Bila tengok gambar nie mesti korang ingat Khairy yang tertelan gulikan?
Gambar nie saya snap lepas Khairy kepenatan tawaf satu wad kanak-kanak kat Hospital Kajang
Bukan main lagi dia gumbira berjalan-jalan
Dia tak tau camana hati mak dia risau yang amat
Tak habis lagi mengah pecut keta laju-laju
Dari Bangi-Tadika-Hospital Kajang
Citernya macam nie
Jumaat
lepas saya dapat panggilan dari cikgu tadika Arief. Suara cikgu dia
macam terketar-ketar. Tapi saya maintain relex sebab saya baru je balik
dari tadika Arief. Elok je dia tengah makan tengahari dengan kawan-kawan
dia..
Tak
pernah-pernah saya datang tadika Arief kali kedua . Tapi hari Jumaat
tue saya datang lagi bawak buku Arief yang tertinggal. Itu yang saya tau
dia ok tengah seronok makan dengan kawan-kawan dia.. Lepas tue saya
terus ke Bangi sebab nak pos produk-produk Kokoadik Blogshop
Dapat
panggilan cikgu dia bagitau "PUAN ARIEF TERTELAN GULI. USTAZ DAH BAWA
KE KLINIK KESIHATAN" suara cikgu pun terketar2.. saya yang dalam keta
lagilah dup dap dup dap.. saya bukak pintu keta terlupa matikan enjin..
saya matikan enjin tutup keta. tertinggal Khairy pulak dalam keta..
punyalah susah hati apa2 jadi kat Arief.. Cukupla saya hampir hilang
Khairy..
Saya pecut keta laju2 dari Bangi tue. Tapi hati saya rasa nak ke tadika dulu. Sampai tadika cikgu bagitau Arief bukan kat Klinik Kesihatan tapi Hospital Kajang. Punyalah cikgu pun kelam-kabut.. ustaz dia pun tak bawak handphone. Nasib saya datang tadika dulu.. Terus saya pecut pegi Hospital Kajang.. Dalam saya drive tue terselit rasa syukur sebab keadaan Khairylah saya dah pandai bawa keta.. Saya ingat-ingat lupa hospital Kajang tue tapi redah jelah..
Yang si Khairy tak pernah2 melalak boleh buat hal melalak sepanjang2 saya bawak keta ke Hospital Kajang. Agaknya Khairy takut kot tengok saya bawak laju2.. Sampai saya jerit kat Khairy.. Terus Khairy diam ..tinggal sedu2 je . sedih betul tgok Khairy nangis kesat2 mata dia time tue :(
Saya parking keta.. Cikgu Arief kata Arief kat kecemasan tengah X-Ray. Dahla jauh parking then dukung si demok Khairy. Terkial2 dukung dia..Punyalah kelamkabut sampai lupa stroller ada kat belakang keta. Nak ikutkan Hospital Kajang lagi kecik dari HUKM tapi sebab mak Khairy nie sakit tulang belakang mak aiiii dia punya sakit tue.. Sampai kat Kecemasan katanya takde dah masuk wad kanak-kanak.. Carik pulak kat wad.. Masa tercarik2 wad terserempak ustaz Arief..
Sampai kat wad kanak-kanak tengok Arief terbaring kat kerusi tengah tunggu nak dapat katil. Ustaz & cikgu banyak kali mintak maaf sebab Arief jadi macam nie masa di bawah jagaan mereka.. Saya tak salahkan cikgu2 pun.. tau anak kita camana lasaknya dia.. Yang bagusnya cikgu cakap si Arief boleh bagitau "CIKGU SAYA TERTELAN GULI" Syukur alhamdulilah..Bila Arief bangun nampak saya terus dia peluk kuat2... Ya Allah tuhan je tau risaunya hati.. Bersyukurnya masih diberi peluang rasa pelukan Arief!
Tapi sampai kat katil wad memang saya membebel tak payah cakapla.. Saya tanya nape dia telan guli..Jawapan dia "ARIEF NAK BERSIHKAN GULI. TIBA2 TERTELAN" bikin hati mak dia tambah panas! Sapa ajar bersihkan barang guna air liur? Mak dia ajar cuci kat singki.. GRRRR
Waktu Magrib dah dapat balik. Dari X-ray memang nampak ada guli tepi salur pernafasan. Doktor bagi balik.. lepas 1 week buat x-ray lagi. Doc cakap boleh kuar masa buang air. Mak saya punyalah risau terus datang tengok Arief kat Hospital Kajang. Saya tak bagi tapi mak nak datang jugak.. Kasih seorang nenekkan? Bukan boleh halang...
Balik dari hospital saya terus solat & duduk diam2 dalam bilik. Kepala pening kejar2 sana sini. Sebenarnya terkejut.. Pastu saya memang malas nak cakap kalau saya susah hatti. Pastu belakang saya sakit mencucuk dukung si demok Khairy keliling Hospital Kajang tue. Arief datang masuk dalam bilik. Mintak maaf kat saya. Pastu ngadu nak makan. nak saya suap.. Bergenang air mata tengok Arief.. Nasib takde apa2.. Kalaula apa2 jadi.. Saya sibuk jaga si Khairy dia pulak macam nie..
Saya tak bercakap2 sepanjang kes Arief nie.. Dua hari jugak saya diam je kat rumah. Rasanya saya dah cukup letih dengan macam2 kejutan demi kejutan.. dugaan demi dugaan.. sejak Khairy lahir.. saya nie berlagak je kuat tapi hati nie bukan kuat mana pun..
Alhamdulilah Arief nampak macam ok.. Kat hospital sempat berak lagi :P
Nanti saya story camana result x-ray dia minggu depan
7 comments:
aduh.. guli tu besar kot. boleh ke keluar... suspen si arief ni.
Moga semuanya ok.. Insyaallah Ila boleh hadapinya dengan tenang dan tabah
Ya Allah...takutnya baca pasal anak ni....tapi nak marah pun budak kan...semoga gulinyer selamat kuar.
Salam perkenalan.
http://vitalicious2u.blogspot.com/
ila, awk sakit belakang apa punca ila? sejak bila sakit belakang?
arief skrng cmner? klu sy kat tempat awk pun akn rsa apa yg awk rasa. sabrla ila.
As salams sayunya Kak mieja baca....
Perempuan bawa kereta laju tak macam lelaki bawa kereta laju...
Bro kenkadang pun dok rasa nak tekan brek je bila duduk sebelah he..23x
Awak ape keputusan pas tu..keluar tak guli tu....
Post a Comment