Kepada
mereka yang terlalu banyak alasan untuk boikot produk Israel dengan
pelbagai alasan..harap dapat lapangkan dada dan minda dengan membaca
ini.
"lebih mudah mengajak anak kecil boikot daripada mengajak orang dewasa boikot"
rupanya empti anak kecik lebih terserlah dengan hanya menunjukkan
rakan2 sebaya mereka yang berlumuran darah dah cukup membuatkan
mereka(anak2 kecil) turut sama memboikot.
Tapi saya tetap tak setuju orang
meludah peekerja2 McD dan Starbuck.. apa salah mereka? Mereka bukan
Israel..Sekian.. Baca dengan lapang dada dan hati yang "cerah" dan
terbuka
[Copy Paste]
Fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkenaan boikot ekonomi Zionis dan Amerika Syarikat
20 Muharram 1423 AH
4 April 2002
SOALAN : Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel,
sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk
membantu "jentera peperangan" Yahudi?
JAWAPAN oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :
Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau
menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang
wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya
warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara
jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk
melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.
Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan
Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah.
Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka
didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti
Yahudi dari seluruh dunia.
Jihad wajib dilancarkan kepada
mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah,
mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar
ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan
yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan
tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad,
pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan
akhirnya seluruh umat Islam.
Kita mesti bersatu menentang
penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman
kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan
dan harapan.
Seperti yang difirmankan oleh Allah: "Sungguh,
inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga
berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara."
(Qur'an, 49:10).
Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw
menyatakan: "Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia
menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan
tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya." [Riwayat
Muslim].
Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di
Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka
di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua
kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya
seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera
bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap
barangan musuh. Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan
untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk
menembak jantung saudara-saudaradan anak-anak di Palestin.
Oleh
kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh
Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bererti
menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan
menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka
semampu kita.
Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan
kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima
yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita,
adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan
musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot
mereka.
Barangan Amerika, sepertimana barangan "Israel" adalah
haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka.(semoga diampunkan kesilapan saya mengiklan dan memprosi barangan Israel) Hari ini,
Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis.
Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang
dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata
Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua
ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan
kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini
tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka,
"TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang
membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja
hasil produk Amerika.
Kita semua mesti bersatu menentang
penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada
Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan
harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang
satu." (Qur'an, 21:92).
'Ali ra. pernah berkata: "Kamu ada tiga
musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu". Amerika
hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup
mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang
mencecah 1.3 bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan
syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama
kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli
barangan "Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari
negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa
secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang
akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.
Saudara-saudara kita di "Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan
mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar
kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
Allah berfirman: "Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).
RasuluLlah saw. pernah bersabda: "Sekiranya aku mengarahkan sesuatu,
buatlah sebanyak yang kamu mampu." Muslim di Amerika harus bekerja
dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam,
paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist
sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti
memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan
menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut
(contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang
menyokong Zionis membantu negara "Israel."
Boikot adalah
merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan
kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang
Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka;
hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh
para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah.
Kebelakangan
ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan
mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah
Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan
Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan.
Boikot berada di
tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat
membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata
ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar
bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah.
Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam
bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka
menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan
merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam
and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati
saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi
keuntungan kepada musuh kita.
Boikot ini adalah merupakan
tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan
oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di
perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap
dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah
tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah
merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil
seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh.
Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara
kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan
kerosakan yang besar.
Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita,
yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar
daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah,
dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia
menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa
yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan
terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila
anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh
semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.
(saya paling suka part ini : semoga anak2
saya akan mengepalai pula anak2 meraka nanti supaya boikot ini jadi
darah daging keturunan saya...dan semoga mata saya nie lebih celik
dengan produk2 Israel.. saya pun manusia biasa terkhilaf kadang-kala apabila membeli barangan rumahtangga & anak2..so fell free sesiapa yg ada link tentang produk2 israel yang terkini termasuk lambang jenamanya tinggalkan komen di sini)
Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira
melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli
barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang
lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan
menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya
memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan
kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan
kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh
mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan
kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh
Zionis.
Allah berfirman: "Maka janganlah kamu lemah dan
mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama
kamu." [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman kepada
ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di
dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding
kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk
memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah,
mempertahankan tempat yang suci.
Saya juga memohon
pekerja-pekerjaArab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya
menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan
melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan
mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak,
bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu
membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada
apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah
kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.
"Katakan 'bekerjalah,' sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan
RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia
yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah
kerjakan."
"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat Islam." Wallahu'alam.
p/s: kalau saya ada masa saya share status FB tentang isu ini ye.. sapa nak baca boleh baca. Saya bukan hanya jual EKF-UTM dan kelamkabut mengurus anak2 sahaja.. Saya juga teringin nak berjihad walau kecik cuma.. Kalau di akhirat kelak saya ditanya apa yang saya buat untuk saudara2 di Palestine nanti oleh Allah.. saya ada jawapannya. Insya Allah
1 comment:
Jazakallah dear.. rasa terkesan memang bila membaca ni. akak memang dah lama boycott some of the products.. tak makan McD almost 5 or 6 years, tak gal ke TESCO..my skincare dari Lancome i dah pakai almost 10 years, baru ni dah i tukar. M&S tpt beli lingerie.. terpaksa bertukar lagi.. tak pe lah.. yang penting ada semangat.. In fact macam nak sangat ke sana..
anak2 memang amat membantu.. tak pernah membantah kalau kita kata tak boleh, itu ISRAHELL.. so kami memang sangat2 memboikot.. tak banyak, sikit pun jadi lah.. :-)
Post a Comment