ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, August 30, 2014

Ekstrak Tongkat Ali-UTM: "Suami Yang Request Mintak Belikan"



Akhirnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. ada juga yang sudi nak share testimoni kedua...
 terharunye. TQ..TQ.. itupun wife yang share haha.. 
jadilahkan sebagai proof yang Ekstrak Tongkat Ali-UTM nie sangat berkesan.. 
Tak sabar nak tunggu testimoni ke 3 pulak ..payah sungguhla nak dapat testimoni.. 


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK TONGKAT ALI (ETA) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)

Friday, August 29, 2014

Adlan Khairy @ HUKMS again & again & again.....

salam kawan2 mama. sorilah ye dapat tgok belakang comel khairy je.. sekarang tiap2 hari mama bukak video alif ba ta.. kadang2 kat pejabat pos mama bukak video alif ba ta nie... khairy  nak citer story terbaru khairy jumpa doc kesayangan khairy..Prof Bilikis..

kalau kat HUKMSC tiap2 kali datang Khairy register dulu..lepas tue timbang berat kat bilik ibu&anak.. macam biasa kalau appoiment dgn Prof Bil akan mula petaang.. takde appoiment pagi ye.. So bila sampai HUKMSC macam dah nak tutup je.. tinggal nurse 2/3 kerat je hihi.. bagus!! Aman Khairy nak buat HUKMSC nie macam rumah Khairy haha
Mama keluarkan Khairy cepat!! Khairy nak ronda satu HUKMSC nie

 dah frustle tue.. nie kat bilik ibu& anak.. kena timbang berat.. masa nie tunggu nurse..

haha.. baru letak kat tempat penimbang dah melalak.nurse takde lagi masa nie

letak gambar nie kat FB.. then kak ezna(member comper&blog) bagi comment ..macam ketawa je tak macam nangis pun.. jawapan mama khairy "khairy mcm mama dia, walau sakit mampu senyum..." 


 Arief ikut tapi Amana pegi sekolah. Arief sempat abis tadika

 muka happy sebab kat rumah takde benda2 nie

 khusyuknye .. sampai lupa mama dia haha.
 tunggulah kejap lagi camana melalak jumpa doc kesayangan dia..

Progress Khairy setakat nie menggembirakan doktor. Berat pun naik ke 8.5kg.  Berak makan minum semua ok.. Dah tatih2 nak jalan.. Doc cakap okey perkembangan tue.. Kali nie bil dalam130++ sebab injection setahun je.. Ingatkan pnuemococol lagi.. Doc cakap next appoiment baru penumococol.. Untuk masalah jantung khairy pulak lepas habis semua imunisasi Khairy akan dimasukan ke wad sebagai outpatient. Doc nak amik rhytm jantung Khairy. Rasanya nak hantar ke IJN lagi untuk mintak opinion IJN macam sebelum nie. Masa amik rhytm nie Khairy kena tidor sebab nak pakai mesin tue..Kalau Khairy tak tido Khairy kena makan ubat tido.. Huwaaaa mama pun tak pernah makan ubat tido.. Tapi sebab under doktor observation takpela.. Untuk kesihatan Khairy jugak..  Kalau masih bermasalah Khairy perlu teruskan treatment.. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Adlan Khairy.. Si Bayi Magic Mama..







Ekstrak Kacip Fatimah-UTM: EKF-UTM dalam PA&MA September 2014?


Salam semua customer EKF-UTM & bakal2 customer EKF-UTM
Teruja ye baca tajuk entry hihi
Sebenarnya saya yang featured dalam Ruangan Chit Chat PA&MA edisi September 2014 (yang bertudung tue sayalah- ILA SALEH (pengedar EKF Kajang)
Dalam ruangan nie saya share amalan pemakanan saya untuk mengatur kitaran haid yang tidak teratur iaitu EKF-UTM dan Habatusauda Mnnsyam (cuba klik gambar untuk view lebih besar) Saya ada buat square biru kat nama EKF-UTM. Tapi ada kesilapan dalam majalah tue.. Kat ruangan tue ditulis Ekstrak Kacip Fatimah keluaran Universiti Teknologi MARA :( takpe nanti saya bagitau penyelaras tue..

