ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 29, 2015

Nisan Grand Livina 1.6 Auto With 100% Loan


Assalamualaikum semua
Masa entry raya yang lepas saya ada janji nak share cerita kereta baru kami
Okey now meh kita story

Sebelum story panjang lebar
 saya letak cerita keta nie sebagai antara kenangan terindah untuk saya  selepas melalui pelbagai ujian sejak Khairy lahir 2013
For those yang bersama-sama saya melalui ujian Allah.. 
I mean yang baca blog nie past 2 years before..
 saya ada juga  catat jugak di sini .. 
mesti tau ..how im struggle a lot bersama Khairy yang ada jantung istimewa nie
My online business, Khairy yang ke hospital dengan anak2 lain, i cuti tanpa gaji etc etc :( 
Rami lagi yang hebat di duga.. saya tahu.. dan saya nampak masa Khairy warded..
Ceritanya berbeza tapi "sakit" tue sama
 bila ada berada dalam "ujian" itu
Baru anda tahu deritanya camana?
SAKITNYA KU DISINI
BAGI 50K PUN TAK HILANG  
I tell U tau
Tapi boleh senyum sikit kalau menang 50K haha

Alhamdulilah now Khairy pun dah 2 tahun..
Khairy lahir bulan Ramadan 2013
Hari nie dah masuk Syawal 2015
and after Khairy lahir pelbagai ujian non stop
Syukur Allah masih bagi kekuatan
Dalam ujian ada rahmatnya
dan rahmat paling besar bila kita rasa Allah sentiasa bersama kita melalui segalanya

Okey tak mo sedih2 meh kita cerita  story keta ek
Keta lama saya MyV masih ada dan dah mula carik pasal GRRRR
Biasalah keta kalau dah 9 tahun
Hampir 6K kot dah habis  kalau dicampur2 utk baiki
And dah fedup
Masih belum fedup sebenarnya kiki
Masih usaha jugak baiki
Dapat jalan area KL cukupla

Tapi sementara nak tunggu keta tue elok
camana kami anak-beranak nak bergerak?
Silap hari bulan raya hari tue tak kemana2
Kalau nak kemana2 takkan kami nak naik basikal pulak
Haishhhhh

Lepas fikir2 saya pun decided untuk beli Nisan Grand Livina
Gambar atas nie saya snap masa hari amik keta dari seller
Macam tak percaya je saya beli keta nie
Sebabnya saya baru je masuk keja semula 2 bulan lebih kurang
Beli keta baru bukan nak menayang masa hari raya
Konsep tue adalah konsep yang salah ye
Saya beli kereta kerana ia adalah keperluan
Bila kereta yang diharapkan asik rosak & jerk
Nak pegi umah mak yang dekat tue pun pikir banyak kali
Sebab takut keta stop tengah jalan
Adohaiii

Oh tak snap gambar dekat2 pulak
Kat bahagian yg ada meter tue ada tulis anggaran kereta kita boleh bergerak sejauh berapa KM lagi dgn minyak yang masih ada

 Cantik tak skirt saya beli tue?
Suka betul pakai skirt stripe mcm nie
Kalau uools tau kat mana boleh beli skirt gini lagi..inform ek
Nak color2 lain pulak
 
 senang nak ubah lagu dan volume radio bila remote ada kat setering


 Alahai nampak separuh je rupa seller saya tue
Yup seller saya chinese
Walau baru jumpa so far  senang bawak bincang
Yela memangla dia nak lakukan jualan dia jugak
Tapi one thing apa yg dia janji nak beri ..dia bagi tanpa banyak cerita
Ada sesetengah seller bila agrement dah lulus boleh lak cakap
 "oh tak dapat bagilah. dah cut budget bla bla bla" 
sedangkan masa sign agrement apa yg dijanjikan? 
saya suka org yang pegang janji
tak kirala bangsa cina ke india ke melayu ke


 
 Yup anak-anak paling happy bila ada kereta baru
Kalau bahagian atas tue takde tak lawa
Saya tak tau namanya
Yang atas bonet tue
Itu termasuk dalam harga kereta
Ada sesetengah Grand Livina saya tengok tak ada
Macam togel & for me tak ngam kalau takde 
Hilang rupa aerodinamiknya kalau benda tue takde..
 Mama, I love u!!

 Sebelum beli kereta nie saya selalu nampak Grand Livina kat jalan
Saya memang dah aim Grand Livina biru
Saya nak yang layout macam nie
Lagi satu yang saya suka sebenarnya adalah Toyota Estima
Tapi my business cuma boleh bayar Grand Livina sahaja haha
Insya Allah kalau Allah bagi rezeki ..now saya minat kereta Range Rover
Oh my!! Berangan memang seronok!!
Dari angan2 jadi cita2 okeyyy
lalalalalalalalala :)


 Nie keta Arief!!

 Boleh Khairy bawak tak?
Kereta nie dapat beli sebab Khairy bawak tuah kan?


