ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, October 7, 2014

MemancIng & Berniaga Adalah Sama :)

dapat baca tak?

Rezeki manusia lain2. Jgn kita lihat org memancing & dpt byk ikan di satu tmpt maka kita fikir jika kita memancing di situ hasilnya adalah sama. Belum tentu der..... Begitu juga berniaga!

Jgn lihat berjaya perniagaan itu hanya kepada apakah produk/perkhidmatan mrk..... Ada byk faktor yang perlu difahami spt ilmu, mentor, sistem, strategi, usaha gigih dan paling penting keberkatan. 


Kongsi citer sendiri:

 
saya setuju dengan perkongsian ini.. seperti yang kawan2 tahu saya dealer EKF keluaran UTM alhamduliah kalau allah izinkan dalam sebulan hampir 100 kotak terjual tidak termasuk produk2 yang lain.. purata jualan lebih kurang begitu..

saya kerap diminta oleh customer atau org2 yang tidak dikenali no telefon distributor EKF dan saya dengan senang hatinya beri no admin EKF. kadang2 saya yang offer bila customer nak beli banyak2 dan dengan belian tue dah melayakan jadi dealer. Ada customer yang nak jadi dealer tapi ada yang tak nak dan masih bertegas nak jugak beli dengan saya.. ohhh saya lagi suka!! dapatlah saya income kalau awak beli dengan saya & tak mo jadi dealer haha.. tapi sekurang2nya saya dah berterus-terang..dengan belian sekian2 awak dah boleh jadi dealer tau.. EKF bukan MLM tapi saya nie yg serbasalah kalau customer beli banyak2 dengan saya tanpa tahu hal sebenar.. lurus bendullah pulak bila meniaga haha.. 

cuma seingat saya dari berpuluh2 org yg call tanya no admin hanya seorang sahaja saya tak bagi no admin EKF.. kenapa? sebab orang yang macam tue tak serius nak meniaga.. FB Official EKF pun tak pernah buka so adakah ia seorang yg serius nak meniaga? 

dan berkaitan dengan perkongsian di bawah ..pada satu hari ada seorang customer call saya.. erkk boleh ke nak panggil customer saya sebab dia tak beli pun dgn saya? ayatnya "ila dulu saya pernah nak beli dgn awak tapi tak jadi sebab saya tengok awak dapat jual banyak EKF sebulan so saya rasa saya boleh jual macam awak. Tapi dah dua bulan sekotak pun saya tak berjaya jual..Camana awak jual? awak nak beli tak semula EKF nie saya jual dengan awak denganharga sekian sekian"

Saya hanya terdiam & tak tau nak cakap apa.. saya pun dah tak ingat siapa customer nie.. kebanyakan customer yg beli dgn saya memang selalunya rajin whatsup saya bagitau perkembangan mereka.. atau paling tidak ada la saya simpan "borak2" dalam whatsup.. tapi takde pulak... 

betul apa dikata..Jgn kita lihat org memancing & dpt byk ikan di satu tmpt maka kita fikir jika kita memancing di situ hasilnya adalah sama. Belum tentu der..... Begitu juga berniaga!

Saya pun ada masanya pikir eh kalau saya buat itu macam orang tue mesti saya boleh jual banyakkkkkkkkkkkk tapi lepas tue istigfar banyak2 and cari sejadah buat istikharah.. muahah..kalau rasa tue makin hilang lupakan jelah nak jual item tue muahaha..itu cara saya..mana sama dgn cara org lain.sekian!



 NEW PROJECT!! DOAKAN SAYA TAU


No comments: