ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, January 16, 2014

OUR TODAY MOMENTS



Satu hari ada 24 jam
Setiap manusia dapat tempoh masa yang sama
Baik lelaki atau perempuan. Baik yang muda atau yang tua.
Yang dah kahwin atau belum kahwin semua dapat 24 jam jugak.
TAPIIIII kenapa sejak jadi mak ne masa 24 jam nie macam tak cukupppp jerrr. Dulu masa bujang & cuma memegang status sebagai  anak mak je takle busy macam nie.. sampai nak makeup pun takde masa.. masa bujang dulu regim 3P tak pernah tinggal ye.. pencuci, penyegar & pelembap.. sebab tue kulit I lincin masa bujang dulu haha.. sekarang? Haiiii nak picit jerawat pun tak sempat :(
Bila jadi ibu nie bukan waktu  makeup, aktiviti  shopping atau aktiviti  spa yang diutamakan tetapi bila jadi ibu nie yang paling dikesalkan adalah terlepas momen-momen melihat perkembangan pembesaran anak-anak.


Freelance writer. That’s my novel :)

Normal kehidupan lebih-lebih lagi kat KL nie ..suami isteri bekerja untuk menampung keperluan hidup . Kalau gaji 4K cukup ke kalau hidup kat KL nie? Tak cukup!!! Itu sebabnya kebanyakan both parents  kat KL ne bekerja. Nak bayar keta, rumah,belanja makan minum, taska,transit, sekolah anak-anak dan senarai yang ada semakin panjangggggg.. so marilah kita keja beramai-ramai ye kaum ibu.. niat yang ikhlas untuk membantu suami dan rumahtangga. Bekerja  bukan semata-mata untuk beli makeup atau handbeg branded ye.. saya dah keja hampir 10 tahun handbeg branded cuma dibeli kalau menang contest atau dapat imbuhan sebagai freelancer writer.. hasil contest & writing  pun kadang-kala digunakan juga untuk keperluan rumahtangga .. so nampak tak? bekerja bukan untuk memenuhi kehendak diri sendiri melainkan untuk memenuhi keperluan keluarga.. kalau bukan kerana tuntutan kehidupan mustahil saya tinggalkan anak-anak untuk dijaga oleh orang lain :(


Me with Dalia Amana. Masa nie Amana setahun lebih.

Saya tak taulah ibu-ibu yang lain  tapi ini diri saya.. eh saya confirmlah ibu-ibu yang lain pun merasa yang sama.. bila babysitter atau maid terlebih dahulu nampak progress anak-anak kita.. apa ibu-ibu rasa ye? teringat dulu babysitter Amana cakap “Amana dah boleh merangkak” bila dengar punyalah happy tapi dalam masa yang sama tak dinafikan rasa sayu bertandang di hati  “kenapa bukan saya sebagai ibu yang melihat semua itu terlebih dahulu?” 

Saya bersalinkan Khairy di sini... Bagi kawan-kawan yang setia membaca blog saya nie mesti tahu yang sekarang nie saya bercuti separuh gaji selama 6 bulan untuk menjaga Khairy yang mengalami masalah kesihatan. Jika dicampur dengan cuti bersalin selama  3 bulan maksudnya saya menjaga khairy dengan tangan saya sendiri selama 9 bulan!! Walau saya sedih dengan keadaan kesihatan Khairy tapi dalam masa yang sama saya tahu Allah mengatur yang terbaik.. Allah nak beri saya peluang melihat perkembangan bayi saya dari lahir sehingga 9 bulan.. bukankah itu impian saya sejak melahirkan anak sulung? manalah tahu sebelum saya masuk kerja nanti Khairy dah boleh berjalan kan? Itu bermakna sayalah orang pertama yang melihat Khairy meniarap, merangkak, meniti dan berjalan!! Sayalah ibu paling bertuah!!


 Dalia Amana (6 tahun)

Itu cerita tentang Khairy..bagaimana pulak dengan Amana? Amana yang kini dah berumur 6 tahun. Tahun depan dah nak masuk 7 tahun. Khairy bertuah sebab saya menjaganya dari lahir. Tapi Amana? Sedari 2 bulan dah dihantar ke babysitter.  Ketika itu saya bekerja sepenuh masa. So berapa banyak masa yang saya peruntukkan untuk Amana dalam sehari? 

