ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, August 24, 2015

Checkup Jantung Adlan Khairy di HUKM

 salam semua
Bulan Ogos nie adalah bulan yang sangat heatic
Tapi tak apa semua tue ujian
Heatic sebab keadaan kesihatan anak2 ups & down
Termasuklah mak anak2 :(
Okeylah meh share cerita Khairy wat checkup jantung

 Sepatutnya bulan Ogos nie Khairy ada dua kali checkup
Satu checkup mata
satu checkup jantung
Yang checkup mata tue tak pergi sebab Khairy demam panas 5 hari 
Tapi kami dah buat semula appoiment check up mata untuk Khairy
Bulan Oktober nanti
Ohh mungkin ada yang tertanya kenapa Khairy kena check mata
 sedangkan masalah Khairy adalah pada jantung?
Ubat jantung yang Khairy makan tue berkemungkinan akan effect pada mata..
 mungkin ubat tue akan termendak pada mata Khairy 
 nanti tergangu pulak penglihatan Khairy.. sebab tue kena regular checkup mata
Lagipun dah lama Khairy makan ubat jantung tue dah 2 tahun
Dari umur sebulan dah telan ubat jantung untuk perlahankan denyut jantung dia

 Kali nie check up di hospital HUKM di goverment wing
Selalunya kami pergi ke private wing untuk jumpa Prof Bilkish
Tapi kali nie Prof Bil suruh check up di goverment wing sahaja
 
 Selalunya kitaorg daftar pastu belikanla si kecik nie sarapan
Sambil dia main sambil dia makan
 
 Tengok si comel tue dok makan je
Saya nak sikit Khairy tak bagi tapi dekat budak2 kat situ sibuk dia hulur biskut dia
Bila kat govement wing nie boleh lihat banyak anak2 yang tak sihat
Khairy ada defect dalaman tapi luaran nampak sihat
Di satu sudut saya sedar saya kena banyak2 bersyukur Khairy masih kelihatan sihat
Alhamdulilah dari luaran Khairy nampak normal
Kat hospital nie mcm2 sakit anak2
Kadang2 tak mampu nak pandang
Kadang2 saya palingkan muka sebab tak nak tengok
Kang saya sedih pulak
Masa Khairy warded lepas lahir tue kat HDU-HUKM(High Depency Unit)
lagi sedih keadaan anak2 kat situ
tapi mak2 kat situ nampak kuat
Kuat luaran tapi dalaman siapa yang tahukan?
So saya malu sendiri
Saya pun belajar untuk nampak kuat :)
 
 Khairy yang amik gambar nie ye
Nak tunjuk dah ada kaki kot
dah pandai berjalan
 
 Khairy walau lum pandai cakap rasanya dia dah paham
dah ada perasaan
Atau instinct dia memang tinggi kiki
Masa date appoiment mata dia bantai demam 5 hari
so selamatlah dari check mata
Check mata dia bukan check biasa ye
Check mata dia siap kena pakai ubat tahan sakit sebab mata dia akn "dikopak"guna besi
Pastu doc akan suluh cahaya dalam retina dia untuk kesan mendakan
Bukan sebelah mata tapi kedua2 belah mata
Saya rasa Khairy ingat lagi semua tue
Lagipun dah beberapa kali kena check mata
Itu yang terus demam :(

Kebiasaannya Khairy kalau dah pakai baju cantik memang tahu nak berjalan
Khairy akan siap2 tunggu depan pintu
Tapi kali nie Khairy tak nak kuar umah pun
Dia menyorok kat celah kerusi sampai tersepit
Menangis2
Sampai kena dukong masuk dalam keta
Nampaknya Khairy dah tau takut nak pegi hospital
:( :( :(

 
 Kali nie kami jumpa Prof Yong
Inilah doc yang pertama sahkan Khairy ada masalah jantung
masa tue Khairy dalam perut lagi
Prof Yong buat detail scan dan monitor jantung Khairy
Dan sahkan Khairy hidap SVT
Sejak tue memang doktor bersalin  di HUKMSC Prof Azurah monitor saya tiap2 minggu
Penatnya pegi hospital tiap2 minggu...
Semata2 utk pastikan Khairy masih bernyawa
Kalau Khairy tak bernyawa lagi ..kena keluarkan cepat2 supaya tak effect pada saya pula
Masa tue Khairy baru 7/8 bulan dalam perut

Allah je yang tahu camana perasaan saya bawak baby dalam perut 
dan saya kena bersedia yang mungkin baby tue akan hilang bila2 masa
Alhamdulilah dah 2 tahun berlalu
Besar kuasa Allah 
Khairy kini masih mampu tersenyum di sisi saya :)   
Doakan Ustaz Adlan Khairy nie sihat selalu ye
Semoga panjang umurnya untuk berjuang di jalan agama
Insya Allah 
Amin