ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, March 13, 2015

Seminar Keluarga Sunnah 3.0 UPM 070315 - Ceramah Ustaz Syeikh Habib Ali Zainal Abidin


Okey meh sambung
ada sesiapa ke yang tak kenal Ustaz Habib Ali Zainal?
Arief pun kenal tau.. Arief panggil Ustaz Ya Hanana
Sebabnya tiap kali keluar nasyid Ya Hanana dia nambak muka ustaz nie

Tajuk ceramah ustaz : SUASANA KELUARGA SEPERTI RASULLULAH SAW  

Saya listkan isi kandungan ceramah nya:

1) komuniti manusia yang beradab bermula dari individu dan rumah

2) jadilah kamu di antara empat di kalangan orang ini iaitu:
  • berilmu untuk memberi manfaat kepada orang lain
  •  orang yang mencari ilmu 
  •  orang yang mendengar ilmu
  • orang yang cintakan ilmu
3) Jangan jadi ke 5 tidak berilmu, tidak belajar ilmu, tidak mendengar ilmu dan tidak cintakan ilmu!

4) Moga2 dengan mendapatkan ilmu akan dapat menambah ilmu dan mengamalkannya

5) Doa selalu pada Allah supaya ditambahkan ilmu

6) Contoh rumahtangga yang terbaik adalah rumahtangga Rasullulah kerana ia dididik secara langsung oleh Allah.

7) TANGGUNGJAWAB SUAMI (NAFKAH, PERLINDUNGAN, PENDIDIKAN)::
  • MENEGUR ISTERI DAN MENYAMPAIKAN YANG BENAR-contohnya berkaitan aurat
  • MENYEDIAKAN NAFKAH KEPADA ISTERI - jika  isteri membantu menyediakan nafkah ia bukan nafkah..ia adalah hadiah dan bantuan daripada isteri kerana isteri bersikap EHSAN kepada suami. Jika inginkan keberkatan , pemberian isteri perlulah dengan rasa reda dan gembira.. (so suami2 kalau isteri tak gembira dan nampak ia tak reda janganlah dipaksa isteri tue bayar itu bayar ini.. itu bukan tanggungjawab isteri.. adalah lebih elok yang wajib suami yang selesaikan)
  • MENDIDIK ISTERI UNTUK MENDAPATKAN YANG AKHIRAT LEBIH DARI DI DUNIA (ada buat ke tak de para suami?)
  • MENJAGA ISTERI DARI LELAKI LAIN-jika suami menjaga kehormatan diri mereka sebagai suami ,  maka isteri juga akan menjaga kehormatan dirinya..jika tidak isteri kamu juga akan berbuat seperti kamu para suami..
8) Rasullulah amat bertolak-ansur berkaitan dengan dirinya tetapi amat tegas dengan hukum Allah

9) Pendidikan anak bermula seawal mungkin
  • memilih isteri
  • adab bergaul suami isteri
  • latih solat sejak 7 tahun.. rukun solat sebelum 7 tahun dan 7 tahun telah mula solat. 
  • Ibubapa dianggap tidak tunaikan hak anak jika kita tak didik anak2 bersolat
10) Bagi kes anak-anak yang moralnya telah teruk disebabkan kecuaian ibubapa tak mendidik dengan islam dari kecil. Perkara yang patut dibuat adalah:
  • ibubapa perlu memohon keampunan kepada Allah kerana tidak menunaikan hak dan tanggungjawab kepada anak-anak
  • meminta maaf kepada anak tersebut! Ini adalah kerana tak menunaikan tanggungjawab kepada anak itu.akui kesilapan kepada anak tersebut.
  • jangan berhenti dan putus asa berdoa supaya anak berubah kerana doa ibubapa sangat mustajab. lambat-laun anak akan berubah.Insya Allah. 
Impian saya juga nak dengar ceramah secara langsung dari Ustaz Habib . Bila tengok kat tv tue..best betul dengar cara dia menyampaikan ceramah. Tak perlu menyanyi2.. tak perlu jerit2.. suara penuh sopan..penyampaian penuh hikmah.. ayat sangat tersusun seolah-olah kita baca buku yang telah disunting..  dan membuatkan kita mendengar dari awal hingga habis dengan tekun.. 

berbaloi sangat menghadiri ceramah ini..walau berbayar.. biar berbayar mendatangkan ilmu dan pahala daripada menghadiri sesuatu yang berbayar/free tetapi mendatangkan dosa dan kelalaian..



2 comments:

lina said...

Thanks for sharing. Very informative.
Feel free to visit and like my superbchombi.blogspot.com

lina said...

Salam perkenalan.
Feel free to visit and follow my superbchombi.blogspot.com