ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, October 29, 2014

WISDERM WHITENING REJUVENATING SERUM-UTM (SERUM PENCERAH WAJAH WISDERM-UTM)


 Assalamualaikum semua
Hari nie nak promote produk baru. Bagi sokongan tau :)

Alhamdulilah saya rasa target saya dalam penjualan Ekstrak Kacip Fatimah-UTM sedikit sebanyak telah tercapai dengan penjualan lebih kurang 100 kotak sebulan. Alhamdulilah rezeki anak-anak :)  so sekarang nak mencabar diri sendiri untuk promote produk lain. Pasti dari UTM juga sebab sebagaimana saya percaya dengan EKF-UTM yang dikeluarkan oleh UTM sebegitu juga saya percaya dengan kosmetik yang dikeluarkan oleh UTM. Dan sebenarnya saya menggunakan produk ini adalah di atas permintaan salah seorang regular customer EKF-UTM ..katanya dia percaya review yang saya beri sepertimana saya review EKF-UTM dari mula saya pakai.. Hurmmm tak sangka ada customer yang follow semua review saya ketika gunakan EKF-UTM. Yup saya guna dulu dan bila berkesan baru jadi dealer. Ohh pada yang nak baca review saya dari awal guna EKF-UTM boleh baca Kali pertama consume EKF-UTM , Review EKF-UTM hasil pengalaman sendiri So saya akan guna method yang sama untuk serum nie.. Biar saya pakai dulu baru jual ye..



 Baca ye pamplet nie

Saya nak promote gambar ke dua tue. Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM ataupun Serum Pecerah Wajah Wisderm-UTM. Anti Ageing tue nanti saya buat entry yang lain.. Custaomer saya cakap "ila ..muda lagi nak pakai anti aging.. so buat review whitening serum ye" amboiii pandai ye pancing saya supaya guna serum nie.. 

Dulu masa selalu joint contest dalam magzine Cosmopolitan saya selalu menang produk-produk kosmetik yang mahal-mahal tapi serius saya tak berani guna sebab kulit muka saya sensetif dengan produk yang terlalu banyak bahan kimia.. Kebanyakan saya jual.. Pernah try satu dua jenis tapi lepas tue jadi alahan ..terus tak berani guna .better jual.. dapat income terpijak hihi.. Untuk diri saya sendiri sangat senang nak tau saya alami alahan pada sesuatu kosmetik iaitu bila saya mula rasa gatal-gatal di sudut bibir then saya startla garu-mengaru dah confirm lepas tue bertanda hitam. So bila saya start rasa gatal-gatal di sudut bibir memang saya akan stop penggunaan produk kosmetik tersebut. Sebab tue dari zaman universiti saya cuma guna barang-barang kosmetik indonesia iaitu Sari Ayu. SEKARANG SAYA MULA MENGGUNAKAN PRODUK-PRODUK KOSMETIK DARI UTM SEBAB KEBANYAKANNYA ADALAH DARI BAHAN SEMULAJADI.

Untuk makluman semua, bagi yang tak baca pamplet tue dan lebih suka baca ayat-ayat yang saya type hihi..meh baca ulasan ringkas saya di sini ye.. Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM adalah hasil kerjasama IBD-UTM (Institut of Bioproduct Development- Universiti Teknologi Malaysia) bersama dengan Dongguk Universiti, Korea Selatan. Kajian dibuat selama dua tahun mendapati ekstrak HERBA MAS COTEK mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan ia membutikan ia adalah pengganti kepada bahan pencerah sedia ada di pasaran sekarang yang rata-ratanya bukan dari bahan semulajadi (see sebab tue saya pakai takde alahan sebab  ia dari sumber semulajadi tau). Kajian ke atas sel melanoma B16F1 menunjukan HERBA MAS COTEK nie menghalang pembentukan tyrosinase(proses pembentukan sel melanosit dan hasilnya kulit makin bertambah gelap). KESIMPULANNYA , HERBA MAS COTEK BERJAYA MENGURANGKAN PEMBENTUKAN MELANOSIT DAN MERENCATKAN KEAKTIFANNYA SECARA LANSUNG DAN HASILNYA KULIT BERTAMBAH CERAH DAN SEKATA.


