ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, June 7, 2014

Hadiah Untuk Khairy bam bam :)


Amacam tengok Khairy tido? Tenang hatikan? Tenang hati nak drive kalau dia dok diam2 tdo macam nie.. Memang boleh bawak dengan tenang dari Kajang ke Serdang .. pejabat pos.. sekolah Amana Arief... beli barang dapur etc etc... Boleh tumpukan perhatian..



Kalau macam nie? Huwaaaaa.. Sebelah tangan pegang stereng.. Sebelah tangan pegang dia.. Kalau jalan lurus tahan lagi..Kalau kena round a bout tue.. nanges mak dia.. dia bukan paham bila mak dia cakap "DUDUK KHAIRY!! SIT DOWN!! DUDUK!! MAMA DRIVE NIE!!! BAHAYA!!" Khairy bantai sengh tapi operasi memanjat diteruskan jugak.. Memang nak beli car seat untuk dia tapi tertangguh2 dengan macam2 hal.. Tertanya jugak dalam hati "khairy nak pakai ke? tak ke dia usaha keluar dari car set nanti? rugi tak beli nanti?"



TAPIIIIIIIIIIII lepas tolak campur bahagi semua akhirnya mama dia decided nak belikan.. Beli kat Manjaku, Bangi.. Beli berdua je dengan Khairy.. Melalak2 Arief kena tinggal kat umah nenek dia.. Amana je tough!! Haha sikit tak nangis..siap lambai2 lagi.. Saya bawak Khairy je sebab kalau Arief ikut memang sah saya tak boleh nak membeli langsung.. Lagipun Manjaku tue kena naik tangga di tingkat dua kalau nak beli stroller, carseat etc etc.. camana nak nengok Arief? Nak mendukung Khairy sekali..wahhh memang mak lampir jadinya.. So dudukla Arief diam2 kat umah nenek ye..

Murah je carseat nie.. RM209. Janji Khairy selamat dan mama dapat drive dengan tenang cukuplah ye.. Risau jugak kalau dia meronta2 nak keluar dari car set nie.. Mula2 macam dia tak selesa.. Tapi so far Khairy macam ok je duduk dalam nie.. Siap main ba ba cak dengan mama dia yg drive.. Saya pun boleh bawak keta dengan tenang .. Tak dela kejadian Khairy melekat kat tingkap atau tersadai kat tempat kaki haha. Kedudukan carseat yang tinggi buat Khairy khusyuk tengok jalan.. sedar2 dah nyenyak tidur..


Kalau Khairy tido boleh baringkan sikit.. so macam terlentang macam dalam tilam.. selesa nampaknya Khairy.. Tak rasa rugila beli.. Anak2 sebelum nie tak pernah ada carseat.. Sebabnya saya selalu letak anak2 kat pangku.. Saya jarang sangat drive.. Bukan jarang..memang takde drive punnnn...Tapi sekarang hari2 drive.. So pepahamlahkan? Keselamatan anak2 paling utama.. 

Alhamdulilah..saya masih dapat membeli barang2 untuk anak2 macam keja dulu.. Dapat bayar macam2 seperti keja dulu... Alhamdulilah jualan Ekstrak Kacip Fatimah-UTM dan Ekstrak Tongkat Ali-UTM setakat ini sangat memuaskan.. Tak putus2 dan saya sendiri tak ingat berapa kali dah saya restok :) Dan dua tiga menjak nie ramai pula yang tanya Virgin Oil-UTM... Nantila saya fikirkan.. Nak ambil ready stok Virgin Oil atau bergantung pada permintaan... Masih terfikir2 sebagaimana saya teragak2 nak jual Tongkat Ali dulu.. Walau jualan Tongkat Ali tak selaju Kacip Fatimah tapi alhamdulilah jugak.. Ramai yang beli pair.. Isteri beli utk suami atau suami beli utk isteri.. Apa pun saya syukur dengan aturan Allah yang tak putuskan rezeki anak2 saya.. Alhamdulilah....


2 comments:

Mama Zharfan said...

comel khairy dok dlm car seat tu ;)

Mummydearie said...

Anak-anak saya 'jimat kos'. Kalau beli stroller, carseat ke memang tak mahu. Yang kecil dulu, kalau berjalan mahu beriba je kerjanya. Siap berbantal bagai supaya dapat tidur lena. Sekarang ni memang letgo sesaja barang yang ada. Tak pakai pun.