 Grand Livina nie ada 3 seat
Saya suka turunkan seat tengah tue untuk bersandar dengan lebih selesa
Eh takkan nak tegak je seatnya 
dah macam duduk dalam bas zaman dulu2 pulak
Seat tue boleh turun naik ke posisi yang selesa
Bila seat boleh turun semaksima mungkin; si Khairy buat gelongsor :p
 
 Tengok tue camana dia buat gelongsor
Arief pun sama
dalam erti kata lain
Alhamdulilah Grand Livina buat masa nie selesa untuk anak2 saya 
Anak-anak saya 8 tahun, 6 tahun dan 2 tahun
Mak dia 35 tahun, Papa diorang 36 tahun tettttt
Dah tua dah..
Nak cecah 40 kenalah selalu beringat & muhasabah dirikan?
Akhirat makin memanggil
Tapi tak semestinya kita tak perlu berusaha untuk dunia
Allah tak suruh macam tue
Amalan yang didunia.. boleh dibawa ke akhirat 
Konsep mak saya
"kalau banyak duit ..boleh buat amal jariah banyak"
dan tak perlulah tunggu duit berlebih baru nak bersedekah bagai 
sebabnya sedekah itu menjemput rezeki tau
 
 Sekarang saya kena duduk line tengah
Kalau jadi co pilot si Khairy tetap nak duduk kat riba saya
Keta dah panjang ke belakang pun nak jugak dok atas saya
Kalau perjalanan dekat takpe lagi
Kalau jauh2 tue alahai..
Kebas kaki
So mehla Kahiry  kita dok line tengah
 
Arief jadi co pilot ye
Lagipun kalau tiga-tiga dok belakang havoc jadinya
pening.. Pisah2kan sikit kurang havoc
Eh itu pun Arief asik pusing belakang nak join dengan kitaorang
 
 Dulu anak-anak selalu gaduh
Saya takpe lagi riba Khairy kat depan
Si Amana & Arief selalu bergaduh time nak tidur dalam keta
Semua nak tidur luruskan kaki
Dalam Myv yg comel lote tue
 dengan barang2 lagi.. adusss.. kesian tengok anak2

Alhamdulilah Allah bagi rezeki beli keta panjang sikit
Amikla korang sorang satu seat
Arief duduk selesa jadi copilot kat depan
Khairy tidur line tengah dengan saya
Amana amik seat  paling belakang 
Dia siap angkut bantal, patung kucing & selimut
Dia ingat line belakang tue bilik dia agaknya

Saya pernah janji dengan Amana yang saya akan beli keta baru kalau Allah izinkan
Alhamdulilah dengan rezeki business online Allah beri,
 dapatla mama rezeki beli keta untuk anak-anak
Actually kalau takde OB saya tak berani gak nak beli keta
Bila masuk keja& beli keta baru nie 
 perbelanjaan bertambah sebanyak RM700
Sebab hantar Khairy ke umah babysiter(sebelum nie 2 tahun saya jaga) RM300
Kete nie tambah bayar RM400 dari keta lama 
 terima kasih customer yang setia bersama saya ye
Kerana anda juga saya mampu beli kereta




RINGKASAN

1) saya beli Grand Livina Blue 1.6 Auto

2) Full loan 100%.
Actually saya dah pegi  2 showroom grand LIvina.  Showroom pertama bayar downpayment RM5K++ tapi installment bulanan hampir sama dengan yang yang ditawarkan seller nie yang dapat 100% loan tanpa downpayment. Dan harga juga lebih mahal tapi spec sama je.. So better beli dengan seller nie kan?


3) Instalment RM970 selama 9 tahun
Mak suruh buat 9 tahun. Mulanya saya nak buat sependek yang mungkin. Mak cakap duit yang lebih tue simpan atau buat beli rumah lain.. Erkkkkk

4) Seller nie  senang berurusan
  • Cakap je terus terang- Saya terus-terang je saya baru masuk keja semula. Dah 2 tahun cuti & payslip tak cukup 3 bulan haha. So husbd jadi guarantor. Takde pun mintak mcm2 dokumen.  Ada yang bagitau bank masih accept  kalau takde payslip 3 bulan TETAPI  bank akan mintak surat perlepasan cuti majikanla.. surat tawaran keja dari majikan la... But in my case takde pun Public Bank buat macam tue. Luluskan dan yang dia  cuma minta kad pekerja & diorang photostat itu je. Slip tak cukup 3 bulan pun diorang cakap "takpelah Puan datang dulu sign agrement , nanti masa amik keta bawa sekali payslip untuk bulan ke 3" Urusan loan bank,  seller nie yang uruskan. Dia hantar ke beberapa bank yang dia biasa deal rasanya. . Kitaorang dah cakap paling murah instalment yee...
  • Insuran keta-Seller nie pindahkan insuran keta lama MyV  ke Grand Livina. So insuran&roadtax Grand Livina yang patutnya setahun dalam  2.5K jadi kurang ke RM1.8K untuk first year. Soryla tak ingat RM sebenarnya.. Lebih kurang gitulah .. Insuran roadtax Grand Livina jadi murah bila pindahkan insuran MyV ke Grand Livina.. Senang tak payah pening seller nie uruskan jugak
  • Free Gift- Part nie paling best sebab seller nie tak tipu bila nak bagi gift. Dia bagi je. And siap tulis apa yang dia nak bagi masa kitaorang setuju nak beli keta tue. So masa dah lulus loan kitaorang bawak je apa yang dia tulis tue balik. Dia pun ingat apa yang dia janji.. Senangkan? Manusia berpegang pada janji..
  • Keta nie saya dapat kurang 2 week dari tarikh saya sign agrement!! Horeyyy dapat balik kampung. Kalau tidak senyap2 makan kuih raya depan tv ye.. 

Nanti saya snap lagi ciri-ciri dalam Grand Livina. And uools boleh carik kat web jugak. Tapi biasalah nak tengok jugak gambar dari owner sendiri jugak kan?Kalau nak no tepon seller boleh pm saya 017-3201998.



 

5 comments:

Rizziela said...

Bestnya dapat kereta baru

Rizziela said...

Alhamdulilllah..rezeki anak2 kan

AisNy said...

Huyooo... beraya dengan kereta baru...

permatamama said...

Allahmdulillah urusan sis dipermudahkan

adianiez AIDA said...

livina aida da masuk tahun ke4.
alhamdulillah...
and congrats bcoz da beli livina, selesa utk anak2.
yes, livina without accessories x cantik.
aida beli dulu full specs :)