Rupanya bukan saya seorang yang amalkan pemakanan Ekstrak Kacip fatimah-UTM + Habbatussauda. Rupanya ada juga customer-customer yang amalkan pemakanan seperti saya dan hasilnya sangat berkesan dan memperbaiki masalah mereka. Boleh baca testimoni2 customer saya yang amalkan pemakanan Ekstrak Kacip Fatimah-UTM + Habbatussauda di link ini.



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)


Thursday, August 28, 2014

Habatusauda Minsyam : Ekstrak kacip Fatimah -UTM + Habatusauda. Kombinasi yang baik?

Assalammualaikum
Belum baca enty dah klik blog lain. Tak baik tau.. Baca lah dulu sampai abis sebab nie entry benar dari tahun 2012 tau....kecik ati i ..uools tak baca kalau pasal EKF-UTM/ ETA-UTM .. Ohh kalau pasal Khairy laju aje ye ..baca satu2.. tiap titik..tiap koma pun baca kan? muahaha..TQ sebab amik berat hal Khairy ye kawan2..

Okey meh kita throwback entry saya yang bertarikh 24 Disember 2012 di link  ini Oklah saya amik balik petikan entry tue. Jari semuanya manja2 ye.. Tak nak klik link tue.. Meh baca full entry kat link tue.Saya print screenlah ye..


Dipendekan citer dari entry tue.. Saya sebenarnya makan habatusauda minsyam selepas rakan office nasihatkan untuk membantu kurangkan sakit desicated disc (adik-beradik slip disc) yang saya alami. Tapi bila makan habatusauda masalah PMS saya yang kronik pun berkurangan, period jadi regular dan akhirnya  tetiba termengandung :) Rupa2nya adik saya yang berusaha untk preggy pun disyorkan makan habatusauda minsyam oleh pakar sakit puan beliau.. Alhamdulilah dah ada seorang baby pun.. 

Okey itu story saya ye.. Saya makan habatusauda sebelum makan EKF-UTM. Dan saya masih teruskan makan habatusauda walau dah makan EKF-UTM. EKF-UTM tak dibenarkan consume masa period so masa period saya makanla habatusauda :)  Rupa-rupanya bukan saya seorang je yang amalkan pemakanan EKF-UTM & habatusauda.. Ada dua customer saya juga yang amalkan begitu.. Meh kita korek balik testimoni tue ye..

Boleh baca detail kat lini kat atas nie.. Baca dari gambar tue pun dah paham storykan? So tak yah panjang lebar citer ye.. penat jari i menaip.. Jari i pun manja mcm uools jugak :)


Full detail pun baca kat link atas nie ye..


 PA&MA September 2014 (Ruangan Chit-Chat Mama m/s 65-67)

Disebabkan dua testimoni ini dan sejak keluar muka saya nie dalam PA&MA September 2014 (saya share tentang supplement untuk mengatur kitaran haid iaiatu EKF-UTM&Habatusauda Minsyam) dah ramai yang tanya tentang Habatusauda Minsyam pulak selaian EKF-UTM. Dari jari saya letih menjawab whatsup yang "ila tak jual Habatusauda Minsyam" lebih baikla saya type "ye ila dah jual Habatusauda Minsyam" Betul tak? So inilah supplement terkini di kokoadik.blogspot.com.

 Habatusauda Minsyam Syria Gold
RM36 (60 kapsul)

Nanti kita sambung ek
Khairy melalak

Berminat?
 msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)



 

Syawal dah habis tapi nie Entry Raya 2014!!