Customer memang sangat suka nak tengok isi dalam kotak. Ada customer siap minta saya snap gambar kotak & botol masa nak beli EKF-UTM dulu. Dan saya percaya begitu juga dengan Wisderm Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM nie.. Gerenti akan cakap "dik tolong snap picture botol & kotak" Nie ha dah siap-siap snap sebab saya yang guna sendiri. Botolnya tebal. Botol kaca. Untuk menjaga kualiti serum nie.. Tengok dari botolnya setaraf  kosmetik antarabangsa yang selalu saya menang tue.. Mungkin lebih bagus :) Review? Tunggu tau last entry nanti saya bagi review :)

Tangan yang emok-emok tue pastilah tangan saya hihi.. Begini saiz botol Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM di tapak tangan saya. Saya rasa produk nie boleh bertahan selama 3/4 bulan dengan penggunaan yang kerap. Saya selalu pakai lepas mandi pagi & sebelum tidur. Saya akan pakai bila saya confirm saya takkan basuh muka beberapa jam. Baru pakai setengah jam dah basuh muka..alamak ruginya.. Pastikanlah serum tue ada kat muka 3/4 jam ..barulah dapat meresap dalam muka.. Masa sebelum tidur paling bagus sebab gerenti tak basuh muka sampai bangun tidur keesokan harinya kan? kalau anda bangun malam untuk solat tahajut pun dah 3/4 jam melekat kat muka..kira okla tue..


Tengok penutup Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM. Siap ada tiub lagi.. Hihi.. Bahagian atas tue untuk dipicit masa nak ambil serum tue.. Yela kalau dah tinggal sikit sampai ke dasar botol takkan korang nak tonggang terbalikkan botol tue.. Sibuk tonggang terbalik botol.. silap-silap  terlepas.. pecah berderai.. kan dah rugiiii... Adalah  lebih mudah penutup yang boleh picit gini.. wahh feeling macam dalam makmal biologi pulakkan? Dah nama produk hasil universiti mestilah ala-ala makmal :p Tetiba rasa rindu masa matrik dulu.. saya ex  student matrik biologi tau...



bahagian depan kotak Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM.

Bahagian belakang kotak Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM.

Walau tak berapa jelas.. Nampakkan bahawa Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM.  adalah keluaran oleh Institut of Bioproduct Development (IBD) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Okey nampak tak seal tue? Seal tue membuktikan bahawa Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM belum pernah dibuka.. Yela kalau nak bukak boleh je.. Tapi kalau tak hati2 seal tue boleh terkoyak tau.. Saya try jugak nak buka tak dapat.. Mugkin saya si lembek hihi .. Tak berani takut seal terbukak so nanti tak boleh jual pulak pada customer


MY PERSONAL REVIEW

Seperti saya pernah bagi review yang paling jujur untuk EKF-UTM.. kali nie saya akan bagi review yang juga jujur ..insya allah.. saya guna dah hampir 2 minggu.. nak masuk 3 minggu.. untuk 2/3 hari pertama biasa lagi.. TIADA ALAHAN YANG BERLAKU.. yang pasti saya rasa KULIT MUKA RASA TEGANG. saya rasa semua serum bertindak yang sama... kulit muka akan tegang .. ye  ke? Siapa pakai serum taulah kot.. saya nie mana pernah pakai serum-serum.. setakat regim 3P je (pencuci, penyegar, pelembap) .. tapi lepas dah pakai 2 minggu and masuk minggu ke 3 saya  rasa sesuatu yang paling best.. bukan putihla.. haiyaaa.. uools nie kalau sesuatu produk tue cepat sangat buat kulit muka uools jadi putih mesti ada something wrong.. takkan kulit gelap tetiba jadi cerah macam diana daniell korang tak rasa pelik? Nak putih biar selama2 ye ..jangan lepas putih dalam seminggu..lepas 2 minggu kulit jadi macam terbakar pulak ye.. biar lambat asal selamat.. ok sambung.. apa yang saya rasa ialah  BLACKHEAD & ;WHITHEAD TELAH BERKURANGAN & MACAM TERENCAT (TAK KELUAR LAGI) ...hihi.. selalunya masuk 3 hari gerenti kulit hidung & dagu saya ala2 menggurutu.. tensen.. sebab blackhead & whitheadlah..and baru2 nie my sister yang ke 3 yang dah lama tak jumpa saya buat statment "ANGAH DUDUK RUMAH KULIT MUKA ELOK & BERSERI JUGAK YE" muahaha ok satu kejayaaan produk Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM selepas diguna selama hampir 3 minggu haha.. okla nantila saya bagi review lagi..lepas sebulan.. ingat BIAR LAMBAT PUTIH ASAL KEKAL SELAMANYA



