ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 30, 2014

MAHA 2014

Salam kengkawan semua, korang dah pg MAHA? Saya dah pegi tapi rasanya tak puas sebab tak dapat memenuhi tuntutan anak-anak. Diorang sibuk nak tengok arnab. tapi hujan so macam payah nak tengok kat area arnab tue. Kitaorang pegi hari Jumaat. Tak sanggup nak pegi Sabtu&Ahad gerenti sesak bangat .. Sebelum korang pegi sana parking keta RM5 ye.. bayar masa nak keluar hihi...Mula-mula sampai je nampak lori nie.. nak panggil lori ke? Gasaklah... Budak-budak dah jerit "mama nak naik loriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

Mohla tengok gambar2 yang ada. Sampai-sampai bebudak dah haus. Anak-anak memang hantu iceblanded. Kat sini je beli 3 botol ice blanded. Lum masuk dalam lagi ye..

Abang nie patut rasa bertuah sebab ada peminat setia. Haha.. Amana sorang je dok duduk tengok abnag nie nyanyi.Paling depan& sorang2 dok merenung abng yang nyanyi tue.. Syabas anakku :p Sebenarnya dia penat tengok nenek dia beli-belah sayur & buah..

 Mak saya frust je tak dapat beli lempuk durian nie.. Eh mak buat sendiri pun sedap  mak!!

 Masa buat entry nie rasa air liur meleleh pulak :)

 Entah apa Amana pujuk nenek dia tue.. Sibuk borak cuba tengok Khairy tue tengah buat apa?

 Amana posing :)


Khairy dah mula buat muka cemik. Sebab dia tak nampak mak dia le tue.. Tapi serius bawak Khairy berjalan best. Dia tak banyak ragam. Dia pandang je.. Suka tengok keliling. Agaknya dah biasa meneman mak dia pos produk-produk Kokoadik Blogshop  .. teman mak dia pos produk-produk ke sana sini.. Itu yang dia jadi suka keluar & melihat-lihat semuanya...

 Masa tengok udang-udang nie ada yang cakap "isk aku terbayang sambal udang" hikhikhik

Hai udang!!! Amana kat sini... Awak kat mana ..awak kat mana?
 
 Amana siap senteng seluar. Masa nie dah hujan.. Sibuk tunggu lori

Dah macam pendatang asing semua haha.. Pendatang paling comel mestilah yang duduk bersila berbaju biru tue.. Paling anggun yang berpayung tue.. paling sopan  yang bertudung duduk kat kerusi.. paling garang yang bercekak pinggang baju merah belang-belang putih :p

YESZAAAAAAAAAAAA!!! Akhirnya...
Arief siap interview konduktor lori tue....Bukan yang bawak lori nie..Ada satu staff yang akan pastikan semua pengunjung selamat naik & turun lori nie..  Letih abang tue layan Arief haha. Entah apa yang dia borak sampai abang konduktor lori tergelak-gelak layan dia.. 

Meh skodeng apa yang dapat dibeli. Suka tengok teknologi Jepun nie. Boleh terus makan ye..Tak payah nak rebus ke apa ke.. bila bukak plastik tue bahagian dalam macam item yang pertama dalam gambar nie.. Orang jepun semuanya nak cepat&mudah.. semuanya instant...Tapi kalau bagi anak-anak kecik yang baya-baya Khairy makan hati-hati ye. Tak payah bagi banyak2 .. takut perut anak korang tak tahan. Khairy cirit birit ye.. Maybe perut dia tak tahan.. sian...

Tak habis-habis dengan baja... Semua nie RM10. Untuk sayur-sayur yang saya sayang dalam pasu. Kalau korang nak tau. saya dah banyak kali petik bayam, kangkung, daun kunyit dalam pasu.. coming soon pengaga.. sukaaaaaaaaaaaaaaa.. Yang kelakar adik yang jual nie cakap "nah kak saya bagi pen free 6 batang sebab anak akak ada 6" Dalam hati ehhhhhhhhhhh bila pulak ada 6 anak? Rupanya dia pegi kira anak orang lain yang menyelit kat anak-anak saya ... muahaha.. dalam gambar ada 5 pen je sebab satu pen Arief dah songlap..

 Nie baja beli kat kat booth  UTM.RM10 .Kalau mati pokok-pokok saya siap ye!!

