ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 24, 2015

kenapa nak kerja semula?

 now saya dah kerja semula.. kalau yg follow blog nie mesti tau.. kalau yang friend dalam FB saya lebihlah tau... so camana business? boleh manage? untuk sebulan nie okey je.. saya masih pos isnin rabu jumaat..

 alamat2 customer saya dah siap2 tulis kat rumah.. kalau ngantuk sangat saya tidur dulu... saya tidur lepas  anak2 makan terutama selesaikan keperluan khairy.. saya tidur then kul 5 pagi khairy kejut.. kekadang kul 4 pagi dia kejut.. haiyaaaa..awalnye ustaz khairyyyyyyyyyyyyy.. suruh mama solat tahajut ke? :)  siapkan baju sekolah anak2... then saya pun  menulislah nama customer.. berkorbanlah sikit... untuk anak2kan?  

 waktu mengepos memang saya korbankanla time lunch.. boleh kurus sikit... kuruslah sangat :p
saya pack barang kat pejabat pos. tak ramai orang pun. relex je..

 
 niela pos hari nie.. 8 parcel.. gajilah katakan...
alhamdulilah..gaji ke tak gaji ke.. ada je order masuk ... rezeki khairy dan anak2 yang lain
Allah akan tahu keperluan kita so dia akan cukupkan

saya sendiri ragu2 nak masuk keja balik atau tidak? ada masa saya cakap kat diri saya yang saya  kena keja nanti tak cukup duit kalau tak keja.. camana belanja perubatan khairy nanti etc etc ... lepas tue cepat2 istigfar sebab selama 2 tahun tak keja Allah memang cukupkan semua untuk saya & anak2.. saya masih bayar keta, hutang, urusan rawatan khairy, bawak anak kuar jenjalan & makan2 etc etc  macamlah saya nie keja...  dapat bagi makayah elaun bulanan walau tak banyak macam  masa keja.. walau makayah tak pernah mintak.. so apa yang saya takut kalau tak keja?

so kenapa saya sibuk sangat nak keja?
kalau sesiapa yang dah merasa duduk kt tempat saya dengan pelbagai ujian.. anda akan takut sangat nak buat keputusan.. apa sahaja keputusan... lebih2 melibatkan masa depan anak... saya tak tau adakah keputusan saya akan memudaratkan anak2.. saya tak kisah kalau diri saya je yang mudarat tapi saya tak boleh kalau ia memudaratkan anak2...

  • kalau saya keja mudarat tak pada kesihatan khairy? bahaya tak dia dijaga oleh orang lain selain dari mak sendiri? 
  •  kalau saya tak keja nanti kalau tetiba khairy kena operate yang bilnya cecah puluh2 ribu camana? sekurang2 kalau saya keja saya boleh simpan duit business utk rawatan khairy.. (ada customer saya anaknya mengidap masalah mcm Khairy . operate di IJN beberapa tahun yang lepas kosnya rm25K.. so kalau time Khairy berapa RM agaknya dengan GST?)   
tak ada sesiapa pun yang boleh beri jawapan tue.. sedang saya sendiri tak tau keputusan apa yang saya nak buat... bukan je libatkan khairy tapi libatkan masa depan amana & arief.. telan mati mak..luah mati bapak.. 

saya ke mekah bukan sahaja untuk selesaikan nazar untuk Khairy... banyak tujuan saya ke sana tetapi nazar Khairy yang utama... saya buat istiharah untuk pelbagai masalah, dugaan dan ujian yang muncul sepanjang 2 tahun saya "hilang".. saya sebagai manusia tak mampu nak buat keputusan ..lebih2 lagi bila melibatkan anak-anak.. dan salah satunya pastilah isu "bekerja semula" 

saya bekerja semula bukanlah kerana diri saya yang nak kerja sangat... atau  kerana anak-anak.. bukan jugak sebab paksaan mak kesayangan saya yang sangat khuatir kalau anak2 perempuan tak keja.. mak saya cakap.. perempuan sekarang kena berdiri atas kaki sendiri sebab banyak lelaki zaman sekarang lupa tanggungjawab sebagai imam di muka bumi.. mak jugak cakap kalau tiba2 suami "tiada" so pada siapa saya nak rely on... dalam hati menjawab "ALLAH kan ada" hikhikhik...  well itu mak saya yang cakap.. banyak yang betul dan saya admit semua kata2 mak yang lebih dulu makan garam... ayah biasalah memang sokong mak saya cakap :)

SAYA BEKERJA SEMULA KERANA itulah yang Allah tunjuk dan jawab untuk istiharah saya di Mekah... saya nak je duduk rumah.. saya rasa boleh manage financial  dgn online business dan saya percaya Allah takkan bagi saya dan anak-anak "kebulur" . kalau 2 tahun Allah jaga saya dan anak2.. masakan Allah biarkan kami "kebulur"  selepas saya "bertahan"  lalui semua ujian nie... 

tapi apa yang kita fikir baik untuk kita sekarang .. mungkin bukan terbaik untuk kita di masa depan... 
apa yang kita fikir buruk untuk kita sekarang  ... mungkin itu yg terbaik untuk masa depan kita yang kita tak nampak...

JADI SAYA BEKERJA SEMULA KERANA 
ITU JAWAPAN ISTIHARAH SAYA DI KOTA MEKAH DAN MADINAH

bila anda berada di kedudukan saya
anda akan takut nak buat keputusan tanpa petunjuk Allah
bila anda berada di kedudukan saya
anda akan takut nak mendahului keputusan Allah
bila anda berada di kedudukan saya
anda tak terbayang pun macam mana masa depan anda&anak2
bila anda berada di kedudukan saya
anda akan sedar kebahagiaan anda & anak2 hanya ditangan Allah


 so kindly dont ask why im at office again

terima kasih
mama Khairy, Amana& Arief




 

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

memang gsukar buat keputusan..

apapun prinsip wanita ken aberdiri di atas akki sendiri, memang betul

arysha_fayyadh said...

Assalam ila,
semoga uols & anak sentiasa bahagia naaaaaaaaaa
apa pun keputusan iols sure uols buat demi anak2
kan3 :)
wish u all the best hokeyh :)