ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, February 5, 2014

Step by step pos barang ke luar negara

Tak tau nak letak tajuk entri nie..so diharap entry nie bolehla disearch oleh sesiapa yang baru pertama kali pos barang ke luar negara. Saya sendiri terkial2 search cara-cara nak pos barang ke luar negara.ada satu dua blog je yang buat entri..ye memang boleh tanya kat pejabat pos tapi kalau yang menunggu pun sikit punya panjang..korang nak berlama2 kat depan kaunter pun rasa semacam tau! 

 Sebelum nie saya dah share cara2 nak pos barang ke Brunei melalui Sarawak..so kali nie moh kita share cara2 nak pos ke luar negara secara direct.Kali nie saya pos Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) ke Jepun pulak.. Bilala saya nak pergi Jepun ye? Teringin jugak nak jejak negara Doremon.

Saya selalu tengok orang balut2 barang diorang.kan lagi senang beli kotak. Murah je kotak nie.. kotak nie besar sikit.. ada lagi satu kotak kecik Sikit. tapi cam tak muat nak sumbat 5kotak EKF.so saya pilih kotak nie..besar sikit..murah je...RM2.30..kotak yg kecik sikit tue pun sama harga

Korang mintak borang nie kat pejabat pos tau.. jangan amik borang pos laju pulak..korang cakapla nak pos biasa ke luar negara..Saya tick cara pos melalui udara..

Masa nak isi barang tue pastikan barang korang tue tak bergerak-gerak.. kan dalam flight tue tekanan tinggi..kan berterbangan pulak baraang korang dalam kotak tue.. Kalau dah berterbangan ada harapan terbukak kotak korang..selamatttttt...

Baik betul orang pejabat pos tue remaind saya supaya selotip kotak nie.kalau tak remaind memang saya tak selotip..hantar je macam tue..kiki..

Time balik jangan lupa pulak amik salinan borang tue utk simpanan korang.postage ke jepun nie hanya RM75 utk 0.873kg

Kalau korang meniaga jgn lupa pulak payment korang kiki..beruntung betul saya..customer saya alhamdulilah semua baik2.. 

Itu je nak kongsi.oh ini yg sy pos utk hari nie. 8 kotak EKF. 5 ke Jepun, 3 dlm Malaysia..alhamdulilah...semua nie rezeki lahirnya Adlan Khairy ;)

UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT 
BOLEHLAH KE PEJABAT POS BERDEKATAN YE
APA YANG DISHARE DI SINI 
SETAKAT INILAH YANG SAYA TAHU

SEBELUM WASSUP SAYA UNTUK BERTANYA TENTANG POS KELUAR NEGARA 
BACA ENTRY INI PULA

 
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM? 
Contact ILA-0173201998 (msg/wasap/call) 

26 comments:

suwara entertainment said...

semoga bisnes sis bertambah maju ye.
(lama x singgah sini..maklumlah, cuti 6 bulan pas bersalin aritu..mmg xde chance la nak bw)

Mama Zharfan said...

moga terus sukses..amiin

dear anies said...

p/s akk bleh kasi mailing address x?

Emi said...

Berguna entry akak ni. Terima kasih. Sy meniaga Ephyra. Haritu ada customer nk beli dari Brunei tp sy x reti. so sy ckp kat dia sy x pos ke luar negara. Hihi. Rugi je.


btw jom singgah blog sy k :)

Syazana Zainn said...

Sis kalau nak hantar ke LA sama juga ke caranya?

Risau pula kite

Anonymous said...

kalau melalui darat mcm mana? apa beza?

Anonymous said...

kak? kalau post US pon same ke? sbub sye xtahu cmne nie.. satu lagy.. dye bank in duit same je ke nge bank kite?

siti said...

Rs nya klau pos ke luar negara berapa hari bleh smpai kak?

Umie said...

terima kasih untuk entri ni... umie pun nak pos brg ke jepun gak isnin ni nanti...

Unknown said...

sis, nak tanya, mcmmana org kat sana nak bank in duit tu?
ada ke sistem bila kita email tracking number, baru kita dapat payment tu?

Unknown said...

Assalamualaikum, kalau saya nak hantar sesuatu yang kecil dan ringan kepada ahli keluarga saya di Indonesia. Perlukah saya pakai kotak yang besar seperti itu?

Unknown said...

hye awk...nak tnya kalau postage ke korea brape ye???

Unknown said...

hye awak..nak tnya ni klau postage ke korea brape ye?? awak tau tak??

AURA TERAPI QUANTUM 69 (ATOK) said...

assalamu'alaikum nak tau boleh agak2 berapa kos untuk hantar barang ke London? boleh pm saye secepat mungkin

Unknown said...

gunakan viabox yang lebih murah dan efisien.
percuma box snapshot
percuma pembungkusan semula
dan pelanggan boleh melihat gambar barangan mereka sebelum dipos

HikariHayate said...

Akak...kalau nk hantar surat ke london pulak camne?? Bkn barang tapi surat

Mashe said...

salam.
nak tanya, berapa hari ye sampai ke jepun?
lambat sikit ke macam mana?
thanks..

Mashe said...

salam..

nak tanya brp lama ye sampai jepun...
lama sikit ke macam mana (dr pos laju)?
tq

Zaha said...

Asalam, maaf nak tanya kalau barang dibeli dari Jepun biasa akan dihantar ke pos Malaysia atau air courier lain, fed ex sky net etc, harap bole bantu ye 😅

Unknown said...

Slm nk tanye klau brg sjukbeku nk pos mcam mne?? Then ble smpai??

Anonymous said...

Salam,akak boleh tak Kalau nak post makanan cam biskut ke overseas.

KakDa said...

Bagus lah entry cikpuan ni. Dpt tolong seller lain yg tercari2 cara nak pos brg ke luar negara. Tq sgt2.. 😘

Anonymous said...

Assalam sis, nak tanya klu org bankin duit dr luar negara, kita akan dapat email mcm mana? Sy ada cust dr luar negara tp takut penipuan.

Unknown said...

saya nak hantar barang ke jepun..nak tulis tulisan rumi atau tulisan jepun ye.bantuan

Unknown said...

Bgus la kak, sy mmag nak kena post barang keluar ngara, cuma sy x yakin sma ada pmbeli tu betoi2 atau pun tipu sy, sbb nya dia dah transfer duit , tpi duit to hold smpai sy post brang and amik resit post tu pergi tebus dkat bank..mcm mna klau bank x trima resit tu..

LFA said...

ruwet prosedurnya