Buat entri dah panjang lebar tapi tak tau pun harga ye.. Harga Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM adalah RM190. wahhh ada yang kelip-kelip mata rasa mahal ye.. Yup saya pun rasa mahal tapi bila fikir boleh pakai selama 3/4 bulan dengan penggunaan yang kerap ..sejuk sikit hati saya & saya nak juga promote produk nie sebab saya percaya ramai wanita-wanita di sana yang tak kisah untuk melabur duit untuk cantik. 

PROMOSI POSTAGE
RM190 adalah harga termasuk kos postage dengan cara pengeposan yang insya allah selamat!

RM190 tue adalah harga Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM tidak termasuk postage. So untuk promosi kali nie RM190 adalah harga termasuk postage. Saya akan pos Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM dengan cara pengeposan yang berbeza dari EKF-UTM . Saya bukan pos guna sampul RM6 prabayar poslaju tue.. Bahaya tau.. Produk dah mahal tapi disebabkan tidak mengepos dengan pengeposan yang betul .. bila sampai ke tangan customer.. botol dah pecah  hancur berkecai.. rugi jeee...saya akan pakai kotak .. Memang macam kelakar je.. kotak Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM nie kecil tapi dipos dalam kotak yang besar (kotak khas dari poslaju) nanti korang mesti rasa macam carik harta karun dalam kotak poslaju tue.. hihi.. takpe janji selamat... 

PROMOSI TESTIMONI WITH GIFT
5 customer pertama akan diberi hadiah iaitu Losyen Zaitun Minsyam  
 
Jika anda memberikan testimoni penggunaaan Wisderm Whitening Rejuvenating Serum-UTM.. Testimoni secara wassup sangat dialu-alukan.. Kalau nak bagi gambar lagi comel & homey... Kalau ada gambar nanti kita tambah gift lain jugak ye.. Tapi kalau ada testimoni wassup sahaja .. saya akan bagi hadiah seperti yang telah disebutkan ye...


# baru-baru nie saya pos produk-produk Kokoadik Blogshop  dan terserempak dengan satu kereta sedan Honda yang juga nak mengepos. Penuhhhh bonet dia dengan barang2 untuk dipos. Bayangkan beg IKEA biru yang besar tue.. dia ulang-alik 4/5 kali pun tak habis-habis pos lagi.. Dan saya kepoci tanya.. "Apa awak pos?" Jawapan wanita itu "kosmetik...Macam-macam kosmetik" Terus saya terpegun... Sambil driving saya terfikir-fikir .. Sampai begitu sekalikan wanita obses dengan kecantikan.. so why not saya tak cuba promote produk-produk kosmetik UTM yang telah menjalani ujian klinikal dan insya allah selamat sepertimana EKF-UTM yang dah membantu ramai customer saya.. customer saya lebh kurang 1K++ jugakla dengan anggaran 100 kotak sebulan dan saya dah jadi dealer lebih kurang 10 bulan...  ... ..  Kosmetik UTM nie juga ada kerjasama dengan Universiti Dongguk,  Korea.. cantikkan kulit wanita-wanita Korea? Dah pasti tahap ujian klinikal mereka juga tinggi.. Mesti ada sebab kenapa UTM melakukan kerjasama dengan universiti Koreakan? So sekarang saya akan mula promote produk-produk kosmetik UTM.. Stay tuneed!!! 


TQ SEBAB SABAR MEMBACA REVIEW PRODUK INI SEHINGGA TAMAT!!



"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

UNTUK FREE CONSULTATION:
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)










3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bagus yer produk ni...

Mama Zharfan said...

i baca dgn penuh minat..sbb i baru start pakai serum elizabeth arden tu and so far memang sgt serasi dan rasa besh..
bila dh abis my serum EA nanti..may be boleh try yg ila jual ni plak..errr harga serum memang range harga gitu..sekitar RM200+

Nur Sakinah Ahmad said...

haha..terkena dgn ayat kt atas tu, ayat dlm pamplet mls baca, nak baca ayat ila jugak! ok, nanti nk korek tabung pakai serum plak :)