ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, September 19, 2014

Pengalaman Buat Pasport Anak-anak di Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Stesen Bus Kajang

Salam semua,
Hari nie nak share pengalaman buat pasport anak-anak
Mulanya nak buat satu pasport je.. Nak buat Khairy punya je tapi dah mak saya  nak buat Amana punya jugak.. ok so layanlah permintaan nenek diorang nie.. Mulanya plan nak buat kat Putrajaya tapi akhirnya tak jadi. Buat di Jabatan Imigresen Malaysia di Stesen Bus Kajang. Nasib baik buat kat sini.. sungguh cepat & efisyen!!

Khairy dah macam anak Jepun pulak

Saya datang lebih kurang jam 10.00 pagi. Ingat nak datang awal lagi tapi taulah kalau pegi dengan anak-anak. Nak siapkan diorang je dah amik masa.. Pastu nenek pagi2 dah lapar ajak makan nasi lemak pulak haha.. Ingat cucu2 je yang buat lambat..nenek pun nak manja2 jugak haha.. So lepas makan baru pegi Jabatan Imigresen di Stesen Bus Kajang tue.. Alahai dekat sangat dengan umah saya Tapi saya dari Serdang sebab saya tido umah mak.

 Amana macam mualaf pulak hihi...

Masa mula2 sampai kat stesen bus kajang tue dok pusing2 keliling bangunan. tak jumpa! akhirnya mak ringankan mulut bertanya. Rupanya korang kena bawak keta sampai roof top kat stesen bus kajang tue. Parking. Then amik lif bahagian tengah turun ke tingkat 3 ye.. 

Haaaa? Macam tak caya je kan? Sungguh mesra kanak-kanak .. ada tempat untuk anak2 melepak.. Saya baru perasan masa dah nak baik..kiki..kalau tau memang awal2 dah letak Khairy & Amana kat sini.. Khairy suka sangat sampai nak amik gambar pun blur haha

Ok meh letak muka Amana macam cikgu besau. kiki


Kronologi buat pasport: .

1. sampai kul 10 pagi.
2. beratur amik no giliran. Kat kaunter no giliran tue pegawai tue mintak surat beranak amana & khairy. suruh ukur tinggi budak2 nie  kat tepi & bagi no angka giliran
3. Terus ke kaunter khas sebab ada Khairy. Tak silap kaunter khas nie untuk budak bawah 2 tahun/ ibu pregy/warga emas. Kat kaunter nie pegawai tue masukan butir2 diri dalam sistem & amik gambar budak2 nie. Siap ada mainan kat atas tempat amik gambar utk tarik perhatian budak2 untuk pandang kamera.. Hihi..homey je kaunter kerajaan ada mainan budak2 ..so suweetttttt. Banyak kali gambar Khairy kena snap sebab dia asik pandang mama dia bukan pandang kamera
4. Pastu bayar dua pasport budak. Amana (7 tahun) & Khairy (1 tahun) untuk tempoh 2 tahun adalah RM160. Maksudnya sorang RM80. 
5. Lepas tue amik pasport yang dah siap. Khairy tak payah nak test ibu jari kat pengimbas sebab kecik lagi. Tapi si amana kena buat ujian pengimbas tue. Asik fail je. Tukar ke pengimbas kaunter sebelah pun fail. Apa kena tah jari budak Amana nie..Haha
6.Alhamdulilah dua pasport budak2 nie siap dalam tempoh kurang 2 jam.. Bestnye!! Alhamdulilah Allah permudahkan urusan pasport anak-anak...






2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Oversea kaaa ;)

Liza Yati said...

Wahh. Amana dgn Khairy nak jalan2 jauh ni. Bagus la imigresen ada tempat utk budak. Senang mak ayah uruskan pasport. Hehe