Salam, jangan marah ye.. sikit punyalah lama Teaser Hari Raya nie tak bersambung2..walau syawal dah habis..saya nak jugak wat sambungan teaser hari raya tue.. biorlah citer dah basi pun.. eh tak manisnya sebut basi.. kita sebut tinggal serdak ye? hihi..mohla kita beraya semula..

raya tahun nie kak long kami takde.. huwaaa... turn dia balik kampung mak mertua dia.. pastu asikla wasup kitaorg "along nak ikut korang" "tahun depan takkan along sorang je raya dengan mak" haha.. kelakar.. along, jauh lagi setahun tue... entah2 angah teman ko raya dengan mak.. so jangan risaulah ..dalam setahun mcm2 boleh jadi ..hai kakakku sorang nie.. masa nak amik gambar nie saya tak siap lagi tapi diorang sibuk suruh masuk je.. hamik ko pakai tudung express.. tapi tak semengah.. nasib khairy cover keselebetan mama..haha.. kejap je khairy pakai baju melayu nie.. sekarang dah tak tau baju melayu dia kat mana.. haha

budak encem dua orang nie ini bakal2 pejuang al-qassam :) Palestine dah menaagkan? alhamdulilah.. tadi ada tengok gambar palestine.. masya allah cantik sangat.. sungai mengalir tue macam color unggu..patutla ramai yang dengki sebab palestine ada banyak "harta" yang berharga.. one day selepas mekah ..teringin nak bawak anak2 ke palestine.. banyak yg saya ambil teladan ... terutama kekuatan ibu2 palestine di sana.. nak banding dugaan yang saya hadapi.. tersangat jauh bezanya.. kuatnya merekakan?

hensem tak abang? piala tue props yang tak diketahui apa tujuannya..haha

mak ayah.. kekuatan hidup saya.. mak yang tak jemu jadi tulang belakang saya.. ayah yang dalam diamnya sangat ambil berat hal anak2.. ayah saya dah tak kuat sangat.. selalu mengadu sakit belakang.. tapi bila cucu2 datang dilayan setakat yang mampu.. mak saya nampak je kuat tapi usia dah meningkat..dah tak sekuat masa amana lahir.. teringat tiap2 pagi makayah sanggup ulangalik serdang-puchong ambil amana utk dijaga.. tak terbalas rasa pengorbanan makayah

raya tahun nie kami balik melaka&negeri sembilan. melawat adik-beradik mak saya. Melawat mak long & pak uda saya.. mak saya ada lima beradik. mak no 4.. tiga beradik mak dok kl.. lagi dua dok kat negeri sembilan & melaka.. Tue mak saya pegang si khairy magic.. baju tue kain dia best.. saya beli kat Tateh kat Bangi.. saya sekarang shoping kat Bangi&Kajang  je ye.. RM25.. tapi macam muat2 so saya belasah pakai selalu.. asal kering je pakai..kering je pakai.. haha..teruk benor.. takla gitu.. maksud saya.. baju tue tak simpan utk jenjalan..pakai je walau dok umah..

tue diaaaaa... my hero.. AKA my one & only adik lelaki gue.. lum kawin tau.. sapa berkenan sila wassup saya.. apa salahnya perempuan pinang lelaki? sedangkan khadijah pinang nabi muhammad SAW kan? syaratnya muadah je: terima adik lelaki saya seadanya.. kalau takat nak try2..nak adjust2..tak payah ye.. sila main jauh2..buat buang karan je.. bukan masanya saya nak mengadap perempuan kaki kikis lagi..pura2 baik etc etc sebab kami adikberadik perempuan bukan kaki kikis so alegic dgn perempuan ada perangai kikis mengikis ye.. astarghfirullah al hazim.. kata entry raya tapi dah terlepas marah..haha... abaikan.. ampun maaf dipinta.. saya hanya kakak yang sayangkan satu2nya adik lelaki saya!

nie hotel kat melaka. raya pertama. Kami balik sehari je kat melaka tue..  boleh je balik hari tapi mak tak larat nak balik hari. mak cakap nak tidor hotel  So kami tido hotel nie.. Hotel mimosa kat town melaka tue.. Ok not bad la.. hotel tue je yang tinggal.. adik bongsu saya yang ditugaskan book hotel2 nie..

mama love khairy
suka bangat gambar nie!!


  gambar dalam keta masa balik kampung. jadi playground keta masa nie.. hihi

Dalia Amana- satu2nya anak dara saya.. moga dia berbahagia selalu.. dilindungi selalu.. ditemukan jodoh yg baik2 nanti.. semoga bertemu lelaki yg akan melindungi dan akan menyayangi dia seumur hidup.. tidak melukainya sama ada dia tahu atau tidak tahu.. bertemu lelaki yang menyayangi dia sepertimana saya menyayangi amana.. 

hampir menitik air mata ..masa kat hotel ..tiba2 dia hulur sampul duit raya pada makayah saya ..nenek&atok amanala.. bila mak tanya "kenapa bagi nenek duit raya?" jawapan tulus amana "nenek selalu bagi amana duit" senyum simpul saya melihat amana tau menghargai.. tiba2 amana hulur satu sampul pula pada saya!! waaaaa... mama dia dahla hati tisu.. sampai habis syawal duit raya amana yg pertama pada saya masih ada dalam sampul di dalam purse saya.. saya akan guna untuk perkara2 yg baik walau amana hanya beri saya rm10.. atau saya akan simpan sehingga amana dewasa nanti...
Amboiii sedapnya kek.. dalam minggu cuti raya atau 2 minggu lepas raya.. saya lupalah.. saya ada buat makan2.. buat kecik2 je.. family & kawan2 rapat je.. kalau nak tau dah nak setahun lebih dok umah nie tapi tak pernah langsung buat makan2.. masuk je rumah nie dugaan demi dugaan datang bertimpa2.. bukan bermakna bila saya buat majlis makan2 nie semuanya dah ok tapi saya nak memenuhi permintaan adik-beradik saya.. mereka yang banyak menyokong saat susah senang.. lagipun khairy nampak dah boleh dibawa kemana2.. jadi tabahkan hatimu mama khairy.. hidup bukan utk bersedih sahaja.. ada banyak perkara yang boleh membuat dirimu tertawa.. terutama adik-beradikmu teman tawa sedari kecilkan?


sepupu khairy.. tue anak adik ipar saya.. entah apa dua sepupu nie buat.. main patah2kan keropok sampai berkecai..pastu sama2 kutip masuk mulut balik.. kemas semula sepah2 yang dibuat tue bagus.. tapi tang masuk dalam mulut tue tak bagus ye anak2...

 kek nie sama dengan kek atas tue.. tak yah belek lama2.. haha.. sedap.. adik bongsu sponsored sempena besday khairy.. khairy lahir bulan ramadan tau..

 taraaaaaaaaaaaa.... meh tengok apa yg ada masa makan2 syawal tue.. dalam gambar nie ada rojak, hotdog panggang.. begedil tue saya buat tau..amboi tak habis2 bangga dengan begedil.. siap up status dalam FB lagi haha...

 timun, agar2 tue mak buat, telur nie saya rebus, ayam tue saya marinated :)

 saya buat nasi lemak utk makan2 kali nie.. sapalah yg tak senonoh terpercikkan sambal tue ye? khairy ke?
obsesi mak yang terkini!! nasi arab! sedap tau.. mak nak jugak buat nasi arab bila tau ada buat ayam panggang... habis licin nasi arab mak buat.. dapat pujian lagi.. ohh.. nanti angah nak banjer mak kat restauran arab.. kat bangi nie.. ada restauran baru.. nak banjer sempena besday mak.. tak payah tunggu cek nuffnang tue.. kiki

 gambar blur..lebih kurang ginilah makanan2 tue dari sudut nie

habis citer makan2 .. sambung citer nie pulak.. amik gambar sebelum ke majlis raya tadika arief.. bestla tadika arief walau tadika biasa ada mcm2 aktiviti.. bacaan yasin, jamuan raya, hari suka, lawatan.. isk macam mama khairy nak masuk tadika balik..

semalam arief cakap dengan saya sebelum tido..

A: mama nanti mama kecik arief hantar mama pg sekolah ye?
M: mama pg sekolah? mama jadi kecik balik?
A: yela..sekarang abang kecik.. nanti abang jadi besarlah..  sekarang mama besar..nanti mama jadi kecik pulakkan? kalau kecik mesti pegi sekolahkan?
M: oooo.. Arief hantar mama pg sekolah ngaji ye?
A: ok..ok.. mama jangan risau.. abang hantar mama belajar ngaji sampai pandai..

haha.. ada ke saya jadi kecik balik? apa2lah arief.. yang penting lindungi kakak Amana.. mama nanti habis cerita dah.. tapi kakak, arief & khairy akan mulakan kehidupan ...

Itu je cerita raya.. tiada yg happening kecuali dapat melihat anak2 tersenyum& ketawa, melihat khairy yang berjuang utk hidupnya keletah seperti anak2 lain, melihat makayah senyum melihat anak2 berderet2 ikut balik kampung.. setiap tahun raya memberi kenangan yang berlainan.. hargainya kerana setiap kenangan itu takkan sama dan takkan berulang lagi.. SELAMAT HARI RAYA 2014!!

Love,
Mama Amana,Arief&Khairy


Tuesday, August 26, 2014

Dalia Amanaku Sayang!!

Dah lamakan tak citer hal2 si Amana? Asik2 Khairy..Asik2 EKF-UTM.. So marilah kita kongsi citer Amana yang terbaru.. Oh pada yang dah lupa Amana dah darjah satu.. Dah 7 tahun Amana menjadi satu2nya anak perempaun saya.. Amana anak yang memahami cuma kadang-kala nakalnya boleh tahan.. Kalau dia nak buat nakal..dia akan suruh Arief yang buat.. sah2la dia tak kena marah tapi Arief yang kena.. hihi.. Kadang2 kesian kat Amana asik kena marah.. Anak sulung tanggungjawab lebih.. Tapi saya kena selalu ingatkan diri sendiri yang Amana masih budak2 lagi.. Tak boleh letak terlalu banyak harapan pada dia.. Tapi bila tengah kelam-kabut sapa lagi saya nak harap kalau bukan Amana? Saya ada hari dating dengan Amana tau.. Hari Jumaat... Sebab Arief pergi sekolah 12 tengahari..Amana pulak dalam jam 2 baru saya hantar ke sekolah ..so dalam tempoh dua jam tue selalunya saya, Amana & Khairy akan ke mana2.. Anak2 saya tak banyak diman.. Dapat bawak pegi Mydin& Billion pun da macam pergi Disneyland haha!! Tapi kalau belanja diorang makan2 saya akan pastikan ketiga-tiga anak ada walau saya stress nak handle semuanya..


Khairy memang manja dengan Amana. Kalau tinggalkan Khairy dengan Amana ok lagi.. Kalau tinggal Khairy dengan Arief.. huwaaaa.. tak berenti2 Khairy nangis..

 Tengok cartoon berjam2 mata tue boleh tahan. Tapi kalau baca buku? hurmmmmm.. baru dua minit dah lelap..camana ye? 

muahaha.. Amana bagitahu saya "mama , Amana dah buat jadual" saya ingatkan jadual untuk diri dia rupanya jadual untuk satu family.. Cuba korang tengok tugasan apa yang paling banyak disebut dalam jadual amana? Nampak sangatla Amana pun rasa saya terlalu banyak "menyidai kain" haha.. bagus Amana!! Amana dapat rasa kesengsaraan mama menguruskan kain2 yang melambak tue!! Macam dobi! 

Cuba tengok jadual rabu untuk Arief " Arief jangan buat mama" muahahaha.. ayat tergantung sebenarnya "Arief jangan buat mama marah!"

Jadual hari Khamis paling buat saya sebagai ibu terharu.. dalam keletah Amana sebagai budak.. betapa dia memahami yang mamanya perlukan rehat... "Mama rehat pagi2" Terharu rasa... Amana nampak mama tak rehat2 ye? Mama buat semua untuk anak-anak2.. Struggle untuk anak2... Dan berbaloi bila anak2 nampak dan merasa pengorbanan mama.. I love u Dalia Amana...




Monday, August 25, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah-UTM: Customer Kedua Berjaya Hamil dengan EKF!!


Assalamualaikum
Nak share dengan pantas testimoni customer nie
Alhamdulilah.. Ini adalah kali kedua saya dapat berita gembira dari customer. Sebenarnya ini adalah testimoni kali ke 3 customer berjaya hamil dengan EKF tapi testimoni customer yang kedua dah hilang ..puas saya carik tak jumpa.. so tanpa bukti tak bolehla nak cakap yang ini yang ke 3.. so saya anggap ini yang ke dualah ye.. nanti yang hilang tue dah jumpa..itulah testimoni ke 3.. haha pening korang baca kedua ..ketiga.. ketiga ..kedua..

Dan sebenarnya customer nie pernah share  haid beliau kembali normal selepas consume EKF. Entry tue boleh baca kat sini. Baru rasa bestkan baca testimoni dari awal.. Dari mula2 makan EKF kerana masalah period> period kembali normal>berjaya hamil! Mari kita sama2 doakan customer nie & baby selamat hingga akhirnya. Aminnn

Sebenarnya customer nie ada masalah kitaran haid. Haid beliau cuma akan datang kalau makan pil turun darah tue. Kalau tak makan pil tue tak datang periodlah.. Kalau kitaran period macam tue memang sukar untuk hamil..sukar ye bukan tak boleh.. urusan hamil  itu urusan Allah.. Customer saya nie dah 4 tahun kawin.. Dan berita nie memang dinanti2kan oleh beliau dan suaminya..

Selain EKF-UTM beliau juga amalkan habatusauda.. Nampaknya bukan saya je yang amalkan kombinasi  EKF-UTM+habatusauda ye.. Customer saya yang entry cyst hilang/mengecut nie pun amalkan EKF-UTM+habatusauda.. Nampaknya kombinasi yang berjaya.. Bak kata lagu adam&stacy..bergabung meletop!! haha mulala merepek..dah ngantuk sebenarnya tapi gigih nak buat entry testimoni nie..takut testimoni hilang lagi  :P



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)

Sunday, August 24, 2014

Nuffnang Cash Out!


kiki
sebelum apa2 saya nak gelakkan diri sendiri
dah bertahun2 berblog baru hari nie cashoutkan payment nuffnang..
ala tak kisah pun uools nak tgok amountnya
bukan banyak punkan?
nampak benor blog tak glamer.. dah 5 tahun berblog baru ini je dapat?

nampaknya payment advertorial lebih lumayan dari nuffnang cash out!
nampaknya hasil contest lebih lumayan dari nuffnang cashout!
nampaknya jual EKF/ETA beribu2 kali lebih lumayan dari nuffnang cashout!

So saya akan berenti jadi blogger?
TIDAK!!!
Sebabnya dari blog inilah saya dapat pelbagai perkara yang mengembirakan saya..
 rakan2 alam maya, peluang & rezeki yang tidak disangka-sangka!

Bila ek biasanya cek dapat?
Nak banjer mak makan besday mak haha
Mesti mak senyum2 bila saya cakap saya dapat cashout menerusi blog

Mak mesti komen:
 jadilah dari takde apa2..
kan angah jual EKF/ETA dari blog..
kan angah dapat jadi penulis dari blog ..
kan angah dapat menang contest pun sebab kawan2 blog

TQ mak!! I LOVE U SO MUCH!! 
Mak saya dah bertambah umur pada 21 Ogos 2014 yang lalu
Moga mak sempat melihat kegembiraan2 saya lagi
Moga mak takkan melihat lagi kesedihan2 saya
Amin..







Ekstrak Tongkat Ali : Info Dari Blog Dr Zubaidi



Assalammualaikum semua
Untuk makluman semua, saya juga kini dah menjual Ekstrak Tongkat Ali-UTM keluaran UTM. Saya mula menjual ETA-UTM nie atas permintaan puan-puan yang membeli EKF-UTM dari saya. Puan-puan nie nak beli untuk husband mereka yang katanya selalu sangat letih. So saya mulalah menjual ETA-UTM.  Boleh baca di entry pertama saya tentang ETA dan saya cuma berjaya mendapat satu sahaja testimoni dari customer walau ada yang dah reapeted order dari saya.. Segan ye :) Takpe saya paham.. Tak bagi pun takpe tapi bila reapeated order dari orang yang sama maksudnya ada perubahan pada kesihatan customer  dan ETA-UTM nie supplement yang membantu kesihatan customerlah kan?

Saya juga dapat komplen hikhik dari yang baca blog nie "BOLEH TAK ILA BUAT ENTRY ETA SEBANYAK ENTRY EKF?" hihi terasa i tau.. yela dah jual ETA-UTM dari April lagi tapi entry ETA baru ada dua ketul je haha... Okla demi memenuhi permintaan customer yang banyak support saya.. Saya akan cuba buat entry ETA sebanyak mungkin.. walau tak sebanyak EKF.. Kalau nak entry ETA banyak2 ..puan2 tolong bagi testimoni husband boleh tak? hihi.. Wassup saya tau.. Untuk sementara saya akan buat entry tentang info ETA dari blog Dr Zubaidi dahulu ye.. manja2 ye.. nak jugak baca dari blog nie.. meh kita amik sikit dari blog Dr Zubaidi.. Boleh ye doc?



Saya dah baca artikle dari blog Dr Zubaidi nie. Dan takleh nak copypaste kecuali printscreen sahaja. Dr Zubaidi letak security tau tak boleh main curi dgn copypaste muahaha... So saya dah dapatkan ringkasan kegunaan ETA-UTM nie.. Semuanya boleh dikatakan merangkumi apa yang ada dalam artikle di link yang saya berikan..

Kalau malas nak baca panjang2 artikle tue..baca yang diringkaskan nie pun cukup.. Kalau customer minta fungsi&kegunaan ETA-UTM saya wasup je gambar nie dan customer terus order :)

FB Ekstrak Tongkat Ali - UTM


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK TONGKAT ALI (ETA) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)


Thursday, August 21, 2014

FEATURED IN PA&MA SEPTEMBER 2014:CHIT-CHAT MAMA (MS 65-67)

 Assalamualaikum
Meh kita buat full entry selepas entry nie cuma letak muka depan je.
hihi bila dapat tajuk nie dah tergelak.. siap cakap dengan Intan Jastina PA&MA "waaa bestnye tajuk" kiki.. tapi takpelah demi nak share informasi kita gigihla jugak pegi photoshoot ye.. Photoshoot dalam bulan  Jun tapi artikle nie kuar September.. Betapa gigihnya Intan Jastina kejar dateline.. lagipun dia nak bersalin so buat keja cecepat.. tabik spring masih nampak kuat walau sarat..kalau ila... hurmmmm...

 Amboi demoknye tangan mama Khairy.. Masa nie lum kurus sebab shooting sebelum bulan posa..haha.. ohh sekarang dah nak habis shawal.. dah gemok balik kiki. Sepatutnya ruangan nie ada 3 mama. Tapi last minute satu mama tak dapat datang. Itu yang gambar saya & partner saya penuh dalam ruangan nie kiki.. Glamer kejap sebab ruang yang patut 3 orang jadi dua sahaja..

Sempat lagi promote Ekstrak Kacip Fatimah & Habatusauda Minsyam.. Memang betul pun itulah supplement yang saya makan.. sila korek entry lama-lama saya yang pernah share tentang Habatusauda Minsyam dan yang terkini pastilah saya amalkan Ekstrak Kacip Fatimah-UTM

Pestime jumpa adik nie.. Muda sangat dari saya..Ada rezeki kita jumpa lagi kay...

Salah satu kenangan manis utk saya.. TQ Intan Jastina & kak Ezna yang beri saya peluang utk featured dlm majalah kesayangan saya.. Mestilah sayang magzine Pa&Ma.. saya selalu menang contest PA&Ma. Paling saya ingat menang  tilam Dreamland. Hanya 3 pemenang sahaja dipilih dari seluruh Malaysia dan  saya antara yang bertuah itu.. Saya mempertaruhkan gambar Arief hihi...beshhhh ...