Balik dalam hujan renyai.. Tengok gambar nie saya faham macam mana kasihnya nenek pada cucu. Amana kalau datang rumah mak saya memang tido dengan mak saya. Cucu sulung.. Ingat lagi masa saya habis pantang Amana..mak hantar saya balik rumah.. mak hantar saya cepat2.. takde cium Amana pun.. mak terus pusing masuk lif & saya nampak mak nangis.. Air mata saya yang berderai-derai..  saya faham mak sayang Amana tapi mak tak nak jaga Amana lama-lama.. sebab kasih nenek dengan cucu nie lain.. silap2  mak jaga Amana terus tak pulang balik Amana kat saya.. hihi.. Itu yang mak saya tak nak jaga Amana berterusan dari baby... Bayangkan kalau dah nenek jaga dalam pantang.. lepas tue jaga lagi sampai berbulan-bulan.. jaga sampai setahun.. boleh ke nenek tue pisah dengan cucu? takdenya... Dan cucu nie kalau nenek yang jaga terover manja... . susah nak ditegur.. Mak sendiri pun tak boleh tegur sebab nenek asik backup.. Bukan saya je cakap ye.. most of my friend pun cakap macam tue.. Dan mak saya pun cakap macam tue ..haha.. seramlah tue nak jaga cucu lama2.. takut terlebih sayang... nenek akan lebih sayang cucu dari sayang anak sendiri tau... 

Mekasih mak teman angah bawak anak-anak berjalan.. Kalau saya lah bawak 3 anak sorang-sorang .. mau jadi pontianak tengah hujan renyai :p :p :p











Saturday, November 29, 2014

WISDERM COSMETIC-UTM: Testimoni Customer "Wisderm Cosmetic sesuai untuk kulit sensetif & tidak merengsakan"



ASSALAMUALAIKUM
Wisderm Cosmetic adalah salah satu produk keluaran UTM yang berasakan VCO. Dan kini dengan perasaan gembira diumumkan yang Wisderm Cosmetic-UTM boleh didapati di Kokoadik Blogshop. Sebenarnya macam biasa produk-produk yang ditambah di Kokoadik Blogshop adalah diatas permintaan customer. Saya dah dapat satu testimoni dari regular customer. Customer nie dah beli macam-macam produk di Kokoadik Blogshop dan pastilah produk pertama yang dibeli Ekstrak Kacip Fatimah-UTM. Jom kita baca testimoni sama2 :)

Customer nie masa mula-mula nak beli Wisderm Cosmetic tak tau nak beli yang travel set atau yang besar terus. Sebab katanya dia tak pakai krim siang & krim malam. Cuma pakai pembersih dan penyegar kebiasaannya. Kalau nak beli pembersih & penyegar harganya RM50 setiap botol. Kalau travel set nie RM80 sahaja dan boleh cuba dulu serasi atau tidak dengan kulit muka.

 Alhamdulilah nampaknya akak nie serasi sampaikan krim siang& krim malam yang tak pakai pun dia dah mulapakai :) Dan testimoni paling best "PRODUK NIE TAK MERENGSAKAN KULIT & SESUAI UNTUK KULIT SENSETIF" samalah dengan saya..kalau bahan kimia dalam sesuatu produk tue banyak ..hujung bibir saya akan gatal-gatal dan akhirnya jadi hitam akibat digaru atau luka.. Kebiasaannya kalau saya pakai sesuatu produk dan saya rasa gatal..saya akan stop pakai. Kalau tidak lagi teruk & muka mungkin bertanda.
 
Pada yang baru nak mencuba Wisderm Cosmetic saya syorkan beli dulu Travel Pack yang berharga RM80. Ada dinyatakan saiz setiap item-item dalam travel pack nie. Krim siang & malam tue nampak je sikit tapi pekat. Picit sikit je. Saya pakai yang travel pack nielah tak habis2 lagi krim siang & malam. Penyegar & pelembap dah habis dulu :)

 Penutup hitam tue : Pembersih dan penyegar
Yang penutup putih: Krim siang & malam

Penerangan ringkas  setiap item dalam Wisderm Cosmetic
Wisderm Cosmetic nie berasakan Virgin Coconut Oil (VCO)
Berminat nak cuba?
Sila hubungi saya ye :) 

  
"LIKE" ramai-ramai ye :)
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM 
(HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


UNTUK FREE CONSULTATION:
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)

Friday, November 28, 2014

JANGAN TINGGAL KHAIRY!!


