ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, May 30, 2015

Mama Bangga Dengan Arief

salam
dah seminggu gambar nie tanpa bicarakan?
haha sorilah ye i is busy
budak baru bertatih buat keja baru
baru sebulanlah katakan
tak teror
so masa itu emas
nak update blog sendiri pun tade masa 
apalagi nak jenguk belog orang huwaaa
okey mah kita sambung story arief
 
 arief nie jenis tak reti duduk diam.. dia diam bila tdo je.. kadang2 dia nak tahan mata dari tido mulalah dia buat perangai.. dia kacau semua orang.. kakak & khairy.. amana pulak memang tak "ngam" dengan dia.. asikla bertekak.. so nak elak kan kepeningan saya suruh arief buat keja kiki
 
 bukan main seronok basuh pinggan
abaikan umah saya yang sepah ye..
nanti i ambik gambar rumah macam nak masuk pertandingan rumah cantik nak?
haha dalam mimpi jelah 
anak 3 umah dapat masak pun kira nasib baik
plus hebatlah dapat masak urus kain baju uruskan anak2 
hebatkan?
 
 bersih jugak pinggan arief basuh
dont worry i basuh balik ye
haha
 
 lencun2 baju tolong mama
korang tak tengok lantai 
habis banjir :P

saya nak anak2 lelaki saya ringan tulang bantu keja rumah
bukan nanti esok besar semua isteri uruskan.. ingat isteri tue hulk hogan ke?
didik anak2 lelaki kita tahu dan paham yang kuderat perempuan nie tak sehebat mana pun
yang hebat untuk perempuan nie "kekuatan hati" je
sebab tue semua boleh buat
paham tak?
 
 boleh harap jugak untuk tolong2 online business saya sekarang
 
 arief suka dah main dgn khairy
kekadang kesian Amana takde sapa nak main dengan dia
haha


 

Friday, May 29, 2015

JUMAAT INI :)

 heaven rasa makan popia ditemani air jagung sambil mengadap keretapi yang lalu lalang :p
nie kat dayabumi.. saya pegi mengepos produk-produk  KOKOADIK BLOGSHOP
 alhamdulilah 10 kotak EKF-UTM jugak plus MINSYAM & SUTRA
kebetulan kat area Dayabumi tue ada bazar.. haha macam bulan posa pulak

 
 sedap sangat nasi kerabu nie
sedap sebab sambal belacan pedas giler!
nie i makan kat opis la
pestime makan nasi kerabu dgn ikan goreng
not bad jugak
lain kali nak try dengan daging goreng
sedap ke? 


 EKF-UTM nak terbang ke US tau :)
alhamdulilah selepas Jepun dan Brunei 
tapi tak berjaya mengepos sebab staf poslaju suruh double confirm dengan customer
baru perasan takde poskod haiyaaa

 amacam yummylicios tak?
saya buat?
kiki lum lagilah sehebat tue
nie order kat jiran
blueberry chese tart


 hari nie ada sambutan hari guru kat tadika Arief
tak sedap ati pulak tak bagi apa2
cikgu diorang ada edar surat tahun lepas.. so sampai hari nie saya ingat
"tadika ini tak menerima sebarang hadiah demi untuk menjaga hati anak2 yang yang kurang mampu"
betul juga kata cikgu2 tue
bayangkan kita berada di tempat anak2 yang makan pun cukup2
mesti terasa hati bila tengok kawan2 bawak hadiah untuk cikgu
sedangkan diorang tak mampu
so better beli makanan yang anak2 dan cikgu2 boleh makan bersama dengan gembira!
 

 stok MINSYAM yang datang semalam
alhamdulilah semua menumpang rezeki si cilik Khairy yang makin manja!!



Arief & Dumex Dugro

hai semua
hari ini mari kita kongsi cerita tentang susu anak-anak
anak-anak kawan-kawan minum susu sampai umur berapa?
macam anak-anak saya lama jugak minum susu
tapi anak-anak dah mula suka susu berperisa
dah mula pandai merasa
rasanya anak-anak kawan-kawan pun macam tue kan?
Sebelum beli susu ada tak pertimbangkan fakta2 yang perlu untuk perkembangan si manja?


5 Fakta Yang Ibu-Ibu Perlu Pertimbangkan untuk 
Perkembangan Menyeluruh Si Manja 


1. Perkembangan Otak
2. Pertumbuhan Tulang
3. Pertumbuhan Tisu 
4. Sistem Imun
5. Sistem Penghadaman

 
Disebabkan anak-anak suka "bereksperimentasi" dengan susu
Pilihan paling sesuai adalah Dumex Dugro Asli 
Ia membuatkan minuman kegemaran Arief lebih lemak dan enak rasanya
 
 Anak-anak  pun dah minum selain susu. kadang-kadang anak-anak request campurkan susu untuk bancuh air minuman berperisa  mereka.. anak-anak minta campur susu dalam cocomalt.. minta bancuhkan untuk makan kokocruh pun ada!Ariefla paling banyak permintaan! Tak terlayan kadang-kadang... Tapi sebagai ibu saya tak rigit sangat kalau anak-anak minta "bereksperimentasi" dengan susu mereka..Saya ikutkan sahaja asalkan mereka nak minum susu!
 
 Sayang sangat dengan susu Dumex Dugro 
time study pun nak letak tepi buku
Arief tak bagi sesiapa pun usik susu dia
Susah jugak nie.. Tak nak kongsi dengan sesiapa :p
Kerenah anak-anak layankan je la
 Time-time study nie elok buatkan dia secawan susu suam
Habis buat keja mesti mudah tidurkan? 

 Perkembangan Otak
Otak Si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya Tidak hairanlah jika sesetengah orang mengumpamakan kanak-kanak bagaikan span yang boleh menyerap segala yang diberi! Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini.

 
 Anak lelaki memang lasak. Perlu tenaga yang lebih untuk kekal aktif!
2. Pertumbuhan Tulang
Oleh itu, sewaktu dia bermain bersama kawan-kawannya, memanjat di taman permainan dan meneroka dunia di sekelilingnya, dia harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa


3. Pertumbuhan Tisu
Proses ini seiring dengan pertumbuhan tisu. Si Manja memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar



  Senang je nak suruh Arief minum susu.. 
Arief  nampak je pack susu Dumex Dugro  terus mintak mama dia bancuhkan...
4. Sistem Imun
Di samping itu, Si Manja harus mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya


5. Sistem Penghadaman
Penjagaan kesihatan dalaman juga amat penting. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik. Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan


 Banyak variasi nie
Yang mana satu pilihan kalbu ibu-ibu dan si Manja?

Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex™ Dugro® 5-Nutri  telah dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding dengan formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.


Dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, Si Manja mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh, supaya dia dapat cipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.