ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, December 8, 2015

Amirul Arief & Adlan Khairy

 
 Salam semua
rasa macam dah lama sangat tak update blog
macam2 perkara berlaku
ecehceh
so masa sangat tight
dahulukan mana2 yg lebih penting dan mana yg lebih memeningkan haha
banyak nak share tapi meh share cite dua anak bujang yang bakal menjaga mak dia nanti
Amirul Arief & Adlan Khairy
 
 
Tengok gambar nie rasa suweet
entah apa yg suweet tah
Arief macam nak buat magic
Si Khairy macam nak halang magic kena dia :p
 
Arief ada hari konvo tadika dia
dah 2 tahun Arief kat situ
Cukup2la memeningkan cikgu2 kat situ haha
Kes telan guli paling cikgu2 tue akan ingat sampai bila2
TQ cikgu uruskan anak saya yang tak reti duduk diam nie
Kes telan guli tue boleh recall balik kat link nie.
 
 
Gambar tak berapa clear sebab dalam dewan tue mcm blur je bila amik gambar
 
 
Hai encem boy
 
Alhamdulilah
Allah masih panjangkan umur Khairy
Ibu yang "bertuah" dikurniakan "anak2 syurga"  macam nie mesti alami yang sama seperti saya
 betapa setiap umur anak yang bertambah walau sehari sangatla dihargai dan disyukuri
bukan bermaksud bila anak sihat kita tak bersyukur bila anak masih bernyawa
tetapi kita tak terasa atau berdebar2 setiap hari
 
Kehadiran khairy memang buat saya sedar yang kita nie hanya hamba dan bila2 masa Allah akan amik nyawa kita
Sedaya upaya jauhkanlah dari dosa2
kalau tak sengaja and tak sedar tue tak apa
Kalau telah bertaubat ..jauhkan diri dari segala perkara yg libatkan dosa2 dahulu
 tolong peka & lebih banyak berfikir..
 
Tinggalkan sikap dan perangai yang menjatuhkan maruah kita sebagai orang Islam, sebagai suami, sebagai isteri, sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak etc etc
Sikap apa yg menjatuhkan maruah kita dgn status2 yang Allah amanahkan seperti kat atas nie?
Allah bagi akal kan?
Fikirlah dengan bijaksana
 
Kalau masih tak mampu nak fikir
Bolehla selalu pg dengar ceramah kat masjid2 atau tempat2 yang berkaitan
kalau tidak ego membelenggu diri sendiri
rasa setiap dosa yang kita buat berpunca dari oaring lain
sedangkan dosa itu kita yang lakukan
adakah di akhirat kelak kita boleh "tunding jari" ?
"saya buat dosa kerana mak saya tak didik saya"
"saya buat dosa kerana isteri saya bla bla bla"
"saya buat dosa kerana suami bla bla bla.."
 
Orang lain mampu buat dosa..lebih hebat dari dosa yang kita buat..
Tetapi kenapa tak buat?
Kerana Allah bagi akal
Kerana Allah bagi iman
Kerana dengan akal dan iman membuatkan kita terfikir maruah yang bakal kita calarkan dengan dosa yang kita buat
Bukan sahaja maruah diri sendiri
tapi dengan dosa itu akan mencalarkan semua maruah yang berkaitan dengan kita
parents, adik-beradik. suami/isteri, anak2
 
Untuk diri saya
saya sangat sedih kalaulah saya memalukan makayah saya
semoga Allah menutup aib2 yang sedar dan tak sedar yang pernah saya lakukan
 
saya sangat sedih kalau anak2 tau saya buat dosa yang memalukan meraka
impaknya pada masa depan dan corak pemikiran anak2
moga2 mereka membesar jadi pejuang agama
hatta jadi cikgu mengaji atau cikgu tadika
saya bangga asalkan anak2 tau bezakan dosa dan pahala
 
apa guna pangkat berderet2
tapi nak beza dosa pahala pun tak reti
dah buat dosa tunding pulak jari kat orang lain
sangatlah gagal saya mendidik anak
kalau itulah cara pemikiran mereka
 
apa yang kita buat
dosa atau pahala
kitalah yang bertanggangjawab
benda paling simple dalam dunia tapi tak semua orang mampu akui
sekian tazkirah
 
"Khairy mama nak snap gambar"
terus pura2 Baca buku
kihkihkih
 
Tapi si arief paling hebat berlakon
habis je snap gambar terus cakap
"dah ..dah khairy, mama dah snap gambar jom kita tengok tv"
 
alamak apasal macam gitar je tulang2 khairy nie?
sibuk nak pakai songkok
now dah pandai usaha nak bukak baju sendiri
pampes sendiri pun dah pandai!
 
sorylah kalau tiap kali bukak blog nie terbaca ayat ala2 tazkirah
rasanya saya makin tua
lagi 5 tahun umur nak masuk 40 tahun
kalau umur 40 masih tak berubah
bersedialah kan?
neraka atau syurga
boleh pilihkan?
 
kalau rasa tiada /kurang  kepercayaan pada kehidupan selepas kematian
lihatlah ibu2 yang mengandung
kehidupan dalam alam Rahim
bila bayi dilahirkan
kehidupan di dunia pula
so mustahil ke ada kehidupan di akhirat?
 
 
 
 

No comments: