ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, February 27, 2014

Bila Ustazah Norhafizah Musa : Tiga Ustazah (Astro Oasis) berbicara tentang Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

Seorang customer bagitau saya yang customer tue berminat nak cuba Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) buat kali pertama kerana Ustazah Norhafizah ada ceritakan dalam ceramah ustazah tersebut. Setahu saya Ustazah Norhafizah hanya satu..yang kat TV9 dalam rancangan Tiga Ustazah tue.. Tapi saya diamkan je.. Tak lama lepas tue ada sorang lagi customer bagitau.. Iskkkk nie tak boleh jadi ni.. Nak kena jugak carik sumbernya. Dan baiknya customer tue siap bagi link youtube lagi.. Link kat youtube: http://www.youtube.com/watch?v=uOHjEDCBbxM






Kalau korang dapat bukak youtube tue ustazah tue start cerita tentang EKF bermula dari minit 9.58 sampai habis..  Antara point dalam ceramah ustazah yang berkaitan dengan EKF ialah :
  • UTM keluarkan 2 juta untuk buat research tentang Ekstrak Kacip Fatimah
  • Nama kacip fatimah itu sahaja telah dsandarkan pada nama Saidatina Fatimah yang sihat dan kuat semangatnya.
  • Kacip Fatimah sangat sukar dijumpai. Bukan semua yang dikatakan kacip fatimah itu adalah kacip fatimah yang asli.
  • Allah cipta kacip fatimah itu memang untuk memenuhi keperluan wanita untuk menjaga kekuatan tubuh, kecergasan, lambat tua, sakit tulang dan khusus untuk sistem keperempuanan.
  • Ustazah makan satu biji sehari dan jadi "incredible hulk"! Bertenaga, kuat dan asik nak buat macam2 kerja!
  • Pengeluarannya sangat eksklusif dan terhad kerana UTM hanya mengeluarkan kacip fatimah yang asli tanpa campuran bahan lain.


  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)

Thursday, February 20, 2014

Rendang Untuk Amana

Salam semua
Dah lama rasa tak share resepi
Yeee..tau korang lg teror msk rendang..tp sila bg laluan kt mak Amana yg baru pestime masak rendang ngehngehngeh 
Sebab rendang nie utk Amana so memang tak pedas lah ye... Amana cukup suka rendang..kalau nenek atau nekcu(adik mil) buat rendang..berebut2 makan dgn mak dia yg tak reti buat rendang..tak pernah buat pun!!
Ok mama buat rendang demi Amana!

Bahan mesin dlm tue bawang merah, bwg putih, halia,kunyit,lengkuas,serai sebatang mesin..pastu sy masuk satu pek kari..ptut msuk kari ayam tp sy guna kari ikan..kiki..taram jelah labuuu..dah kari ikan je yg ada..

gemoknye tangannnnn..kata dah kurus????Haha .kerisik nie rm3.. org kedai tue ckp kerisik kampung..ada kerisik bandar ke?terlupa nk kuar dr petiais. Ambik ko!! keras kematuuu...

Ayam dlm resepi nie separuh je..meh kita bahagi dua kerisik tue..nk masuk semua mcm byk sgtt..

Tak kosa nk perah2 santan..dulu cukup tak suka guna santan kotak..tapi not bad jugak..guna brand nie tau..sedap compare to brand lain yg pernah sy guna..

Lebur semua tanpa minyak..korang perasan tak? Kuali dah tukar kiki... kuali nie ada penutup. So selamat sikit..nyampah klau kuah2 mercik2.. kuali nie pun mercik tapi kurangla sbb boleh tutup selalu...

Tadi memang ada mesin serai sikit dlm bahan2 pertama..tp kakak sy ckp titik jugak sebatang serai dlm tue..

ini rupanya lepas gaulkan semua bahan tue.

TARAAAAAAAAA.. eh nie lum betul2 msk lagi ye..

AMANA , MAMA TAK SABAR NAK TENGOK AMANA MAKAN RENDANG PERTAMA MAMA MASAK SEJAK AMANA LAHIR...
RENDANG ♥♥♥♥ UTK AMANA- MY TRULY PRINCESS

Tuesday, February 18, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah : Testimoni dari Customer Yang Menghidap PCOS


Salam
Kali nie saya kongsikan testimoni dari Puan N yang mengidap PCOS. Puan N nie baru berkahwin 8 bulan..dah 2 bulan period tak datang.so mestila ingat pregnant.tapi bila check negetif.ohh sy dah minta izin nak share gambar scan rahim beliau .

