ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, June 10, 2014

Anak paling "mahal & magic" di HUKMSc lagi..

Salam semua.. Amik kesempatan update blog lepas bagi anak-anak makan.. Dah mula musim panaskan? Mungkin sebab dah nak bulan Ramadan.. . Hari nie kepala saya sakit betul.. Mungkin sebab panas atau sebab selsema.. Mencucuk2 kepala nie ha.. Tapi dah ok sikit sebab tue dapat update blog haha

Apa pendapat korang bila nampak gambar nie? Nampak Khairy dah besar betulkan? Macam dah anak bujang sangat.. Anak bujang yang masih pakai pampes haha... Berat Khairy baru 7.9 kg.. Nurse yang timbang tue pun cakap "ehhh  nampak saiz macam dah dekat 10 kg..Bila timbang tak sampai pulak" Tapi nurse tue cakap "Khairy tinggi ..ikut emak ye?"

Nampak Khairy santai sungguh.. buat macam rumah sendiri je.. Taulah dah biasa datang muahaha..Nie kat HUKMSc.. Tue tengok peha tue berplaster.. Baru kena cucuk pnuemococol.. Isk ejaan pun salah.. Paham2 sendirilah ye.. Anak2 sebelum nie tak pernah pun inject pnemucocol.. Injection nie bukan satu kewajipan utk anak2 yang lahir di Malaysia.. Cuma pilihan.. Sebab tue kalau nak amik suntikan nie tak silap saya kena  ambil di swasta.. Tapi sebab doc Khairy suggest saya ambillah.. Korang pernah baca tak yg cerita kat FB yang baby kena pnuemokokol tue..teruk jugak ye bila kena serang..  takpelah ambillah suntikan nie walau mahal sikit..cukuplah satu sakit je yang Khairy kena tanggung.. so saya "lindung" dulu dengan suntikan nie.. lagipun Khairy kerap ikut saya ke sana kemari.. Camanapun Allah tetap pelindung Khairy yang utama :)

Hari nie bil rawatan RM360++..Suntikan nie kena ambil 3 kali.. Ini kali ke dua.. So kali ke 3 bulan Ogos lepas raya nanti.. Ini termasuk untuk checkup "masalah" Khairy tue.. Doktor tue tak amik lebih2 pun.. Semuanya basic yang UKMSc tetapkan. Mana saya tahu? Saya dah bersalin 3 anak kat UKMSc & masa mengandung& lahirkan Khairy paling banyak bertunggu-tangga kat UKMSc.. So bayarannya quite familiar untuk saya..

Update masalah Khairy..kali nie dos ubat bertambah sebab berat Khairy bertambah.. Bacaan masih macam dulu :( Mama tengok anak mama sihat je!!!  Dan yang terbaru doktor bagitau bila Khairy makan ubat tue kulit Khairy akan menjadi terlalu sensetif pada cahaya matahari.. so Khairy kena pakai sunblock bila keluar rumah..Ingatkan ubat tue effect mata je..rupanya effect kulit jugak.. Tetiba je jadi anak orangputih :) Pakai sunblock je Khairy sayang.. takde masalahkan? Khairy dah lepas kena cucuk drip sana sini.. Khairy dah berjaya lepas bila Khairy kena test macam2 ubat untuk carik ubat yang paling sesuai.. setakat sunblock hal kecik je kan sayang?  Khairy kuat.. kuat sangat.. Kalau tidak takkanla Khairy jadi punca kekuatan mama Khairy yang lembek nie :)


Dalam banyak2 anak.. Khairylah anak paling "mahal" Bayangkan sejak Khairy dalam perut.. 7/8 bulan kandungan.. tiap2 minggu saya mesti buat checkup.. Bukan setakat checkup biasa tapi wajib buat detail scan.. Itu semua sebab nak memastikan Khairy masih bernafas dalam perut..masih bernyawa dalam perut.. Detail scan nie yang boleh nampak semua keadaan organ baby.. siap berwarna lagi dalam mesin.. laluan darah kuar masuk organ.. Detail scan bukan murah2.. setiap kali charge dalam RM100 ke atas tak termasuk konsultation doktor lagi.. sampai bersalinlah.. tiap2 minggu saya buat detail scan tue.. sampai staff yang buat detail scan tue pun merasa kebimbangan saya setiap kali buat detail scan.. selalu pujuk2 saya..  "puan hari nie baby bla bla bla.....Kita harap minggu depan dia ok ye.."