24 jam – 8 jam(masa di pejabat)- 6jam(waktu tidur) = 10 jam sahaja masa yang tinggal

10 jam inilah masa untuk menempuh jem ketika pergi dan balik kerja, beli barang dapur, masa untuk menguruskan rumahtangga contohnya kemas rumah , memasak, urusan kain baju yang tak berkesudahan dan macam-macam lagi urusan yang lain.. Akhirnya kurang 5 jam masa yang tinggal untuk Amana…

 Me with Amirul Arief (4 tahun)

Masa untuk Arief pula bagaimana? Bila Arief dah ada..kena bahagi dua..tinggal berapa jam? Khairy dah ada bahagi pulak 3.. haishhh.. haishhh..akhirnya masa untuk setiap anak  hanya tinggal kurang dari 2 jam.... Kesian anak-anak.. So camana saya nak ada masa atau saat-saat bersama dengan setiap anak-anak?

Itulah sebab kita perlu ada “OUR TODAY MOMENT” iaitu masa berkualiti yang kita khaskan untuk bersama anak-anak. Masa yang kita peruntukan untuk  membahagiakan anak-anak dan aktiviti tersebut akan menjadi kenangan untuk anak-anak. Tidak kiralah apa sahaja aktiviti tetapi ia akan menjadi sesuatu yang manis dan indah. Segala tugasan rumahtangga dan urusan pejabat ditolak ke tepi hanya untuk “OUR TODAY MOMENT”
 
Bear in mind ye saya dah ada 3 anak.. Dalia Amana (6 tahun) Amirul Arief (4 tahun) dan Adlan Khairy. Macam mana saya nak peruntukan masa berkualiti aka  “OUR TODAY MOMENT” untuk anak-anak sedangkan masa untuk diri sendiri pun tak ada?


Dulu masa saya bekerja sepenuh masa; hanya hujung minggu sahaja saya peruntukan dengan anak-anak. Itu pun struggle dengan urusan rumahtangga. Terutama kain baju..saya paling tak suka urusan kain baju.. nak sort utk mesin, nak jemur, nak lipat, nak simpan..hishh memang makan masa sungguh.. masak lagi.. nak mengemas rumah lagi.. waktu keja mana sempat mengemas.. dapat masak pun dah cukup baik tau.. so biasanya memang saya khaskan  pagi sabtu dan ahad untuk bawak amana&arief ke kolam atau taman. Walau saya asik teringat dengan tugasan rumahtangga yang tak habis-habis tue tapi saya sedar saya perlu peruntukan juga at least hujung minggu untuk bersama mereka.. masa nie kami tinggal kat rumah lama di puchong.. Amana&Arief memang seronok sangat dapat mandi kolam kadang-kadang saya beli nasi lemak & piknik sekali tepi kolam..seronok sangat diorang.. melihat senyum tawa anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk setiap ibukan?


Selain mandi kolam saya selalu bawa anak-anak ke taman. Ini pun taman di rumah Puchong. Kadang-kala sangat rindu rumah Puchong kerana di situ banyak kenangan manis tercipta bersama anak-anak. Mandi kolam dan bermain di taman adalah rutin hampir setiap minggu kecuali jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan.

Oh ya kawan-kawan tau tak? Menurut survey,  masa yang diperuntukan oleh ibu-ibu bekerja bersama anak-anak adalah 2.5 jam kurang daripada surirumahtangga. Sebab itu saya sangat cemburu dengan surirumahtangga.. Dan bersyukur saya kini juga  punya pengalaman sebagai surirumahtangga selama 9 bulan. Ia bukan mudah hokey!! Sila tabik spring pada semua surirumahtangga!

Tak semestinya masa bermain je bonding ibu dan anak tue terjalin tau. Kita kena kreatif ye ibu-ibu.. gunakan masa yang ada sebaik mungkin.  Jangan kata saya dera anak2 ye.. pada saya anak2 perlu didedahkan dengan urusan rumahtangga supaya dalam hati mereka ada empati pada ibu mereka.. mereka akan jadi anak-anak yang memahami dan melihat pengorbanan ibu mereka menggunakan mata hati … dah besar nanti mereka akan memberi bantuan tanpa diminta.... ala lagipun bukan suruh buat sungguh-sungguh pun.. lebih banyak bermain sebenarnya.. tapi tak kisahlah as long anak-anak belajar sesuatu darinya.. saya pun bukan paksa anak-anak buat sesempurna saya buat.. kalau anak-anak dah tak nak buat.. ok fine.. letakla penyapu & vakum tue nanti mama sambung..mama kan supermak!