Amana dah besar dah 7 tahun, Arief dah 5 tahun .. saya dah lupa macam mana sikap Amana& Arief masa umur sama dengan Khairy.. Hamboi maknye baru beberapa tahun melalui tempoh pembesaran anak-anak masakan sudah lupa? Kalau yang selalu baca mesti tau Khairy dibesarkan dengan tangan saya sendiri. Saya tak hantar Khairy ke nersery atau pengasuh sebab keadaan jantungnya.. So kalau anak sakit baikla mak yang jaga.. Walau mak saya aka nenek Khairy ada offer nak jaga Khairy dan suruh saya masuk keja..lebih-lebih lagi masa tue saya tengah promoted.. tapi masalah jantung bukan masalah demam selsema.. kalaulah apa-apa jadi kat Khairy masa mak jaga mesti mak menyesal seumur hidup.. Takkan saya nak buat mak yang dah banyak berkorban tue rasa berdosa kalau apa2 jadi kat Khairykan? Cukupla mak selalu jaga Amana& Arief dulu... Banyak pengorbanan mak pada saya terutama  masa jaga Amana.. cucu sulung katakan...so dengan malas nak pikir panjang saya cuti untuk jaga Khairy yang special.

Sekarang Khairy dah setahun 3 bulan.. alhamdulilah.. panjang umurnya... Khairy bertahan untuk menemani saya lalui semuanya... Khairy tak faham apa so dialah tempat saya melepas rasa.. tapi now sekarang Khairy dah paham.. kalau saya nangis  ..Khairy akan tarik kepala saya rapat kedada kecik dia.. saya sebagai mak rasa terharu anak yang bercakap pun lum pandai .. sangat memahami kelukaan hati mak dia... gerak tubuh tue yang tak tahan tue.. sambil tarik kepala saya dia usap2 rambut saya.. adohai nak.. bertuah sungguh mama lahirkan khairy gini..

Sekarang lagi pandai.. kalau dia nampak je saya pakai tudung dia akan berlari dulu kat pintu..kiki... takut sangat kena tinggal..paling tak tahan kadang2 dia rebut tudung dengan saya.. dia pakai kat kepala dia & lari kat pintu.. khairy dah paham nak kuar rumah mesti pakai tudung.. pernah saya tengah bersiap..puas saya carik tudung saya.. rupanya khairy dah sangkut kat pintu depan... sabar jelah... so kesimpulannya  "JANGAN TINGGAL KHAIRY" kenyataannya saya tak pernah lagi tinggalkan Khairy.. dari dia sukar nak dibawa kemana-mana kerana masih bayi dan masalah jantungnya... sehingga kini  dah besar & ada kaki nie.. lagilah saya tak boleh nak tinggalkan dia :)


 last week beberapa hari tidur umah mak. Teman mak beli barang-barang keja adik lelaki saya. Pegi IOI Mall dapatla seketul cermin... Budak dah ada kaki mana nak dok sangat dalam benda nie.. Tapi ok jugakla takle dia bising nak keluar sangat.. Kena tolakla troli tue.. Kalau stop troli nie lama2..mulalah dia buat ekspresi macam tue..

 Oh ada skating rupanya... ralit si Khairy...

kami pegi KL jugak carik barang-barang lain.. sebagai upahnya pakci si Khairy belanja makan nasi beriani spenda hikhi.. bukan saya cakap gitu.. geli betul saya.. adik bongsu saya cakap.. restaurant insaf nie restaurant spenda.. banyakla...sebenarnya paling best air mangga kat sini.. adusss sedap sangat.. tapi mak cakap mana boleh lawan jus mangga kat mekah.. menganga je dengar.. mana pernah lagi saya jejak Mekah ye tak? Khairy pun suka nasi beriani nie.. saya suap dia telan bukan main.. tapi dia lebih ralit mengatah ayam goreng kat sini.. sampai satu tahap saya nampak di gigit tulang.. melalak2 bila saya amik tulang tue... menitik2 air mata.. eh macam orang tua pulak suka tulang.. isi dia campak je...

nie citer hari nie.. Dua2 anak nak amik ati mak yang tak sihat. Sorang vakum sorang menyapu.. Khairy la punya keja.. Korek2 gabus yg cover bawah akurium.. Saya tak larat nak kemas.. So anak2 yg take over..anak2 pun dah pandai "pening" rumah bersepah.. Alhamdulilah... Amana vakum umah 3 kali dek aktiviti si Khairy...

