ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, April 13, 2014

Permohonan Cuti Tanpa Gaji DIluluskan..Alhamdulilah

Salam 
Masa entry ne type.. dah pukul 3 pagi..Dah lama tak menaip panjang2...  Lepas geram...Sebenarnya dah lama tak bukak lappy..Yang selalu saya update tue guna HP.. HP pun dah ala2 buat hal..carik lappy balik hihi... Khairy lena kat sisi saya.. Tengah2 menaip ne sempat lagi letak jari kat hidung dia.. Nak pastikan nafas dia ada lagi ke tak.. Tak rasa nafas... tonyoh2 hidung Khairy pulak sampai Khairy bergerak.. Macam apa je kan? Sebenarnya tiap2 mlm saya macam tue..

Saya lahirkan Khairy pada 16/7/2013. Waktu bulan puasa.Saya nak sangat letak nama Ramadan.. Khairy Ramadan  tak best ke? .. Tapi en papa tak bagi..nak jugak Adlan Khairy.. Oh takde huruf "A" Puas dia fikir  nama tue sesuka hati je saya nak tukar ye? Bukan senang nak bersalin bulan Ramadan..   Plus saya suka nama Ramadan sebab adik lelaki saya pun nama Ramadan.. 

Bulan Ramadan memang bulan ujian untuk semua umat manusia. Sebelum nie saya cuma merasa  ujian lapar dan dahaga je..rupanya ujian Ramadan saya untuk tahun 2014 lebih dari itu. Sebenarnya sepanjang mengandung Khairy memang banyak ujian yang saya lalui. Ada yang saya sedar dan ada yang saya tak sedar ... sehingga Allah beritahu.. Jangan tanya macam mana Allah beritahu... Saya pun tak tahu..  Rasa kesian kat diri sendiri :( :( Walau sekarang saya nampak senyum ketawa.. tapi Allah tahu saya hanya lindungi hati & perasaan saya.. saya takkan lupa semua ujian yg hadir masa tue....  Allah sangat baik.. walau ujian tue sebenarnya serentak.. dalam masa yang sangat hampir tapi saya hanya tahu satu persatu.. .. Kalau saya tahu semua sekali.. ada jugak yang meroyan.. dah kata dalam pantang.. ye tak? Bila saya rasa lega.. Datang lagi satu ujian.. datang lagi ujian..sampai saya rasa ..saya memang  takde sesiapa kecuali Allah.. Alhamdulilah merasa ujian2 nie.. Cuba reda..cuba tabah .. walau sebenarnya tak mampu.. Tapi takpe Allah melihat Allah memandang.. ada ganjarannya nanti.. Dihadapan ..siapa yang tahukan? Kalau ganjarannya bukan kat dunia.. di akhirat sana..harapnya..

 Melihat Khairy..melihat Amana..melihat Arief..saya tahu anak2 nie sentiasa perlukan saya.. Walau saya ne mak lampir ...garang dengan anak2.. tapi tak pernah anak2 berpaling dari saya.. saya ada tanya Amana " mama ne garang, baik Aman dok nursery" Jawapan tulus Amana "takpe Amana boleh tahan garang mama.Amana sayang mama jugak.Tak nak dok nursery. Nanti mama keja baru Amana dok nursery" Siapa boleh nafikan kasih ibu dan anak? Kasih ibu&anak bukan senipis kulit bawang..bukan macam daki yang disental2 akan hilang.. Boleh tengok kasih mak pada saya dan adik2 yang lain.. selalu risaukan kitaorang.. selalu cuba bantu walau mak pun dah makin berusia.. Kasih ibu...


Cuti bersalin saya ambil 3 bulan dan tamat pada 11 Oktober 2013. Tapi sebab keadaan Khairy yang masa tue tak stabil ..saya ambil cuti separuh gaji selama 6 bulan.. Itu paling lama cuti separuh gaji yg dibenarkan di office saya..  Itupun last minute saya apply.. Saya lupa kuasa Allah..saya target Khairy sihat dlm tempoh 6 bulan.. hurmmm..memang saya terkhilaf ..bukan saya yang tentukan kesihatan anak saya..

 Saya jumpa DG untuk minta kebenaran cuti separuh gaji nie. Siap bawak Khairy yang masa tue baru 3 bulan.. Saya jugak jumpa bos saya dari sejak mula keja . Lum sempat cakap apa2..dah berjurai2 air mata bila nampak dia.. and ye saya tersentuh bila saya rasa dia berkongsi apa yg saya rasa.. sebab dia pun seorang ibu.. bergenang air mata dia bila nampak saya.. masa tue bos lama saya baru keluar dari managment meeting.. ingat lagi katanya "takpe cuti ye..jaga anak baik2..lupakan hal office" dipeluk saya erat..usap2 badan saya..gengam tangan saya kuat2.. macam mak saya je..
 
