ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, December 26, 2015

Kitchen Cabinet And Wardrobe by Intech Kitchen

  
 Assalamualaikum semua
Salam sabtu
Jom sementara ada masa dan waktu
saya nak share kontraktor kegemaran saya
(klink untuk ke website rasmi Intech Kitchen)

Kenapa saya kata kegemaran saya?
Sebab semua almari &kitchen kabinet sebelum nie pun by Intech Kitchen
Almari Besar saya di link ini
Kitchen Kabinet saya di link ini

Okey jom kita tengok hasil kerja terbaru Intech Kabinet di rumah saya


 Tall unit yang baru
Gunakan 3G
Nampak kemas
Kalau tak mata saya sakit je tengok barang2 kering bersepah


Sebelum ada tall unit
 Ha tengok sakit mata tak?
Kalau korang tengok tak sakit mata tak taulah
Mak saya datang rumah tempat nielah yang dia sibuk kemas haha


 nie almari amana
Amana yang pilih color macam nie
Saya tak akan pilih color gelap2 untuk perabot dalam rumah nie
Pengajaran masa kat rumah lama di puchong dulu
Pilih almari gelap dah macam gergaji tertonggok dalam bilik tidur :p
Kalau bilik besar tak pelah
ini bilik dahla kecik ..pilih warna gelap
membuatkan bilik jadi kecik dan sempit
So saya sepakat dengan Amana pilih warna putih nie

Corak macam nie ada warna biru lembut
macam warna jeans biru lembut
cantik jugak tau
sesuai untuk bilik anak lelaki

 
  Jeff (towkay Intech Kitchen) cakap almari saya tak boleh buat rapat ke dinding 
sebab ada besi tingkap tue
  
Terus saya mintak Jeff buatkan rak2 buku macam nie
So Amana bolehla letak buku atau anak2 patung dia kat situ
Kretif tak?


Keadaan bilik amana sebelum ada almari
Nampak tak besi tingkap tue..
Itulah yang Jef maksudkan

 
Jeff lukis
Total up untuk tall unit di dapur dan almari amana adalah RM4K(termasuk GST)
Saya ada juga quotation yg Jeff beri
tapi pada saya tak sesuai saya letak disini
cukuplah saya letak lukisan yang Jeff lukiskan untuk saya

Kenapa saya tak letak quotation yang Jeff beri?
Ada sesetengah customer yang kurang pertimbangan akan gunakan quotation orang lain utuk dapatkan harga murah. Dah  murah.. nak murah lagi sampaikan peniaga tak ada untung langsung. 
Walau saya tak meniaga mcm Jeff ..tapi saya dapat rasa apa yang Jeff rasa kalau quotation dia untuk customer A digunakan pula oleh customer B untuk tekan dia beri harga yang sangat2 murah. 

Peniaga nie pun manusia biasa
Ada masanya dia berikan harga murah gift etc etc sebab mungkin return customer, mungkin customer nie kenalkan ramai pelanggan etc etc.. so sebagai customer kali pertama janganla mintak macam2 . bertimbang rasala sikit ye... hari nie mungkin ada pembeli tapi esok lusa mana tau anda pulak peniaga.. tak pun anak cucu jadi peniaga.. so bertimbang rasala ketika menjadi pembeli kerana anda tak tau mungkin anda pulak akan jadi peniaga satu hari nanti..

Untuk pembeli pertama dah ada rakan blogger yang dah gunakan khidmat Jeff. Rasanya hampir 9-10K rakan blogger saya tue buat kabinet dgn Jeff Intech Kitchen nie. Nampaknya rakan blogger tue pun puas hati..
Boleh baca kat link ini pula

Kenapa saya beria2 promote Intech Kitchen?
Dia bayar advertotial ke? TAKLAA

Sebagai pengguna saya dah merasa deal dgn supplier yang menyakitkan hati dan memeningkan kepala! Dahla dah bayar full..service kalahkan budak2. Dah lambat lagi macam2 alasan. Maaf pun tak ada ..siap buat muka. Kalau service macam tue mintak maaf ..tak ada dah nak berurusniaga lagi.

Dengan Jeff nie dah masuk 2 kali
kali pertama 3 tahun sebelum nie
dan ini adalah kali kedua
Sevice tetap sama
Pandai ambil hati pelanggan
Ontime



Proses pemasangan almari amana 

 
 cermin tak lap dah sibuk amik gambar
staff Intech tue dah lap
tapi tangan saya nie ha yang dok usik2
satu lagi  yang saya suka atitute  Intech KItchen nie
Lepas install kabinet
diorang tak biarkan rumah kita bersepah2
diorang kemas and sapu balik


  Nie bahagian dalam

Saya buat 3G 
dari dulu teringin nak pasang 3G 
masa tue budget tak cukup
buatla melamin je
bahagian3G kemasan dipasang begini utk bahagian dalam
 adik Jeff kata kalau pasang gini
3G tue tak mudah pecah

 
 Jeff service semula kitchen lama saya
tukarkan benda atas nie
saya tak tau apa namanya
yang lama dah kotor & berkarat
so Jeff beri baru dan percuma :) :)
siap betulkan rak nie
 supaya bila tolak rak nie ia masuk sendiri dan tak berbunyi
tak taulah apa namanya
 
staf Intech tengah putihkan  balik melamin lama saya
warna putih
dah 3 tahun memang dah jadi color kelabu :P

nampak tak tempered glass kat dinding tue?
saya yang request supaya bila memasak
dinding dapur tak kotor
bila pasang tampered glass tue mudah nak lap & bersihkan
ada banyak pilihan warna tau
so bolehlah padankan dengan warna 3G kabinet
 
 kat ruang depan staff tue buat keja

 arief memang peramah
sibuk dia interview semua staff Intech

 HP JEFF : 012-6252528

Tips berurusan dengan Intech Kitchen:

1. ambil gambar warna kayu/3G/tempered glass  yang telah anda pilih untuk simpanan sendiri. sebab nanti Jeff akan confirmkan sekali lagi sebelum nak potong kayu/3G/tempered glass

2. Kalau anda teringin nak buat 3G tapi budget tak berapa nak ada
anda boleh mintak Jeff buat dua quotation berapa perbezaan kalau guna 3G dan melamin.kadang2 bezanya tak banyak mana pun

3. Boleh minta Jeff tulis apa yang Jeff nak beri sebagai gift di lukisan atau quotation supaya tak perlu inform pada staff dia. Takut lupa..saya lainlah sebab kilang Jeff dengan umah saya belakang umah je haha 


Kalau ada lagi nanti saya tambah
Selamat bershopping di Intech Kitchen!!





3 comments:

Salina@IbuAqil said...

Cantik dan kemas dapur.. ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

Apa yang best about kontaraktor jeff ni...

kita puas hati dengan servis dan harga yang ditawarkan..

Keje pun bagus..
Tak de banyak hal..

Nampak mmg seorang peniaga yang jujur dan boleh pegi jauh lagi

thanks tau ila rekomen kan akk Jeff..

InsyaAllah ada bajet lagi nak panggil Jeff untuk buat mini library kat umah :)

suzie hamdan said...

Hai puan...sy nak tnya pasal tempered glass kat dapur gas tu...beli dengan intech kitchen ke?? berapa kos ye?? Memang tgh mencari..Tq.