Wednesday, November 26, 2014

Cermin. Nota Cinta Depan Pintu

 mehla kita sambung citer beli cermin kat IOI Citymall Putrajaya
kang tak update terperapla berkurun abad
Oh saya senyap nie sebab saya tdo umah mak 2 hari
Takkan nak seret lappy ..lagipun dok umah mak asik jenjalan
sampai lenguh kaki i
hari nie pun jenjalan.. jenjalan business ye
tapi bukan business i haha.. business adik lelaki  i
yang anak besau2 sila dok dengan atok
saya bawak khairy.. mana boleh si tenit nie tinggal
kang dia nak BF sapa nak layan?
 

 oh meh sambung citer cermin.. tengok si asistant pasang cermin..
muka monyok je.. sebab baru bangun tido
baru bangun tido pun sibuk main benda2 drill yang tajam tue
dah letak kat bilik lain pun si kenit nie tak putus asa
terkedek-kedek masuk balik dalam bilik nie
wat muka kesian and muka tak bersalah

 cermin nie besar jugak tapi takle sebesar bilik air :P
cermin nie letak kat toilet master bedroom
janji puas berus gigi and belek jerawat cukuplakan?kan?kan?
bentuk oval rm41
nanti nak beli daun2 hidup sangkut pulak kat tingkap toilet nie
barulah fefiling mandi kat air terjun walau sebenarnya mandi air pancuran kiki

 cermin nie kecik je
rm24.50
masa amik saya tak perasan pun lima puluh sen tue
bila saya tanya jawapan dia "akak tak perasan lima puluh sen tue kecikkk je"
hamboiii jawapannnnnn... tapi tak kosa saya nak patah balik tengok
lagipun mungkin jugak sebab mata saya rabun haha
letak kat bilik air bebudak nie & bilik air kat tingkat bawah

nasib baik nota nie bukan  ditampal kat cermin yang saya baru beli tue ye
patutla amana sibuk tanya tarikh
rupanya dia nak letak tarikh kat nota dia
amana tampal nie kat bilik dia
nampak sangat sayang Khairy..
no 2 sayang mama dialah sebab ------>> mama lipat baju :P

nanti sambung entry khairy ikut pakcik pg KL carik barang2 business yerrr



Sunday, November 23, 2014

Karnival Upin & IPin & IOI City Mall


Amboi besaunya gambar.. Inilah gaya mama Amana, Arief & Khairy.. Dari berisiko terlupa meh kita snap je gambar parking keta.. Dengan 3 anak nie.. mau lupa semuanya..

Saya sekarang dah makin berani.. berani sikit2la.. dengan eksennya nak kemana2 mesti buat statment.. takpe ada WAZE.. takpe ada WAZE.. kalaulah founder WAZE tau betapa syukurnya mak Khairy ada aplikasi WAZE nie... sesuai untuk orang yang tau bawak keta tapi tak tau jalan hihi...Saya sebenarnya nak ke sini sebab nak hiburkan Arief yang suka sangat dengan Ultraman. Nak ke Jepun tak mampu nak bawak so bila Ultraman datang Malaysia ingatkan dapatla Arief jumpa.. Tapi nan hado!! Takpe nanati mama  beli je topeng Ultraman ..pastu berlakon je betul tak?

Pendapat sy patutnya ada satu booth Utk ultraman. Jualan brg2 ultraman sikit.. Atau sy yg tak nampak? Rasanya dah pusing2 byk kali  kat hall. Tak nampak langsung booth Ultraman.. Gigih tanya kat vendor situ semua blur ada atau tak booth Ultraman.. Dtg kul 12 . ultraman hanya muncul kul 4.. Tak dapekla.. Klau ank2 tak dpt jumpa ultraman tp Dpt tgok booth ultraman pun dah happy utk diorg.. Ye tak?

Saya pergi hari Jumaat tau. Sebelum ke PICC nie pos dulu produk2 di Kokoadik Blogshop untuk customer. Sebelum berjimba2 selesaikan dulu hak customer.. betul tak? Pastu set PICC guna WAZE and jalan.. jauh betul rasa PICC tue.. hujung dunia..lenguh kaki drive rasanya. hihi.

Saya sampai dalam 12 lebih. Tengok kat jadual Ultraman ada kul 4petang.. Tak dela nak tunggu sampai 4 jam. dengan crowded .. tempat kecik .. orang ramai.. ya allah rasa nak pitam.. dengan 3 anak nie.. khairy okla senyap2 dalam stroller.. yang lagi dua tue.. sampai hilang suara jerit panggil diorang.. takut hilang..