First time tengok rahim pesakit PCOS.
Besar sungguh kuasa Allahkan? 
Doc suruh Puan N makan pil turun darah tapi Puan N tkut.saya pun pernah baca pil tue buat kitaran haid lagi miserable.

Gambar nie lagi jelas..Ada biji2 kecik dlm ovari.. Korang nampak tak?

Alhamdulilah..Lepas seminggu je amalkan EKF beliau datang period.EKF nampaknya serasi dengan Puan N. Kebanyakan customer saya dalam seminggu dua je EKF dah beri kesan.tapi ada juga yg ambil masa.EKF nie herba yg tiada campuran bahan/herba lain maka efecnya perlahan.bergantung juga pd penerimaan tubuh masing2.. setiap orgkan berbeza..

# nanti sy buat entry customer pertama yg repeated order ye..seronok sgt dia..siap peluk2 sy lagi. Seronok bila sambil business.. dpt bantu masalah orang.. dapat beri kegembiraan pd orang..sikit sebanyak kita rasa bahagia tengok org gembira.. dahle customer tue mcm nk lompat2 je bila nmpak kita :p suami dia pun ada.. dah dua kali datang rumah. Ehh next entrylah ye..nk tido!!

Nk cuba EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM?

msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)


Beli hadiah Amana @ Online Fashion Shopping Malaysia



Baru-baru  nie beli something untuk Arief. Belikan Arief almari baju comel ada gambar Upin Ipin. Punyalah seronok dia.. Asikla cakap “TQ mama. Arief happy sangat!” sejuk hati bila anak sangat menghargai pemberian dan susah payah kita untuk dia.. Walau hanya sekadar ucapan terima kasih dan pelukan ketat-ketat dah buat mama dia bahagia..

Tapi Amana pulak dah buat muka sentap. Bila Tanya Amana nak apa? Amana dah ada banyak almari comel. Ada dua  almari princess lagi.. Jawapan Amana buat  mak dia nie  sampai nak terbuntang mata ..

AMANA NAK HANDBEG NAK LETAK DUIT BELANJA SEKOLAH”

 Mak aiiiii.. tak henggat punya permintaan.. okla sebab amana anak yang baik mama reward untuk Amana.. sebab mama pun boleh pakai.. haha..inilah best kalau ada anak gegirl.. boleh kongsi barang..feeling muda gitu.. rasa nak chill sikit bolehla “pinjam” barang Amana haha.. pinjam handbeg bolehla.takkan nak pinjam skirt pulak.. tercabut tudung nenek kalau mama pakai skirt Amana haha.. nak tengok ke handbeg Amana? 


Amacam? Haha.. Stylo beb!!


Meh tengok Amana pakai .. staylo tak? 

 Beli kat mana? Hihi..semua di hujung jari ye

 

Nampak tak? Beli hadiah utk anak pun share kat FB.. kecoh betul..kiki.. 
kat situ semua member; tak de haters pun.. haha

Mama Amana belikan handbeg chill kuning ang ang terang-bederang nie @ Online Fashion Shopping Malaysia  Banyak lagi  benda boleh shopping kat situ uools!!
Terutama untuk mak2 yang terperapppp je kat rumah macam saya!




Sunday, February 16, 2014

Salam semua. ADLAN KHAIRY di sini...


Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah Adlan Khairy kini menginjak 7 bulan.satu tempoh yg penuh debaran bg ibu yg dikurniakan "rezeki" seperti ini. saya pernah katakan yg sy akan share gbr Khairy kalau Khairy confirm sihat...

Tapi kini sy ubah fikiran.sampai bila sy nk sorokkan wajah Khairy.. ye sy bkn artis nk buat statment gini tp sy ada kwn2 yg sgt ikhlas mengikut perkembangan kami ank-beranak terutamanya sejak kelahiran Khairy.
Kalau Khairy tak sihat saya tak nk share ke gbr Khairy? Patut ke sy menyorok ank mcm tue? Tak adil utk Khairy.Khairy pun ank sy mcm Amana.. mcm Arief.... 

sy dah tekad sy akan kumpul sebanyak2 kenangan bersama Khairy. Saya akn masukkan Khairy pelbagai contest sepertimana Amana dan Arief. Semua tue akan sy simpan sebagai kenangan yg tak boleh dibandingkan nilainya dengan apa pun..

Khairy dah sihat ke? Sy terlupa..sy terkhilaf.. bila sy letak sasaran Khairy akan sihat sebelum tamat cuti separuh gaji.. sy terlupa kuasa bukan di tangan sy.. tapi sy masih bersyukur..khairy masih mampu bersama sy kemana-mana pun, masih keletah,masih ceria walau di sampingnya umpama bersama bom jangka..  khairy masih mampu menceriakan hari saya..masih mampu membuat sy tertawa & memeluknya erat bila air mata tak henti mengalir.. khairy pasti balas pelukan sy dengan pandangan seolah2 mengerti..Bersyukur sy masih punya kesempatan memeluk,mencium,mendodoi dan tidur bersamanya saban hari... Biar mesin itu menunjukkan angka yg sangat mengecewakan sy tetap melihat khairy sebagai anak yg sihat!!

