ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, June 30, 2015

ADLAN KHAIY TELAH DUA TAHUN!! (KALENDER ISLAM)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA
 
rasa teruja nak berkongsi cerita
cerita khairy yang dah menjejak 2 tahun
mengikut kalender islam
Khairy lahir bulan ramadan so rasa mcm exited 
kalau ikut tahun omputih khairy lahir 16 Julai 2013
Ikut tahun islam 9 Ramadan 1434Hijrah 

korang boleh carik application nie untuk tahu tarikh korang dilahirkan dalam bulan islam
actually saya sendiri tak ingat Ramadan keberapa Khairy lahir.. syukurlah ada sistem nie.. manalah saya nak ingat.. yang saya tahu masa tue berdebar2 nak ceser.. dahla 2 kali tarikh ceser dicepatkan.. dalam hati "selamat ke anak aku nie.. okey ke dia nak keluar..kuat ke jantung dia?"

masa nak bersalin khairy tue. saya masuk wad dulu.. dijadualkan operate pagi dalam kul 10/11 pagi macam tue.. tetiba nurse datang and cakap "doc maybe nak delay ke petang sebab dari pagi doc dah ada operation non stop" so maybe doc dah letih kot.. saya yang pandai2 assume kiki... tapi nurse2 tue cakap .. doc suruh check dulu keadaan baby sebab puan  "special case" 

nurse2 pun letaklah yang benda kat perut tue.. yang check contraction & jantung baby.. berkali2 buat pastu tengok je muka saya.. agaknya nurse  tak sampai hati nak tanya... saya yang cakap "laju ke? takpe jantung dia memang laju nurse" terus nurse tue cakap "oh ye ke? itulah laju sangat nie puan.." nurse keluar..maybe call prof azurah and masuk balik "puan siap sedia ye.. doc cakap tak mo tangguh ke petang sebab jantung baby terlalu laju..sesaat pun tak nak tunggu"


"Ramadan" Bersama "Ramadan"

adik lelaki saya pun lahir bulan ramadan.. Yang bestnya nama adik lelaki saya Muhammad Ramadan.. Kalau lahir bulan ramadan tapi tak letak nama Ramadan rugi betul!! Saya nak letak nama Khairy Ramadan apa salahnyakan? Sedap je? Kalau nak jugak nama Adlan tue letakla Adlan Khairy Ramadan.. Sedap apa?  Amboi panjangnya.. Dah toksah dikesalkan kat surat beranak dah letak Adlan Khairy jeeee.. grrrr... bukan mudah ye nak beranak bulan Ramadan.. kalau saya boleh pegi pejabat pendaftaran sendiri memang saya pegi & cakap .."ENCIK SILA LETAK NAMA RAMADAN .. DIA LAHIR BULAN RAMADAN" tapi tak boleh gerakkan? dah dok diam2 kat umah pakai pilis param and tahan je sakit perut ceser tue diam2.. :p

adik lelaki yang jadi mahram saya,khairy dan Amana ketika menunaikan umrah di Mekah pada Januari 2015 tahun ini... Baru 5 bulan rupanya saya balik.. rasa macam dah lama je balik dari Mekah dan kerinduan tue dah datang semula.. saya gigih nak mngumpul duit semula nak bawak arief.. tak sedap hati seorang anak belum jejak Mekah & Madinah.. Tapi saya lega sangat2 sebab nazar nak bawak Khairy menunaikan umrah jika usianya mencecah setahun dah tertunai. Sekarang bolehla say buat apa2 yang lain di samping menyimpan utk bawak Arief pulak.. semoga Allah mudahkan.. kalaulah dapat menunaikan umrah masa bulan Ramadan.. ya allah bahagianya...

 
 nie status saya kat Fb personal saya :)
 
bertabahlah ye kawan2 FB membacanya..
panjang lebar status dah macam menulis kat blog kiki
mostly kawan2 Fb saya nie kawan2 seklah, comper and kawan universiti.. so kebanyakan diorang tahu Khairy ada masalah jantung.. dan mereka selalu bagi semangat pada saya... 
 
Khairy lahir 16 Julai 2013
Saya baru post gambar pertama Khairy masa 11 Febuari 2014
7 bulan saya sorokkan Khairy.. ramai kawan2 minta gambar Khairy masa baru lahir
tapi saya yang tak sanggup nak letak gambar anak yang lebam dan lemah untuk tatapan kawan2...
Biarlah kawan2 dan saya sentiasa ingat wajah Khairy yang mulus comel dan tembam


Dagu Tok Ti
kata kawan2 saya

Doa saya moga Khairy dipanjangkan umur untuk menemani saya meniti hari tua saya.. moga Khairy ada ilmu agama yang sangat dalam sesuai dengan dirinya yang kecik2 dah jejak ke Tanah Haram Mekah & Madinah.. moga Khairy berdiri teguh di jalan Allah..moga Khairy membenci perkara-perkara haram.. dan sangat mencintai yang halal..  moga Khairy memberi saya 1000 ketenangan setiap kali melihat, memandang dan memikirkannya.. Amin... 

Kawan2 doakan Adlan Khairy juga ye.. TQ SOOOOOOOOOO MUCH


3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, semoga segalanya akan terus menjadi baik-baik untuk you dan anak-anak serta keluarga yer...

norhidana said...

kejap je masa berlalu yek... udah 2 thn umur khairy... moga sentiasa sihat hendaknya ye khairy syg...
acik rindu khairy si rambut kerinting tuh la... ehehhe

aiyan dulu pun lahir lbh kurng nk bln pose jgk tp sempat jgk lah mama nyer merasa puasa ujung2 sebelum raya tuh...

alhamdulillah iela, khairy bertambah sihat n cergas, doktor pun mannusia biasa mana lah dpt nk menduga sesungguhnya cuma DIa yang Maha Mengetahui kan.

dear anies said...

pejam celik pejam celik da besar anak bujang comel ni ye....