ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, December 28, 2014

Persiapan Perjalanan Yang Jauh Untuk Khairy

Bila kita menjadi ibu nie.. keperluan kita tak sepenting keperluan anak-anak. Kita akan siapkan keperluan kita paling akhirrr sekali.. Bila duit berlebih :) Tapi untuk anak-anak kita akan pastikan ia sesempurna mungkin... Betul tak? Lebih-lebih kalau anak masih kecil..Kita akan pastikan pakaiannya, makanannya, keselesaannya semuanya lengkap walau bukanlah barang yang mahal.. Sebenarnya Khairy dah ada stroller.. Saya beli guna hadiah cash hasil kemenangan contest. Ada citer kat sini. Tapi kali nie saya beli umbrella stroler pulak. Murah je RM109. Kalau mahal sangat saya pun tak beli..Umbrella stroller nie lebih mudah nak diusung untuk perjalanan yang jauh. Haha si model Khairy sedang membuta di sebelah stroller..


Beli juga baju2 untuk Khairy. Khairy anak no 3. Boleh kata kebanyakan pakaiannya adalah turn-temurun kakak abang dia. Ada jugak beli untuk dia masa raya. Tapi tak banyak. Ada juga beli baju basahan sahaja. Nak jalan jauh nie beli lagi stok baju untuk dia. Supaya ada baju ganti yang elok-elok dan sesuai dengan cuaca. Dengarnya tengah sejuk. Beli baju2 nie kat Tateh di Bangi dan Manjaku pun di Bangi. Saya sekarang shoping area Bangi je..


Semoga si cilik Khairy behaved dalam perjalanan yang jauh. Alhamdulilah Allah beri rezeki walau kalau diikut di atas payslip gaji saya "0" selama cuti menjaga Khairy. Tapi bila Allah dah tentukan.. siapa kita nak menafikan tiap rezeki yang Allah beri. Alhamdulilah dah setahun 5 bulan saya bertahan.. Dan ikhlas kadang-kala rindu bertandang nak ke office. Rindu pada kawan-kawan dan bos-bos yang baik hati.. Insya Allah panjang umur saya masuk semula ofis nanti. Khairy pun saya dah cari tempat yang sesuai dengan sepupunya.. Tapi ini semua perancangan seorang manusia... Perancangan Allah juga yang paling indah :) Doakan kami moga selamatlah kami dalam perjalanan kami ye. dan semoga keadaan kesihatan Khairy baik di sana dan moga2 kesihatan Khairy bertambah baik jika kami selamat pulang. Insya Allah... 

#sama-sama kita doakan rakyat kelantan yang diduga dengan kejadian banjir
#doakan juga untuk pesawat Airaisa dari Surabaya ke Singapura. Moga dijumpai semula


5 comments:

Ann Ishak said...

happy holiday nanti :)

Mama Zharfan said...

moga dipermudahkan segala urusan ila dan khairy...amiin

Ezna Khalili said...

Stroller tu kalau nak bawak dlm Flight pastikan ada tag kat stroller tu destinasi. dan ingatkan pramugari / pramugara kata Ila bawa stroller. tanya nanti nak pick up stroller kat mana sebab ada 2 stroller jemaah akak x jumpa sampai ke sudah.

AyuArjuna BiGoshh said...

moga dipermudahkan buat ila, mak ila, adik ila dan anak2 ila...


amin

Cik Lily Putih said...

semua sekali pi ek Ila