Hishh takkanla saya peknen lagi..agak2lakan.. susu ne pun saya baru dapat.ingatkan nak bagi kat sapa2 yg peknen tetiba tengok ada tulis utk wanita menyusu jugak..ok mari kita cuba..haha tah2 sampai khairy 2 tahun susu nie kejung dlm bekas.. takla dah 3x bancuh tau dalam milo... khairy punya pasal..nak banyakkan susu badan.. sekarang nie walau lum berjaya full bf setiap kali penyusuan khairy akan minum susu bdn dulu bila dia mengamok sakan susu dah tak mencapai kehendak dia baru sumbat botol sob sob sob..jeles tgok kwn2 yg susu mcm air paip bocor tue..


gamat
harga lebih kurang rm40++. Saya mmg tak boleh minum pati ikan haruan.masa amana saya try..habis basah katil maka saya dengan muntah saya.. masa arief tobat tak mo makan dah tapi masa khairy sebab ceser tryla minum sama je nak termuntah.. last2 mak bagi makan gamat.sebelum nie mak belikan gamat lain yg glamer.tak bokeh sebut nanti kena saman.dahla ratus2. Manis rasanya.tapi 2/3 kali makan ada ulat.then mak belikan yg baru ada jugak sebab saya ingat tak tutup rapat so masukla serangga. Tapi takkan 2x beli pun macam tuekan? Last2 mak belikan yg nie.. takde perasa lagi bagus.. harga pun tak mahal mcm yg ada ulat tue hikhik agaknya mahal sbb perisa tambahan ulat tue kot..uwekkk


Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM
Haaaa.. inilah akibatnya kerap mengikuti blog drzubaidi.com ..  harap2 saya rasa lebih kuat utk mengurus anak2+urusan rumahtanga...nie baru dua hari makan.. so takleh komen apa2 lagi.. nanti kalau memberi kesan baru saya review ek.kalau tak memberi kesan saya tak review.. diam2 cukup .. kang bagi review tak bagus bla bla bla kang kena saman pulak.. income blog pun seposen kang kena saman kena bayar berjuta pula..  haha tapi kalau memberi kesan positif harus kena shareee..oh harganya rm90 sahaja..

Ok byeee nak tdo sebab jap lagi kena bangun lagi.. subuh plakkan?

Sunday, November 3, 2013

Seharian di HUKMSc

Sambungan entry sebelum nie.
Payah betullah nk edit guna hp.. nk guna lappy setting blog pulak dah lain macam

Siap angkut kerusi dr tempat mainan lagi 

Eh kerusi je ke? Milo takde ke? Nescafe? Kudap2 takde ke?

Msa nie orang dah takde.tiap kali datang kami jd org terakhir yg jpa doc khairy..kihkih.bgusla boleh tanya mcm2. Selalunya lepas magrib baru kuar dari sini. Itu yg ank2 buat mcm rumah sendiri sementara sy dgn en papa jumpa doc.kalau diorg msuk sekali habis segala mainan doktor tue diangkut buat main.doktor khairy nie pakar pediatrik + specialize utk kes2 mcm khairy.

Arief nie demam sebenarnye.. jatuh terhentak kt dagu. Lebam terus demam seminggu

Papa nie kan asik main game je.mcmla boleh dapat hadiah.buat habis bateri hp jerlaaa. Tak dapat arief tgok ultraman kat youtube


Amana yg sgt sayangkan khairy.asikla gomol khairy sampai menengoknye pun naik rimas.. 
Yg chomelnya khairy pun balas bila amana cium.. 

Bil kali nie RM146++
Khairy datang injek yang monthly tue.kalau ank2 sebelum nie sy buat je kt klinik2 dekat umah lagi senang . Ingat dekat ke hukmsc dengan tempoh jem tuee..tapi khairy bukan dtg untuk monthly checkup sahaja  doktor yang kami jumpa nie juga adalah doktor untuk kes khairy.lebih baikla doktor yang sama jugak sebab dia yg tahu kes khairy dari lahir.. dia sambut, dia yg monitor masa kat wad, dia yang aturkan jumpa dengan doktor-doktor lain eh pendek kata doktor nie yg tahu history khairy dari awal.. tak payah nak susah pyh story.. baby saya nie gini gini gini.. semua ubat untuk khairy mesti dia tau mana yg sesuai..kalau g klinik lain kang mcm2 kena story..

Saya juga dah buat appoiment semula utk jumpa doktor bersalin- Prof Azurah. Sepatutnya lepas 44 hari lebih kurang kena jumpa Prof Azurah tapi biasalah ibukan..kesihatan anak lebih utama dari kesihatan sendiri.masa tue tengah kelam-kabut uruskan khairy.. sekarang dah lega sikit baru set appoiment balik.itupun sebab ada rasa tak kena kat diri sendiri..mcm2la jadi perempuan nie..haishhhhh... kang wat donno kita jgak yg menanggungnya.sekian.