Tapi sampai bersalin sama je.. Makin dekat makin teruk.. Sampai akhirnya terpaksa ceaser.. Doktor tak berani amik risiko..  keadaan Khairy masa tue sehinggakan  doktor tak dapat nak bezakan sama ada contraction sedang berlaku atau sebab "masalah" dia.. Tarikh ceaser pun dipercepatkan dari tarikh ceser yang dirancang kali pertama ... Khairy juga satu2nya anak yang saya bersalin ceser..Amana vakum.. Arief normal.. Kos ceser kan mahal compare to normal.. jangan buat ayat "nape tak bersalin gomen" dari awal saya dah checkup di sini.. sebelum tau kes ini lagi.. dan lepas tau kes Khairy doc tue memang closely monitor .. staf2 detail scan pun usaha carikan pakar untuk pastikan keadaan organ Khairy masa tue.. kiranya masa saya mengandung tue  bukan gyne  je yang monitor .. doctor organ tue pun sama.... teamwork kat sini sangat menyenangkan saya.. UKMSc pun bukan sepenuhnya swasta.. kalau bersalin kat yang sepenuhnya swasta tak taulah berapa kosnya :(   kadang2 nyawa bayi dalam perut tak boleh dinilaikan dengan wang ringgit.. asalkan baby selamat..

Habis cerita monitor Khairy dalam perut sambung pulak rawatan kat luar perut :)  Khairy warded lagi.. Rawatan untuk selamatkan dia kat wad pulak...  Semua rawatan duit poket sendiri..takde insuran.. takde GL (Guarantee Latter)walau masa Khairy kena tahan kali pertama (2week++ hari) dan kali kedua (4 hari) .Kedua-dua kali tue adalah di wad kerajaan.. Dan paling best doktor kat UKMSc nie jugalah doktor di wad kerajaan tue.. Doctor tue yang masukkan Khairy kat sini dengan close monitor oleh doktor tue sendiri.. magrib pun datang tengok Khairy.. Masih teringat dia memujuk saya masukan Khairy ke wad..  Dan alhamdulilah Adlan Khairy masih bersama saya .. Khairy dah nak masuk 11 bulan.. Syukur..

Walau budak demok nie anak paling "mahal" tapi dia jugak anak paling "magic".. Bayangkan kerana kehadiran dia saya masih punya "income" walau cuti tanpa gaji.. Alhamdulilah.. Admin Ekstrak Kacip Fatimah-UTM (EKF-UTM)  pun tanya saya macam mana saya promote & jual EKF-UTM sebab jualan saya paling laju walau baru joint masa tue .. Jawapan saya kerana rezeki anak "mahal&magic" nielah.. 

Pepatah ada mengatakan "hadiah yang bernilai" dibungkus dengan "ujian" yang hebat.. Saya merasakan ada lagi "hadiah" menunggu saya di hadapan.. Kerana "ujian" saya bukan hanya anak paling "mahal&magic" ini sahaja.. #memujuk hati#

p/s: tadi doktor Khairy tanya "berapa lama saya amik cuti" so saya jawab setahun.. terlupa lak sebenarnya saya amik cuti setahun 6 bulan .. kalau campur cuti bersalinsebenarnya tempoh saya cuti adalah  setahun 9 bulan.. .. 3 bulan cuti bersalin.. 6 bulan cuti separuh gaji dan setahun cuti tanpa gaji..  Lepas dengar jawapan saya ..doktor tue tanya "ok ke cuti lama2?" saya pun tak pasti maksud "ok ke" tue sama ada dari segi financial atau dari segi kebenaran majikan?  Tapi ayat yang buat saya rasa terharu bila doktor tue cakap dengan Khairy.. "Khairy kena balas jasa mama.. dah banyak Khairy hutang dengan mama tau.."  dan serentak dalam hati saya.. saya jawab dalam hati saya "doktor..saya yang banyak hutang dengan Khairy..kalau Khairy tak selamat tak sekuat nie saya nak teruskan semua nie.. memag saya angkat kaki..angkat tangan dah" :( :( :(




4 comments:

Mama Zharfan said...

moga khairy akan cepat sembuh and normal mcm anak2 yg lain..amiin

Ikhlas Dari Hati.... said...

Mama khairy kuat, khairy juga kuat... akak doakan yg terbaik utk ila n khairy... miss u ila...

Mummydearie said...

Salam singgah,

Sebenarnya apa masalah Khairy ni? Tengok macam ok je. Cute pulak bila dok belek muka si Khairy ni.

Ezna Khalili said...

ayat akhir tu tersentuh sangat2. Moga dipermudahkan ya....