Sekarang kami dah pindah Kajang.. dah takde kolam renang macam rumah lama di Puchong tapi depan rumah ada taman... Saya & husband beli kolam nie untuk letak kat poarch rumah kami. Amana &Arief dah terbiasa mandi kolam kat rumah Puchong  so kolam plastik nie sebagai gantinya. Kadang-kala saya duduk di tepi kolam melihat Amana&Arief bermain sambil menyuap mereka makan.. suweetkan? Semoga tiap masa..tiap detik yang saya peruntukkan menjadi kenangan manis bila mereka besar nanti..
 

Bosan jugakkan kalau semua aktiviti hanya di sekitar rumah. Anak-anak pun nak tengok dunia luar. Selain ke taman, mandi kolam, melakukan tugasan rumahtangga bersama-sama; saya juga “memaksa” diri membawa mereka ke tempat yang menjadi impian kanak-kanak.  Sebagai contoh yang paling famous sekarang nie tentulah KIDZANIA.. letih mengejar Arief keliling Kidzania tau!!


Saya bukanlah ibu yang sempurna. Kadang-kala dek kepenatan dan “kebijaksanaan” melampau anak-anak buat saya naik angin jugak. Tapi saya bukan jenis mak yang pukul anak guna tali pinggang atau belasah anak-anak guna kayu..eh itu dah mendera namanya.. kadang-kadang saya cubit jugak anak-anak..jentik jugak diorang.. supaya mereka tau yang mana betul yang mana salah tapi dalam masa yang sama saya tak kedekut dengan pelukan..


Saya selalu peluk anak-anak..selalu ucapkan kata2 sayang ..dan kalau nak tahu anak2 berebut-rebut nak tidur dengan saya.. kadang-kadang tak tau nak pujuk Arief supaya tidur tempat lain... Arief nak jugak tidur dengan mama dia nie..haiii..katil queen tido 3 orang.kalau Arief tue tido elok2 takpelah..pernah satu malam Khairy melalak rupanya Arief tendang dia.. caner nak buat tue?Amana pun kalau ada peluang je mesti mencelah tidur kat saya.. Dan tiap-tiap malam rutin membaca doa tidur adalah waktu yang paling ditunggu oleh anak-anak sebabnya saya pun akan menyanyi lagu-lagu yang memuji dan meluahkan kata-kata sayang untuk setiap anak-anak. Anak-anak akan tidur dengan senyuman selepas saya menyanyi tau walau suara saya tak sedap haha


Last but not least jadilah ibu yang memperuntukan masa untuk anak-anak.. “OUR TODAY MOMENT” dengan anak-anak akan mereka ingati sampai mereka dewasa.. Kita perlu lebih kreatif lebih-lebih lagi jika kita adalah ibu bekerja..hishh ibu yang memegang status “suri rumahtangga” pun heatic jugak tau..saya tengah merasai pengalaman jadi surirumahtangga ye… nak makan pun tak sempat..kalau sempat makan pun makan dengan laju sebab takut baby bangun.. Kalau pakai kain batik masa buat kerja rumah memang  berbelas-belas kali kain batik terlucut tau sebab kelamkabut buat macam-macam keja.. All in onelah katakan!  kitalah bibik, kitalah cikgu, kitalah cuci toilet,kitalah tukang masak,,kitalah referee bila anak-anak bergaduh.. adehhhh…

Yang pastinya masa bersama anak-anak sangat suntuk..kurang 5 jam untuk bersama anak-anak dalam satu hari..jangan dibiarkan anak-anak merasa mereka tidak disayangi.. dan jangan pula kita merasa “depress” yang keterlaluan kerana merasa tidak punya cukup masa dengan anak-anak.. Anda tidak keseorangan ye.. Layari https://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether untuk melihat hasil survey ibu-ibu lain.. dan bagaimana ibu-ibu lain melakukan aktiviti “OUR TODAY MOMENT” Boleh kita copycat aktiviti bonding moment tersebut untuk anak-anak kita pulakan? Semoga kita menjadi ibu-ibu yang berjaya di dalam kerjaya/tugasan rumahtangga dan juga berjaya memikat hati anak-anak!
 

 

 

2 comments:

msredcheesecake said...

kalau ikutkan hati saya, nak benti jaga ank sendiri kat umah... tapi tak mampu...kadang2 anak sakit pun kit aleh cuti sari je... sedih...

nazayiena said...

Lama jgk cuti tanpa gaji ya Ila,bolehlah merasa jadi housewife sepenuh masa,semoga Khairy akan bertambah baik kesihatannya.