Akhir bulan Febuari Khairy warded lagi untuk monitor keadaan dia..dengan mesin2 tue semua.. Walau banyak perkembangan yang positif masih tak normal jugak seperti bayi seusianya.. Tengok angka2 kat mesin tue luluh hati rasanya.. Saya memang ingat Khairy sihat & bolehla saya masuk kerja.. Khairy tak nangis sampai putus nafas lagi macam dulu.. Khairy nampak elok je bergurau dgn Amana&Arief.. Mestilah ingat Khairy sihat.. rupanya Tipah tertipu... mmmm... bak kata doktor "Khairy dah terbiasa dengan keadaan dia.. Tapi itulah yang bahaya.. Tak boleh dibiarkan nanti..." malas nak sambung ayat tue..   Saya masuk wad dgn harapan angka2 yg dipaparkan di paras normal.. 4 hari kat wad rasa stress tgok mesin tue.. Cuma kali nie saya dah tak buat perangai tutup mesin tue macam masa mula2 Khairy warded.. Khairy siap berguling dengan semua wayar mesin tue.. siap gigit2 wayar mesin tue..  takpelah Allah masih nak uji saya & Khairy..

Jadi saya buat permohonan cuti tanpa gaji pulak.. Kali nie setahun.. Alhamdulilah diluluskan. Berdebar2 takutla kalau2 tak lulus.. Sapalah nak jaga Khairy?  Kali ne saya takde target Khairy sihat dalam setahun.. Saya hanya berdoa Khairy panjang umur..dapat temankan saya hingga akhirnya.. Hanya berdoa moga2 di satu hari yang indah ..doktor Khairy boleh bagitau "Khairy dah sihat..tak perlu makan ubat & tak perlu operate" 

Nanti saya share gambar Khairy kat wad ye? Comel!!

 

7 comments:

transformed housewife said...

apa penyakit Khairy sebenarnya? MInta maaflah K.Nur tanya sbb tak jelas sgt keadaan Khairy bila baca entry2 sblm ni.

Nur Sakinah Ahmad said...

semoga semuanya ok lepas ni ila..Allah uji orang yg Dia sayang..take care!

Mama Zharfan said...

i doakan yg terbaik..agar khairy cepat2 sembuh..amiin

kayyana said...

kak, sesungguhnya akak seorang yang tabah.. setabah setabahnya.. dan ketabahan akak itulah membuatkan Allah pilih akak.. Allah pilih akak kerana dia rindukan rintihan akak.. mungkin... khairy adalah satu anugerah yg membuatkan akak tabah hadapi semua ni. Seorang ibu takkan kuat tanpa anak anaknya bukan.. maka berjuangla seorang ibu demi anak anak.. sebab itulah pengorbanan ibu mmg tidak boleh di balas dengan apa cara sekalipun.

walau apepun sakit khairy saya sentiasa doakan semoga Allah pinjamkan masa yang sangat panjang buat akak dan keluarga.. Semoga khairy membesar seperti abg dan kakaknya.. semoga khairy menjadi seorang yang kuat dan tabah juga seperti akak.semoga khairy sentiasa dilindungi Allah dan Malaikat dalam menjalankan kehidupan seharian..

Berat hati saya membaca luahan akak berat lagi akak yang menanggungnya. siapala kita untuk menentukan apa yang akan terjadi pd esok hari? kita berdoa dan berdoa..sesungguhnya senjata org mukmin adalah doa org yg beriman. Saya berdoa untuk khairy kerana saya juga seorang ibu. saya tahu ibu mana yg tidak mahu melihat anaknya sihat dan gembira. kan? Insha Allah kak, Allah tahu akak mampu hadapi semua ni. Dan setiap yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Yakinlah dengan ketentuanNya... Semoga Khairy sihat sntiasa. Amin.

Deq's Qienz said...

alhamdulillah smg segalanya dipermudahkan ALLAH ya kak..dan anak² sntiasa diberi kesihatan yang baik hendakNYA. ameen

nazayiena said...

Semoga Ila tabah dan bersabar dalam menjaga khairy,ingat Ila adalah antara ibu2 yg terpilih dan Allah sedang mengujimu,kak Nurul berdoa agar Khairy akan cepat sembuh.

~Beb~ said...

:'( semoga khairy dan awak dipermudahkn