Khairy macam tak selesa je kat sini..
Mungkin tanjat ramai orang.. atau tanjat baru bangun tido

Dalam sejam .. MIL & adik ipar sampai.. so MIL tengok2kan Amana & Arief yang tak reti diam.. Saya bolehla jaga Khairy.. memang mencabar iman bawak 3 anak sensorang.. Tapi nak happykan anak punya pasal..

Elok je Khairy dengan Aina nie.. sikit tak bercekau.. dok dalam stroller je pun elok.. ko pandang aku.. aku pandang ko.. meh kongsi tab ye.. diorang nie beza bulan je..

tue selit gambar saya sikit.. makeup un dah cair.. haiyaaa...

 Rasa serabut gile saya terus seret anak-anak makan kat atas..  Dunkin Donut.. Baru rasa aman tenteram & dapat tarik nafas..

 Bestnye kalau dapat makan Subway yang fresh dengan sayur2..

 Arief makan atas donut tue je.. hampeh betul.. bakinya suruh mak dia pulak makan.. 
eh tak nak la mama.. donut budak2

 Amana makan habis tapi dia komplen air pahit.. macam2 je diorang nie

 Ini paling bagus bawak jalan.. diam je tak berbunyik2

 Gosip dua beradik :P
 
Lepas tue tobat dah tak nak masuk dah kat Upin Ipin tue.. pusing kejap je sebab teman adik ipar..pastu cepat2 lari  keluar. Nak kuar parking pun alahaiiii... Teman adik ipar yang nak ke IOI City Mall yang baru bukak tue.. nampak macam best luas.. itu pun lum habis pusing tau.. nanti saya nak datang sendiri dengan Khairy.. waaaa.. bila nak datang dengan Khairy je? Amana & Arief dah cuti sekolah.. Nak bawak budak2 nie semua sensorang..i is seram tau.. tapi takpe kot kalau pegi time keja.. kawasan luas.. tak ramai orang..insya allah boleh.. yakin boleh ye mak Khairy..

Gambar terbalik.. alah gambar cermin je..masuk kat satu kedai yang ala2 IKEA.. mahal barang2 dalam tue tapi yang best cerminnya murah2... saya beli 3 cermin.. dalam gambar nie dua cermin je.. lagi satu dalam keta ..besau malas nak angkat.. saya beli cermin nak letak dalam bilik air.. rumah dah dok dekat setahun..cermin dalam bilik air pun takde..susah nak tengok gigi.. susah nak picit jerawat kiki.... banyak alasan sebab takde cermin lagi...... takde masa nak carik.. banyak yang lebih penting dari cermin terutamanya menguruskan Khairy :P.. cermin saya beli nie bentuk bulat kecik je... satu RM24.50.. Yang lagi satu bentuk oval besar.. RM41.. so nanti kalau dah pasang saya snap gambanya ye.. meh kita tengok bila cermin tue akan dipasang agaknya yerrr.. minggu depan atau tahun depan :P

Buai nie dalam RM550++.. rasa nak beli je.. haha..lama2 parking rumah tue bukan parking keta tapi letak benda2 lain.. haha.. eh lum belilah.. teringin sangat nak buai nak lepak2 kat depan tue.. kalau buai kayu macam style bali lagi bestkan? muahaha...

satu perkara yang sangat saya syukur.. dalam saya tak berkerja.. Allah masih bagi saya kelapangan gembirakan anak-anak.. masih mampu belanja anak2 macam masa kerja... kadang2 tertanya2.. bagaimana kelapangan rezeki nie hadir? buat yang belum merasa hilang gaji ribu-riban secara tiba2 mungkin tak rasa apa yg saya rasa.. rasa syukur sangat..dalam tiada slip gaji tapi masih ada rezeki Allah beri... baru merasa perasaan itu... dengan sangat dalam... SESUNGGUHNYA REZEKI MEMANG DI TANGAN ALLAH


***** Dijemput utk share experience utk pregnancy & parenting.. nak citer apa? Pengalaman mengandung & melahirkan "ank magic" ke? Tq atas jemputan dan tq sebab hargai mak khairy sbg blogger kecik. Tak perlu tanya2 ada payment ke tidak.. Pihak sana yg tanya berapa rate blog sy utk advertorial etc etc..Ada jugak yg "banjir" klau share experience baby magic nanti.. Saya baru je jawab emel PIC tue.. tapi rasa terharu pulak bila dioffer oleh organizer utk share experiance parenting yang tak seberapa nie..