ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 15, 2015

Nissan-ETCM Riang Raya Campaign: Aqiqah & Birthday Party worth 50K (Part 2)


 Salam kawan2 semua
Seperti yang kawan2 semua tahu 
saya da buat entry pertama tentang kemenangan saya untuk Nissan-ETCM Riang Raya Campaign
Alhamdulilah menang party worth 50K
maksudnya saya boleh buat apa2 majlis yang bernilai 50K
Alhamdulilah majlis aqiqah dan sambutan hari jadi telah diadakan pada 10 Oktober 2015 

Saya ada buat teaser majlis ini di sini. 
Mari kita sambung entry majlis aqiqah & birthday party anak2 saya
entry nie gambar bersepah2 sebab ini gambar camera sahaja
 nanti bila dapat gambar dari profesional photographer
saya akan share ikut turutan ye
supaya kawan2 juga turut sama merasa perjalanan majlis tersebut

 Close up pelamin aqiqah
nie dah jadi pelamin pengantin je gayanya haha
Aqiqah ini dibuat untuk 2 anak lelaki saya iaitu Amirul Arief & Adlan Khairy
Manakala sambutan hari lahir pula untuk ketiga2 anak2 saya Dalia Amana, Amirul Arief & Adlan Khairy
 
 Kek Frozen ini idaman Amana

 Ini salah satu santapan di meja Candybuffe by Cradleysious

 Kek idaman Arief & Khairy
Arief asikla monopang dagu atas meja bila kek nie letak kat luar
Kemain dia jaga takut orang amik ultraman dia :)

 Saya sendiri tak sempat merasa semua kat atas canddybuffe nie
letak je kena serbu dek budak2 dan mak budak
nampaknya sejarah berulang lagi di rumah saya

 Suweet je gambar atas nie
makeup pun belum cair
so comey sikit bila jumpa live dgn kawan contest
Kawan contest nie ila panggil Pak Dee je
Seronok sangat bila majlis nie dapat mengumpulkan rakan2 yang selama nie hanya bersua di FB sahaja
Merapatkan ukuhwah tue

 4 galaxy tab A untuk hadiah anak2 tersayang
Ingatkan dah tak dapat haha
 
 inilah yang mengembirakan anak2
clow in the houze!!!
Beratur budak2 nak amik belon haha
 
 Kami juga ada jemput seramai 45 anak-anak yatim dari area Kajang
nanti saya beri full detail alamat ya
anak2 yatim nie masih kecil2
sangat berkat kalau kita dapat sama2 hiburkan mereka
insya allah ada kelapangan nak juga jenguk tempat tinggal anak2 yatim nie nanti

 Bahagikan godies bag untuk anak2 yatim
mak & MIL saya juga ada hulurkan sumbangan peribadi mereka
semoga panjang umur dan diberikan kesihatan berpanjangan pada mak & MIL saya
semoga kami dapat mengembirakan hati mereka berdua selagi ada nyawa
kalau boleh tak nak susahkan hati mereka
kalau boleh tak nak mak tahu perkara yg sedih2
supaya hati mak tenang di usia tua mereka
rasanya semua anak ada rasa begitu
Tapi kalau ia hanya rasa dan bukan dari segi tindakan tak ada maknanyakan?
Kalau kita nak bahagiakan parents kita
tunjukan.. buktikan.. jangan buat orang tua susah hati..

 Inilah si cilik yang sangat BERTUAH
Ujian dibeli melalui si kecil ini
Pelbagai rezeki juga melalui si kecil ini
Semoga jantung Khairy bertahan sampai mama tutup mata ya
Nanti Khairy pula bawa mama ke Mekah
Pimpin mama sebagai mana mama pimpin Khairy buat umrah ke Mekah
 
 Ini memang kelakar
Clown tue cakap kat Amana
"ehhh kasut kita sama besar lahhh"
Amana dengan selamba
"eh ini kasut papa saya tau!"
Macam marah pulak clown kutuk seliper buruk papa dia haha
 
 Susah sangat nak amik gambar denga budak2 nie
Tengokla tue..
si arief dengan mulut kembung
si amana dengan rambut serabai
si Khairy yang melompat2 akhirnya dia berdiri kat pangku
salah step memang mak Khairy tergolek macam nangka busuk haha
 
 yang tengah tue adik saya
tengok kain pun tau adik beradik haha
yang lagi satu tue adik ipar saya
khairy dah lesap kiki

 
clown teman amana potong kek
 
 tengok tue mak nak kawal arief
clown pun nak kawal arief  

haha..sampai sini jelah ye
gambar dah habis
kiki..nanti ada gambar kita buat lagi...

2 comments:

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

Shila Azizi said...

cantiknya kek!!!