ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, May 3, 2015

COD, Gulatis, Red Card and Masjid

Hai kawan-kawan
Camana cut hari pekerja?
Bestla yang ada kampung mesti balik kampungkan?
Saya? Mengurus anak-anak yang lasak
Online Business pun tak cuti ye

 
Cuti hari pekerja tue tiba2 dapat msg dari cikgu tadika Arief bagitau ada bacaan yassin. Saya dapat masagge lebih kurang 7.30 pagi. Majlis kul 9 pagi.. Huwaaa.. Saya nak siapkan sarapan dulu.. Niat hati nak bawak Khairy jugak..Tak taula saya memang tak boleh tinggalkan Khairy kalau ada majlis-majlis macam nie.. Dalam masa yang sama jugak ada customer nak COD.. ligat fikir..sempat ke nie? Nak masak sarapan, nak siapkan Khary & nak jumpa customer...
Last2 takpe biar Allah yang atur..

Amana dah bangun so dia nak ikut jugak .. tapi boleh dia main-main dalam bilik air dengan Khairy.. saya dah habis masak nasik lemak pun dia tak sudah mandi lagi! Anak-anak kan.. dia bukan paham bila kita nak cepat walau berpuluh-puluh kali cakap nak cepat.. Saya tak nak terlepas majlis baca yasin Arief & dalam masa yang sama nak jumpa customer.. hadoiiila..

Dalam pada membebel tue.. siap jugak Amana& Khairy.. Nasi lemak dah siap atas meja untuk Arief. So hati tenang takla Arief lapar.. Kot2la saya lama kat tadika Arief nanti.. Sampai-sampai dah terdengar bacaan Yassin.. Aisey..
 
 Khairy bukan main lagi makan.. Dahla dia buat macam sekolah dia.. Gambar paling atas tue cikgu besar Arief tangkap and letak dia atas pangku.. Bagi cococruh terus diam.. Siap pegi dapur hulur bekas mintak tambah lagi.. kiki
 
 Alahai Khairy.. Mama saya sangat dengan "bintang hati" mama nie

 Amana yang dah kena bebel.. Bebel2 pun nak ikut
Teringat Amana cakap "Mama garang pun Amana sayang sebab mama dah buat macam2 untuk Amana& adik-adik"
Touchingkan?
 
 Yang tadi tue cerita pagi... Cerita petang pulak..
 Dalam kul 6 petang ada dua customer nak COD barang. 
alhamdulilah..rezeki anak-anak tak pernah putus..
Amana& Arief menumpang tuah & rezeki Khairy

 
 lepas jumpa customer saya terus pegi Gulatis
Teringat raya makin dekat
Raya nie anak-anak yang lebih seronok 
Tapi saya beli jugak kain awal mengenangkan tailor susah nak dapat
Mengenangkan dah lama tak buat baju kurung
Walaupun mungkin kejap je saya keja opis
Takpela kita buat jelah ye...
Eh nie baju untuk raya ke untuk baju ofice?

senang pulak berkenan kat Kain Gulatis.terus amik 4 pasang. ingatkan Kain yg sy beli Dah diskaun utk labor day.belum rupanya.diskaun rm180 plus seller Tue bagi khairy Kain pasang free sebab khairy nak bawak balik pembaris ukur Kain Tue .. Khairy memang bawak rejeki :)

 
Lepas shoping... Amana merengek nak mkn. Buat muka bila saya ckp kena balik cepat sbb dah nak magrib. budak2 makan memang lambat! tiba2 amana cakap & tunjuk masjid Depan gulatis.
"mama jom solat magrib kat masjid Tue mcm kat mekah.semayang jemaah. mama semayang dulu.amana jaga khairy.gilir2 mcm kita kat mekah" bergenang jugak airmata . kat mekah tiap2 waktu solat jemaah Di masjid. kat Malaysia? 

sampai masjid..amana Sgt bertangungjwb. serupa mcm kat mekah. dia bawak khairy amik air semayang.dia bwk khairy main2. dia kejar khairy bila jauh sangat.. moga2 amana dilindungi hingga dewasa nanti oleh Allah Dan adik2 lelakinya yg gagah perkasa .. Saya amik gambar nie masa tunggu Amana solat Isyak.. Best jugak solat kat masjid Bangi tue.. sebab tepi bahagian wanita ada taman permainan.. kat situlah si Khairy main sampai penat..

 Sebagai ibu.. KIta selalu nak berlaku adil dengan anak-anak
Walau bukan di masa yang sama
Sebelum nie saya ada buat entry makan di Red Card dengan Arief
So kali nie saya bawak AMana &khairy pulak
Adil jugaklakan?

 
 Air Vanila.. Amana lebih suka Vanila compare dengan coklat
 
 Saja buat gaya nak mengusik Arief :)
Siap pesan "nanti mama tunjuk gambar nie kat Arief tau"

 Syuhhhhhhh
Jangan bagitau abang tau 
Nanti abang nangis

Hidup nie kadang-kadang ujian.. kadang-kadang bahagia.. Saya dah melalui 2 tahun derita.. sengsara.. so now saya nak cuba isi dengan bahagiakan anak-anak... Kalau ada yang buat saya sakit hati.. cepat-cepat saya mengadu dengan Allah..  Hidup kat dunia nie cuma persinggahan.. so apa pun yang kita buat ..sama ada Allah tau atau tak semua akan ada balasan atau ganjaran.. buat baik dibalas baik.. buat jahat pandai2la ko jawab kat akhirat..muahaha... adeh...  

okeylah geng.. pegila shoping kat Gulatis.. berbaloi-baloi.. kakak saya cakap napa semua kain macam sama corak.. jawapan ..entahla suka corak "abstark"

ngantukla nak tido... arief dah panggil..

 

 

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ila,
ish3
geram nengok budak tecit tuuuuuuuuuuuuuuuu
ila, walopun kita tak pernah jumpa tapi iols rasa macam iols boleh rasa apa uols rasa
pelik