ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, December 30, 2014

Pergilah derita duka 2014, Hadirlah bahagia 2015

2014
ku sangka ia seperti dahulu
mengejar punch card saban hari
mengejar Anak Di nusery
memikir lauk utk mlm hari

tapi khairy menagih perhatian
menuntut kasih kerna degupan
ku lepas impian tanpa penyesalan
jawatan surirumah sbg gantian

siapa sangka siapa menduga
khairy membongkar 1000 rahsia
yg tak pernah diketahui sesiapa
terduduk terseksa meratap Tanpa bicara

tekad hati Ini
bila cukup umurnya khairy
kubawa dia lari jauh ke sini
membawa hati mengadap Ilahi
jgn ditanya rahsia hati
hanya Allah lebih mengerti

2015
kusambut 2015 Di bumi paling aman
hatta dajjal kelak tak mampu menawan
bumi suci para nabi, syuhada Dan ilmuan
tiada dentuman bunga api yg membingitkan
hanya merdu bacaan Quran menenangkan

Amana menjadi peneman setia
Di samping khairy yg ceria
luka hati mama meninggalkan arief Di Malaysia
tunggula masa arief akan tiba
dijemput Allah pula ke Sana
insya Allah akan mama usahakannya

tinggallah derita
datangla bahagia
lepaskan semua
jika itu takdirnya
bahagia ada dimana2
bila Allah sentiasa bersama
Insya Allah bahagia itu milik kita

Love,
mama Amana,arief, khairy
KLIA
31/12/14

3 comments:

norhidana miswan said...

iela ngn khairy nk pi mana tuh? moga tahun 2015 nnti lebih ceria dari 2014

CikLily Putih said...

semoga berumrah ila...

echa takashimaya said...

In Shaa Allah.semoga bahagia bersama kita.Amin.seronoknya dapat jejak kaki bumi suci para nabi, syuhada Dan ilmuan.moga saya pon dapat kesana satu hari nanti.In Shaa Allah.