ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, March 26, 2014

Ambil darah & pemeriksaan mata berkala Khairy

Salam
Tak pernah lg share treatment yg khairy kena buat.. meh share sikit2 ye..ntah nape skrg sy terbuka sikit nk share cite khairy...tak larat nk simpan sensorang kot :(

Khairy kena buat pemeriksaan darah. Doc khairy yg baik ne masihhhhh tak putus asa nk cari punca sebab khairy mcm ne..klau kwn2 nk tau structue organ XXX  khairy semuanya lengkap sempurna tapi nape khairy tak normal mcm bayi seusianya..  detail darah khairy diperlukan utk pastikan khairy takde penyakit tirod. Sy ada buat ujian tirod jgk bila keadaan khairy tak normal msa dlm perut..negetif..jd hati sy kuat mengatakan khairy takde tirod.. Ketaknormalan nie bkn sbb tirod.. ujian darah ne pun penting jgk sebab kalau doc nk tambah/tukar ubat Kenalah tau detail semuanya ye tak? 

Sy tau rmai parents kt luar sana diuji lg teruk.tp klau jd ibu anak demam pun susah hatikan? Ini pulak berkaitan organ dalaman..luaran nmpk sihat..kt dalam siapa yg tahu? Arief baru2 ne amik darah utk ujian denggi pun melalak teruk.so saya ingat khairy mesti lg dahsyat.. rupanya mama silap..mama underestimated khairy.. Sikit pun khairy tak menangis.nurse siap perah2 tangan khairy nak keluarkan darah utk penuhkan tiub tue.khairy pandang je muka nurse.kata nurse dalam 10 budak hanya sorang je tak nangis dan khairyla salah seorangnya..syukur khairy tak nangis kalau tidak mata mama pun bengkak jugak :(

Amacam?hebat tak Khairy? Mcm supermankan?

oh yang amik darah tue minggu lepas.Nie gambar fresh lagi ..gambar hari nie.khairy ada pemeriksaan mata secara berkala sejak makan ubat tue. Khairy dah makan ubat nie almost 8 month. Ubat nie akan pergi ke seluruh badan and antara kesan sampingan  akan termendak kat retina mata yang akan menyebabkan ada selaput..dah ada selaput ..ada masalah penglihatan.. syukur sangat tadi doc kata tak ada lagi tanda2 ubat tue termendak kat mata lepas cek semua saraf mata tadi..syukurr alhamdulilah..
#kulit khairy yg putih buat saya rasa sy nie hitam legam kiki.. ada sekali tue kat pejabat pos ada auntie cina cakap "anak u ka? Manyak putih?" Indirectly nak cakap saya hitam haha...

Khairy yang kepenatan.. untuk check saraf mata..ada sejenis  ubat titik akan dimasukan kat mata khairy utk besarkan retina mata dia.tadi sampai 3 kali ubat tue masuk kat mata pun tak besar2 jugak retina si khairy nie.. itu yang lama kat hukm.datang pagi balik petang..

Tapi saya paling tak boleh lupa masa khairy kena warded masa umur sebulan. Maybe sebab masa tue dia masih baby..so kelopak mata tak buka dengan besar.. susah doktor nak check retina mata.. cuba teka camana nak temgok retina mata khairy? Doktor cangkuk kat kelopak mata khairy ala2 klip kertas yg besi tue..menjerit2 khairy.. saya rasa nak gugur jantung.. tapi itu prosedurnya..kalau tidak sapa plak nak bukak kelopak mata khairy yg kecik tue..terpaksa cangkuk guna klip besi.. air mata saya  jatuh berderai2 .. air mata gugur  dalam hati .. bukan kat pipi :p doktor cabut je klip tue saya peluk khairy sekuat2 hati yg boleh..terus menyusu dia dengan harapan dia diam.. tapi sakit agaknya.. cuba korang cangkuk mata dgn klip besi..sakit tak? Ini pulak baby yg usianya hanya sebulan..so sad...


Nie pulak ubat untuk organ dalaman khairy.. farmasi siap letak dlm air batu.macam susu perahla pulak.. perasan tak tepi ubt tue ada tiub air batu?

Besar sangat doa dan harapan saya supaya khairy sihat.. tak perlu makan ubat.. supaya normal mcm baby2 lain..semoga ibu2 yg diduga dengan anak2 sentiasa tabah..tak ada ibu yang tak nak berjuang untuk anakkan? Selagi ada nafas si anak..





5 comments:

ayu Ismail said...

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...kuatkan semangat ya dik

norhidana miswan said...

sbr ye ila, sebenarnyer anak2 kite lg kuat dr kita... masa aiyan warded bile tau ada jantung berlubang n jangkitan kuman kt paru2, n tiap2 hari kene amik darah... walaupun dia nngis kejap tp lps tu dana yg nngis bkn main lama, lagi2 time dia tido.... nsb masa tuh msh dlm cuti lg, kadang anak2 ni mcm paham je, diaorg sgt behave,skrg setelah hampir 3thn mengharungi semua nih... tak sangka aiyan membesar mcm bdk lain walau agak lamabt tp dana ttp bersyukur... dlu lps tau masalah jantung aiyan dia tak nk isap susu, sbb dia cpt penat.. dana kene bg susu ngn shrine ubat tuh, bayangkan kalu dia minum 100ml?nk kene bt berkali2... dlm 5-6bln jgk kene bg minum susu mcmtu sampai dia umur setahun baru ok, baru bdn dia kuat n boleh isap susu sndiri...
maaf lah ye ila sbb dana bebel panjang kt sini... terasa nk kongsi ngn ila, dana sentiasa doakan yg terbaik utk khairy n ila.... be strong yek

Mama Zharfan said...

both mom & son sgt strong..i doakan dari kejauhan..agar khairy akan segera sembuh..amiin

kayyana said...

semoga khairy akan membesar seperti kanak kanak yg lain ye kak..

Ummu Athiyah Ismail said...

semoga adik khairy cepat sihat..Amin.