Mohon maaf saya tak bersedia nk share masalah kesihatan  Khairy di sini tapi saya dah sedia nk share raut wajah kesayangan saya..

Bila tengok gambar ne..terasa jauh pandangannya melihat masa depannya..

Nakalkan khairy buat muka mcm nie?

Tertawa ceria dlm buai bila diagah saya.. mcm homei je..mcm cute je.. bercahaya matanya..tanda gembira yg amat sangat...

Hai kawan2 mama..

Lena tidur.. khairy memang obses dengan bedung..dah 7 bulan pun nk berbedung.. amana usia bru sebulan dah memberontak bila kena bedung..

Ini gambar paling baru..gambar masa teman sy hantar EKF kat customer.Khairy jarang meragam dlm kereta..alhamdulilah..mudah sy nk amik abg kakak dia dr nursery, pg umah makayah, pg kedai.. khairy mesti khusyuk tengok keadaan luar kereta..kdg2 khairy renung je muka sy yg tgh drive kereta..kdg2 khairy meragam  nak susu..saya akan sumbat susu masa trafic light merah kiki... masa hijau sy cabut balik botol susu..khairy pun sabar tunggu sampai next trafic light.. mudahkan jaga khairy? Mungkin sebab yg menjaga nie ibunya sendiri...ya allah rambut ko nak macam HAFIZ!!!!

Nie gbr khairy masa bru hbis pantang..wajah tak berapa sihat lg..

Assalamualaikum kwn2 mama..nk lagu nasyid satu tak? Khairy blh nasyidkan.. Tak boleh menahan tengok tangan mcm tue dengan puting dlm mulut..khairy dah tak hisap puting avent nie dah..

Sebelum kawan2 habis baca entry nie dan bukak blog lain pulak..saya.mohon sangat2 kawan2 dapatla kiranya hulurkan sedikit doa untuk  kesejahteraan dan kesihatan Khairy. Semoga khairy sentiasa bersama saya hingga akhirnya..moga dapatla saya tengok khairy ke tadika..sekolah rendah..menengah dan seterusnya...terima kasih untuk doa kalian

Ikhlas,
Mama Adlan Khairy




Tuesday, February 11, 2014

HADIAH BERNILAI 10K!! MARI SERTAI!! OUR TODAY MOMENTS CONTEST!!



Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
Semua sihat???

Haha dah macam ayat artis buat konsert je.. Sekejap je masa berlalukan? Dah nak hampir habis bulan Januari. So camana persekolahan anak-anak korang? Saya? So far alhamdulilah. Amana&Arief diletakan di bawah satu nursery. Tapi budak berdua nie tak sempat jumpa pun. Amana sekolah KAFA waktu pagi dan sekolah kebangsaan darjah satu waktu petang. Arief pulak pergi tadika pukul 12.30 tengahari sampai jam 4.30 petang. So memang tak jumpa walau duduk satu bumbung. Amana naik van sekolah. Arief pangkat besar sikit naik kereta Viva hihi.. Alhamdulilah dipermudahkan urusan sekolah dan tempat tinggal anak-anak. Cuma Khairy je kami belum jumpa babysitter. Takpelah saya start kerja semula pun bulan April.. Masih ada masa insya Allah.. Tiap kali solat saya doa dipertemukan dengan babysitter yang amanah dan sayangkan budak-budak..


Bila budak-budak pergi sekolah rasa rindu pulak. So asikla menatap gambar budak-budak nie.. Tengok gambar nie macam suwett je kan? Tapi sekarang makin rasa terlalu cepat masa berlalu.. makin besar budak-budak nie.. tak lama lagi dah besar dah..mmmm.. tapi takpelah dah banyak jugak  TODAY MOMENTS saya dan anak-anak.  Tapiiiii saya ada satu impian yang belum terlaksana.. impian mahal sangat..tak mampu saya nak tunaikan lagi.. harap-harap sebelum budak-budak nie besar sempatlah ditunaikan ..


 Hihi..korang perasan tak advertorial nie. Advertorial nie keluar kat Harian Metro 11 Januari 2014 (Sabtu). Tueee gambar saya, amana & arief? Nampak tak perkataan besar tue “ 100-PENGALAMAN INDAH BERNILAI 1 JUTA!” Contest best tueee!!!! korang nie kalau tak nampak tak taulah? Takkan nampak gambar saya je? Hihi…  



TARAAAAA!!! Okeylah sebab semua kengkawan saya memang manja..meh saya tepek terus gambar contest nye.. TODAY MOMENTS CONTEST!!! Contest nie bertujuan untuk mengingatkan mak2 kat Malaysia nie yang mereka perlu letakkan ke tepi segala tugasan sama ada urusan rumahtangga atau pejabat untuk meluangkan masa-masa yang istimewa AKA “TODAY MOMENTS” untuk anak-anak mereka. FRISO GOLD  inginkan korang as mak-mak yang hebat nie senaraikan segala impian korang bersama anak-anak untuk direalisasikan oleh FRISO GOLD.. tak kiralah Impian korang ne besar ke kecik ke..janji itu adalah impian korang.. Impian SEKARANG!! TODAY MOMENTS! Mana tahu korang adalah mak-mak yang bertuah itu..

Nak joint contest nie sangatlah mudah ye.. Cuma perlukan sedikit modal kurang dari RM50 tau.. Saya dah check kat hypermarket tau.. hihi dan pastinya memerlukan sedikit effort dari mak-mak semua yeee .. Cara-cara nak joint contest nie  adalah seperti berikut:  

  • Beli Friso Gold product iaitu  Frisomum Gold, Friso Gold 3 or Friso Gold 4. Apa-apa saiz pun boleh.Yang pastinya modal kurang dari RM50 je tau..Berbaloi-baloi compare dengan hadiah yang ditawarkan. Nak menang kenalah keluar modal sikit ye kawan-kawan.·   
  •  Kongsikan satu impian yang ibu-ibu ingin kongsi bersama anak-anak. Tak kisahlah impian kecil atau besar. Tetapi impian tersebut masih tidak tertunai dan mengapa ia masih belum tertunai samada kekangan kewangan atau masa atau lain-lain yang relevan dengan masalah ibu-ibu sekalian. Kongsikan ye.. Friso Gold ingin mengetahui  impian jujur ibu-ibu sekalian.. Ia amat bermakna tau.. 
  •  Lengkapkan butir-butir diri yang diperlukan.. 
  •  Kepilkan bukti pembelian iaitu original scoope dari mana-mana produk Friso Gold yang  mengambil bahagian bersama borang penyertaan.  
  • Hantar kepada  :     Friso Gold “Our Today Moments” Contest, P.O.Box 3202, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 





Ini antara contoh impian.. so impian korang pulak caner? Impian saya…mmmm..bacalah kat Harian Metro tuee.. ada tulis situ..yela yela..tulisan kecik tak dapat baca ye.. nak saya bagitau jugak ye… Impian saya ialah nak bawak anak-anak pergi Disneyland.. Anak-anak suka Mickey Mouse.. Mini Mouses.. Donald Duck.. pendek kata segala jenis cartoon kat Disney Chaneel tue jadi igauan diorang tau.. tapi tak mampu.. ongkosnya mahal sangatlaaaa…  harap-harap FRISO GOLD sudi taja saya ye.. hihi..boleh ke? Kalau sudi taja saya.. amiklah anak-anak saya jadi model FRISO GOLD seumur hidup haha… mulalah nak buat lawak antarabangsa J Eh korang jangan lambat tau.. Contest nie start  13th January 2014 – 28th February 2014. Cepattttt hantar entry korang secepat-cepatnya!!


Kalau masuk contest mestilah nak taulah hadiah apa kan? Hadiah memang hebat.. Paling best kalau korang nie “early bird”. Ingat beli rumah je ke ada diskaun untuk “early bird”? Hadiahnya terbahagi kepada dua.. 

  • 100 penyertaan terawal : Memenangi tiket Legoland Malaysia bernilai RM540 untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak
  • 100 hadiah utama : Impian yang akan direalisasikan oleh Friso Gold bernilai RM10K!!
Sebagai ibu yang sangat berharap dapat merealisasikan impian secara PERCUMA!! saya pastinya akan joint contest nie.. Jomlah kawan-kawan joint ramai2.. Nak join cuma perlu keluarkan modal kurang dari RM50 tapi kalau korang menang; hadiahnya worth RM10K!! Fuiyooooo!!! Berbaloi-baloi kan?? Untuk maklumat lanjut sila rajin-rajin klink link kat bawah nie..


JANGAN KETINGGALAN IBU-IBU SEKALIAN!!
AGAIN AS A REMAINDER:
CONTEST BERMULA DARI 13TH JANUARY 2014 – 28TH FEBRUARY 2014.